Sunday, May 26, 2013

Words. Kata-kata.

Bismillahirrahmanirrahim.

Was feeling quite down for the past couple of days. Tak pasti, adakah disebabkan diri yang tak begitu sihat? Ataupun disebabkan musim final exam (and I have lots to read! -_-")? Ataupun disebabkan mesej yang diterima di tumblr (ehh!)?

Hehe. No worries. Alhamdulillah, I am fine now ^^

Found a very interesting blog just now. And I must say, that the writer is such a wonderful muslimah (& solehah too, insyaAllah)! Alhamdulillah, inspired by her words.

I guess, it's true after all. We may not have the slightest idea how our words (in this case, our writings) may give an impact to others. So, choose your words wisely :)

*******

Words Are Powerful

You can lift someone up,
or put someone down.

You can help someone,
or hurt someone.

You can make someone love you,
or hate you.

You can make a difference
in someone's life!

*******

P/s (1): Sorry if this entry was not something you're looking for. Saja-saja update since dah lama tak menulis :)

P/s (2): Whoever you are (the one who sent me a message on tumblr), thanks for your advice! Really appreciate it :)

Thought of the day: Solehah; sebut senang, tapi nak capai? T__T Payah memang payah, perlu mujahadah setiap masa. Tapi, susah tak bererti mustahil, right? Doakan ^^

Wallahu'alam.

Friday, April 5, 2013

Sahabat


sebab terkadang tu,
Allah hadirkan kekuatan kepada kita melalui sahabat,
yang setia dan tak jemu berada di sisi.
dan saat tu juga,
Allah hilangkan segala kepenatan yang kita rasa,
melalui kemanisan ukhuwah yang terbina.
saat hati mula merasakan lelahnya melangkah,
hadir sahabat, yang sudi mendengar segala keluh kesah,
hadir sahabat yang sudi menyeka air mata ini,
berbisik agar terus kuat untuk berpegang.
:’)
dan mungkin, kuatnya aku tika ini juga,
kerana doa mereka,
yang tak lekang dipanjatkan pada Pencipta.
ya Allah, ala kulli haal wa kulli ni’maah,
alhamdulillah ♥

[Copy paste from tumblr]

Thursday, March 21, 2013

Atas Nama Cinta

Bismillahhirrahmannirrahim.


Di atas rasa cinta,
Sekalipun payah dirasa mudah.

Di atas nama cinta,
Meski sukar terasa lapang.

Di atas nama cinta,
Tatkala mereka seronok dibuai movie,
Aku dicampak kesana kemari.

Di atas nama cinta,
Saat mereka melelapkan mata,
Aku baru mahu membuka nota.

Di atas nama cinta,
Saat mereka punya masa untuk bergelak ketawa,
Aku punya cara sendiri untuk tetap ceria.

Di atas nama cinta,
Saat mereka bercanda berkasih mesra,
Aku kehulur kehilir bersama naskhah cinta.

Di atas nama cinta,
Saat hujung minggu mereka dihabiskan untuk diri sendiri,
Aku seronok meluangkan masaku untuk ummat.

Di atas nama cinta,
Saat simpanan wang mereka melimpah ruah,
Aku pula bangga menginfaqkan simpananku tanpa ragu.

Di atas nama cinta,
Saat mereka hanyut dibelai rasa berpunya,
Aku seronok hidup single tanpa resah.

Di atas nama cinta,
Saat mereka sibuk berbincang mahu bersukaria dimana,
Aku juga bersukaria dengan gerak kerja.

Di atas nama cinta,
Saat mereka berbicara rasa fitrah sang remaja,
Aku memendam penuh rasa agar tidak hanyut dibuai rasa.

Di atas nama cinta,
Mereka banyak masa untuk akademik,
Sedang aku kewajiban lebih banyak dari masa.

Di atas nama cinta,
Pada sebidang tanah bernama dakwah,
Dengan lautan biru bernama tarbiah,
Di dalam hutan hijau  bernama harakah,
Terukir di langit biru bernama siasah,
Aku terus gagah meski jalan penuh mehnah.

Di atas nama cinta pada perjuangan dan dakwah.



Wallahu'alam.

Monday, March 18, 2013

Ohana :)

Bismillahhirrahmannirrahim.

Sangat jarang untuk saya bercerita tentang keluarga saya, sama ada sekadar dalam blog ini ataupun dalam dunia realiti. Because, for me, my family is one of the private & confidential matters to me. Even kepada mereka yang saya gelar 'sahabat', sangat jarang atau mungkin tak pernah saya ceritakan mengenai keluarga saya [I guess I have so many untold stories/secrets inside of me, huh? :P].

Family. Cukup dengan hanya mengingati mereka, terasa sebak dan air mata tak mampu ditahan.


*******

Bagaimana mungkin seorang anak ada selera makan, apabila mendapat tahu bahawa ibu bapa dan keluarganya terpaksa mengikat perut, tak makan beberapa hari?

Bagaimana mungkin seorang individu terlalu mudah untuk mempercayai orang lain, apabila mendapat tahu bahawa ibu bapanya pernah ditipu oleh insan yang mereka gelar 'sahabat'?

Sekadar muhasabah bersama :)

*******


Sedih dan sakit hati melihatkan realiti sekarang. Anak-anak yang dibela semenjak kecil, sanggup meninggikan suara dan berlaku kasar terhadap ibu bapa, melebihkan individu asing yang dianggap sebagai 'pasangan hidup'.

Sedih kan realiti sekarang? T____T

Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Ameen ya rabbal 'alamin.

*******

One of my favourite quotes:
Ohana means family. Family means nobody gets left behind, or forgotten.
Okay Alyaa, back to work! [Walaupun takde exam before cuti, but I have one quiz (19/3), 2 lab reports to be submitted (19/3 & 20/3) and SRC's works to be done -_-"]

Wallahu'alam.

Wednesday, March 13, 2013

Muslimat: Bukan sebarangan sayap

Bismillahhirrahmannirrahim.


Jom jadi muslimat hebat. Terlebih malu, tertinggal di belakang. Tak tahu malu, gelap masa depan..

Hebatnya Sofiyyah (ibu Zubair al Awwam) yang nekad pakai pakaian perang dan menikam Yahudi dengan kerambit, lalu memenggal kepalanya kerana Yahudi itu cuba mengintip kubu wanita & kanak-kanak semasa Perang Ahzab.

Hebatnya pengorbanan Asma' yang sedang sarat mengandung sanggup mendaki ke Gua Thur yang terletak di puncak bukit itu untuk menghantar makanan kepada Rasulullah dan ayahanda Abu Bakar sewaktu peristiwa hijrah.

Beraninya Ummu Nusaibah bangun pertahankan Nabi yang terjatuh ke dalam lubang yang digali oleh Abu Amir al fasiq sewaktu Perang Uhud sehingga bahunya ditetak.

Besarnya pengorbanan ibunda Saiditina Khadijah r.a dalam perjuangan Islam sehingga sanggup menginfakkan seluruh hartanya demi Islam dan menjadi pendamping setia di waktu Nabi kesusahan.

Hebatnya Saiditina Aisyah r.a sebagai ilmuan muda yang menjadi rujukan ramai. Gagahnya Khaulah Al Azwar di medan perang.
Hebatnya kisah cinta Rabi'atul Adawiyah pada Tuhannya.

Kita pula macam mana? Kenali bakat dalam diri, dan optimizekan bakat itu untuk kepentingan ummah :)


Wallahu'alam.

P/s: Copy paste from FB.