Monday, March 18, 2013

Ohana :)

Bismillahhirrahmannirrahim.

Sangat jarang untuk saya bercerita tentang keluarga saya, sama ada sekadar dalam blog ini ataupun dalam dunia realiti. Because, for me, my family is one of the private & confidential matters to me. Even kepada mereka yang saya gelar 'sahabat', sangat jarang atau mungkin tak pernah saya ceritakan mengenai keluarga saya [I guess I have so many untold stories/secrets inside of me, huh? :P].

Family. Cukup dengan hanya mengingati mereka, terasa sebak dan air mata tak mampu ditahan.


*******

Bagaimana mungkin seorang anak ada selera makan, apabila mendapat tahu bahawa ibu bapa dan keluarganya terpaksa mengikat perut, tak makan beberapa hari?

Bagaimana mungkin seorang individu terlalu mudah untuk mempercayai orang lain, apabila mendapat tahu bahawa ibu bapanya pernah ditipu oleh insan yang mereka gelar 'sahabat'?

Sekadar muhasabah bersama :)

*******


Sedih dan sakit hati melihatkan realiti sekarang. Anak-anak yang dibela semenjak kecil, sanggup meninggikan suara dan berlaku kasar terhadap ibu bapa, melebihkan individu asing yang dianggap sebagai 'pasangan hidup'.

Sedih kan realiti sekarang? T____T

Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Ameen ya rabbal 'alamin.

*******

One of my favourite quotes:
Ohana means family. Family means nobody gets left behind, or forgotten.
Okay Alyaa, back to work! [Walaupun takde exam before cuti, but I have one quiz (19/3), 2 lab reports to be submitted (19/3 & 20/3) and SRC's works to be done -_-"]

Wallahu'alam.

Wednesday, March 13, 2013

Muslimat: Bukan sebarangan sayap

Bismillahhirrahmannirrahim.


Jom jadi muslimat hebat. Terlebih malu, tertinggal di belakang. Tak tahu malu, gelap masa depan..

Hebatnya Sofiyyah (ibu Zubair al Awwam) yang nekad pakai pakaian perang dan menikam Yahudi dengan kerambit, lalu memenggal kepalanya kerana Yahudi itu cuba mengintip kubu wanita & kanak-kanak semasa Perang Ahzab.

Hebatnya pengorbanan Asma' yang sedang sarat mengandung sanggup mendaki ke Gua Thur yang terletak di puncak bukit itu untuk menghantar makanan kepada Rasulullah dan ayahanda Abu Bakar sewaktu peristiwa hijrah.

Beraninya Ummu Nusaibah bangun pertahankan Nabi yang terjatuh ke dalam lubang yang digali oleh Abu Amir al fasiq sewaktu Perang Uhud sehingga bahunya ditetak.

Besarnya pengorbanan ibunda Saiditina Khadijah r.a dalam perjuangan Islam sehingga sanggup menginfakkan seluruh hartanya demi Islam dan menjadi pendamping setia di waktu Nabi kesusahan.

Hebatnya Saiditina Aisyah r.a sebagai ilmuan muda yang menjadi rujukan ramai. Gagahnya Khaulah Al Azwar di medan perang.
Hebatnya kisah cinta Rabi'atul Adawiyah pada Tuhannya.

Kita pula macam mana? Kenali bakat dalam diri, dan optimizekan bakat itu untuk kepentingan ummah :)


Wallahu'alam.

P/s: Copy paste from FB.

Saturday, March 9, 2013

Jujur

Bismillahirrahmannirrahim.

"Ateh baca al-Qur'an, sampai surah Thoha ayat 39, teringat kat usu. Are you okay?"

"Whatever happens, stay strong!"

Empangan air mata pecah T____T

Sungguh, aku bukan insan kuat.

Masih terngiang-ngiang kata-kata seorang kakak, "Dalam bergerak kerja, kena jujur. Apabila timbul masalah komunikasi, kenal pasti punca masalah tu. Kemudian, jelaskan pada pihak yang sebelah sana, tapi dengan lembut dan penuh hikmah."

Currently, am still finding the right words to explain the situation. Ya Allah, permudahkanlah.

P/s: Tak semua perkara kita mampu ceritakan pada orang lain, hatta yang kita gelar sahabat. Bukan masalah percaya-tak percaya, tapi...

P/s (2): Perhaps this post will be removed after several days? As I said before, some of the posts in this blog is just to spill the unwanted feelings inside of me :)

Wallahu'alam.

Tuesday, March 5, 2013

Mahasiswa Turun Ke Masyarakat

Bismillahhirrahmannirrahim.

Alhamdulillah, hujung minggu yang lepas (2-3 Mac 2013), berpeluang untuk menyertai Jelajah Mahasiswa anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Pahang.

Turun ke medan realiti, berjumpa dengan masyarakat yang pelbagai ragam, menyelami perasaan dan melihat dengan mata sendiri kesusahan yang mereka alami. Memerlukan kesabaran dan kaedah yang sesuai untuk menyantuni masyarakat yang lahir daripada pelbagai latar belakang.

Berbual-bual dengan seorang pak cik, yang merupakan bekas imam di kawasan perumahan yang kami lawati. Pak cik tersebut menyatakan peri pentingnya untuk mahasiswa cakna dengan isu semasa, termasuklah isu politik dan bukannya hanya menunggu sehingga habis belajar, untuk mengambil tahu isu-isu tersebut.

"You don't have to be great to start, but you have to start to be great."

Kata-kata yang ringkas, namun memberikan kesan :)


*******

4 Mac 2013 - Alhamdulillah, selesai aktiviti Down To Earth dalam masa kurang sejam :) Melawat 8 buah bilik yang telah di'assigned'. Mendengar luahan masalah daripada rakan-rakan mahasiswa, yang mungkin tak diketahui atau terlepas pandang (insyaAllah, akan ada tindakan susulan).


*******

Turun ke medan praktikal, berjumpa dengan masyarakat dan mendengar sendiri masalah yang dihadapi - satu perkara yang perlu dilakukan, sebagai pimpinan (tak kisah la sebagai wakil rakyat atau wakil mahasiswa) agar kita cakna dengan realiti yang berlaku. Turun ke medan masyarakat di luar kampus, memberikan kita kesedaran agar tidak terus menerus tenggelam dalam 'comfort zone' di dalam kampus :)

Thought of the day: Persediaan dan persiapan diri dalam masa kurang daripada setahun, cukupkah masa? Mampukah? -_-"

Wallahu'alam.

Tuesday, February 19, 2013

Random

Bismillahhirrahmannirrahim.

One word.
P.E.N.A.T.

Semangat hilang, terbang melayang.
Penat mencari semula semangat.
Bibir tak mampu mengukir senyum.
Air mata mengalir laju,
menterjemah rasa di hati.
Sungguh, aku bukan insan yang kuat.
Namun, hanya mengharapkan
Dia meminjamkan secebis kekuatan.

Another word.
R.I.S.A.U.

Risau, bimbang yang teramat sangat.
Andai dosa-dosaku menjadi hijab,
menjadi penghalang untuk mendapat bantuan daripada Dia.
Risau,
Andai segala apa yang dilakukan,
tak mendapat redha-Nya.

:(


P/s: Rasa nak lari jauh-jauh dari semua ni untuk sementara, boleh? [Please, don't take this seriously :) I just need to spill all these unwanted feelings inside of me. Okthanksbye].

Wallahu'alam.