Sunday, March 7, 2010

Kata-kata dari hati :)

Assalamualaikum w.b.t.

Ok. Plan nak post satu lagi entry malam ni rasanya terpaksa tangguhkan dulu, atas sebab-sebab tertentu. InsyaAllah, lain kali update lagi ok?

Just nak kongsikan satu phrase ni:

"Orang yang berkata dengan mulut, belum tentu mesejnya terkesan di hati. Tapi orang yang berkata dengan hati, mesejnya pasti menusuk jauh ke dalam lubuk hati." :)

P/s: Dapat dari sini

Saturday, March 6, 2010

Open Your Eyes

Assalamualaikum w.b.t.

Nak kongsi video Maher Zain jap, lagu Open Your Eyes.



Lepas tu, sila baca cerpen ni, Mencari Ilahi by Hilal Asyraf.

Sebenarnya, sekarang ni tak tahu la macam mana nak describe feeling ni. Hati rasa sedih sangat bila semalam terbaca kat satu blog mengenai penghinaan Islam kat facebook. Actually tu cerita lama, tapi yelah..saya belum ada facebook, so agak ketinggalan la sikit.

Ok. Semalam baca tentang penghinaan Islam kat facebook. Lepas tu, hari ni pulak, tengok penghinaan Islam kat youtube. Seriously, hati ni rasa macam...entah la. Indescribable! Rasa marah, tapi mostly rasa sedih. Kenapa sedih? Sebab kedua-dua penghinaan terhadap Islam tu, bukannya orang lain yang buat. Tapi orang yang senegeri dengan saya jugak (dan mungkin jugak anda yang sedang membaca)!

Tiba-tiba timbul satu persoalan dalam kepala yang dah memang serabut dengan persoalan ni, "Ajaran Islam kat negeri aku ni memang belum berkembang ek? Ke ajaran agama diorang lebih kuat kat sini, compared to kat sana?".

Tapi, kalau based on pengalaman saya yang sedikit ni, nampak la jugak perbezaan perkembangan ajaran Islam kat 'sini' dan 'sana'. Kat 'sini', perkembangan Islam nampak macam slow sikit *ni pendapat peribadi saya ok*. Ok. Idea hilang tiba-tiba -_-"

Seriously, rasa sedih yang teramat bila baca penghinaan terhadap Islam kat facebook tu. Tapi lepas tu, saya pujuk hati;

"Hidayah tu kan milik Allah?"

"Tapi kita kena gak try cari kan? Bukannya duduk goyang kaki sambil tunggu hidayah tu datang pada kita".

*Silence*

(monolog dalaman semata-mata)

Tapi kita tak boleh nak salahkan mereka (baca:yang hina Islam) 100%. Mungkin salah kita jugak kan? Kita tak praktikkan ajaran Islam sepenuhnya dalam kehidupan seharian. Sedih baca penghinaan Islam kat facebook, bertambah-tambah sedih bila baca komen-komen berkenaan perbuatan tu (memandangkan saya belum ada account facebook, so pinjam account fb adik kejap :D). Kita marah orang hina Islam, bagus la kan? Tu menunjukkan yang kita masih lagi sensitif dengan kepercayaan kita (baca:Islam). Tapi perlu ke kita menterjemahkan kemarahan tu dengan perbuatan dan perkataan yang tak sepatutnya? Tepuk dada, tanya iman ye :)

Ok. Sekarang ni, memang takde idea dah sebenarnya. Sebab saya rasa cerpen Mencari Ilahi tu dah menceritakan apa yang saya nak luahkan. So, rajin-rajinkanlah diri untuk baca cerpen tu ok?

P/s: Entry ni membuatkan saya rasa nak buat satu lagi entry esok. Erm. Kalau ada idea, insyaAllah esok update lagi

Thought of the day: Tak sabar nak pergi bookfair kat KL next sem :)

Friday, March 5, 2010

The More I Learn, The Less I Know

Assalamualaikum w.b.t.

Ingatkan waktu cuti ni nak update blog dengan sekerap mungkin, tapi nampaknya tak menjadi jugak plan tu. Bukannya saja-saja tak update blog. Tapi sebab takde idea yang mantap, idea yang boleh elaborate dengan best. Dan terlalu banyak persoalan yang sedang difikirkan. Lagipun, tiba-tiba je rasa macam susah nak menulis dari hati *menulis dari hati agar tulisan itu dapat menyentuh hati orang lain* (banyak betul alasan. hehe).

Sekarang ni, tengah dalam proses membaca buku '50 Tokoh Islam yang Mengubah Dunia'.



Ok. Pernah tak anda rasa; The More I Learn, The Less I Know. Apa maksud phrase ni sebenarnya?

The more I learn, the less I know (berapa kali la nak taip): maksudnya semakin banyak kita belajar, semakin kita realise yang ilmu kita ni masih cetek. Phrase ni bukannya bermaksud, semakin banyak kita belajar, semakin banyak kita lupa and therefore semakin sedikit ilmu kita (ayat berbelit la!). Saya selalu ada perasaan macam ni *maksud saya, the more I learn, the less I know la*. Bila dapat ilmu baru je, mesti rasa macam, "Eh! Banyak lagi aku tak tahu rupanya".

Sebenarnya, kita sebagai hamba Allah, kita patut sedar yang segala ilmu kat dunia ni milik Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui. Ilmu yang kita pelajari selama ni, merupakan sebahagian kecil daripada ilmu Allah. Ilmu yang ada pada kita ni terlalu sedikit kalau nak dibandingkan dengan ilmu Allah. Ilmu Allah itu umpama satu lautan yang sangat luas, sedangkan ilmu kita ibarat satu titisan air sahaja. Subhanallah!

So, layak ke kita sebagai hamba Allah, yang mempunyai sedikit ilmu berasa sombong dengan kelebihan kita? Tak kira la kelebihan apa pun. Layak ke kita menyombongkan diri, bukan sahaja dengan manusia malah dengan Allah? Sedangkan kelebihan yang ada pada kita tu merupakan nikmat dari Allah. Kelebihan yang kita miliki hari ini hanyalah pinjaman daripada Allah. Kalau Allah nak, bila-bila masa pun Allah boleh tarik semula. Selain tu, sifat sombong tu sendiri tak layak untuk kita. Sifat sombong tu hanya milik Allah.

Jom muhasabah diri! *Peringatan buat diri sendiri yang sedang menekan kekunci keyboard terutamanya, dan anda yang sedang membaca* :)

Thought of the day: Saya dan anda manusia biasa, ertinya kita mudah lupa dan kita punya tendency untuk melakukan kesilapan,menerbitkan satu lagi titik hitam di hati yang dah sedia ada hitam *ni merujuk kepada hati saya la, mungkin hati anda masih putih bersih*. So, kalau saya buat silap atau terlalai, ingatkan saya. Sebab saya manusia biasa yang terlalu mudah terlupa, unless diingatkan :)

Saturday, February 27, 2010

Dia Pernah Mencintaimu

Assalamualaikum w.b.t.

Just nak kongsikan satu artikel yang amat menarik by Ustaz Hasrizal.

Kalau nak baca, klik sini.

Muhasabah kembali rasa cinta kita pada Kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW :)

Friday, February 26, 2010

Kau Istimewa

Assalamualaikum w.b.t.

Kau Istimewa by Raihan, Saff-One, Amrain, dan Haikal

 

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut–sebut sebagai ikhwannya.

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna.
"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara:

"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

*****

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda:

"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika.

Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

*****

Berbanggalah menjadi umat Nabi Muhammad SAW.

Jom tingkatkan rasa cinta, kasih dan rindu kita kepada kekasih Allah ini :)