Assalamualaikum w.b.t.
Anda pernah tak rasa penat setelah buat suatu kerja, sampaikan anda nak cuti satu hari? Satu hari rehat, tak buat apa-apa, tak pergi kelas & duduk kat bilik je.
Kadang-kadang, saya segan dengan sahabat-sahabat yang sangat sangat semangat apabila bergerak kerja. Letih macam mana pun, masalah menimbun banyak mana pun, tapi kerja tetap jalan. Kalau nak dibandingkan dengan diri saya ni, macam langit dengan bumi. Penat sikit dah mengeluh, Allah uji sikit dah nak terjatuh [muhasabah untuk diri], padahal ada je orang lain yang lebih penat tapi masih tetap laksanakan tanggungjawab mereka.
Rasa insaf bila diingatkan oleh seorang hamba Allah, "Kalau kita lihat sekeliling kita, ramai lagi yang tak faham dan tak praktikkan Islam". Rasa sangat sangat tak bertanggungjawab, sebab dah faham Islam tapi tak bersungguh-sungguh pun berusaha untuk menyampaikan Islam tu kepada orang lain. Mulut cakap nak menegakkan Islam, tapi usaha?
Allahhummaghfirlana wa tub 'alaina ya Allah.
Kita yang dah ada kefahaman tentang Islam ni, sepatutnya praktikkan ajaran Islam dan berusaha bersungguh-sungguh untuk sampaikan Islam kepada orang lain. Biar penat macam mana pun, gerak kerja kena tetap berjalan. Jangan ikutkan hawa nafsu yang selalu inginkan rehat tu [Peringatan buat diri].
Biar penat di dunia dengan kerja-kerja demi menegakkan Islam, supaya kita bahagia di akhirat kelak, insyaAllah.
Thought of the day: Kena sentiasa muhasabah diri dan tajdid niat. Lepas ni, tak boleh malas-malas dah. Kalau penyakit malas menyerang je, kena sentiasa ingatkan diri dengan pengorbanan Rasulullah SAW. Ujian yang Rasulullah SAW hadapi semasa menyebarkan Islam lagi dahsyat tapi baginda tetap teruskan kerja dakwah, so mulai saat ni tak boleh ada alasan nak lepaskan diri daripada tanggungjawab lagi.