Friday, October 31, 2008

Majlis Mohon Restu 2008

Assalamualaikum w.b.t.

Ni just a quick update. Pagi tadi, ada majlis mohon restu untuk semua calon SPM dan STPM kat kolej. Majlis tu ok la. Tapi, doa yang dibacakan oleh Ustaz Razi tadi memang memberikan kesan pada diri ana. Doa tu mempunyai makna yang amat mendalam (bagi ana la =D).

Owh. Entry kali ni, ana cuma nak inform yang blog ni akan terus 'diabaikan' untuk sementara waktu. InsyaAllah, lepas SPM nanti, ana update lagi.

SPM akan bermula pada 11/11/2008. Dan last paper pulak on 27/11/2008. So, doakan kejayaan ana dan rakan-rakan. Semoga keputusan yang bakal kami perolehi mampu meninggikan martabat Islam di kolej. ^__^

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Thursday, October 23, 2008

Puisi buat mad'u

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang memberikan ana peluang sekali lagi untuk mengupdate blog ini (walaupun SPM bakal tiba tidak lama lagi. T_T). Ngee. Kali ni, ana nak kongsi satu lagi puisi (mala jak puisi. haih). Puisi khas buat mad'u (Mad'u dalam konteks puisi ni merujuk kepada golongan yang kita dakwah. Maksudnya, golongan orang bukan Islam la).

Islam itu indah.
Ajaran Islam itu mudah.
Deenul Haq ini
tidak pernah membebankan umatnya.

Hidayah itu milik Allah SWT.
Hanya Allah SWT
yang berkuasa melontarkan hidayah
ke dalam hati hamba-Nya yang terpilih.
Hanya hamba Allah yang istimewa
layak menerima hidayah,
kurniaan terindah Ilahi.

Andai benar
dirimu telah jatuh cinta
pada Deenul Haq ini,
kajilah agama ini sedalam-dalamnya.
Perbetulkanlah niatmu
untuk mempelajari ajaran Islam.
Kajilah Islam demi
mencari satu kebenaran yang hakiki.

Moga kebenaran itu akan kau temui jua akhirnya.
Moga Allah SWT mengurniakan hidayah-Nya buat dirimu.
Dan semoga hidayah itu akan kekal buat selamanya.


Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Wednesday, October 22, 2008

Cinta pada Ilahi

Assalamualaikum w.b.t.

Tika ini,
Perasaan hati ini sukar sekali untuk difahami.
Bimbang, sedih, risau, sayu
dan segala macam jenis perasaan lagi
telah menguasai hati ini.
Segala rasa itu
telah berjaya mengusir
ketenangan yang baru bertapak di hati ini
sementara cuma.

Saat ini,
Diriku meragui rasa cintaku pada Sang Pencipta.
Adakah rasa itu sudah tersemat kukuh di dalam dada?
Adakah rasa itu hadir tanpa dipaksa?
Atau mungkinkah rasa itu hanyalah satu sandiwara?

Detik ini,
Pelbagai persoalan menganggu fikiranku.
Adakah aku benar-benar mencintai Penciptaku?
Mampukah aku mencintai Allah umpama golongan terdahulu?
Sedangkan diri ini maseh terlalu lemah.
Diriku seringkali alpa dan lalai dalam mengingati-Nya.
Diriku maseh hanyut terbuai mimpi yang lena.

Kini,
Baru kusedari,
Cintaku pada Allah masih terlalu goyah.
Rasa itu masih perlu dibajai
pada setiap denyut nadiku.

Bantulah aku untuk mencintai Rabbku.
Pimpinlah aku untuk mengukuhkan rasa cinta dan iman
yang masih belum utuh ini.

Biarlah rasa cintaku pada Allah
tidak sehebat rasa cinta para sahabat terdahulu.
Namun, aku tetap bersyukur pada-Mu atas kurniaan rasa ini.

Setidak-tidaknya,
Rasa kasihku pada Ilahi
mampu menyedarkan aku daripada mimpi yang panjang ini.
Sekurang-kurangnya,
Rasa cintaku pada-Nya
mampu membakar semangatku untuk terus berjuang
menegakkan Deenul Haq tercinta.
Dan rasa cintaku pada ar-Rahman ini juga
mampu menyedarkan aku tentang hakikat sebenar diri ini.

Diri ini hanyalah seorang hamba
yang masih punya rasa cinta pada Ilahi,
Biarpun rasa itu sedikit cuma.
Namun, akan terus ku pupuk
rasa cintaku pada Yang Satu.
Agar kelak rasa itu kan
memenuhi segenap ruang hatiku.


^__^

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Tuesday, October 21, 2008

Rindu!

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang memberikan ana peluang untuk terus mengupdate blog.

*Entry kali tok, ana tulis dalam bahasa Sarawak. Sebab ana xda mood mok skema & update blog dalam BM. Ngee =D Sesungguhnya, bahasa jiwa bangsa (Sori sori. Ana merapu sekejap. Hehe)*

Ok. Tajuk entry tok, rindu! Ahah. Ana pun xtauk pahal perasaan tok datang. Tapi, tang ada jak tetiba rasa rindu. Rindu yang teramat sangat! Rindu yang xpat mok describe ngan kata-kata. Hehe.

Pa benda yang ana rindu sebenarnya? Ana rindu mok USRAH! Ana rindu ngan ADEK-ADEK USRAH ana! Ngee. Rindu yang teramat! ^__^

Ana bena-bena rindu mok usrah. Yalah. Sebab before tok, kan batch kmkorg yang handle usrah. Walaupun macam-macam masalah yang timbul, tapi, usrah tetap best! Usrah best bukan sebab kmkorg yang handle aa? Tapi, bagi ana, usrah nang best. Hehe.

Ana bukannya rindu mok handle usrah. Ana rindu mok berusrah. Ana rindu mok berbincang ngan adek-adek ana (even though kadang-kadang bincang pasal benda yang out of topic. hehe.). Ana rindu mok dengar & jawab pelbagai jenis soalan daripada adek-adek ana. Ana rindu mok dengar pendapat cdak. Ana rindu mok makan sama-sama ngan cdak. Ana rindu mok solat sama-sama.

Ana rindu dengan adek-adek usrah ana. Ana rindu dengan soalan cdak yang pelbagai jenis (and sometimes soalan-soalan yang cdak tanya akan polah kmkorg suma tetak =D). Ana rindu yang teramat dengan cdak. Walaupun kmkorg suma sama sekolah, tapi ana rasa kolej ya merupakan satu sekolah yang teramat besar sampaikan ana xpat mok jumpa each and every one of them setiap hari!

Ana xtauk la pahal. Tapi, tetiba jak perasaan tok timbul balit sejak sekian lama menghilangkan diri. Hehe. OKlah. Sebelum ana merapu dan terus merapu, bagus ana stop & belajar gik. Sebab sik lamak gik SPM & keputusan mock 3 ana, ngee..susah mok padah. Haih.

P/S: Owh. Doakan kejayaan ana & sahabat-sahabat ana dalam SPM! (SPM tinggal 20 hari gik T_T).

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Saturday, October 18, 2008

Minggu yang penuh dengan pengajaran

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang maseh memberikan kita peluang untuk terus menghirup udara milik-Nya di atas muka bumi milik-Nya. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang sudi meminjamkan ana sedikit kekuatan buat menghadapi kehidupan di dunia yang fana ini. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang memberikan ana peluang untuk terus mencoretkan sesuatu di blog ini.

Banyak perkara yang telah ana pelajari sepanjang minggu ini. Pelbagai pengajaran yang ana perolehi daripada orang-orang di sekeliling ana. Dan yang paling penting, segala perkara yang ana pelajari, segala pengajaran yang ana perolehi itu berjaya membuka mata ana. Segala benda yang terjadi dalam hidup ana sepanjang minggu ini berupaya menyedarkan ana mengenai segala tanggungjawab yang terletak di bahu ana. Tanggungjawab sebagai hamba Allah, tanggungjawab kepada ibu bapa, tanggungjawab kepada keluarga, tanggungjawab kepada adek-adek di kolej, tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan segala macam tanggungjawab lagi. Segalanya harus dipikul dengan sebaik mungkin. Kadang-kala terdetik juga di hati ini, mampukah ana memikul segala tanggungjawab tersebut? Hmm.

Pelbagai perkara yang ana tempuhi sepanjang minggu ini, dari hari Sabtu semasa Majlis Mohon Restu sehinggalah hari Jumaat yang lepas. Segala perkara yang terjadi membuatkan ana banyak berfikir. Perkara yang terjadi semasa Majlis Mohon Restu yang lepas, maseh ana ingat dengan jelas (xda kaitan dengan mercun aa =P). Apa sebenarnya yang terjadi? Biarlah hanya Allah SWT, ana dan seorang lagi hamba Allah yang berkaitan sahaja yang tahu mengenai perkara tersebut. Saat perkara itu terjadi, ana betul-betul tergamam. Perasaan ana tika itu, entah la..tak dapat nak explain. Apa-apa pun, ana doakan yang terbaik buat hamba Allah tersebut. ^__^

Apa lagi kejadian yang telah menyedarkan ana mengenai tanggungjawab yang harus ana pikul? Hmm. Perkara ni mungkin takde kaitan dengan tanggungjawab. Tapi, perkara ni menyedarkan ana mengenai hakikat sebenar kehidupan. Dan perkara ni juga membuatkan ana semakin yakin dengan kata-kata English yang mengatakan "Don't judge the book by its cover". Dalam kehidupan yang fana ini, tak semua apa yang kita lihat itu merupakan perkara yang sebenar. Kadang-kadang, di sebalik seulas senyuman, di sebalik sebuah kegembiraan, tersirat 1001 penderitaan. Apa kaitan kata-kata tadi dengan kehidupan? Dalam kehidupan kita, pelbagai ragam manusia yang boleh kita lihat, pelbagai perangai berbeza yang kita temui. Mungkin kita ada seorang sahabat yang happy-go-lucky sehinggakan kita menganggap sahabat kita tu takde masalah. Namun, pada hakikatnya, sahabat kita tu memiliki pelbagai masalah. Kat dunia ni, takde orang yang takde masalah. Semua orang ada masalah. Cuma cara kita menghadapi masalah tersebut yang membezakan kita semua. (Dapat faham ke apa yang ana cuba terangkan? Ngee. Kalau tak faham tu, buat-buat faham je la =P)

Hmm. Apa lagi yang ana nak coretkan ek? Perkara-perkara yang terjadi sepanjang minggu ni membuatkan ana sedar yang ana maseh terlalu lemah bila menghadapi ujian daripada Allah SWT. Dan perkara-perkara tersebut juga membuatkan ana sedar bahawa Allah SWT sentiasa bersama hamba-hamba-Nya, tak kira la semasa kita susah atau senang. Cuma, mungkin kita yang tak pernah menyedari perkara ni. Selalunya, kebanyakan daripada kita cuma akan ingat kat Allah SWT bila kita dalam kesusahan je (peringatan juga buat diri yang maseh lemah ni). Benda ni memang dah jadi lumrah kita sebagai manusia. So, jom kita renovate & renew hati kita. Jom kita didik hati kita agar sentiasa mengingati Allah SWT pada setiap masa! =)


P/S: Ana minta maaf kalau post ana kali ni teramat sukar untuk difahami. Hehe. Segala perkara yang telah terjadi dalam hidup ana tu, biarlah hanya Allah SWT, ana dan hamba-hamba Allah yang berkenaan sahaja yang tahu. Cukuplah sekadar ana berkongsi pengajaran yang ana perolehi di sebalik setiap kejadian itu.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Friday, October 17, 2008

Buat sahabat-sahabat seperjuangan

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang maseh mengizinkan ana untuk terus menjalani kehidupan sebagai hamba-Nya dan beribadah kepada-Nya. Syukur kepada Allah SWT yang memberikan ana peluang untuk mencoretkan sesuatu di blog ini. Entry kali ini, ana tujukan khas buat sahabat-sahabat seperjuangan ana.

Entry kali ni, tak banyak yang ingin ana coretkan. Ana cuma nak minta maaf dengan sahabat-sahabat ana atas kelakuan ana di sekolah tadi (paham-paham la pa benda). Asif jiddan. Ana bukannya marah. Ana cuma rasa terkilan, geram dan kecewa yang teramat sangat apabila ada antara kita yang mengambil keputusan yang sama secara mendadak (walaupun, mungkin berdasarkan sebab yang berbeza). Ana minta maaf andai ana telah membuatkan kalian rasa bersalah. Ana minta maaf andai kelakuan ana membuatkan kalian rasa marah. Asif jiddan!

Satu pesanan ana, jangan jadikan perasaan 'tidak layak' atau 'tidak sempurna' itu sebagai alasan untuk melepaskan tanggungjawab. Perkara ini merupakan amanah yang perlu kita pikul bersama. Dakwah dan tarbiyah. Menjadi dai'e merupakan tanggungjawab seluruh umat Islam. Ana sedar bahawa setiap seorang daripada kita memiliki kelemahan masing-masing. Namun, jika kita bersatu, insyaAllah, kelemahan-kelemahan tersebut akan dapat diperbaiki sedikit demi sedikit dengan lebih mudah. Yakinlah dengan janji Allah SWT. Allah SWT akan membantu orang yang membela agama-Nya.

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
(Surah Muhammad, ayat 7)



Kalau bukan kita, siapa yang akan meneruskan perjuangan Rasulullah SAW untuk menegakkan Deenul Haq tercinta?


Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Thursday, October 16, 2008

Jalan ini bukan mudah

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana ana maseh berpeluang untuk mengupdate blog ni. Dan syukur kepada Allah yang melancarkan segala urusan hamba-Nya. ^__^ Coretan kali ni ringkas je. Sekadar untuk berkongsi sesuatu (puisi ek? ngee).

Sahabat,
Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu.
Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.

Sahabatku yang sangat aku cintai,
Sungguh, jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah.
Jalan ini matlamatnya cantik dan mengagumkan.
Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui.
Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.

Sahabat,
Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu.
Syeikh Hassan Al Banna, ditembak di pasar.
Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq!
Syed Qutb, nyawanya tercabut menemui Rabbnya di tiang gantung.
Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq.
Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening.
Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!

Amanah ini untuk kita, sahabatku.
Amanah ini untuk orang seperti kalian.
Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali.
Tetapi sahabat, yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya.
Aku ingin ingatkanmu kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya terhadap hamba yang diredhai-Nya.

Sahabat,
peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja.
Tapi bukan engkau.
Engkau dibina dengan tarbiyah.
Dihiasi keindahan akhlak.
Dilahirkan sebagai pendukung agama ini.
Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang, kau terus menguatkan langkah menyusur jalan ini.
Aku yakin, kerna kau sahabatku.

Sahabat,
tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini.
Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat.
Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu.
Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini.
Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini.
Akan aku luka dan berdarah bersama kau.
Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.

Sungguh aku bersama mu.

Tulus,
Sahabatmu tercinta

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Sunday, October 12, 2008

Persahabatan

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana ana berpeluang sekali lagi untuk mengupdate blog ni. Untuk entry kali ni, ana nak bercakap pasal persahabatan. Persahabatan. Friendship.

Dalam menjalani hidup kita di dunia yang fana ni, setiap orang perlukan sahabat. Ada ke orang yang tak perlukan sahabat? Ana rasa takde seorang pun yang hidup atas muka bumi Allah ni tanpa sahabat. Sebenarnya, ana kekurangan idea nak bercakap pasal topik ni. Tapi, ana cuba jugak nak coretkan sesuatu mengenai persahabatan.

Sahabat yang sentiasa bersama kita tika suka dan duka, saat senang dan susah memang agak sukar untuk dicari.  Namun, ana bersyukur kerana Allah mengurniakan ana sahabat-sahabat yang amat baik. Sahabat-sahabat yang sudi menegur ana andai ana melakukan kesalahan. Sahabat-sahabat yang sudi mendengar masalah ana. Sahabat-sahabat yang sudi bersabar dengan perangai ana, yang kadang-kadang mungkin agak childish (tapi, ada masanya ana matang =P).

Sedar tak sedar, tak lama lagi ana dan sahabat-sahabat ana akan berpisah. Berpisah demi mencapai cita-cita masing-masing. Takpe la kan kalau perpisahan yang bakal terjadi tu untuk kebaikan kami semua? Usah ditangisi perpisahan yang bakal terjadi kerana sesungguhnya setiap pertemuan pasti akan berakher dengan perpisahan. Bak kata ustaz ana, kalau kita tak suka dengan perpisahan, lebih baik takde pertemuan. =)

Buat sahabat-sahabat ana, ana nak mintak maaf atas segala kesalahan yang telah dan mungkin akan ana lakukan. Ngee. Dan syukran untuk segala-galanya. ^__^

Hmm. Ana memang dah takde idea dah ni. So, sebelum mengakheri coretan kali ni, ana nak kongsikan beberapa kata-kata yang berkaitan dengan topik ni.

Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari.
(Saidina Ali)


Sahabatku,
Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkan aku dengan amaran Allah SWT.
Jika aku bersedih tanpa kata,
Pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta.
Jika aku lemah tak berdaya,
Ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga.
Jika antara kita ada tembok pemisah,
Ajaklah aku meleraikannya segera.
Dan jika pernah hatimu terluka disebabkan diriku,
Luahkanlah agar aku dapat mengubah diriku.
Semoga ukhuwah kita kekal untuk selamanya.
^__^


P/S: Sori sebab entry kali ni macam merapu je. Ana takde idea. Hehe.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Wednesday, October 8, 2008

Awan

Assalamualaikum w.b.t.

Sepatutnya, sekarang ni, ana tengah buat ulangkaji. Bukannya menghadap laptop. Tapi, terpaksa jugak menghadap laptop ni. Nak register matriks. Hehe. Ana tak sengaja la nak register last minute. Baru tahu tarikh tutupnya 10/10/2008, which means lusa. Haih.

So, berbalik kepada tajuk post kali ni, awan. Awan. Apa yang  best sangat tentang awan ni? Entah la. Ana pun tak tahu. Yang ana tahu, ana suka tengok awan. Bila tengok awan, fikiran yang bercelaru boleh jadi tenang. Awan ni nampak cambest je. Entah la apahal. Tapi, setiap kali ana tengok awan, mesti rasa tenang. Awan nampak cantik sangat! =)



Bila tengok awan, ana teringat pulak kata-kata Laksamana Sunan dalam novel Bagaikan Puteri (karya Ramlee Awang Murshid). Awan kalau dapat dicapai, maka, saktilah hamba. Ngee.

Owh. Tadi, masa exam Sejarah Paper 1, ana sempat 'berkarya'. Hehe. Ana siap awal sangat. So, sempat la 'berkarya' kejap. Apa benda karya tu? Karya tu kata-kata yang ana tulis sebagai peringatan buat diri sendiri.

Adeh. Apahal tak dapat pulak nak register matriks ni ek? Ngee. Takpe la. Lain kali try lagi. Nanti-nanti la ana try lagi. Nak buat ulangkaji. Sebelum tu, ana nak kongsi satu lagi ayat al-Quran mengenai ketenangan hati.

"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram."
(Surah ar-Ra'd. Ayat 28)


Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Sunday, October 5, 2008

...

Assalamualaikum w.b.t.

Hmm. Ana tak tahu nak letak tajuk apa. Ana tak tahu pun apa ana nak tulis kat blog ni hari ni. Esok exam. Ana boleh lagi update blog. Ngee. Rasa nak belajar, tapi, mood tak stabil. Ahah. Takpe la. Hari ni, ana cuma nak kongsi satu puisi dan dua ayat al-Quran. Erm. Pandai-pandai la cari makna tersirat di sebalik perkongsian-perkongsian tu (ana malas nak explain).

Adam mengertilah...

Adam,mengertilah
Hawa bukanlah insan yg kuat
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas
tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri.

Adam,mengertilah
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj
perfume, make up, perhiasan
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya
namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa
yg serba kekurangan ini.

Adam,mengertilah
Hawa ini berjiwa lembut
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta
Hawa tahu permintaan Adam
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat
namun, Hawa lemah
Hawa takut zina hati.

Adam,mengertilah
setiap kali 'sms' diterima
Hawa keliru
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja
tapi Hawa akur tuntutan sahabat
Hawa tewas
Hawa reply juga
mengenangkan Adam adalah sahabat.

Adam,mengertilah
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam
memudahkan perjalanan hidup Adam
jangan disalah tafsir apa yg Hawa berikan.

Adam,mengertilah
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa
namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta
tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa
jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya.



"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?"
(Al-Baqarah: 44)

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya."
(Al-Baqarah: 42)

P/S: Kadang-kadang, Allah akan uji kita dengan pelbagai dugaan untuk menguji seteguh mana kita berpegang dengan prinsip hidup masing-masing. Renung-renungkan.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Saturday, October 4, 2008

^__^

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji hanyalah untuk Allah SWT yang memberikan kita peluang untuk terus hidup & beribadah kepada-Nya. Segala pujian hanyalah milik Allah SWT yang meminjamkan kita sedikit kekuatan untuk melakukan sebarang pekerjaan. Segala puji kepada Allah SWT yang mengurniakan setitis kegembiraan dalam hati ana.

Sepatutnya sekarang ni ana tengah sibuk mengulangkaji pelajaran sebab next week dah sambung mock 3. Hehe. Kelmarin ana rasa sedih, sekarang ni ana rasa happy la plak. Apahal ana happy? Banyak sebab ana nak rasa gembira. Walaupun sepatutnya ana rasa agak risau sebab belum habis ulangkaji biology. =D

Ana rasa happy sebab..entah. Susah nak explain. Ana bukanlah individu yang dapat meluahkan perasaan ana supaya satu dunia ni tahu. Mungkin boleh la. Tapi, susah. =)

Takpe la. Biar ana dan Allah SWT je yang tahu apahal ana happy. Ngee. ^__^

Sekadar peringatan buat diri ini dan pembaca sekalian:


- Dalam hidup ni, Allah tak bagi kita apa yang kita nak. Tapi, Allah bagi kita apa yang kita perlu.
- Keredhaan Allah lebih penting daripada keredhaan manusia. 
- Allah tak pernah lupakan hamba-Nya. Tapi, kita yang selalu lupakan Allah.
- Apabila kita rasa sedih atau ada apa-apa masalah, mengadulah dengan Allah. Doa banyak-banyak supaya masalah kita dapat diselesaikan. Sesungguhnya doa merupakan senjata orang mukmin.

P/S: Ana nak ucapkan terima kasih yang tak terkata kepada seorang ukhti yang sudi nasihatkan ana. Syukran! ^__^

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Mencari Yang Maha Satu

Assalamualaikum w.b.t.

Ni just a quick update. Sekadar nak kongsi satu klip video. Lagu UNIC yang berjudul Mencari Yang Maha Satu. First time dengar lagu ni, rasa cambest plak. Ngee. Lagu ni memang best la. Lagu yang amat bermakna (bagi ana la).



Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Friday, October 3, 2008

Percintaan Hakiki

Assalamualaikum w.b.t.

Entry kali ni, sekadar nak berkongsi satu puisi yang ana baru baca. Puisi yang teramat la best. Puisi yang sangat bermakna. ^__^


Ya Allah, Ya Tuhanku.
Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku.

Tuhanku
Aku masih ingat saat pertama dulu aku belajar mencintaiMu
Lembar demi lembar kitab kupelajari
Untai demi untai kata-kata para ustaz kuresapi
Tentang cinta para nabi
Tentang kasih para sahabat
Tentang mahabbah para sufi
Tentang kerinduan para syuhada.

Lalu kutanam di jiwa dalam-dalam
Kutumbuhkan dalam mimpi-mimpi dan pada idealisme yang mengawang di awan.

Tapi Rabbi
Berbilang detik, minit, jam, hari, bulan dan kemudian tahun berlalu
Aku berusaha mencintaiMu dengan cinta yang paling utama,
Tapi
Aku masih juga tak menemukan cinta tertinggi untukMu
Aku makin merasakan gelisahku membadai
Dalam cita yang mengawang
Sedang kakiku mengambang tiada menjejak bumi
Hingga aku terhempas dalam jurang nan kegelapan.

Wahai Ilahi
Kemudian berbilang detik, minit, jam, hari, bulan dan tahun berlalu
Aku mencuba merangkak, menggapai permukaan bumi
Dan menegakkan jiwaku kembali
Menatap, memohon dan menghibaMu:
“Allahu Rahim, Ilahi Rabbi,
Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku”.

Allahu Rahman, Ilahi Rabbi
Perkenankanlah aku mencintaiMu sebisaku
Dengan segala kelemahanku.

Ilahi
Aku tak sanggup mencintaiMu
Dengan kesabaran menanggung derita
Umpama Nabi Ayyub, Musa, Isa hingga Al-Musthafa.

Kerana itu izinkan aku mencintaiMu
Melalui keluh kesah pengaduanku padaMu
Atas derita batin dan jasadku
Atas sakit dan ketakutanku.

Rabbi
Aku tak mampu mencintaiMu seperti Abu Bakar,
Yang menyedekahkan seluruh hartanya
Dan hanya meninggalkan Engkau dan RasulMu bagi diri dan keluarga.
Atau layaknya Umar yang menyerahkan separuh harta demi jihad
Atau Uthman yang menyerahkan 1000 ekor kuda untuk syiarkan DeenMu
Atau seperti Ali KarramallahuWajha yg hebat semangat kepahlawanannya.

Maka Ya Allah
Izinkan aku mencintaiMu
Melalui seratus-dua ratus perak yang terhulur
Pada tangan-tangan kecil di perempatan jalan
Pada wanita-wanita tua yang menadahkan tangan di tepi-tepi jambatan
Pada makanan-makanan sederhana yang terkirim ke handai taulan.

Ilahi
Aku tak mampu mencintaiMu
Dengan khusyuknya solat salah seorang sahabat NabiMu
Hingga tiada terasa anak panah musuh terhunjam di kakinya.

Kerana itu Ya Allah
Perkenankanlah aku tertatih menggapai cintaMu
Dalam solat yang cuba kudirikan teragak-agak
Meski ingatan kadang melayang ke pelbagai permasalahan dunia.

Rabbi
Aku tak dapat beribadah ala para sufi rahib
Yang membaktikan seluruh malamnya untuk bercinta denganMu.

Maka izinkanlah aku untuk mencintaimu dalam satu-dua rakaat lailku
Dalam satu-dua sunnah nafilahMu
Dalam desah nafas kepasrahan tidurku.

Ya Maha Rahman
Aku tak mampu mencintaiMu
Bagai para al hafiz dan hafizah
Yang menuntaskan kalamMu dalam satu putaran malam.

Dari itu
Perkenankanlah aku mencintaiMu
Melalui selembar dua lembar tilawah harianku
Lewat lantunan seayat dua ayat hafazanku.

Ya Rahim
Aku tak mampu mencintaiMu semisal Sumayyah
Yang mempersembahkan jiwa demi tegaknya DeenMu.
Seandai para syuhada yang menjual dirinya dalam jihad.

Maka perkenankanlah aku mencintaiMu
Dengan mempersembahkan sedikit bakti dan pengorbanan untuk dakwahMu
Maka izinkanlah aku mencintaiMu
Dengan sedikit pengajaran bagi tumbuhnya generasi baru.

Allahu Karim
Aku tak mampu mencintaiMu di atas segalanya
Bagai Ibrahim yang rela tinggalkan putera dan zaujahnya,
Dan patuh mengorbankan pemuda penyejuk matanya.

Maka izinkanlah aku mencintaiMu
Di dalam segalanya
Izinkan aku mencintaiMu
Dengan mencintai keluargaku
Dengan mencintai sahabat-sahabatku
Dengan mencintai manusia dan alam seluruhnya.

Allahu RahmanuRahim, Ilahi Rabbi
Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku
Agar cinta itu mengalun dalam jiwa
Agar cinta ini mengalir di sepanjang nadiku selamanya.

(sumber: http://puisijiwarasa.wordpress.com/2007/01/01/perkenankanlah-aku-mencintaimu-semampuku/)

Sebagai konklusi (ngee. macam karangan bm), marilah kita bersama-sama mencuba sedaya upaya untuk meletakkan cinta Allah SWT sebagai cinta utama dalam hidup kita. Sesungguhnya cinta Allah merupakan satu-satunya cinta yang hakiki, cinta yang tidak pernah & tidak mungkin akan mengecewakan kita. =D

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Sedih sedih

Assalamualaikum w.b.t.

Hmm. Tajuk entry kali ni berkaitan dengan sedih lagi. Pahal ek ana selalu rasa sedih? Entah la. Ana pun tak tahu. Ngee. Mungkin sebab bila ana sorang2, ana selalu berfikir. Macam-macam yang ana fikir.

Ana pun tak tahu apa yang ana nak tulis pasal sedih ni sebenarnya. Ana tulis entry ni pun sebab sekarang ni ana tengah rasa sedih. Apahal? Entah. Banyak sebab yang boleh buat ana rasa sedih. Sebab yang bagi ana, terlalu personal untuk dikongsikan di blog ni. Ngee. So, biarlah hanya ana & Allah yang tahu apa sebab-sebab tu.

Owh. Tak lama lagi SPM. Doakan kejayaan ana dan rakan-rakan. Semoga kejayaan kami dalam SPM nanti mampu mengangkat martabat Islam di kolej. =) InsyaAllah.

Untuk mengakheri entry kali ni, ana nak kongsikan satu hadith. Hadith yang mungkin tak berkaitan dengan entry kali ni (atau mungkin ada berkaitan sedikit.ngee). Hadith mengenai kemanisan iman.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasulNya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

P/S: Takpe la sekali sekala rasa sedih kan? Sedih tu kan salah satu perasaan kurniaan Allah SWT? Tapi, pandai-pandai la kita menjaga perasaan yang dianugerahkan Allah SWT.

Pendamba Cinta & Redha Ilahi