Friday, December 20, 2013

Random.

Bismillahirrahmannirrahim.


















Muslimah itu,
Terkadang gelak kuat tak henti-henti,
Terkadang juga minum berdiri,
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi,
Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri,
Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari.

Muslimah itu,
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi,
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi,
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi,
Terkadang rasa marah menguasai diri,
Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy.

Muslimah itu,
Adalah manusia biasa,
Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia,
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba,
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya,
Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa
Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa.

Apa-apa pun,
Yang pastinya,
Muslimah itu,
Sentiasa bangkit bila terjatuh,
Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk,
Sentiasa cuba untuk improve diri,
Dari semasa ke semasa tanpa henti,
Walau terkadang dia tersungkur,
Itu bukan kerana dia lemah,
Tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula,
Jadi kuat dari sebelumnya,
Kerana dia berusaha,
Untuk menjadi bidadari dunia,
Dan juga di akhirat sana.”

[Copied from a random post on FB]

*Expression-less. Numb*

 Wallahu'alam.

Monday, December 9, 2013

SRC, IKOD, Banjir

Bismillahhirrahmannirrahim.

Hampir dua bulan tak menulis. Bukan sebab takde perkara yang berlaku, tapi sebab terlalu banyak yang terjadi dalam masa lebih kurang dua bulan ni!

Kehidupan rutin sebagai seorang mahasiswa; kelas, exam, kuiz bla3x.


Dan selain tu,...

*******

Perkara pertama (yang paling signifikan! haha), menamatkan 'kontrak' sebagai salah seorang exco Students' Representative Council (SRC) secara official. Alhamdulillah, hanya Allah yang tahu betapa leganya rasa bilamana naiknya barisan SRC yang baru! Tapi, pada masa yang sama, tak dinafikan, timbul perasaan risau andai tak berjaya menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin sepanjang previous tenure. Moga Allah ampunkan kelemahan diri sepanjang menjadi exco SRC 12/13.

******

Namun, selesai pilihanraya kampus (PRK) dan adanya barisan kepimpinan yang baru, bukanlah tanda selesai sudah tanggungjawab sebagai exco SRC 12/13. IKOD 2013 pula menanti.

IKOD 2013; sangat berbeza daripada IKOD 2012, walaupun ditaklifkan dengan jawatan yang sama (i.e. Assistant Executive Manager II)! Pelbagai pengajaran yang diperoleh daripada pengalaman sepanjang IKOD 2013.

IKOD 2013, penuh dengan pelbagai drama; tangis, air mata, stress, salah faham (semua negatif je. haha). Tapi, alhamdulillah, IKOD 2013 benar-benar mengajar saya untuk bergerak kerja sebagai satu kumpulan; saling menguatkan, saling memahami, saling melengkapi - sebab setiap individu itu ada kelemahan dan kelebihan yang tersendiri :)

Dan, sepanjang IKOD 2013, saya belajar untuk menerima kritikan, cadangan, complaints, kutukan dengan senyuman. Walau tak dinafikan, ada ketika memang rasa pedih, sakit, tapi belajar untuk menerima dan memandang setiap perkara dengan 'kaca mata' positif (mengajar diri ilmu 'kebal' dan 'kalis peluru'? ^^). Belajar untuk mengurus dan meletakkan emosi pada tempat yang sebetulnya.


Walau ramai yang mengatakan IKOD 2013 tak sehebat, tak se'gah' IKOD 2012, tapi saya secara peribadi, sangat kagum dengan setiap komiti IKOD 2013! Mereka yang bertungkus-lumus menjayakan IKOD 2013 (satu program yang besar) dalam masa hanya 2 minggu [mana nak cari orang yang komited macam ni der? Terharu~ :')].
*******

Dan sekarang, yang terkini...



Kuantan, salah satu tempat yang teruk dilanda banjir. Walau kuiz, assignments, lab reports bertimbun menunggu untuk diselesaikan, tetap mencuba sedaya upaya untuk mempraktikkan teori yang selalu diucapkan; "Mahasiswa perlu memberikan sumbangan, turun ke lapangan masyarakat", "Jangan jadi mahasiswa 3K (Kelas, Kafe, Katil)". Indeed, actions speak louder than words [walau mungkin tak mampu meluangkan masa seperti sahabat-sahabat yang lain (tanpa mengira weekdays atau weekends)].

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Moga Allah kurniakan kekuatan dan kesabaran kepada mereka yang terlibat dalam kejadian banjir ini.

Thought of the day: Belajar; bukan sekadar dalam bilik kuliah. Belajar daripada alam, belajar daripada kesilapan, belajar daripada pengalaman, belajar daripada orang sekeliling :)

Wallahu'alam.

Thursday, October 17, 2013

Of Superwomen - Mothers

Bismillahirrahmannirrahim.

Rutin bila balik ke Kelantan masa cuti - jadi 'suri rumah' sementara (menggantikan mak); kemas rumah, masak, basuh baju (manually, without using washing machine!).

Bila jadi 'suri rumah' sementara ni, sambil tercari-cari masa untuk siapkan assignments & lab reports, dan jugak masa untuk diri sendiri (baca: online, check FB, baca news etc), timbul satu persoalan dalam fikiran ni.

Macam mana ye, mereka yang buat keputusan untuk kahwin awal (baca: semasa belajar), uruskan masa mereka?

I mean, there're just so many things that they need to cater; family (husband/wife & children), daily house chores, academic, and not to forget gerak kerja persatuan! o.O Perghh~ Tabik spring dengan golongan ni!

And besides that, bila jadi 'suri rumah' ni, baru realized satu hakikat yang mak/ibu/umi ni adalah golongan SUPERWOMEN! As they need to manage so many things in their lives too. And mothers, they will do anything for their children! Nak belajar apa itu ithar? Ce tengok ibu masing-masing, sebab kebiasaannya ibu/mak/umi ni sanggup korbankan apa saja demi keluarga.

And all these made me realized that I still have A LOT to improve -.-'

Thought of the day: Sedang belajar untuk memahami dan menghayati maksud ikhlas dan pengorbanan sebenar dalam kehidupan seharian~

Wallahu'alam.

Tuesday, October 15, 2013

Of Baitul Muslim, Marriage (Erk..?)

Bismillahhirrahmannirrahim.

[Note: Please, jangan gosok-gosok mata anda, tanda tak percaya dengan tajuk post kali ni :P]

Bila dah nak masuk alam 4th year degree ni, orang sokmo tanya soalan yang sama;

"Bila lagi nak kahwin?"

"Dah ada 'calon' tak?"

dan yang sama waktu dengannya.

Penat nak menjawab -___-"

But, I guess, that's just our nature? Fitrah manusia kan?

*******

Read Dr. Halina's (isteri Sheikh Muszaphar shukor) blog the other day, and I found something interesting and worth to be shared ^^

Marriage is a lot of work.. 
Wedding is fun, honeymoon phase is a.w.e.s.o.m.e. but marriage is really a lot of work! You’re juggling your work, daily house chores, children and husband every single day. If you don’t enjoy what you’re doing, you’re killing yourself slowly inside because you barely have time for yourself. 
Sustaining a relationship / marriage is a lot of hard work. Trust me! Trying to change your partner is definitely not an option. Looking for a perfect person will take you forever. But learning to accept the other person as-he-is saves you from a lot of heart ache.

What counts in making a happy marriage is not so much how compatible you are, but how you deal with incompatibility.

Kita seringkali fokus hanya pada 'keseronokan' sesebuah perkahwinan, dan mengabaikan hakikat bahawa setiap perkahwinan datang dalam satu pakej; bersama 'tanggungjawab'.

*******

Oh by the way, hari ni 10 Dzulhijjah 1434H --> Hari Raya Aidiladha. Jom sama-sama menghayati maksud 'pengorbanan' yang sebenar. Selama kita hidup di dunia ni, apa yang telah kita korbankan untuk Islam, demi Allah? Something worth to be pondered?

Thought of the day: Melihat 'keseronokan' seniors sambung Master di oversea, rasa teringin nak ikut jejak langkah mereka~

Wallahu'alam.

Monday, September 16, 2013

Of Negativity & Atelophobia.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Hujung minggu yang panjang; 3 hari cuti. Tapi, 2,3 hari ni hanya dipenuhkan dengan melayan perasaan-perasaan negatif! Astaghfirullah.. Sibuk-sibuk pun ada masa nak tenggelam dalam perasaan negatif -.-"

Hari ni, 'stalk' diri sendiri. Sounds funny, but worth it (I guess? Haha). Belek semula posts di Facebook dan tumblr, serta tweets di Twitter. Tiba-tiba timbul soalan dalam fikiran ni; "Mana hilangnya 'Alyaa' yang dulu? Dulu kemain cakap pasal atelophobia la apa la, bila kena kat diri sendiri, hampehhhh~"

Sungguh, apabila kita diuji dengan perkara yang seringkali kita katakan, rasa berat yang teramat. Rasa tak mampu menghadapi ujian tu. Tapi, belek al-Qur'an, ingat kembali dan yakinkan diri dengan janji-janji Allah. Allah tak pernah dan takkan pernah menguji hamba-Nya dengan ujian yang tak mampu dipikul!

Hakikatnya, memang betul; teori itu berkali ganda lebih mudah berbanding praktikal!

Apa-apa pun yang berlaku, Allah itu Maha Mengetahui; Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita - hamba-hamba-Nya. Moga setiap perbuatan, setiap keputusan diredhai Allah :)

*******
Aku temui 'SAKINAH' (ketenangan) di celah perit perjuangan,
Aku kecapi ketenangan saat taklifan membelenggu kaki,
Aku dakap ketenangan saat sunyiku dari maksiat,
Aku memahami perjuangan sebenarnya medan yang menenangkan.


Bila anda seorang Muslim, anda perlu jadi PHD; Person of High Determination! 
Orang yang penuh keazaman. Sentiasa bersemangat. Sentiasa miliki perasaan cinta kepada jalan menuju syurga Allah ini.

Aku mahu paksa hati ini cinta pada dakwah dan perjuangan. Kerana itulah fatrah hati yang sayangkan Tuhan.
Aku mahu paksa jasad ini biar ia letih berjuang. Kerana kelak ia bakal jadi saksi di hari perhitungan.


Thought of the day: Tak berbaloi membiarkan hati bimbang dengan perkara yang belum pasti. Yang lebih penting adalah; membuat persiapan, membina keyakinan dan kesediaan :)

Wallahu'alam.