Wednesday, December 22, 2010

Belajar dari video

Bismillahhirrahmannirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.

Malam ni nak kongsi video The Chosen One by Maher Zain. Mesti ramai yang kenal Maher Zain kan? (Rasanya semua orang pun kenal) Lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau memang best, mantop la! :) Even kalau kita bagi budak-budak kecik dengar atau tengok video clip dia, mesti semua khusyuk. Teringat semasa bekerja kat tadika dulu, semua budak-budak tu tengah main-main sementara tunggu parents dorang datang. Memang sangat bising waktu tu. Tapi, sekali bukak video Maher Zain, semua senyap, khusyuk je tenung skrin laptop tu.

Sebenarnya, post kali ni bukanlah nak bercakap mengenai Maher Zain. Nak sentuh sikit je tentang video dia. Tapi, sebelum tu, kita tengok dulu video tu ea?



Okay. Dah tengok? Best kan video ni? Satu scene yang sangat sangat memberi kesan kepada saya, adalah semasa Maher Zain sedeqah duit kepada seorang pengemis kat tepi jalan tu, dan kemudiannya pengemis tu cepat-cepat lari ke tempat lain. First time tengok video ni, dalam hati dah terdetik, "Eh. Apsal lak laki ni? Orang bagi dia duit, tak cakap terima kasih pun, terus lari je".

TAPI, tak lama lepas tu, tunjuk pulak satu scene di mana pengemis tadi, memberikan duit yang dia dapat kepada seorang lagi pengemis, yang pada pendapat saya, berada dalam keadaan yang lebih lemah daripada pengemis pertama tadi.

Dan, terus terdetik dalam hati, "Allah! Bagusnya lelaki ni! Even dia susah, dia masih boleh MEMBERI kepada yang lebih memerlukan".

Daripada babak-babak ni, sebenarnya ada banyak perkara yang kita boleh pelajari. Salah satunya, konsep ithar. Amende ithar ni? Ithar ni maksudnya, mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri. Dan kalau tak silap saya, ithar ni merupakan level tertinggi dalam ukhuwwah.

Dari sini, kita boleh muhasabah diri masing-masing. Sebagai seorang sahabat, adakah kita dah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai 'ithar' ni? Ataupun tahap terendah dalam ukhuwwah, iaitu berlapang dada sesama sahabat, pun kita tak boleh nak capai lagi?

Pengajaran kedua yang kita boleh dapat dari video ni, memberi. Seperti yang selalu dikatakan oleh Ustaz Hasrizal, "Erti hidup pada memberi". Sepanjang kita hidup ni, adakah kita lebih banyak memberi atau lebih banyak menerima? Hidup ni mesti ada give and take. Takkan selama-lamanya kita nak hidup untuk menerima saja?

Sesusah mana pun kita, cuba sedaya upaya untuk sentiasa memberi. Tak kisah la, nak bagi apa. Duit, hadiah, kongsi ilmu, semuanya dikira sebagai memberi. Lagipun, memberi sedeqah ni salah satu amalan yang Rasulullah SAW amalkan dengan istiqamah kan? :)

Jadi, lepas muhasabah, kena la baiki diri. Kalau dah jumpa kekurangan diri, berusahalah untuk perbaiki kekurangan tersebut.

*******

Jumpa link blog ni beberapa hari yang lepas. Tulisan-tulisan kat blog ni sangat sangat memberi kesan, dan mengajar saya agar sentiasa menjadi hamba yang bersyukur, biar sehebat mana ujian yang dihadiahkan Allah. Kalau nak dibandingkan dengan arwah yang sangat sangat tabah menghadapi ujian Allah, rasa malu dengan diri yang selalu merungut bila diuji.

Ayat-ayat yang arwah gunakan, sangat memberi kesan. Salah satu phrase yang sangat saya suka, "A minute you're on top of the world, but by the next blink of the eye, here you are, as low as you can get". Hebat kan bila seseorang menulis dari hati, berlandaskan ajaran Islam? Hanya tulisan dari hati yang akan mampu menyentuh hati orang lain :)

Sama-sama kita doakan semoga arwah ditempatkan bersama hamba-hamba Allah yang soleh. Al-Fatihah.

*****

Thought of the day: Kepada sahabat-sahabat, saya nak mintak maaf kalau ada buat silap, cakap kasar, selalu menyusahkah orang, tak reti nak ucap terima kasih atau apa-apa je la. Saya manusia biasa, memang tak lepas dari melakukan kesilapan, dan juga mudah alpa. Jadi, kalau ada kesilapan yang saya lakukan tanpa sedar, tolonglah nasihatkan ea?

Update: Bila tengok lagi sekali video The Chosen One tu, sebenarnya pengemis tu macam ada cakap something bila Maher Zain sedeqahkan duit. Saying 'Thank you' perhaps? :)

Wallahu'alam.

Sunday, December 19, 2010

Update dari Kuantan

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamu'alaikum w.b.t.

Jap. Rasa nak senyum :)

*******

Alhamdulillah, dah seminggu lebih memulakan fasa hidup yang baru sebagai 'undergraduate student' di UIA Kuantan. Walaupun macam-macam ujian yang dihadapi (rasanya tak perlu dispesifikkan), sebelum dan selepas menjejakkan kaki di kuantan, insyaAllah semuanya ada hikmah. Dan fitrah sebagai seorang manusia biasa, bila diuji Allah, mula-mula memang merungut. Mungkin tak merungut di mulut, tapi dalam hati,... takde apa yang boleh kita sembunyikan daripada Allah.

Bila diuji, mula la pertikaikan itu ini. Mesej si A si B, nak cerita tentang masalah yang dihadapi, dengan harapan mungkin si A atau si B boleh tolong cari jalan penyelesaian. Tapi, sebagai hamba Allah, tak sepatutnya kita letakkan pergantungan pada manusia lain, yang juga merupakan hamba Allah kan? Bila ada masalah, luangkan lebih banyak masa untuk Allah, mengadu pada Dia Yang Satu. Allah yang memberikan kita ujian, dan insyaAllah Dia juga yang punya penyelesaiannya [Perkara ni memang dah tahu, tapi memang dah fitrah manusia mudah lupa. Maka, kena selalu diingatkan].

Bila diuji, jangan cepat melatah. Jangan ikutkan nafsu sangat. Cuba tenangkan fikiran, setiap suatu yang terjadi mesti ada hikmahnya. Allah takkan sesekali menjadikan sesuatu dengan sia-sia.

*******

Setakat ni tak semua kelas yang dah start, sebab baru minggu pertama agaknya. Tapi so far, Alhamdulillah, okay. Masuk kelas calculus, boleh dengar tazkirah. Masuk kelas management, ada tazkirah juga :) Yelah, kat sini agak kekurangan event seperti di UIA PJ. Kalau kat cfs dulu, banyak ceramah agama, antara nak pegi atau tak nak je. Jadi kat sini, kena pandai-pandai la cari pengisian. Internet ada, sahabat-sahabat pun ada.

*******

Malam ni, teringat orang kat pj pulak. Bila dah teringat, mula la nak mesej semua orang (tak mesej semua orang pun, mesej beberapa orang je). Tiba-tiba rasa rindu pulak dengan suasana & sahabat-sahabat kat pj. Tapi, dah rasa lega sikit, sebab ada orang call tadi :)

Thought of the day: Bila diuji, tenangkan hati dan fikiran dengan ayat-ayat cinta kegemaran. Bukan novel atau filem ayat-ayat cinta. Tapi, ayat-ayat cinta daripada-Nya:

"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." [Al-Baqarah:216]

"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..." [Al-Baqarah: 286]

Wallahu'alam.

Wednesday, November 24, 2010

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.

Untuk mengisi masa cuti selama 2 bulan sebelum menjejakkan kaki ke Kuantan, pelbagai rancangan yang telah difikirkan. Salah satunya ialah bekerja. Macam-macam kerja yang cuba diapply, tapi satu pun tak dapat. Selepas sebulan mencari kerja, baru la dapat satu kerja yang memang menepati kehendak hati, iaitu kerja yang senang; kerja yang membolehkan saya tetap mempraktikkan ajaran Islam biarpun semasa bekerja. Alhamdulillah, dapat kerja sebagai guru tadika :)

Mula-mula, nervous gak nak start kerja. Sebab guru adalah suatu kerja yang memang saya cuba untuk jauhi. Kenapa? Takut terajar ajaran sesat dengan orang lain. Lagipun, saya bukanlah seorang yang boleh menjelaskan sesuatu dengan sejelas-jelasnya.

Bekerja kat tadika ni, pelbagai perkara yang saya pelajari dengan melihat telatah pelajar-pelajar yang masih kecil dan comel semuanya. Kanak-kanak yang masih kecil tak pandai berdendam. Walaupun hari ni mereka bergaduh dengan kawan, tapi tak lama. Sekejap je, dah okay balik. Kanak-kanak yang masih kecil ni jugak tak pandai ambil hati. Kalau kita tegur sebab mereka buat salah, mereka terima je. Tapi, kena tengok keadaan gak la. Kalau tegur semasa mereka sedang bad mood, memang mengamuk la. Sebenarnya, walau dengan siapa kita bergaul, insyaAllah kita boleh dapat sesuatu.

Apa-apa pun, memang best bekerja sebagai seorang guru tadika. Dikelilingi oleh budak-budak yang comel, rasa terhibur. Kanak-kanak yang masih belum mengenal erti 'masalah'. Bila bersama dengan mereka, masalah pun hilang sekejap daripada fikiran.

Ni gambar party last day hari tu:


Ni kawan gaduh saya, Riduan :P


Adek and Haikal


Farisha and Umairah


Dedek, Harith, Hannah, Hakim and Hariz Chomel :)

My name is Ashman, you can call me Dedek :)
Wallahu'alam.

Thursday, October 21, 2010

Istiqamah

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.

Payahnya nak update blog ni. Bukak blog, tulis sikit, padam, tutup blog. Bukan sekali. Tapi, berkali-kali (alasan ke ni?). Bila Allah sekat ilham sikit, walau try macam mana pun, tetap tak dapat nak update blog. Tapi takpe la. Better tak update blog daripada update post yang tak berfaedah kan?

2 bulan blog ni terabai, tanpa apa-apa update. Apa nak jadi la dengan tuan punya blog ni? Takpe, cuti panjang ni, saya try la update sikit-sikit.

Kali ni, nak cakap pasal istiqamah. Dulu, saya ingatkan istiqamah ni maksudnya, kita buat something dalam masa yang panjang. Tapi, sebenarnya tak. Istiqamah ni, adalah bila kita buat suatu kebaikan sampai kita meninggalkan dunia. Kalau macam tu, baru boleh dianggap istiqamah.

Dulu, ada seorang akak ni bagi talk, dia siap tanya, "Antunna confirm ke antunna akan dapat capai istiqamah? Sekarang ni, baru permulaan. Lepas ni, antunna akan melalui pelbagai peringkat lagi. Habis study, kerja, kahwin, ada anak. Istiqamah ni kena sampai kita dah meninggalkan dunia".

Terdiam saya mendengar kata-kata akak tu. Betul la! Istiqamah bukan setakat buat kebaikan dalam masa yang panjang, tapi sampai hujung nyawa.

Kenapa tiba-tiba bercakap pasal istiqamah ni? Sebab ada seorang sahabat mengadu, susah nak istiqamah bila duduk kat rumah sepanjang cuti ni. Saya pun tak berani nak bagi nasihat lebih-lebih sangat, sebab saya pun dalam usaha untuk meng'istiqamah'kan diri. Lagipun, risau jugak sebenarnya, sebab biasanya, kita akan diuji dengan apa yang kita katakan [yang ni, roommate saya selalu pesan :)]

Susah nak istiqamah? Sebab tu la pentingnya bersahabat dengan sahabat-sahabat yang baik. Sahabat yang bila kita bersamanya, dia sentiasa ingatkan kita kepada Allah. Sepanjang cuti ni, saya kurang contact sahabat-sahabat kat uia (kawan jenis apa la budak ni? -_-" takpe takpe, try ubah perangai ni). Tapi, semalam, saya online kejap, sempat la chat dengan beberapa orang sahabat ni. Lepas chat dengan diorang je, saya rasa sangat sangat happy. Tak tau la kenapa. Tapi, rasa iman reenergize balik :) Betul la kan? Orang yang hatinya bersih, cakap apa pun, insyaAllah mampu menyentuh hati orang lain.

So, jom kita bersihkan hati & cuba sedaya upaya untuk capai istiqamah.

Wallahu'alam.

Thought of the day: Iman itu sifatnya yazid wa yanqus kan? Ada masanya, iman tu bertambah, tapi kadang-kala iman menurun. Tapi, bila iman tu dalam fasa menurun, jangan biarkan ia terus turun. Usaha sungguh-sungguh untuk naikkan balik iman (note to self)

Monday, August 9, 2010

Penat?

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Anda pernah tak rasa penat setelah buat suatu kerja, sampaikan anda nak cuti satu hari? Satu hari rehat, tak buat apa-apa, tak pergi kelas & duduk kat bilik je.

Kadang-kadang, saya segan dengan sahabat-sahabat yang sangat sangat semangat apabila bergerak kerja. Letih macam mana pun, masalah menimbun banyak mana pun, tapi kerja tetap jalan. Kalau nak dibandingkan dengan diri saya ni, macam langit dengan bumi. Penat sikit dah mengeluh, Allah uji sikit dah nak terjatuh [muhasabah untuk diri], padahal ada je orang lain yang lebih penat tapi masih tetap laksanakan tanggungjawab mereka.

Rasa insaf bila diingatkan oleh seorang hamba Allah, "Kalau kita lihat sekeliling kita, ramai lagi yang tak faham dan tak praktikkan Islam". Rasa sangat sangat tak bertanggungjawab, sebab dah faham Islam tapi tak bersungguh-sungguh pun berusaha untuk menyampaikan Islam tu kepada orang lain. Mulut cakap nak menegakkan Islam, tapi usaha?

Allahhummaghfirlana wa tub 'alaina ya Allah.

Kita yang dah ada kefahaman tentang Islam ni, sepatutnya praktikkan ajaran Islam dan berusaha bersungguh-sungguh untuk sampaikan Islam kepada orang lain. Biar penat macam mana pun, gerak kerja kena tetap berjalan. Jangan ikutkan hawa nafsu yang selalu inginkan rehat tu [Peringatan buat diri].

Biar penat di dunia dengan kerja-kerja demi menegakkan Islam, supaya kita bahagia di akhirat kelak, insyaAllah.

Thought of the day: Kena sentiasa muhasabah diri dan tajdid niat. Lepas ni, tak boleh malas-malas dah. Kalau penyakit malas menyerang je, kena sentiasa ingatkan diri dengan pengorbanan Rasulullah SAW. Ujian yang Rasulullah SAW hadapi semasa menyebarkan Islam lagi dahsyat tapi baginda tetap teruskan kerja dakwah, so mulai saat ni tak boleh ada alasan nak lepaskan diri daripada tanggungjawab lagi.