Usah dicari cinta dan redha manusia seandainya belum diperoleh cinta dan redha Sang Pencipta.
Saturday, January 22, 2011
Bismillahhirrahmannirrahim.
Beberapa hari yang lepas:
Seorang hamba Allah sedang membuat latihan calculus. Baca soalan, fikir kejap. Tak dapat jawab, tinggal. Baca next question, fikir seminit dua. Tak dapat jugak. Dan keadaan ni berterusan untuk soalan-soalan yang lain.
Dalam hati, "Adeh! Apsal tak dapat jawab ni? Padahal masa discussion, paham je. Banyak lagi soalan ni".
Mesej seorang sahabat, "A**, pasni nak singgah bilik A** ye? Nak tanya soalan calculus, satu pun tak dapat jawab".
Dalam perjalanan ke bilik sahabat tersebut, dapat mesej dari seorang sahabat yang lain:
"Seorang ulama' berkata, sebaik-baik pendosa ialah yang segera bertaubat atas segala kesalahannya. Iman seorang hamba biasa, yang bukan wali atau maksum, turun naik. Solusinya mujahadahlah. Fitrah mujahadah adalah payah, sukar, susah. Kenapa? Kerana kepayahan itu yang akan bawa 'carry mark' ke syurga atau neraka. Jom tambah rasa takut pada-Nya. Setiap nafsu dan nafas akan dihitung, sedang manusia itu 'lalala...aku masih muda, lambat lagi mati, nanti dah bongkok aku taubatlah'. Wah! Seakan-akan kita ini kawan baik Izrail pula, sedang malaikat maut itu merenung muka kita berkali-kali dalam sehari, tunggu signal daripada Dia. Hakikatnya, kita ini menunggu lafaz 'touch & go' saja daripada-Nya".
Baca mesej dari awal sampai habis. Bila dah habis baca, terdetik dalam hati, "Allah! Macam tahu-tahu je orang tengah serabut ni. Kena direct kat diri sendiri kot. Kena banyak muhasabah lagi ni. Elakkan perkara lagha ye wahai diri".
Nak kongsi beberapa pengalaman 'berharga' sepanjang hampir satu bulan berada di Pahang. Pengalaman-pengalaman ni, ada antaranya yang saya tak lalui sendiri pun, tapi dengar dari cerita orang lain. Tapi takpe. Pengalaman tu berharga, sebab ada pengajaran di sebaliknya, tak kisah la pengalaman sendiri ke pengalaman orang lain.
Situasi pertama:
Dua orang hamba Allah dimarahi oleh seorang pak cik guard kerana berehat di dalam surau di suatu tempat.
Situasi kedua:
Beberapa orang hamba Allah dimarahi oleh pak cik pemandu bas, sebab tak duduk-duduk lagi padahal bas nak gerak dah.
(Kes ni, sebenarnya, berlaku salah faham. Hamba-hamba Allah tersebut ingatkan kena duduk based on nombor tempat duduk yang tercatat di tiket bas. Tapi, rupa-rupanya duduk je sesuka hati).
Situasi ketiga:
Seorang hamba Allah, bersama dua orang sahabatnya dimarahi seorang akak pegawai bank disebabkan si hamba Allah tu dah terlupa nombor pin kad atm, dan nak buat kad atm baru.
Ditegur dan dimarahi adalah 2 perkara yang berbeza. Teguran boleh diberi dengan cara lemah-lembut, tapi kalau dalam situasi-situasi di atas, dimarahi dengan cara kasar.
Dari tiga situasi di atas, saya dan sahabat-sahabat membuat conclusion hipotesis secara tak langsung, bahawa orang Pahang ni memang cara mereka garang/kasar (but of course, tak semua macam ni). Walaupun mereka tak marah, tapi cara mereka tu seolah-olah sedang marah. Tapi, tu cuma hipotesis, bukannya konklusi (maksudnya, statement tu boleh jadi betul atau salah). Sahabat-sahabat dan pembaca yang berasal dari Pahang, jangan marah pulak :)
Sebenarnya, pengalaman-pengalaman di atas ni membuatkan saya terfikir, "Kalau aku boleh buat assumption orang Pahang ni garang based on first impression & pengalaman yang baru sikit, macam mana pulak dengan Islam? Apa first impression orang bukan Islam apabila melihat perlakuan umat Islam akhir zaman ni?".
Teringat kata-kata Syeikh Muhammad Abduh;
"Aku melihat Islam di Paris, tanpa muslim. Namun, bila aku kembali ke Cairo, aku melihat muslim tanpa Islam!"
Kata-kata yang amat mendalam dan tajam maksudnya. Inilah pengajaran sebenar yang saya nak kongsikan. Setiap perbuatan kita, tak kira la kecik ke besar, sebenarnya memberikan impak kepada Islam. Kita mengaku Islam, tapi adakah kita praktikkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian kita? Kita mengaku Islam, tapi kenapa kalau ada ajaran Islam yang bertentangan dengan kehendak nafsu, kita tolak? Kita ambik ajaran Islam yang kita berkenan je? Boleh ke macam tu? Main pilih-pilih pulak ajaran mana yang kita nak, yang tak nak, kita bakulsampahkan?
*muhasabah muhasabah*
Saya bukanlah baik sangat. Alim, wara', thiqah (lama tak dengar istilah ni)... saya masih jauh untuk mencapai tahap-tahap tersebut. Tapi, saya menulis untuk mengingatkan diri sendiri, supaya pandai-pandai muhasabah balik apa yang dah ditulis di blog ni. Supaya saya tak selamanya berada di takuk yang sama, sebab saya manusia biasa yang ada keinginan untuk berubah ke arah yang lebih baik. Dan jugak, dengan harapan, andai ada yang membaca, boleh dapat manfaat, walau secebis. Ilmu tu perlu dikongsi kan?
Berdasarkan pengalaman kat atas tadi, memang tak semua orang Pahang tu garang. Tapi, setelah melalui 2,3 kali pengalaman yang lebih kurang sama, itu apa yang kami fikirkan (penyedap hati sebenarnya, supaya tak terasa sangat bila kena pengalaman yang sama lagi).
Macam tu jugak la dengan Islam. Bila 2,3 kali, seorang non-muslim A mengalami pengalaman yang sama, sebagai contoh... Ramai yang mengaku Islam, tapi tak solat, tak jaga aurat, tak tapis dulu perkataan-perkataan yang keluar dari mulut, apa yang akan bermain-main dalam fikiran si A tadi? Tentulah si A akan berfikir bahawa ajaran Islam ni, tak seindah mana pun. Dan akhirnya, Islam yang dapat nama buruk, menyebabkan orang lain tak tertarik dan menjauhi Islam. Jadi, sebelum buat sesuatu, bawak bertenang dan fikir masak-masak.
P/s: (1) Memang betul la, kita akan diuji dengan apa yang kita perkatakan. Teringat surah as-Saff, ayat 2-3. Betapa besarnya kebencian dan murka Allah pada hamba-Nya yang pandai cakap itu ini, tapi tak buat apa pun.
Allahhummaghfirlana wa tub 'alaina ya Rahim.
(2) Sedang mendalami maksud sebenar perkataan 'alim, wara' dan thiqah. Sesiapa yang nak berkongsi, silakan, tafaddhal.
Thought of the day: Banyak sangat membazir masa, time management failed! Allah... Dah banyak 'teguran' yang Allah berikan, tapi masih buat-buat tak tahu, masih lagha, perangai tunggang-terbalik. Astaghfirullah. Insaf la Alyaa. Nak tunggu azab Allah dulu ke, baru nak bertaubat? And the bigger question is, sempat ke nak insaf, bertaubat, berubah kalau asyik tangguh-tangguh? Doakan saya istiqamah.
Malam ni nak kongsi video The Chosen One by Maher Zain. Mesti ramai yang kenal Maher Zain kan? (Rasanya semua orang pun kenal) Lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau memang best, mantop la! :) Even kalau kita bagi budak-budak kecik dengar atau tengok video clip dia, mesti semua khusyuk. Teringat semasa bekerja kat tadika dulu, semua budak-budak tu tengah main-main sementara tunggu parents dorang datang. Memang sangat bising waktu tu. Tapi, sekali bukak video Maher Zain, semua senyap, khusyuk je tenung skrin laptop tu.
Sebenarnya, post kali ni bukanlah nak bercakap mengenai Maher Zain. Nak sentuh sikit je tentang video dia. Tapi, sebelum tu, kita tengok dulu video tu ea?
Okay. Dah tengok? Best kan video ni? Satu scene yang sangat sangat memberi kesan kepada saya, adalah semasa Maher Zain sedeqah duit kepada seorang pengemis kat tepi jalan tu, dan kemudiannya pengemis tu cepat-cepat lari ke tempat lain. First time tengok video ni, dalam hati dah terdetik, "Eh. Apsal lak laki ni? Orang bagi dia duit, tak cakap terima kasih pun, terus lari je".
TAPI, tak lama lepas tu, tunjuk pulak satu scene di mana pengemis tadi, memberikan duit yang dia dapat kepada seorang lagi pengemis, yang pada pendapat saya, berada dalam keadaan yang lebih lemah daripada pengemis pertama tadi.
Dan, terus terdetik dalam hati, "Allah! Bagusnya lelaki ni! Even dia susah, dia masih boleh MEMBERI kepada yang lebih memerlukan".
Daripada babak-babak ni, sebenarnya ada banyak perkara yang kita boleh pelajari. Salah satunya, konsep ithar. Amende ithar ni? Ithar ni maksudnya, mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri. Dan kalau tak silap saya, ithar ni merupakan level tertinggi dalam ukhuwwah.
Dari sini, kita boleh muhasabah diri masing-masing. Sebagai seorang sahabat, adakah kita dah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai 'ithar' ni? Ataupun tahap terendah dalam ukhuwwah, iaitu berlapang dada sesama sahabat, pun kita tak boleh nak capai lagi?
Pengajaran kedua yang kita boleh dapat dari video ni, memberi. Seperti yang selalu dikatakan oleh Ustaz Hasrizal, "Erti hidup pada memberi". Sepanjang kita hidup ni, adakah kita lebih banyak memberi atau lebih banyak menerima? Hidup ni mesti ada give and take. Takkan selama-lamanya kita nak hidup untuk menerima saja?
Sesusah mana pun kita, cuba sedaya upaya untuk sentiasa memberi. Tak kisah la, nak bagi apa. Duit, hadiah, kongsi ilmu, semuanya dikira sebagai memberi. Lagipun, memberi sedeqah ni salah satu amalan yang Rasulullah SAW amalkan dengan istiqamah kan? :)
Jadi, lepas muhasabah, kena la baiki diri. Kalau dah jumpa kekurangan diri, berusahalah untuk perbaiki kekurangan tersebut.
*******
Jumpa link blog ni beberapa hari yang lepas. Tulisan-tulisan kat blog ni sangat sangat memberi kesan, dan mengajar saya agar sentiasa menjadi hamba yang bersyukur, biar sehebat mana ujian yang dihadiahkan Allah. Kalau nak dibandingkan dengan arwah yang sangat sangat tabah menghadapi ujian Allah, rasa malu dengan diri yang selalu merungut bila diuji.
Ayat-ayat yang arwah gunakan, sangat memberi kesan. Salah satu phrase yang sangat saya suka, "A minute you're on top of the world, but by the next blink of the eye, here you are, as low as you can get". Hebat kan bila seseorang menulis dari hati, berlandaskan ajaran Islam? Hanya tulisan dari hati yang akan mampu menyentuh hati orang lain :)
Sama-sama kita doakan semoga arwah ditempatkan bersama hamba-hamba Allah yang soleh. Al-Fatihah.
*****
Thought of the day: Kepada sahabat-sahabat, saya nak mintak maaf kalau ada buat silap, cakap kasar, selalu menyusahkah orang, tak reti nak ucap terima kasih atau apa-apa je la. Saya manusia biasa, memang tak lepas dari melakukan kesilapan, dan juga mudah alpa. Jadi, kalau ada kesilapan yang saya lakukan tanpa sedar, tolonglah nasihatkan ea?
Update: Bila tengok lagi sekali video The Chosen One tu, sebenarnya pengemis tu macam ada cakap something bila Maher Zain sedeqahkan duit. Saying 'Thank you' perhaps? :)
Alhamdulillah, dah seminggu lebih memulakan fasa hidup yang baru sebagai 'undergraduate student' di UIA Kuantan. Walaupun macam-macam ujian yang dihadapi (rasanya tak perlu dispesifikkan), sebelum dan selepas menjejakkan kaki di kuantan, insyaAllah semuanya ada hikmah. Dan fitrah sebagai seorang manusia biasa, bila diuji Allah, mula-mula memang merungut. Mungkin tak merungut di mulut, tapi dalam hati,... takde apa yang boleh kita sembunyikan daripada Allah.
Bila diuji, mula la pertikaikan itu ini. Mesej si A si B, nak cerita tentang masalah yang dihadapi, dengan harapan mungkin si A atau si B boleh tolong cari jalan penyelesaian. Tapi, sebagai hamba Allah, tak sepatutnya kita letakkan pergantungan pada manusia lain, yang juga merupakan hamba Allah kan? Bila ada masalah, luangkan lebih banyak masa untuk Allah, mengadu pada Dia Yang Satu. Allah yang memberikan kita ujian, dan insyaAllah Dia juga yang punya penyelesaiannya [Perkara ni memang dah tahu, tapi memang dah fitrah manusia mudah lupa. Maka, kena selalu diingatkan].
Bila diuji, jangan cepat melatah. Jangan ikutkan nafsu sangat. Cuba tenangkan fikiran, setiap suatu yang terjadi mesti ada hikmahnya. Allah takkan sesekali menjadikan sesuatu dengan sia-sia.
*******
Setakat ni tak semua kelas yang dah start, sebab baru minggu pertama agaknya. Tapi so far, Alhamdulillah, okay. Masuk kelas calculus, boleh dengar tazkirah. Masuk kelas management, ada tazkirah juga :) Yelah, kat sini agak kekurangan event seperti di UIA PJ. Kalau kat cfs dulu, banyak ceramah agama, antara nak pegi atau tak nak je. Jadi kat sini, kena pandai-pandai la cari pengisian. Internet ada, sahabat-sahabat pun ada.
*******
Malam ni, teringat orang kat pj pulak. Bila dah teringat, mula la nak mesej semua orang (tak mesej semua orang pun, mesej beberapa orang je). Tiba-tiba rasa rindu pulak dengan suasana & sahabat-sahabat kat pj. Tapi, dah rasa lega sikit, sebab ada orang call tadi :)
Thought of the day: Bila diuji, tenangkan hati dan fikiran dengan ayat-ayat cinta kegemaran. Bukan novel atau filem ayat-ayat cinta. Tapi, ayat-ayat cinta daripada-Nya:
"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." [Al-Baqarah:216]
"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..." [Al-Baqarah: 286]
Wallahu'alam.
Wednesday, November 24, 2010
Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum w.b.t.
Untuk mengisi masa cuti selama 2 bulan sebelum menjejakkan kaki ke Kuantan, pelbagai rancangan yang telah difikirkan. Salah satunya ialah bekerja. Macam-macam kerja yang cuba diapply, tapi satu pun tak dapat. Selepas sebulan mencari kerja, baru la dapat satu kerja yang memang menepati kehendak hati, iaitu kerja yang senang; kerja yang membolehkan saya tetap mempraktikkan ajaran Islam biarpun semasa bekerja. Alhamdulillah, dapat kerja sebagai guru tadika :)
Mula-mula, nervous gak nak start kerja. Sebab guru adalah suatu kerja yang memang saya cuba untuk jauhi. Kenapa? Takut terajar ajaran sesat dengan orang lain. Lagipun, saya bukanlah seorang yang boleh menjelaskan sesuatu dengan sejelas-jelasnya.
Bekerja kat tadika ni, pelbagai perkara yang saya pelajari dengan melihat telatah pelajar-pelajar yang masih kecil dan comel semuanya. Kanak-kanak yang masih kecil tak pandai berdendam. Walaupun hari ni mereka bergaduh dengan kawan, tapi tak lama. Sekejap je, dah okay balik. Kanak-kanak yang masih kecil ni jugak tak pandai ambil hati. Kalau kita tegur sebab mereka buat salah, mereka terima je. Tapi, kena tengok keadaan gak la. Kalau tegur semasa mereka sedang bad mood, memang mengamuk la. Sebenarnya, walau dengan siapa kita bergaul, insyaAllah kita boleh dapat sesuatu.
Apa-apa pun, memang best bekerja sebagai seorang guru tadika. Dikelilingi oleh budak-budak yang comel, rasa terhibur. Kanak-kanak yang masih belum mengenal erti 'masalah'. Bila bersama dengan mereka, masalah pun hilang sekejap daripada fikiran.
You guys can judge me based on my posts, or perhaps not. Well, I once read that a person will either brag or be so humble when asked to describe about themselves. So, I shouldn't describe myself, should I? Allah knows me better :)
Segala perkataan boleh diterima dan boleh ditolak. Aku ini hanya seorang manusia yg mungkin salah dan mungkin benar. Oleh itu,periksalah pendapatku. Segala yg bersesuaian dgn al-Quran dan as-Sunnah,ambillah ia dan segala yg tidak bersesuaian,tinggalkanlah. -Imam Malik bin Anas
Daurah Iftitah 2.0
-
Assalamualaikum wrt..
Alhamdulillah ala kulli hal.
sudah genap 2 tahun pertapakan ana di kepulauan. medan yang perlu ana
tempuhi buat kesekian kali.
daura...
lesson
-
Good to know that I’m in early 20s, well fed, well educated and healthy. A*lhamdulillah,
it *is a blessing to be born in a wealthy family. I don’t have to w...
Jaringan Setiakawan & Approach Bijaksana Dlm Dakwah
-
“Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Ber’amal Kerana Allah” As-Sarawaki, 2
Jamadits Tsani 1430H: Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin atas
segala-galanya. Sudah lebih 2...
Terlebih Seringgit
-
Pagi ini singgah di gerai kuih yang biasa disinggahi pada hari-hari
bekerja. Sebaik sampai di gerai itu, kelihatan seorang lelaki dan anak
lelakinya sedang...
INDIA : DONE
-
Menulis dengan tenang dari rumah di Miri...
Alhamdulillah, sudah 4 hari berada di tanah air, sudah tamat fasa pertama
pengajian perubatan di India. Tingga...
NCSA
-
NATIONAL CONFERENCE ON STUDENTS ACTIVISM ( representing MMU Melaka)
ustaz pahrol joui
conference time
forum on students activism
questions and answer ...
malar jak aku T_T
-
Salam...hehe,lmk xnulis ctok.. sy sitok mok meluah perasaan,lamak dah
xmeluah perasaan.. sy ada seorang kwn yg baik,ska bguro dgn saya,baitla
senang nk pad...
Disebalik Hijrah
-
Firman Allah :“Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka
dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di
dunia. da...
aktiviti anak-anak sempena rabiul'awal
-
Semalam, balik dari masjid, abang kata di masjid ada ceramah tentang
kelahiran Nabi Muhammad sempena bulan Rabiul'Awal.
Pagi ni tirah cari sikit aktiviti ...
AMBIL VITAMIN C DENGAN BETUL
-
Bila tengok buah oren ni kan, kak wa teringat kenangan masa dalam pantang
dulu.
Lepas bersalin, doktor dan nurse selalu pesan jangan lupa ambik Vitamin C...
Berakhirnya penantian, bermulanya satu peperangan
-
Alhamdulillah, hari ni selesai satu peringkat dalam hidup. Kelmarin dulu,
25 April 2017 keputusan pengambilan HO keluar dan aku terpilih. No
expectation pu...
Resepi Kimchi Jjigae (Kimchi Stew)
-
Kimchi jjigae (kimchi stew)
Ada kawan datang rumah mintak tunjuk ajar resepi kimchi jjigae. Sampai
sanggup overnight kat rumah. Sedangkan bukannya powe...
Hari Raya AidilAdha
-
Memenuhi permintaan anak2 murid yang merindui cikgu Khadijah.
"Cikgu, datang rumah saya dlu ya?"
"Cikgu, rumah Satara sikit jauh... mari la rumah saya du...
tokwe dalam tulus doa
-
22 Ramdhan, tokwe kesayangan kembali ke rahmatullah. Pergi yang takkan
kembali sepertimana arwah tokki dulu. Tapi aku yakin, tokwe dan tokki pasti
bahag...
Selepas Dua Tahun
-
Kaku tangan menyusun baris kata. Ya, setelah 2 tahun tiada abjad disusun
mewakili suara.
Entah kenapa tergerak hati menulis di sini sedangkan thesis banyak ...
Visit the CFS IIUM Petaling Jaya!
-
Alhamdulillah, saya menunggu saat saya mampu turun ke Petaling Jaya.
Bertemu dengan sejuta kenangan yang pernah menghidupkan jiwa. Allah
rezekikan untuk me...
Tarbiah dan Ta'dib dari Allah
-
Bismillah tsumma alhamdulilah.
Allahumma solli a'la sayyidina Muhammad.
Ini sekadar warming-up menulis semasa cuti sem 3 bulan hari itu. InsyaAllah
sediki...
i'm final year student^^
-
2014, 24 tahun, tahun ke-4 di uia..
Makin meningkat usia, makin bertambah tanggungjawab. Life is getting
serious. (sambil menaip ni sambil dengar rakaman ...
-
This is just a politics blog that i have set up helping me express my
opinions and dismay on the world! Give me time..... i haven't added
anything yet to t...
We are the CHAMPION!
-
Bismillahirrahmanirrahim.....
Assalamualaikum w.b.t...
23 Februari 2013 bersamaan 13 Rabiul Akhir 1434 H. Hariku dimulai dengan
aktiviti senamrobik, sanga...
MCLEAD MRC 2013
-
SUBHANALLAH.SUBHANALLAH.SUBHANALLAH.
Hampir satu setengah tahun tak meng'update' blog ini. MasyaAllah, bersifat
pemalaskah pemiliknya? Mungkin. Tiada 'mood...
Red..
-
*sisters in red..
walaupun sepatotnya hari tu patot pakai baju kaler BIRU untuk Hari
Diabetes..
kaler MERAH untuk meraikan hari teristimewa 2 sahabat aka...
Cukupkah?
-
Bismillah wa Alhamdulillah..
Usai solat isya' semalam...hati berdetik,cukupkah amalan ku untuk kembali
kepada Allah?
Cukupkah bekalan amalan untuk menjawa...
stuDENT diari: jangan jawab 'saya tak tahu'
-
bismillah.. "I takut dengan dentist sebenarnya tapi bila buat treatment
dengan senior korang memang best. tak sakit pun. you guys were soo awesome
and baik...
~BuAT yaNg tERSAyANg~
-
ALHAMDULILLAH...SUBHANAALLAH..
dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim...aku memulakan kalam ini...rasanya
sdah agak lama aku membiarkan blog ini seperti tia...
Belia yang Celaru Identiti?
-
"Ah..beratnya rasa nak pergi esok! Kenapalah aku tulis nama hari tu?".
Itulah keluhanku pada malam itu. Beberapa hari yang lalu, satu poster
diedar di dala...
Mahram bagi wanita
-
Hal yang seringkali dipandang remeh..
Datuk saudara tsabit = lelaki yang berkahwin dengan nenek saudara
Bapa saudara tsabit - lelaki yang berkahwin dengan...
3 Bulan Macam 3 Tahun!
-
Oh..aku ada blog rupanya =)
Lama benor tak update. Masalah teknikal sedikit ye. Maklum la, dah graduate
CFS, dah bukan one of iium-community T_T
Story hari...
Berpindah
-
Bismillah
Saya berpindah ke laman baru. Silalah jenguk-jenguk ye :)
Ahlan wasahlan kawan-kawan!
Sila Klik gambar atau boleh klik di sini [zahra-ameerah]
Salam Maulidur Rasul 2026
-
[image: Salam Maulidur Rasul 2026]
*Salam Maulidur Rasul 2026*
Ternampak template ni dekat Canva. Terus klik untuk customise. Menarik
ayatnya, buat kita t...
Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.
-
Kenyataan Media | đŚđ¸đŽđťđąđŽđš đđđŚ - đĄđŽđˇđśđŻ đ˝đ˛đżđšđ đľđ˛đťđđś
đ¸đ˛đšđśđżđđ¸đŽđť đżđŽđ¸đđŽđ
Ramai yang terpengaruh dengan naratif mantan P...
BAGAIMANA BOLEH FUTUR?
-
Izinkan kami menulis lagi pada malam yang hening ini berkongsi rasa dan
tadabur apabila menghadap ayat-ayat Allah dengan pengalaman tarbiyah dan
secebis...
Which way is the heaven?
-
If there is only one thing you can tell me, what will it be?
I looked at her, and then I shook my head no. "Nothing," I said.
"Nothing," I repeated.
She...
KEPULANGAN.
-
malam selalu merayap dengan ingatan, memori, kenangan dan peristiwa
lampau. kita disogokkan dengan pertanyaan demi pertanyaan dan jawapan demi
jawapan. ki...
#81 Susahnya nak solat
-
Mengapa kita rasa susah sangat nak solat? Dan mengapa kita rasa 'okey-okey'
sahaja bila kita menginggalkan solat? Benda ni menyedihkan sebenarnya. Kita
ber...
Suara dalam Diri
-
Bismillahirrahmaanirraheem.
"Sudahkah engkau berdamai dengan masa lalumu?"
tanya MasGun dalam tulisannya.
Persoalan yang aku kira, tidak punya jawapan ut...
5 Asas Penting Menilai Calon Suami Yang Soleh
-
Memilih suami bukan satu perkara kecil, kerana ia ibarat kita memilih
seorang nakhoda buat mengemudi sebuah bahtera. Tentu tidak mudah untuk
dipastikan...
bukan hanya mengumpat
-
Bismillah.. Antara kaedah untuk lebih menjiwai, merasai dan mendapat impak
dari bacaan Al Quran adalah dengan memahami konteks semasa waktu turunnya
sesebu...
Karya Sulung BroHamzah | Monolog Dari Hati
-
Bismillah. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Izinkan saya untuk
berkongsi satu perkhabaran. Alhamdulillah, tirai Ramadhan tahun ini dibuka
denga...
We got this far, we need to keep going.
-
The journey is long and the one that got that far is because they had the
strength to overcome distractions. Internally we want to be strong but we
got swa...
Update: Rezeki
-
Bismillah.
Fuhh, last entry di blog ni April lepas. Saya 'ter'curang dengan blogging
sejak dapat title baru - isteri dan ibu. Cepatnya rasa masa berlalu.
...
~ Berhabuk ~
-
Dah tengok vlog terbaru Qawiem Khairi? *V13 : Cinta Hantu Raya*
Haih.. memang dah lama benor tak menghapdet blog ni. Nak kata sibuk, tak
sibuk pun. Nak k...
Ibn Khaldun: Cukai dan Jatuh Bangun Empayar
-
Bicara tentang ketamadunan dan prinsip-prinsip dasar didalamnya, pasti
tidak boleh lepas dari memasukkan buah fikiran seorang tokoh ilmuan besar
Islam bern...
Sakratul Maut :(
-
This is someone dying while having an MRI scan. Before you die, your *brain
releases tons and tons of endorphins* that make you feel a range of
emotions....
Jatuh Cinta Pada 'Ustaz' nya Dia....
-
Sewaktu di majlis perkahwinan anak Mudir Imam Muda, Ustaz Hassan Mahmud.
Aku sempat berbual dengan ibu kepada Juara Imam Muda Musim Kedua iaitu Imam
Muda H...