Friday, June 11, 2010

Something on tawe

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

"Tika titis air mata jatuh ke bumi, biarlah hanya Allah yang Mengetahui. Kerana hanya Dia penyembuh luka, pemberi bahagia kepada hati dan naluri. Sedikit yang bermanfaat lebih baik daripada banyak yang melalaikan. Ujian Allah datang kerana kasih-Nya pada hamba-Nya, agar iman terus meningkat, hati semakin dekat dan jiwa lebih akrab dengan-Nya".

Syukran akak atas kata-kata pembakar semangat ni, insyaAllah. Sekarang dan insyaAllah selamanya, akan sentiasa dalam proses membaiki diri agar menjadi lebih mantop :)

Sentiasa doakan saya kerana saya hanya insan biasa yang teramat mudah down. Ekspresi luaran tak semestinya mengambarkan perasaan yang tersimpan di sudut hati.

*******

Okay. Nak update pasal Tawe, tapi seringkas yang mungkin la, insyaAllah.

Tawe atau lebih dikenali sebagai Ta'aruf Week, dimulakan dengan induction course pada 18/5/2010. Sebenarnya, sebelum balik ke uia, memang rasa sangat-sangat malas nak balik. Sebab cuti 3 minggu terpaksa disingkatkan kepada seminggu je. Tapi takpe, paksa gak diri untuk jadi committee tawe, moga usaha yang sikit ni Allah pandang.

17/5 balik uia dan dapat tahu yang saya merupakan salah seorang committee biro Publicity & Protocol (PubnPro). Waktu tu, rasa sangat-sangat risau. Macam-macam dalam fikiran; "Macam mana ni? Aku mana reti nak mencapub". Tapi takpe, ada ramai geng dalam PubnPro.

Induction course berjalan dengan biasa la, saya dalam subunit media. So, waktu induction course, takde keja sangat pun.

Waktu registration, kena jadi usher (penunjuk arah) dan tengok-tengok kalau ada media atau vip yang datang. Waktu tu, kena banyak bersabar la. Tahan panas (sampai sunburn), keja oncall. Sepatutnya jadi usher, tiba-tiba kena tolong biro tu biro ni. Tapi takpe, we work as a team kan? Ada gak kena marah dengan parents, kena jadi information counter kejap sebab kena jawab macam-macam soalan daripada parents and students. Tapi, even though ada yang kena marah parents, still ada parents yang puji committee; "Bagus la committee ni, asyik senyum je".

Oh. Waktu registration gak, everytime dah rasa penat & takde senyuman kat muka ni, akan berlakulah dialog ni antara saya dan seorang kawan;

"Alyaa, tige tige."
"Amende yang tigenya?"
"Senyum tige la!" :)

Pada malam isnin (ahad sebelah malam), pelajar engin ada briefing kat amf. So, saya dan beberapa orang committee PubnPro kena handle kat situ. Tugas PubnPro adalah untuk handle majlis tu kalau talk start lambat atau habis awal. Waktu tu, teramat sangatlah nervous! Sebab satu amf yang besar tu pun, tak muat untuk budak-budak engin dan brothers teramatlah ramai! Waktu tu, kitorang semua masing-masing tak berani nak handle. Alhamdulillah la ada seorang lagi committee yang tolong handlekan.

Sebenarnya, bukan nak kongsi pasal tawe pun. Sebab tawe ni cerita lama dah. Apa yang penting adalah...kerjasama. Eh. Apa yang penting dan perlu dikongsikan ialah pengajaran yang saya dapat sepanjang tawe tu.

Bila bercakap di hadapan audiens yang ramai, memang rasa nervous. Tapi, kalau setakat dengan sisters, takde masalah sangat la. Cumanya, bila berada di depan, kadang-kadang rasa takut nak bercakap. Sebab orang yang banyak cakap ni, akan buat banyak kesalahan. Bila dah buat banyak kesalahan, maka akan bertambah hitamlah hati yang dah sedia hitam ni. And in the end, hubungan dengan Allah akan menjadi renggang.

And memang, semasa tawe berlangsung, saya penah je rasa down. Down yang teruk gak la. Waktu tu, rasa down sangat-sangat sebab ada something yang berlaku, dan saya muhasabah balik. Saya fikir balik, "Mungkin benda ni berlaku sebab Allah nak tegur aku. Mungkin aku terlalai tanpa sedar". Kesibukan sepanjang tawe tu tak sepatutnya dijadikan alasan untuk mengabaikan ibadah. Takkan la disebabkan kesibukan dan kepenatan yang sedikit tu, ibadah fardhu semakin kurang kualiti dan ibadah sunat terus hilang entah ke mana. Lepas muhasabah tu rasa semakin nervous untuk bercakap kat depan dan seboleh-bolehnya memang bagi chance dengan orang lain untuk mencapub pulak. Kalau nak bercakap kat depan pun, sentiasa terdetik dalam fikiran, "Setiap perkataan yang akan aku keluarkan ni, semuanya akan Allah nilai".

Erm. Plan nak kongsi secara ringkas, tapi dah terlebih pulak. Takpe la. Semoga setiap perkataan yang dicoretkan ni memberikan manfaat dan menjadi peringatan buat diri sendiri terutamanya serta sesiapa yang membaca.

Wallahu'alam.

Thought of the day: Saya masih tak berubah. Tak berubah as in dulu dan sekarang, saya masih seorang yang amat amat secretive. Sangat sangat berahsia. Tak reti meluahkan masalah pada orang lain. Kalau dulu boleh kongsi dengan adik, sekarang ni susah sungguh nak contact adik -_-" Macam mana la nak get rid of this habit?

Monday, June 7, 2010

Short update

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, dapat juga peluang untuk menggerakkan jari jemari atas keyboard ni. Lama sungguh tak update blog, sampaikan ada seorang hamba Allah tu bising-bising suruh update blog. (P/s: Jangan marah ye Fadhlina Halipah :P)

Sebenarnya, ada je idea nak update blog. Tapi, takde kesempatan. Bukan sebab buzy, tapi takde connection internet. Macam-macam nak update kat blog ni. Pasal TAWE, pasal GAZA. Takpe takpe, better late than never kan?

*******

Hari tu, online kejap. Pinjam laptop ngan broadband kawan. Baca la news online. Bila baca je news tu, rasa macam diri ni sungguh-sungguh outdated! Banyak sungguh perkara yang tak tahu. Pasal Mavi Marmara tu pun tahu sekadar tahu je. Detailed informations langsung tak tahu. Sungguh rasa ketinggalan masa tu. Rasa tak bertanggungjawab pun ada. Rasa tak ambik berat tentang saudara Islam kat Gaza dan mereka yang sanggup ke sana untuk menghantarkan bantuan.

Palestin, bukan hanya tanggungjawab rakyatnya. Tapi tanggungjawab umat Islam. Kita kena peka terhadap isu semasa yang berlaku di sekeliling kita kan? Sebab kita hidup di dunia ni bukannya seorang je. Kita kena buang sikap 'aku takpedulisme' dan 'jangan jaga tepi kain orang' tu. (P/s: Peringatan untuk diri sendiri yang selalu alpa)

*******

Sebenarnya, ni update ringkas je. Nak update detail tentang Ta'aruf Week a.k.a Tawe, lepas ni, insyaAllah.

Wallahu'alam.

Sunday, May 16, 2010

Halal ke haram?

Assalamualaikum w.b.t.

Esok, insyaAllah balik cfs uia. Tapi tu bukan mainpoint. Sekarang ni, saya tengah pelik. Macam mana suatu perkara yang terang-terangan telah diharamkan oleh Pencipta manusia, Allah SWT tiba-tiba boleh bertukar menjadi halal? Siapa kita yang memandai-mandai nak menukar hukum yang telah ditetapkan oleh Allah? Perkara halal dan haram itu jelas, tak mungkin boleh berubah.

Saya tak pandai nak buat ulasan panjang-panjang tentang perkara ni. Tapi, ada satu blog yang bagi ulasan menarik, klik sini untuk baca.

Bekas Menteri Pertahanan Israel, Moche Dayan, pernah menyatakan 3 kelemahan umat Islam, iaitu:

1) Tidak mengkaji sejarah umat Islam terdahulu
2) Tidak membuat perancangan dengan teliti
3) Malas

Muhasabah kembali adakah terdapat ketiga-tiga atau salah satu kelemahan di atas dalam diri kita?

P/s: Selamat hari guru kepada setiap individu yang bergelar cikgu & yang mengajar indirectly :)

Wallahu'alam.

Thursday, May 13, 2010

Bersangka baiklah dengan Allah

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam, saya dah post tentang bersangka baik secara general. Hari ni, nak specifickan lagi skop bersangka baik ni.

Dalam kita menjalani kehidupan ni, memang tak sah kalau takde masalah/dugaan/ujian. Yang berbeza hanyalah cara kita mengendalikan masalah tersebut. Ada orang yang berasa penat apabila berhadapan dengan ujian demi ujian. Masalah lama baru selesai, muncul pulak masalah yang baru. Apabila hidup dipenuhi dengan dugaan, ada yang akan rasa putus asa. Rasa putus asa, sehinggakan sanggup declare 'permusuhan' dengan Allah.

Apabila berhadapan dengan ujian yang dirasakan seolah-olah terlalu membebankan, ada yang terfikir, "Kenapa aku ni asyik ada masalah?", "Kenapa Allah asyik uji aku je?", "Kenapa Allah tak adil terhadap aku?". Sehinggakan ada yang sanggup membunuh diri kerana berasa putus asa terhadap kehidupannya. Ada juga yang sengaja melanggar perintah Allah dengan terang-terangan dengan alasan Allah tidak berlaku adil terhadapnya. (Naudzubillahimindzalik, semoga kita dijauhkan daripada perkara sebegini.)

Setiap apa yang berlaku pada kita, semuanya ada hikmah. Takde satu apa pun yang Allah ciptakan dengan sia-sia. Setiap ciptaan Allah ada fungsi dan kegunaannya. Begitu juga dengan setiap takdir Allah kepada kita, takde satu pun yang Allah takdirkan dengan saja-saja, without any reason.

Tak semestinya kesusahan yang kita hadapi tu memberikan keburukan kepada kita, dan tak semestinya kesenangan yang kita miliki akan sentiasa memberikan kebaikan kepada kita. Cuma, mungkin apabila kita berhadapan dengan ujian tersebut, kita tak nampak hikmahnya. Apa yang kita nampak hanyalah ujian yang kita hadapi.

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
(Surah al-Baqarah, ayat 216)

Dan satu lagi, Allah berjanji dalam al-Quran yang Dia tak akan pernah memberikan kita ujian yang tak mampu kita pikul. Kita seharusnya yakin dengan janji Allah ni. Maksudnya, setiap ujian yang Allah berikan kepada kita, semuanya dapat kita hadapi. Allah yang menciptakan kita, maka Allah yang paling memahami kita, hamba-hamba-Nya. Ertinya, Allah Maha Mengetahui seberat mana ujian yang mampu kita tanggung. Allah takkan pernah menzalimi hamba-Nya.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya..." (Surah al-Baqarah, ayat 286)

Kita sebagai hamba Allah mestilah sentiasa bersangka baik dengan Pencipta kita, Allah SWT. Kita kena jaga hubungan kita dengan Allah (hablumminallah) di samping menjaga hubungan kita dengan manusia (hablumminannas). Setiap apa yang kita hadapi, pasti ada hikmahnya :)

Wallahu'alam.

Wednesday, May 12, 2010

Bersangka baik

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, selamat sampai di Miri hari Isnin yang lepas. Tapi, atas masalah yang tak dapat nak diatasi, maka terpaksa la update blog ni lambat.

Hari tu, on the way nak pergi KL sentral if I'm not mistaken, dengar la berita kat radio. Lepas tu, terfikir, "Apsal banyak sangat berita pasal sarawak ni?". Baca newspaper last week pun ada satu page berita pasal sarawak je. Padahal before ni, susah je nak tengok berita tentang sarawak. Rupa-rupanya, tak lama lagi ada pilihanraya kecil kat Sibu. Oh, no wonder! (Amanah sebagai pemimpin tu tersangat berat sebenarnya.)

[P/S: Ini bukan blog politik ye? :)]

*******

Ok. Back to the main topic. Kita sebagai manusia ni, terlalu mudah melihat kekurangan atau kesalahan orang lain. Kadang-kadang tu, kita asyik nampak salah orang lain je, sampaikan salah kita sendiri kita tak nampak. Betul tak?

Kadang-kadang, kita rasa as if diri kita ni hebat sangat. Sampaikan kita pandang rendah pada orang lain. Setiap kali kita tengok orang lain, yang kita nampak hanyalah kelemahan mereka. Sedangkan kita tak sedar yang diri kita ni lebih banyak kelemahannya.

Kita tak sepatutnya rasa macam tu kan? Kita sepatutnya bersangka baik dengan semua orang. Kadang-kadang memang susah nak bersangka baik dengan orang lain, but it's not impossible kan?

Pernah dengar kata-kata ni?

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : “Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : “Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”.

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk."

So, jom muhasabah. Mulai saat ni, jom kita bersangka baik dengan orang lain. Elakkan sebarang sangkaan buruk okay?

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." [Surah al-Hujurat, ayat 12]

*******

Edited: Nak kongsi satu video by UmmahFilms, The Haram Police. Semoga mendapat pengajaran :)


Thought of the day: Bila tengok kawan-kawan berubah menjadi lebih baik, kadang-kadang rasa cemburu. Bukan sebab tak suka tengok perubahan mereka. Gembira memang gembira bila tengok kawan-kawan berubah jadi lebih baik. Tapi, hati ni sering tertanya-tanya, "Bila lagi turn aku nak berubah?". Sekarang ni, sedang mencari kekuatan dan insyaAllah, dalam proses membaiki diri dan hati. Doakan agar Allah permudahkan segala usaha saya :)

Wallahu'alam.