Wednesday, April 21, 2010

Dulu dan kini

Assalamualaikum w.b.t.

Kalau anda kawan sekolah saya dulu, anda mungkin tahu perangai saya, walau tak semuanya. Dulu saya tak pandai pendam-pendam perasaan. Andai saya terasa dengan perbuatan atau percakapan seseorang, saya akan terus tunjukkan rasa 'ketidakselesaan' saya. Itu dulu. Sekarang, saya cuba sedaya upaya untuk kawal kemarahan saya, tingkatkan kesabaran diri ni. Kalau saya terasa dengan perbuatan atau percakapan seseorang, saya pendam dan saya cuba sungguh-sungguh untuk melupakannya. Walaupun kadang-kadang, tertunjuk juga hakikat yang saya terasa hati.

Dulu, saya mudah menyatakan prinsip saya, walaupun saya tahu ada orang yang akan terluka. Tapi, saya tak kisah. Apa yang saya tahu, saya cuma mengejar redha Allah. Jadi, saya perlu utamakan pandangan Allah terhadap saya. Tapi, sekarang, saya tak dapat nak menyatakan prinsip saya (bukan pada every situation, tapi ada masanya saya tak dapat nak nyatakan prinsip saya). Sehinggakan ada seorang sahabat yang memberitahu saya, "Kau ni, lembut sangat sampai orang take advantage terhadap kau. Kau kena teguh pendirian."

Saya yang dulu dan kini, mungkin banyak bezanya, mungkin juga sikit bezanya (maksud saya, dari segi perangai). Saya masih dalam proses membaiki diri. Jadi, andai kekurangan mahupun kelebihan saya menjengkelkan anda, maka saya minta maaf.

*******

Kenapa kita terlalu mudah mengungkit-ungkit keburukan seseorang, sedangkan dia masih dalam proses membaiki dirinya? Bukankah lebih mudah seandainya kita memberikan sokongan kepada dirinya? Ataupun lebih baik lagi, cuba contohi dia yang sanggup berubah ke arah kebaikan. [P/s: yang ni tiada kaitan dengan saya :)]

*******

If you do not have the knowledge about something, or your knowledge about that something is very limited, than it is better for you to stay silent. In simpler word, we should not comment about something if our knowledge is limited. For example, my Islamic knowledge is limited. Jadi, kalau ada orang tanya mengenai sesuatu hukum yang saya tak pasti jawapannya, it's better for me to tell the truth kan, "I don't know".

Kalau tak tahu, cakap je tak tahu. Senang kan? Erm. Memang senang sebenarnya. Tapi, kita sebagai masyarakat zaman sekarang ni, kalau kita ada persoalan mengenai sesuatu, kita tak nak terima "tak tahu" tu sebagai jawapan. Betul tak? But, it is better for us to say "I don't know" rather than memandai-mandai mengajar ajaran sesat :) [yang ni peringatan untuk diri sendiri]

*******
Okay. Sekarang ni, nak kongsi video lagu dan lirik Segenggam Tabah by InTeam.





Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

P/s: Bukan niat di hati untuk merahsiakan blog ni dulu, tapi bagi saya, blog ni tempat saya meluahkan apa yang bermain-main di fikiran dan hati saya. Kiranya, blog ni saya lebih suka andai tak ramai orang yang tahu, lebih privacy. Jadi, maaf pada kawan-kawan yang baru tahu kewujudan blog ni.

Thought of the day: If you think you have the biggest problem in the world, then look around you. There are other people who have bigger problems than yours. Think about our friends, our relatives in Palestine. Berhenti mengeluh, dan mula belajar bersyukur. Dalam sukar, hitunglah kesyukuranmu. Dalam senang, awasi kealpaanmu.

Tuesday, April 20, 2010

Islam itu syumul :)

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian hanyalah milik Allah. Alhamdulillah, bersyukur kita kerana masih lagi bernafas pada hari ini dan masih dikurniakan nikmat iman dan Islam.

Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata." [Surah al-Baqarah, ayat 208]

Kita sebagai umat Islam mestilah mempraktikkan ajaran Islam dalam kehidupan kita. Bukannya kita ambil part yang kita suka, dan kita campakkan jauh-jauh ajaran Islam yang kita rasakan tak sesuai dengan kita.

Hakikatnya, Islam bukanlah satu agama atau kepercayaan semata-mata. Tapi, Islam itu merupakan satu cara hidup yang lengkap. Allah dah sediakan guidelines yang mesti kita patuhi, untuk meraih kebahagiaan di dunia dan akhirat. Jadi, kenapa kita nak tolak panduan hidup yang disediakan oleh Pencipta kita, ataupun kita terima sebahagian daripadanya dan yang lain kita tolak? Kita diciptakan oleh Allah, maksudnya Allah yang paling memahami kita kerana kita semua ni adalah ciptaan Dia.

Ajaran Islam bukannya ibadah je. Sebenarnya, ajaran Islam adalah menyeluruh. Akademik, ekonomi, sosial, politik...semuanya ada. Kalau kita imbas kembali sirah Nabi dan para sahabat, serta zaman kegemilangan Islam, Islam dijulang tinggi. Sangat sangat berbeza dengan keadaan kita, umat akhir zaman ni. Agak-agaknya mengapa perkara ni berlaku?

Bezanya antara umat Islam terdahulu dan umat Islam akhir zaman (baca: kita) adalah, umat Islam terdahulu menjadikan Islam sebagai cara hidup mereka. Bukan, bukan setakat cakap "Islam is the way of life" je, tapi mereka benar-benar praktikkan Islam itu, every inch of Islam (maksudnya, mereka praktikkan setiap ajaran Islam tu). Mereka juga menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai sumber rujukan mereka.

Kita sekarang ni bagaimana pula? Al-Quran dan sunnah masih dijadikan sebagai sumber rujukan, TAPI...dicampur-adukkan dengan nafsu. Kalau kita perhatikan, memang kita masih merujuk al-Quran dan sunnah, tapi kita hanya ambil bahagian yang selari dengan kehendak kita. Contohnya, Allah dah sediakan hukum hudud. Tapi, nafsu kita mengatakan yang hudud ni kejam (seolah-olah mengatakan Allah kejam, indirectly). So, as a conclusion, kita tolak hukum hudud.

Next example, sunnah Rasulullah yang paling famous; poligami. Ramai yang berpoligami, tanpa merujuk pada sirah Nabi Muhammad. Apa sebenarnya tujuan Rasulullah berpoligami? Kalau kita perhatikan, poligami ni dilaksanakan oleh Rasulullah untuk mengahwini janda yang kematian suaminya semasa berperang. Ramai yang menggunakan alasan "poligami tu kan sunnah Nabi" untuk berpoligami, tapi persoalannya sunnah yang lain kita buat tak (or at least try nak buat)?

Okay. Sebagai konklusinya, kita mestilah terima setiap ajaran Islam, dan praktikkan. Kita kena laksanakan amar ma'ruf nahi mungkar, bukannya salah satu je. Bahasa mudahnya, kita kenalah jadikan ajaran Islam sebagai panduan, dalam setiap aspek kehidupan kita :)


P/s: Minta maaf kalau ayat berterabur. Kekurangan yang satu ni (baca: kalau nak sampaikan sesuatu, idea dah ada tapi ayat yang terkeluar dari mulut atau ditaip oleh jari akan menjadi tak tersusun) sedang dalam proses dibaiki.

Thought of the day: Sahabat, doakan ana agar tak goyah pegangan dan berani menyatakan pendirian

Wednesday, April 14, 2010

Makanan dan Hati

Assalamualaikum w.b.t.

Dulu, waktu kelas fim, ustaz pernah nasihatkan kami, berkaitan dengan makanan. Ustaz bagitahu, kita sebagai orang Islam ni, kena jaga pemakanan kita. Elakkan makan makanan luar dan fastfood. Pada waktu tu, mungkin sebab tak faham lagi kaitan makanan dan hati, saya tak ambil kisah sangat nasihat ustaz. Dengar, bagi perhatian tapi ilmu yang diperoleh kurang diamalkan.

Kalau kita perhatikan, dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud:

"Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata buatmu." [Surah al-Baqarah, 2:168]

Allah bukan sahaja menyuruh kita makan makanan yang halal, tetapi makanan halal dan baik. Tapi, tanpa kita sedari, sebenarnya makanan kita sekarang ni, banyak yang diragui status halalnya, dalam erti kata yang lain, makanan kita pada masa ini banyak yang syubhah. Ada makanan yang terang-terang haram, tapi ada cop halal. Ada makanan yang ada cop halal tetapi tanpa kita ketahui, sebenarnya telah dicampurkan dengan perkara haram. Ada produk yang dinamakan dengan nama islamik, tapi sebenarnya dikeluarkan oleh orang bukan Islam.

Kenapa penting sangat kita ambil berat tentang makanan yang kita makan ni? Makanan yang kita makan pada hari ini, sebenarnya akan menjadi darah daging kita. Malah, makanan yang kita makan bukan sahaja memberikan impak kepada akhlaq kita, malah makanan yang dimakan oleh ibu bapa akan memberikan kesan kepada pembentukan akhlaq anak-anak mereka. Pentingkan makanan halal ni?

Banyak sebenarnya kesan makanan kepada diri kita. Seandainya kita makan makanan yang haram, tanpa kita sedari, makanan tersebut seterusnya akan menjadi darah daging kita. Apa yang akan jadi selepas itu? Apabila sesuatu yang haram menjadi darah daging kita, ia akan affect diri kita, dari segi akhlaq, ibadah dan lain-lain lagi. Perkara yang kita anggap remeh seperti makanan pun, sebenarnya akan memberikan effect yang besar dalam kehidupan kita.

Bukan makanan je yang penting, produk yang kita gunakan pun penting jugak. Mungkin kita terfikir produk yang kita gunakan, takkanlah kita nak makan...and therefore takkan menjadi darah daging kita. Tapi, contoh mudah, seandainya serbuk pencuci yang kita gunakan untuk mencuci pakaian kita telah dicampuri bahan-bahan yang diragui kebersihannya, dan pakaian tu kita gunakan untuk solat, anda rasa solat tu sah tak? Cuba kita imbas kembali syarat-syarat sah solat, salah satunya ialah pakaian dan tempat solat bersih daripada sebarang najis.

Jadi, lepas ni, sama-sama la kita berhati-hati dalam pemilihan makanan dan produk yang akan kita gunakan dalam kehidupan seharian kita.

Thought of the day: Aku masih tak punya kekuatan untuk menegur kesalahan orang secara face-to-face.

Monday, April 12, 2010

2 in 1

Assalamualaikum w.b.t.

Anda pernah tak rasa diperhatikan? Tak kisah la diperhatikan oleh sesiapa pun, sama ada kawan, lecturer, orang yang tak dikenali. Biasanya, apabila kita diperhatikan, we will control ourselves. Betul tak? Kalau seorang lelaki memerhatikan seorang gadis, dalam fikiran si gadis, timbul pelbagai persoalan, 'Eh. Apsal mamat tu pandang aku semacam je? Tudung tak betul ke? Muka aku kotor ke?'.

Apabila kita sedar yang kita diperhatikan, kita akan mencari-cari sebabnya. Apabila kita diperhatikan semasa kita melakukan kesalahan, sama ada kecil atau besar, secara automatik, kita akan meninggalkan kesalahan tersebut. Mungkin bukan semua orang macam ni, tapi most of us memang macam ni kan? Mempunyai kepekaan yang tinggi, sehinggakan orang perhatikan kita pun kita sedar dengan cepat.

Tapi, sedar tak kita dengan perhatian Allah kepada kita setiap detik kehidupan kita ini? Peka tak kita dengan perhatian yang Allah berikan kepada kita, pada setiap denyutan nadi kita?

Memang, kita memang macam ni. Apabila manusia perhatikan kita, cepat-cepat je kita sedar. Tapi, bila Allah perhatikan kita kita selalu lupa dengan perhatian yang Allah berikan kepada kita. Kita buat endah tak endah je dengan perhatian daripada Allah. As if kita tak perlukan perhatian-Nya. Tapi, bila ditimpa kesusahan, barulah kita nak mencari-cari perhatian Allah...sedangkan kita tak pernah sedar yang Allah tak pernah tinggalkan hamba-Nya walau untuk satu kerlipan mata.

Allah sentiasa perhatikan kita, hamba-hamba-Nya. Kita perlu lebih peka dengan perhatian Allah. Kita perlu sedar yang Allah teramat sayang dan kasihkan kita. Buktinya cukup jelas, cuma kita yang tak sedar. Tanda kasih-Nya pada kita, Allah tetap hidupkan semula kita daripada tidur walaupun kita ni hamba-Nya yang sering melakukan maksiat. Allah tetap kurniakan kepada kita pelbagai, uncountable nikmat, yang kita selalu terlupa syukuri.

Sayangkan Allah dengan kita? Cuma kita yang tak sedar...cuma kita yang tak peka. So, jom muhasabah sahabat-sahabat! Tingkatkan lagi tahap kepekaan kita pada perhatian dan kasih sayang Allah :)

*******

Kalau kita buat kesilapan dengan Allah, kita boleh bertaubat, memohon keampunan-Nya. Sesungguhnya, kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaan-Nya. Tapi, kalau buat salah dengan manusia, kita kena minta maaf dengan manusia tersebut kan? Saya pernah dengar satu cerita mengenai seorang lelaki yang tak boleh mengucapkan kalimah syahadah pada akhir hayatnya. Sebab apa? Sebab tak minta maaf atas kesalahan yang dilakukannya sesama manusia [kalau cerita salah, tolong betulkan ok?]

P/s: Maaf dipinta kepada setiap pembaca blog ni (kalau ada :P), sama ada kenal atau tak. Maaf pada sahabat-sahabat kalau pernah terkasar bahasa, terejek, ter'mengumpat', ter'lost contact'...dan macam-macam 'ter' lagi. Maaf atas segala kesilapan dan kekasaran. Maaf kepada semua orang la :)

Saturday, April 3, 2010

Apa itu zalim?

Assalamualaikum w.b.t.

Penat. Penat meng'edit' blog ni dari pagi tadi. Tapi takpe, dah settle pun :)

Just a short post, berkaitan dengan tajuk kat atas.

'Zalim ni apa sebenarnya?' Apa yang akan terbayang di minda anda, saat pertama soalan ini ditanyakan? Seorang pemerintah yang menyalahgunakan kuasa? Seorang remaja yang dibelasah secara beramai-ramai? Seorang penjenayah yang membunuh orang yang tak bersalah, sesuka hati?

Sebenarnya, definisi zalim yang ada dalam fikiran kita pada zaman ini, terlalu sempit. Kalau orang buat jahat, kita cakap orang tu zalim. Tapi, macam mana pulak dengan situasi di bawah ni?

First situation:
Kita mengaku kita hamba Allah, tapi kita tak laksanakan perintah-Nya dan kita tak jauhi larangan-Nya. Kita mengaku kita hamba Allah, tapi kita tak tunaikan hak Allah. Zalim tak kita? Allah ciptakan kita, semata-mata untuk beribadah hanya kepada-Nya. Tapi kita tak buat pun, kita tak siapkan bekalan yang secukupnya untuk berhadapan dengan-Nya kelak.

Second situation:
Beli songkok dan kasut. Disebabkan kasut mahal, so letak kasut atas kepala dan songkok kat kaki. Zalim tak? Ke pelik je? Bagi saya, perbuatan ni zalim dan pelik. Sebab songkok letaknya di kepala dan kasut, walau semahal mana pun harganya, tetap disarungkan ke kaki.

Third situation:
Esok ada exam, so malam ni kena study. Dengan alasan nak study, kita langsung tak tidur malam. Stay up semata-mata nak habiskan revision 4,5 topics yang tak habis lagi, sebelum exam. Zalim tak perbuatan ni? Badan kita ni pun ada hak yang perlu kita tunaikan.
[P/s: Peringatan buat diri sendiri, yang suka sangat study last minute]

Last situation:
Seorang insan kena kurung, tanpa tahu apa kesalahan yang telah dibuat dan tanpa diberitahu berapa lama dia dikurung.

Ok. Cukup la contoh-contoh kat atas tu. Sebenarnya, Islam mendefinisikan zalim sebagai meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya, ataupun tidak memberikan sesuatu haknya yang sebenar.

So, anda rasa contoh situasi-situasi kat atas tu, zalim ke biasa je?

P/s: Maaf kalau ada yang tak faham. Ayat-ayat agak berterabur, mungkin maksud sebenar tak dapat disampaikan.

P/s(2): Idea tercetus setelah membaca artikel ini.