Wednesday, July 7, 2010

Sahabat :)

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Pagi-pagi buta ni, tiba-tiba rasa nak update blog, tentang sahabat. Alhamdulillah, saya rasa sangat sangat bersyukur sebab sekeliling saya ada ramai sahabat yang baik. Cuma saya je yang tak sedar selama ni.

Kenapa tetiba je cakap pasal sahabat ni? Sebab...ni final sem saya kat cfs, insyaAllah dan rasa sedih pulak nak tinggalkan sahabat yang dah macam adik-beradik sendiri ni. Tapi, saya akui la agak sukar pada mulanya untuk rapat dengan sahabat yang ramai ni.

Mungkin saya ni jenis yang agak payah nak rapat dengan seseorang yang baru saya kenal. Menyebabkan saya jadi pendiam apabila berada dengan orang yang saya tak berapa kenal dan sangat susah untuk berkongsi masalah (nampak sangat ukhuwwah tak mantap lagi -_-"). Apa main point saya sebenarnya? Sebenarnya, tak tahu apa nak tulis pun. Cuma nak kongsi sesuatu. Semoga ada manfaatnya :)

Kawan baik tidak semestinya kena dekat,
berada di sisi sepanjang masa,
berkepit ke sana sini ke mana-mana.

Kawan baik, tidak semestinya perlu bertanya khabar,
setiap hari, setiap minggu,
kadang masing-masing berdiam,
diam bukan bererti tidak mengambil berat,
bukan tanda tidak lagi kasih,
tapi masing-masing sedang berjuang dalam hidup masing-masing,
dalam hati, tidak putus-putus menghidupkan kekuatan,
untuk diri temannya dan dirinya sendiri.

Kawan baik tidak semestinya,
perlu berada di samping kawannya setiap ketika,
menempuh halangan dan dugaan bersama,
kadang-kadang tawamu dikongsi,
kadang-kadang tangisanmu ditanggung sendiri.

Kawan baik juga,
memerhatikan kawannya dari jauh,
menasihati dari jauh,
dan mendoakan dari jauh juga.

Kawan baik itu sentiasa ada,
andai kamu menyeru nama dia dalam hati,
dia akan segera menemanimu,
biarpun bukan dari segi fizikal,
tetapi ingatan untukmu sentiasa ada.

Kamu, kawan baik aku,
untuk semalam, hari ini dan selamanya.

Wahai kawan baik,
terima kasih atas segalanya,
kasih dan sayangmu aku akan hargai,
sampai kita bertemu lagi,
mungkin di syurga,
kerana kita berkasih sayang, kerana Dia.

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).." (43:67)


Hakikatnya, kita bukan sahaja terikat dengan ikatan persahabatan, namun hati-hati kita ini telah diikat dengan satu ikatan yang amat teguh iaitu ikatan aqidah. Ukhuwwah kerana Allah tu memang manis kan? :)

Wallahu'alam.

Tuesday, July 6, 2010

Utamakan kualiti atau kuantiti?

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Saya nak kongsi satu artikel yang bagi saya amat amat bermanfaat, dan memberi kesedaran. Jom baca!

Kita Bukan Sekadar Berprogram

Salam ukhwah.. Saya berdoa Moga Allah mengiringi setiap apa yang akan saya tuliskan supaya niatnya tidak lari dan hanya untuk berkongsi seberapa perkara dari pemikiran dan pengalaman saya yang masih cetek. Saya bukanlah sesiapa. Tiada authority mahupun nama gah yang sudah terkenal supaya orang mendengar apa yang saya tuliskan. Saya cuma menulis (semoga Allah membenarkan saya dan menjaga niat saya) hanya untuk membawa kepada kebenaran dan hak.

Tidakkah kita secara sedar atau tidak, berasa sudah lali dengan program-program Islam? Di surau-surau, di pentas ceramah besar-besaran, di kaca televisi, bersama ilmuwan tersohor. Bahkan dalam suasana sekarang, institusi halaqah juga semakin giat dan mantap. Semakin dahsyat dan membugar. Dan secara jujur (walaupun agak kejam), sudah membosankan dan ramai sudah tidak ambil kisah. Ya, ada halaqah. Ya, ada ceramah. Ya, ada pengisian di masjid itu dan masjid ini. Ustaz itu dan ustaz ini. Habis tu?

Rohnya seakan hilang. Kekuatan dan ‘izzahnya seakan kurang. Ianya dilihat seakan sama dengan program-program biasa. Tiada beza. Sama sahaja. Tiada apa yang menarik. Tiada apa yang berubah. Ya, sama sahaja.

Kenapa jadi begitu? Itulah persoalannya. Kenapa ada yang sampai melihat tiada beza, bahkan menyamakan ianya dengan kempen Islam Hadhari dan Sure Heboh yang dalamnya ada slot ceramah agama?

DAKWAH RASULULLAH SAW

Kita soroti perjalanan dakwah Rasul.

Perkara pertama dakwah Rasul adalah mentauhidkan Allah. Rasulullah SAW memulakan dakwah baginda dengan menyampaikan wahyu yang paling asas dari kalam Tuhan, yakni kalimah Tauhid yang agung:



Dan di situ berlangsungnya satu lagi kesaksian:




Lihat kembali, perkara pertama yang Rasulullah bawakan adalah kalimah Tauhid yang dalamnya terkandung makna kehidupan. Terkandung makna sebuah perjalanan dan pengabdian serta kemanisan iman.

KEADAAN ZAMAN RASULULLAH

Kita soroti pula keadaan zaman Rasul dahulu. Ciri jahiliah yang utama adalah tidak mentauhidkan Allah. Bukan dari segi makna penyembahan berhala sahaja. Tetapi dari segi meletakkan konsep Tuhan atau dalam bahasa arabnya 'illah' itu di mana. Harta boleh menjadi tuhan. Perempuan yang mereka tergila-gila boleh menjadi Tuhan. Nafsu boleh menjadi Tuhan. Kerana mereka menjadikan itu semua sebagai Tuhan. Sedangkan apa yang Rasul bawa adalah meletakkan Allah sebagai satu-satunya yang kita inginkan, harapkan, cintakan dan agungkan.

Ketika zaman Rasul, penduduk awal Makkah menganut agama nabi Ibrahim, agama Islam juga. Tetapi kemudiannya wujud penyembahan berhala yang punya sejarahnya tersendiri. Maka campur aduk berlaku. Dan ketika itu ummat menjadi kacau bilau. Zina. Korupsi. Pembunuhan. Kekejaman. Kezaliman.

Saya ingin bertanya pada anda, semasa zaman yang kita duduki sekarang, sama atau tidak apa yang berlaku? Campur aduk perkara yang shubhah bahkan syirik dan khurafat adalah perkara biasa.

Mengagungkan harta dan pangkat serta wanita sedangkan di mulut sahaja mengatakan kita cinta Allah, adalah perkara biasa.

Membunuh, zina, korupsi, kezaliman. Semua itu bagai dalam kehidupan seharian. Tak perlu saya nyatakan.

Lalu lihat kembali ketika zaman Rasul, apa yang pertama sekali baginda bawakan kepada ummat yang sedang berada dalam kacau bilau ketika itu?

Satu solusi yang amat tepat. Kalimah tauhid. Kalimah akidah yang membawakan perubahan total dalam diri.

Ada baginda mengatakan mari kita melakukan program itu dan ini? Mari kita membuat parti itu dan ini? Tidak. Nyata sekali tidak. Apa yang baginda lakukan adalah proses menjernihkan hati-hati dan jiwa-jiwa yang penuh dengan lumpur jahiliah. Supaya hati itu bersih dan suci tanpa sedikit pun calit lumpur jahiliah, maksiat dan noda.

Rasul menyediakan hati-hati itu dahulu. Hati yang menjadi anak kecil merintih dan menangis di hadapan Tuhan di malam hari dan kemudiannya menjadi singa belantara digeruni sesiapa sahaja. Dari akidahnya, ibadahnya dan akhlaknya.

Kemudian barulah hati-hati itu dikumpul menjadi satu jasad yang kuat. Yang bergerak bersama dengan denyut nadi serta corak fikir yang sama yakni dengan tujuan adalah mencapai redha Allah. Tiada lain. Itu sahaja.

Hatinya cuma ada Allah dan Rasul. Segalanya demi Allah dan Rasul. Segalanya demi Islam dan ummat.

Tetapi yang kita lihat kini adalah bilamana program-program itu yang menjadi tujuan dan matlamat. Kejayaan program adalah matlamat terbesar. Sedangkan program atau apa sahaja yang kita namakan cumalah jalan dan wasilah.

Kita sentiasa mengambil mudah. Jika kita lihat saudara kita memakai kopiah, atau saudari kita bertudung labuh gaya alim, kita sudah menganggap tiada apa yang perlu dia perbaiki pada dirinya.

Kita soroti lagi kisah zaman Rasul. Di mana Aisyah sendiri kagum pada seorang wanita kerana kehebatan beliau beribadah. Tetapi Rasul dengan mudah mengatakan wanita itu adalah ahli neraka. Kerana mulut wanita itu tak dijaga.

Lihat. Sepatutnya peristiwa itu sebenarnya dicipta untuk kita ambil pengajaran. Selepas menyempurnakan akidah manusia supaya tiada lagi kesyirikan dan memahami bahawa meletakkan Allah di tempat yang paling agung, dan kemudiaannya menyempurnakan pemikirannya dan kesediaannya dalam beribadah, kita harus lihat dengan teliti pada akhlaknya.

Rujuk kembali pada sirah ketika Abu Zar menempelak Bilal. Lalu Rasulullah mengatakan kepada Abu Zar, ”Kamu masih ada jahiliah dalam diri kamu”. Lihat, bagaimana Rasul menyempurnakan akhlak Abu Zar. Taaruf baginda dengan Abu Zar cukup rapat sehinggakan Abu Zar berkata, ”Wahai Bilal, pijak lah kepala aku”.

Kenapa tidak kita ambil ibrah dari sirah. Dari Al Quran. Kita lebih kepada berprogram sehinggakan lupa bahawa apa yang ingin dibawa.

Sebenarnya kita ini menyeru kepada apa?

Kepada Islam?

Kalau benar kepada Islam, beginikah caranya? Beginikah manhaj dan marathib yang sudah Rasul, sahabat, Tabiin, Tabhi Tabiin dan Salafussoleh gariskan?

Kerana itu apa yang berlaku, kadang-kadang sikap golongan pendakwah sendiri lebih teruk daripada mereka yang baru mula hendak belajar tentang Islam.

Dan hasilnya mudah sahaja. Kerana itu lah jadinya, ramai sudah berasa loya dan bahkan muak mendengarkan tentang Islam. Silapnya pada da’ie itu sendiri. Kerana apa? Kerana jalan yang ditempuhnya dicipta sendiri. Tidak meneliti apa yang Rasul sudah tunjukkan.

Fikirkanlah kembali. Persatuan, program, bahkan parti itu cumalah wasilah. Cumalah jalan. Membentuk manusia kepada menjadi Muslim sebenar bagaikan seorang seniman yang sedang memahat arcanya yang teragung. Dia perlu membentuk dengan konsentrasi. Memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang. Bukan hanya memukat manusia dan mengatakan kita sudah mengumpulkan sejumlah pendokong Islam.

Anda yakin jumlah yang anda kumpulkan bukan angka-angka yang kosong?

Anda yakin pemuda-pemuda yang anda kumpulkan adalah pemuda yang sanggup meletakkan hidupnya dan hatinya di jalan Islam?

Anda yakin rijal-rijal yang anda pukat dalam program mega anda adalah mereka yang sanggup menyerahkan nyawa untuk Islam?

Anda yakin bahawa jumlah beribu-ribu yang anda kumpulkan itu bukan hanyalah bayangan?


Fikirkanlah kembali. Saya yakin kebanyakan daripada penggerak ummat kini adalah mereka yang Faqih dalam bidang Islam. Yang secara praktikalnya mengambil pengajian Islam di Universiti. Saya cuma pengkaji batu. Kalau anda mahu mendengar apa saya katakan, itu semua saya serah pada Allah. Jika anda tidak mahu, saya serahkan juga pada Allah.

Jangan sampai kita menjadi fitnah dan beban kepada Islam.

Wallahu’alam.

Sumber: iLuvIslam

Pelbagai pengajaran yang boleh kita peroleh daripada artikel ni. Rasanya, tak perlu saya huraikan secara panjang lebar. InsyaAllah, anda semua boleh faham pengajaran daripada artikel ni kan?

Wallhu'alam.

Friday, July 2, 2010

Ujian

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Dah beberapa kali asyik bukak tutup bukak tutup page blogger ni. Nak update blog, tapi idea tak dapat nak diluahkan menjadi ayat yang tersusun. Alhamdulillah, akhirnya, paksa jugak jari jemari ni untuk menaip sesuatu.

Sebenarnya, kerja sangat la banyak sekarang. Benarlah, sebenarnya masa yang kita ada sangat sedikit dibandingkan dengan kerja yang banyak. Bila sibuk dengan kerja, kadang-kadang sampai terlupa untuk memberi pengisian kepada hati. Kesibukan tak sepatutnya jadi alasan kan?

Hari tu, sempat pergi ke satu majlis ilmu ni. Alhamdulillah, bila pergi ke majlis ilmu dan dengar tazkirah daripada sahabat-sahabat, semangat yang kian malap ni menyala kembali :) Nak kongsi sesuatu yang saya dapat dari majlis ilmu tu.

Hidup kita ni memang penuh dengan ujian. Kalau ada sesiapa yang rasa hidup dia takde ujian, itu sebenarnya satu ujian buat dia. Ujian ni bukannya kesusahan je, malah kesenangan pun ujian jugak. Tapi, beruntunglah sesiapa yang diuji dengan kesusahan. Sebab fitrah manusia, bila diuji dengan kesusahan, kita akan mengadu kepada Allah. Kita akan cuba sedaya upaya untuk jaga hubungan dengan Allah. Indirectly, ujian kesusahan akan membuatkan kita lebih akrab dengan Allah. Sedangkan bila kita diuji dengan kesenangan, kita akan mudah lalai.

Apabila diuji dengan kesusahan, kadang-kadang kita mengeluh. Apabila satu masalah demi satu masalah datang bertimpa-timpa, kita rasa lemah. Di sinilah ada satu analogi menarik yang saya nak kongsikan. Daripada LIMAU yang MASAM, kita boleh hasilkan AIR LIMAU yang MANIS (1st time dengar analogi ni membuatkan saya tersenyum). Maksudnya? Daripada ujian kesusahan yang kita hadapi tu, kita ada pilihan sama ada nak terus mengeluh atau hadapi ujian tu dengan sabar. Ujian yang kita rasakan amat berat tu sebenarnya ada hikmah. Allah takkan buat sesuatu secara sia-sia je kan? Ujian itu tarbiyah daripada Allah. So, hadapilah setiap ujian dengan sabar :)

Kesusahan dan kepenatan yang kita alami di dunia ini, adalah harga untuk kesenangan yang abadi di akhirat kelak [yang ni pulak dapat dari talqqi :)]

Wallahu'alam.

P/s : Bila semangat menurun dan rasa down, rasa macam nak terus fly balik sarawak je. Homesick menyerang secara tiba-tiba. Tambah-tambah, kawan-kawan lain pulak selalu je balik rumah -_-" Semalam dapat khabar gembira. Next week, mak saya ada kursus kat KL. Jadi, boleh la menumpang kat bilik hotel mak nanti. Hehe. Dapat berita ni, terus hilang rasa homesick dan diganti pulak dengan rasa happy teramat sangat (roommate pun pelik) sampaikan almost terlupa next week exam chem 2

Thought of the day: Sekarang ni rasa tanggungjawab sangat banyak dan berat. Perasaan risau pulak sering bertandang dalam hati, 'Mampu ke nak buat semua ni? Sempat ke nak buat tu nak buat ni?'. Perjuangan itu memerlukan pengorbanan. Jadi, kena sentiasa semangat! Sahabat semua pun kena semangat, sebab umat sedang memerlukan kita. Rabbi yassir wa la tu'assir ya Karim.

Friday, June 18, 2010

...

Bismillahirrahmannirrahim.

"Alyaa kena semangat. Sebab Alyaa bukan Alya. Alyaa ada extra satu 'a'. Jadi mesti extra everything. Ok?"

Mesej yang diterima daripada seorang sahabat, bila saya menceritakan keadaan diri yang sangat tidak bersemangat sekarang. Membaca mesej ni, membuatkan saya tergelak dan pada masa yang sama, rasa nak menitiskan air mata.

Hati yang bercelaru rasa tenang bila teringatkan ayat-ayat pujukan daripada Allah. Benarlah, dengan mengingati Allah itu, hati kan menjadi tenang :)

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Surah al-Baqarah, ayat 216)

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..." (Surah al-Baqarah, ayat 286)

*******

Apabila persahabatan tu dijalinkan atas dasar aqidah dan kerana Allah semata-mata, ukhuwwah yang terbina akan lebih manis dan kukuh. Apabila kita ada masalah, even though kita tak ceritakan lagi kepada sahabat kita, mereka akan dapat detect daripada muka kita. Walaupun masalah tak settle lagi, tapi bila dapat kata-kata semangat dari sahabat, bebanan yang dipikul terasa berkurangan.

Saya bukannya seorang yang pandai menyusun kata-kata untuk meluahkan isi hati saya. Dan saya bukanlah seorang yang dapat meng'update' blog dengan post yang menarik apabila fikiran dan hati saya dibebani dengan masalah. So, maaf andai ada yang 'blur' dengan post kali ini.

Wallahu'alam.

P/s: Maaf, kalau ada yang notice semenjak dua menjak ni, tajuk post saya amat amat 'dull'. Saya takde idea nak letak tajuk apa.

P/s(2): Syukran kathir kepada semua sahabat yang memberikan saya kata-kata semangat tatkala diri ni rasa amat amat tak bersemangat. Dan jugak kepada sesiapa yang selalu tanya saya ok ke tak (selalunya bila saya tak ok, dan ada orang yang tanya saya ok ke tak, automatically saya akan menangis)

Thought of the day: Orang sekeliling saya amat amat semangat even though berhadapan dengan macam-macam masalah! I'm very very proud having them as my friends :) So, saya pun mesti semangat dan kuat, mesti kuat lagi dari tiger.

Wednesday, June 16, 2010

Semangat!

Bismillahirrahmannirrahim.

"Tika kau lemah, jadikanlah Allah tempat meluah rasa. Tika kau goyah, kau harus kuat kerana kau pembawa agama. Tika kau rebah, kau harus tabah kerana kau mujahidah muda. Ya Allah, jagalah insan ini, kuatkanlah kakinya di jalan-Mu. Kuatkan jasadnya dengan rahmat-Mu, buatkan dia tersenyum walau dirinya terhimpit derita".

Ya Allah, let my feet stand firm and my heart stay unchanged :)

P/s: Just another short update. Note to myself, kena sentiasa semangat, kena sentiasa kuat!

Thought of the day: Susahnya nak tegur kesalahan orang, dan lebih payah untuk menegur kesalahan orang yang dekat dengan kita. Doakan saya, sentiasa :)