Tuesday, April 19, 2011

Satu malam di LCCT

Bismillahirrahmannirrahim.

Alhamdulillah, dah selamat tiba di LCCT :)

Selalunya, bila sahabat-sahabat saya dapat tahu yang saya akan travel seorang-seorang untuk balik ke Sarawak, soalan yang akan ditanya adalah, "Balik sorang je? Ya Allah, beraninya!". Dan saya pulak akan jawab, "Dah biasa dah", tak pun senyum je.

Tipu la kalau saya katakan yang saya tak cuak atau risau bila travel seorang-seorang. Tapi, saya tenangkan hati saya dengan mengukuhkan keyakinan bahawa Allah itu dekat, Dia akan sentiasa jaga saya, setiap masa. Lagipun, saya tahu ramai yang mendoakan keselamatan saya. Selain ibu bapa saya, sahabat-sahabat saya bukan saja mengiringi perjalanan saya dengan salam-peluk-cium, tapi jugak dengan iringan doa :)

Sebenarnya, travel berseorangan ni mengajar saya satu perkara; meletakkan pergantungan sepenuhnya pada Allah. Memang timbul perasaan risau dalam hati saya, seandainya sesuatu yang tak diingini terjadi (naudzubillah), tapi saya kena yakin yang Allah akan jaga saya setiap saat, selagi saya ingat pada Dia. Sebab itu pesanan Rasulullah SAW, insan terdekat dengan Allah. Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu.

Dari Ibnu Abbas RA, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.
(Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi)

Seperti yang diperkatakan dalam hadith di atas, bila kita jaga Allah yakni mengingati-Nya dan menunaikan hak-Nya, maka, insyaAllah Allah akan sentiasa jaga kita. Jadi, secara tidak langsung, travel seorang-seorang ni jugak mengajar saya supaya sentiasa menjaga hubungan dengan Allah setiap masa. Tapi, memang tak dinafikan, ada masa saya terlalai, teralpa. Ada ketikanya saya menjadi jauh dari Allah. Itu semua tanda bahawa saya bukanlah seorang yang perfect (perfectionist, mungkin ya). Itu tanda iman saya punya masa turun dan masa naiknya. Tapi, itu bukan alasan untuk terus hanyut jauh dari Allah. Sebaliknya, mengajar betapa pentingnya mujahadah untuk sentiasa istiqamah dalam perjalanan mengejar redha-Nya.

Thought of the day: Rasanya, ramai je yang dah biasa travel seorang-seorang kan?

Wallahu'alam.

Friday, April 8, 2011

Masa

Bismillahirrahmannirrahim.

Mencuri masa sebentar, untuk update blog. I found something interesting while surfing through tumblr. Nak kongsi, moga ada manfaatnya.

From 2006 to 2008, James Franco took 62 credit-hours per quarter at UCLA, three times the normal limit. During this time, he was on set filming Spider-Man 3, Pineapple Express and Milk. He earned a GPA of 3.5. What's your excuse?

Setiap orang dikurniakan Allah dengan 24 hours each day, takde yang lebih atau kurang. Yang berbeza adalah cara kita menggunakan masa kita.

Situasi 1:
A selalu sibuk dengan pelbagai urusan persatuan, namun akademik tetap cemerlang.

Situasi 2:
B memerhati sahabatnya, C yang selalu mendapat keputusan yang cemerlang dalam exam, biarpun tak study sangat.

Situasi 3:
Esok ada exam, tapi D tetap meluangkan masa untuk ke majlis ilmu. Berbeza dengan sahabatnya E, yang hanya duduk di bilik membuat ulangkaji.

Tiga situasi di atas, mungkin kita sendiri pernah alami, ataupun terjadi pada orang lain di sekeliling kita. Ada beberapa pengajaran yang boleh kita dapat berdasarkan situasi di atas. Firstly, pengurusan masa yang mantop. Sesibuk mana pun kita, if we use our time wisely, insyaAllah akan ada masa untuk buat perkara lain. Second, setiap orang ada cara study yang berbeza. Mungkin C jenis yang fokus dalam kelas, atau mungkin jugak sebenarnya C dok pulun study, tanpa pengetahuan sahabat-sahabatnya. Lastly, keberkatan masa sangat sangat penting. Dulu, semasa talaqi di pj, Ustaz Muhadir pernah cakap lebih kurang macam ni, "Mungkin sahabat entum, study 4,5 jam tapi hasilnya sama dengan entum yang study 1,2 jam".

Walaupun sekarang ni fatrah exam, hubungan dengan Allah tetap kena jaga. Tapi, jangan pulak lepas exam nanti, terus abaikan hubungan dengan Allah, naudzubillahhi min dzalik. Kita sebagai hamba, kena jaga hubungan dengan Allah, setiap masa.


Untuk sahabat-sahabat biomedic yang akan exam anatomy 14/4

*******

1. Allah swt telah mengurniakan 2 perkara besar kepada BN di Sarawak.

Pertama : Kuasa [ mandat rakyat melalui pilihanraya sejak dulu ]
Kedua : Harta [ Petroleum, balak dan sumber alam yang lain ]

2. Malangnya menurut pengamatan saya, Sarawak jauh tertinggal 2 perkara berbanding Semenanjung.

Pertama : Pembangunan Agama
Kedua : Pembangunan dan Kebajikan Rakyat

Sumber: Klik sini

Sedih bila memikirkan tentang negeri tempat kelahiran ni. Walaupun kenyataan di atas pahit untuk ditelan, tapi itulah hakikat sebenar di Sarawak.

Pernah seorang adik berkata kepada saya, "Kak, bila saya masuk uia, baru saya tahu yang kaki, rupa-rupanya aurat seorang perempuan". Siapa yang tak sedih dengar kata-kata macam ni? Sepanjang 18 tahun hidup, tanpa mengetahui batas asas aurat seorang muslimah. Tapi, Alhamdulillah, Allah bagi hidayah pada adik tersebut.

Teringat cerita seorang ustaz mengenai pengalamannya semasa ditugaskan di Sarawak. Ustaz tersebut bagitahu semasa di Sarawak, sangat penat. Kenapa? Sebab beliau diminta memberi ceramah demi ceramah. Dari masjid hingga ke penjara, semuanya beliau pergi semata-mata demi dakwah Islamiyah.

Personally, bagi saya, bertuah sebenarnya sesiapa yang berpeluang untuk belajar di Semenanjung. Sebab? Boleh dapat pelbagai ilmu (khususnya berkaitan agama), dan bila balik Sarawak, boleh sebarkan. Mahasiswa Sarawak memegang tanggungjawab yang berat, untuk menyebarkan dakwah di Sarawak. Kena sentiasa ingat, kita berada di Semenanjung, bukan untuk menuntut ilmu di dalam kuliah ataupun enjoy menjelajah satu Semenanjung semata-mata, tapi cari ilmu dan pengalaman sepanjang berada di sini.

Dengan tarikh PilihanRaya Negeri Sarawak yang semakin hampir, adakah akan ada perubahan? Satu soalan, yang saya takde jawapan (umur pun tak cukup lagi).

Wallahu'alam.

Friday, April 1, 2011

Final Exam

Bismillahirrahmannirrahim.

Sekarang ni, dah masuk fatrah exam di uia kuantan. Bila masuk library, rasa terkejut. Sebab sebelum ni, library lengang je. Tapi, study week ni, library sangat penuh!

Jadual exam budak biotech batch 102:

1/4: Islamic Worldview
5/4: Biochemistry
7/4: MGT
8/4: Biostatistics
10/4: Molecular Cell and Biology
14/4: Calculus


Sebenarnya, indirectly, exam ni melatih kita untuk bermujahadah. Mujahadah melawan nafsu. Yelah, study week & exam weeks ni, masa memang banyak sebab takde kelas. Setiap hari memanglah ada 24 hours. Tapi bila takde kelas, terpulang kepada kita macam mana nak isi masa tu, kan? Waktu macam ni, mula la timbul perasaan nak online, tak pun tidur atau buat aktiviti lain. Dan masa ni la, kena mujahadah sungguh-sungguh supaya masa tak terbuang sia-sia. Kena tahu mana satu yang perlu diutamakan, ulangkaji ke buat benda lain?


*******
Tujuan utama update blog, bukanlah nak kongsi jadual exam. Tapi, nak kongsi kata-kata kat bawah ni:

"When Allah alienates you from the company of His creatures, know that He wishes to open for you the door of His own intimacy." [Ibnu Ata'illah]

Terbaca phrase kat atas semasa membaca artikel yang ustazah bagi dalam kelas Islamic Worldview. Meaningful kan?

Saya rasa mostly antara kita ni pernah menghadapi satu masa dalam hidup kita, yang membuatkan timbul perasaan as if kita ni keseorangan je. Bila timbul perasaan macam ni, kita rasa takde orang yang faham kita. Bila kita ada masalah, kita rasa orang pandang remeh masalah kita, sedangkan bagi kita, masalah tu cukup berat. Or bila kita nak cerita masalah kita dengan kawan-kawan, takde seorang pun yang free to spend some time to listen to our problems. Kadang-kadang, even kita bersama sahabat-sahabat yang ramai, tapi kita rasa keseorangan. Pernah tak rasa macam tu? Or tak faham apa yang saya cuba sampaikan?


Bila timbul perasaan sebegini, muhasabah balik diri kita. Mungkin kita tak jaga hubungan dengan Allah. Mungkin hubungan kita dengan Allah, mula menjauh. Teringat satu pesanan yang pernah saya dengar, "Bila kita rasa down, muhasabah balik hubungan kita dengan Allah". Bila timbul rasa keseorangan, mungkin itu sebagai peringatan daripada Allah supaya kita baiki semula hubungan kita dengan Dia.

Thought of the day: Tulis, padam, tulis lagi, padam lagi dan berulang berkali-kali. Susah kan nak update blog? Bila Allah bagi ilham, senang je nak update. Bila Allah sekat sikit, jadi sangaaat payah. Menunjukkan betapa sebenarnya kita ni cumalah hamba yang lemah. Segala apa yang kita ada, semuanya nikmat dari Allah. Jadi, maaf pada sesiapa yang tak faham apa yang saya cuba sampaikan. Kalau faham kata-kata Ibnu Ata'illah tu pun dah cukup dah, insyaAllah :)

Wallahu'alam.

Saturday, March 19, 2011

Bismillahhirrahmannirrahim.

Sedikit muhasabah buat diri yang mudah alpa dan sahabat-sahabat yang membaca.

Siapakah mursyidul am ikhwanul muslimin sekarang?

Sunyi. Sepi. Masing-masing berfikir, mencari jawapan, cuba mengingat sepotong nama yang pernah terbaca sebelum ini.

Siapakah Muhammad Mahdi 'Akif?

Soalan bertukar, meninggalkan soalan sebelumnya tanpa jawapan.

Macam pernah dengar nama ni.

Mursyidul am Ikhwanul Muslimin sekarang...?

Cubaan untuk menjawab, atau lebih tepatnya meneka.

Salah. Mantan mursyidul am ikhwanul muslimin.

Soalan demi soalan dilontarkan bertubi-tubi, menimbulkan pelbagai rasa dalam diri. Rasa kerdil, kerana masih terlalu banyak perkara yang tak diketahui. Pada masa yang sama, menimbulkan kesedaran dan membakar semangat untuk sentiasa mencari ilmu, membaca pelbagai jenis bahan bacaan dan cakna dengan isu semasa.

Soalan seterusnya.

Siapakah penulis buku 7 habits of highly effective people?

Masing-masing berebut-rebut untuk menjawap.

Stephen Covey.

Jawapan diberikan dengan yakin.

Sebutkan salah satu 7 habits.

Soalan ini juga disambut dengan reaksi yang sama. Masing-masing mengangkat tangan, eager untuk menjawab.

Begin with the end in mind.

Sharpen the saw.

Selesai sesi bersoal jawab.

Bila ditanya tentang buku 7 habits, ramai yang tahu, nak jawab. Tapi, bila tanya soalan lain, tak tahu jawapan.

Tunduk dan semakin menunduk bila mendengar sebaris ayat ini dilontarkan. Ah..segan! Kata-kata itu tepat-tepat terkena pada diri sendiri. Tunduk. Segan. Muhasabah diri.

*******

Sekadar perkongsian ringkas mengenai perbualan dengan sahabat-sahabat.

"Cuti ni, saya nak sharpen the saw. Saya target nak habiskan dua buku," seorang sahabat berkongsi perancangannya semasa cuti nanti.

"Hah?! Dua buku je? Sikit sangat tu. Cuti 5 bulan kot..!" sahabat yang lain pula memberi komen.

"Tak. Saya nak baca buku tu, bagi faham betul-betul," terang sahabat tadi.

"Ohh. Nak hadam la ni ea?" soal saya.

"Ish. 2 buku tu sikit sangat. At least sebulan satu buku," sahabat yang tadi terus memberi komen.

'Sebulan satu buku, cuti lima bulan = 5 buku. AT LEAST. Tak boleh kurang. Kalau lebih takpe,' fikir saya.

"Kalau macam tu, saya nak beli buku la before balik cuti ni," kata saya.

P/s: Tak tahu nak huraikan macam mana dua situasi di atas. Tapi, tanpa huraian pun, insyaAllah, ada yang faham. Kan? :)

Monday, March 7, 2011

First Impression

Bismillahirrahmannirrahim.

Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang untuk hidup di bumi-Nya, dengan pelbagai nikmat yang tak terkira. Baru-baru ni, terbaca satu artikel mengenai tudung labuh. Dan apa yang dicatatkan dalam artikel tersebut, saya sendiri pun pernah alami.

Bila baca artikel ni, teringat balik pelbagai first impression kawan-kawan terhadap saya dulu.

Situasi 1:

"Awak dulu sekolah agama ke?"

"Eh. Tak la. Sekolah biasa je."

[IKLAN: Teringat perbualan dengan Kak Jaja: Alyaa dulu sekolah mana? Saya pun menjawab, sekolah biasa je. Kenapa ada 'je' kat belakang tu? tegur Kak Jaja. Eh, silap. Saya sekolah biasa.. :)]

Sambung balik cerita atas tadi:

"...." Sahabat yang bertanya tadi senyap, dengan muka terkejut.

"Kenapa?" soal saya.

"Takde la. Pelik bila tengok budak sekolah biasa pakai tudung labuh."

"Ohh.."

"Tapi, kalau tengok budak sekolah agama pakai tudung biasa, takde la pelik sangat."

Dalam hati saya: Double standard ke apa ni?

Situasi 2:

"Adik-adik letak barang adik-adik yang berharga kat tengah-tengah. Lepas tu, pejam mata dan ambik satu barang. Dan adik-adik kena bagitahu apa first impression adik-adik terhadap tuan punya barang tu," akak fasi memberikan arahan untuk sesi ta'aruf.

Tiba giliran saya untuk tahu first impression orang lain terhadap saya:

"Alyaa ni, dulu saya ingatkan akak DQ", tergelak saya mendengarnya.

Dalam hati: Melampau la. Tak layak kot -_-"

Situasi 3:

Lepas penat berjalan-jalan di Pesta Buku dengan roommate, duduk rehat sekejap.

Tiba-tiba,

"Belajar kat mana?" tanya seseorang.

"Kat uia"

"Ohh. Ambik bidang agama ke?"

"Tak la. Bidang sains"

Dalam hati: Kalau bertudung labuh, kena ambik bidang agama je ke?

"Ohh"

Lepas tu, terus melarikan diri ke tempat lain.

"Sebut sahaja tudung labuh, yang tergambar adalah tudung ala-ala ustazah, dan si pemakainya pula adalah gadis yang berlatarbelakangkan sekolah agama. Malah dengan bertudung labuh ia mampu memberi gambaran bahawa si pemakainya seorang yang alim dan setiap gerak gerinya andai ada yang salah atau melampaui akan dihukum dua kali ganda. Maksud saya bila si tudung labuh yang membuat salah, impaknya akan lebih besar, rasa terkejut orang ramai akan lebih hebat. Lebih tinggi berbanding situasi di mana pelakunya bukanlah seorang yang bertudung labuh."

[Credit to az-zariyat].

Sebenarnya, untuk memakai tudung labuh ni, perlukan kekuatan untuk istiqamah dan berhadapan dengan persepsi orang sekeliling. Tambah-tambah kalau sebelum ni, pakai tudung biasa dan bukan budak sekolah agama. Bukan nak mendabik dada bangga sebab pakai tudung labuh walaupun bukan budak sekolah agama. Tapi, cuma nak kongsi, bahawa tudung labuh ni bukan exclusively untuk budak sekolah agama sahaja.

"Ustazah, tumpang lalu sikit"

"Tepi-tepi, ustazah nak lalu ni"

Perkara-perkara di atas dah terlalu biasa dengar, sampai dah jadi lali.

Sampaikan ada seorang sahabat bertanya, "Usu, kenapa dia panggil kita ustazah?"

"Biarlah. Tak kisah pun. Dah terbiasa kena camtu," balas saya.

Gelaran 'ustazah' yang diberikan lantaran memakai tudung labuh. Sebagai tanda hormat, usikan atau ejekan, wallahu'alam. Bergantung kepada niat si pemanggil.

Ada 2,3 orang sahabat yang bertanyakan kepada saya, "Alyaa, camne rasa pakai tudung labuh ea? Nampak macam best je,"

Tersenyum bila baca soalan ni (sebab biasanya orang tak tanya direct, either through mesej or ym).

"Memang best pun. Rasa lagi selamat,"

"Cuba explain sikit"

"Rasa selamat la, sebab biasanya golongan bertudung labuh ni, orang tak berani kacau. Bila pakai tudung labuh ni, automatic kena jaga akhlaq la. Sebab kalau orang pakai tudung labuh buat salah or akhlaq tak jaga, orang pandang 'slack' lebih sikit. And, nanti tempias kena kat semua, bukan sorang je,"

"Ohh..."

"Kenapa? Nak pakai tudung labuh ea?"

"Takde. Tanye je. Terima kasih sudi kongsi"

Sebenarnya, ramai je yang teringin nak pakai tudung labuh. Tapi, takut dengan persepsi masyarakat yang meletakkan beban yang berat (label golongan yang bertudung labuh as 'alim, wara', ilmu agama mantop) pada bahu para muslimah yang bertudung labuh. Sebab itulah, saya katakan bahawa kekuatan ni sangat penting untuk berubah imej, kepada bertudung labuh.

Teringat satu perbualan:

"Saya teringin pakai tudung labuh, tapi rasa tak layak la. Ilmu tak banyak, perangai ntah apa-apa," adu si A kepada sahabatnya, B.

B pun jawab, "Dulu, ustazah saya pernah pesan, bila kita pakai tudung labuh ni, insyaAllah, automatically kita akan sentiasa jaga akhlaq kita. Nak tengok layak ke tak layak, susah la".

Lebih kurang begitulah perbualan tersebut. Banyak lagi sebenarnya. Tapi, tak ingat dah sebab dah lebih kurang setahun berlalu.

Sebenarnya, banyak je idea nak tulis tentang tudung labuh ni, tapi sekarang ni fikiran agak bercelaru sebab emosi tak balance sangat, jadi post ni pun agak serabut. Maaf.

*******

Dah masuk maincamp ni, makin selalu pulak dengar tentang BM. Bukan bahasa melayu, tapi baitul muslim. Selalu sangat, atau mungkin minggu ni je memandangkan ada kursus BM di uia kuantan?

[IKLAN: Kursus BM macam dapat sambutan hebat je? Based on registration hari tu la. Teringat gurauan kawan-kawan semasa lalu booth registration, "Tak nak join ke kursus tu? "Ala..bagi chance la ngan senior. Kita lama lagi kot"].

Bila berdiskusi mengenai BM, tak dapat lari dari ayat 'Menjadi soleh/ah untuk mencari yang solehah/soleh'. Memang betul dah, cumanya jangan sampai terlari matlamat hidup yang asal. Jangan sampai kita berusaha sedaya upaya untuk menjadi muslim/ah soleh/ah semata-mata untuk mencari pasangan hidup yang solehah/soleh. Biar mardhotillah menjadi matlamat hidup setiap detik, dan pasangan yang solehah/soleh menjadi satu wasilah untuk mencapai redha Allah. Supaya kita tetap redha andai diuji Allah, dengan mendapat pasangan hidup yang kurang soleh/ah.

[First time menulis tentang BM, sebab perkara ni dah lama terfikir. BM bukan tak penting, tapi bak kata Kak Husna, masih kurang penting. Sekarang, saatnya untuk memantapkan fardul muslim dulu]

Wallahu'alam.

P/s: Kalau sahabat kita tak pernah marah sekalipun, jangan terus assume dia tak pandai marah. Everyone has the ability to be angry. Tapi, yang membezakan adalah tahap kesabaran untuk terus mengawal rasa marah dari menguasai diri.

Thought of the day: Dalam proses upgrading tahap kesabaran yang kian menipis.