Tuesday, December 30, 2008

Sami Yusuf feat Outlandish - Try not to cry

Assalamualaikum w.b.t.

Kali ni, ana nak kongsi lirik lagu je. Lagu khas buat saudara kita di Palestin.

Sami Yusuf feat Outlandish - Try Not To Cry

You, you’re not aware
That we’re aware
Of your despair
Don’t show your tears
To your oppressor
Don’t show your tears

CHORUS:
Try not to cry little one
You’re not alone
I’ll stand by you
Try not to cry little one
My heart is your stone
I’ll throw with you

Isam:
‘Ayn Jalut where David slew Goliath
This very same place that we be at
Passing through the sands of times
This land’s been the victim of countless crimes
From Crusaders and Mongols
to the present aggression
Then the Franks, now even a crueller oppression
If these walls could speak,
imagine what would they say

For me in this path that I walk on
there's only one way
Bullets may kill, bones may break
Still I throw stones like David before me and I say

CHORUS

You, you’re not aware
That we’re aware
Of your despair
Your nightmares will end
This I promise, I promise

CHORUS

Lenny:
No llores, no pierdas la fe
La sed la calma el que haze
Agua de la arena
Y tu que te levantas con orgullo entre las piedras
Haz hecho mares de este polvo
Don’t cry, don’t lose faith
The one who made water come out of the sand
Is the one who quenches the thirst
And you who rise proud from between the stones
Have made oceans from this dust

Waqas:
I throw stones at my eyes
’cause for way too long they’ve been dry
Plus they see what they shouldn’t from oppressed babies to thighs
I throw stones at my tongue
’cause it should really keep its peace
I throw stones at my feet
’cause they stray and lead to defeat
A couple of big ones at my heart
’cause the thing is freezing cold
But my nafs is still alive
and kicking unstoppable and on a roll
I throw bricks at the devil so I’ll be sure to hit him
But first at the man in the mirror
so I can chase out the venom

Isam:
Hmm, a little boy shot in the head
Just another kid sent out to get some bread
Not the first murder nor the last
Again and again a repetition of the past
Since the very first day same story
Young ones, old ones, some glory
How can it be, has the whole world turned blind?
Or is it just ’cause it’s only affecting my kind?!
If these walls could speak,
imagine what would they say
For me in this path that I walk on
there’s only one way
Bullets may kill, bones may break
Still I throw stones like David before me and I say

CHORUS

(Sumber:http://www.lyricster.net/lyrics/Sami-Yusuf/Try-Not-To-Cry/)

Best lagu ni. Hayati la lirik lagu ni. Kalau nak dengar lagu ni, klik sini.



Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Dedikasi buat Palestin, bumi perjuangan

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang masih memanjangkan usia kita untuk terus hidup di dunia ini.

Saban hari, semakin bertambah bilangan saudara kita di Palestin yang terkorban. Ya, mereka saudara kita! Saudara seaqidah. Tapi, kita sedar tak hakikat ni? Kita sedar tak yang musuh-musuh Allah terus menerus menyerang dan menyeksa saudara-saudara kita? Tak terdetik apa-apa perasaankah di hati kita?

Kata-kata pun tak dapat meluahkan apa yang terbuku di hati ana sekarang ni. Mata kita hanya melihat penindasan demi penindasan yang dilakukan oleh Israel terhadap saudara kita. Hati ini mungkin dapat merasakan kemarahan dan kebencian terhadap musuh Allah itu. Namun, apa tindakan kita?

Mungkin sebahagian besar daripada kita langsung tak menyedari pun penderitaan saudara kita di Palestin. Mungkin sebahagian besar daripada kita sedar mengenai penyerangan Israel terhadap Palestin. Namun, hanya sekadar sedar. Mata hanya melihat penderitaan mereka, sedangkan tak terdetik apa-apa dalam hati kita. Kita tak ingat ke pesanan Rasulullah SAW yang tercinta? Atau kita buat-buat lupa?

Dari Hudzaifah bin Yaman r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:
"Siapa yang tidak ihtimam (peduli) terhadap urusan umat Islam, maka dia bukan dari golongan mereka". (Hadith Riwayat at-Tabrani)


Kita mengaku bahawa kita umat Islam. Namun, apa reaksi kita tatkala melihat penderitaan umat Islam di Palestin? Apa perasaan kita apabila mendengar berita mengenai penyerangan Israel terhadap Palestin?

Mungkin kita berpendapat bahawa perkara tu bukanlah masalah kita. Namun, perkara itu hanyalah masalah masyarakat Palestin. Betul ke perkara ni bukan masalah kita? Cuba kita fikir baik-baik. Umat Islam di Palestin, semuanya saudara kita. Takkan la kita tak sedar hal ni?

Kita tak ingat ke firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara..." (Surah al-Hujuraat, ayat 10)

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
"Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain. Maka ia tidak akan menzalimi dan membiarkannya menderita". (Hadith Riwayat Imam al-Bukhari)


So, takkan la kita nak lihat je penderitaan saudara-saudara kita? Takkan kita nak dengar je kesengsaraan mereka tanpa timbul sekelumit pun perasaan benci terhadap yahudi? Tak terdetikkah perasaan kasihan terhadap umat Islam di Palestin? Anak-anak kecil, wanita-wanita lemah dan warga tua yang tak bersalah. Mereka semua terkorban dalam serangan Israel. Tak terdetikkah perasaan simpati dalam hati kita?

Mungkin sebab selama ni kita hidup dalam suasana yang damai. Sehinggakan kita tak dapat merasakan kesengsaraan mereka. Sampaikan kita tak menghiraukan penderitaan mereka, saudara seaqidah kita sendiri.

Masalah ini bukan setakat masalah masyarakat Palestin sahaja. Ini masalah kita, sebagai umat Islam. Kita terlupa ke tentang Masjid al-Aqsa? Masjid yang istimewa dan bersejarah. Salah satu tempat suci umat Islam. Masjid yang sepatutnya menjadi kebanggaan umat Islam. Masjid yang menjadi rebutan ramai pihak. Masjid yang sepatutnya dipertahankan demi agama tercinta.

Mungkin kita tak merasai penderitaan  saudara kita di Palestin. Mungkin kita tak mendapat pendedahan yang secukupnya mengenai serangan Israel terhadap Palestin. Mungkin semangat juang kita tak setinggi semangat mujahidin Palestin yang sanggup berkorban demi mempertahankan ummah. Mereka berjuang demi Islam, bukannya kerana Palestin semata-mata.

Masih tak terdetikkah perasaan simpati terhadap saudara kita di sana? Masih tak timbulkah perasaan benci terhadap musuh Allah, kaum yahudi itu? Masih tak terasakah penderitaan saudara kita yang berjuang dan terkorban demi memperjuangkan Islam tercinta? Masih tak berkobarkah semangat kita untuk mempertahankan Deenul Haq tercinta ini?

Ana tak mampu menjawab soalan-soalan ni bagi pihak kalian. Persoalan-persoalan ini hanya boleh dijawab oleh diri kita sendiri. Renung-renungkan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka. Katakanlah:"Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya pengetahuan kepadamu, maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu."
(Surah al-Baqarah, ayat 120)


Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Friday, December 26, 2008

Tahun Baru

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, kita masih mampu menjalani kehidupan di dunia yang fana ini. Syukur kepada Allah SWT kerana ana masih berpeluang untuk mencoretkan sesuatu di blog ni.

Sedar tak sedar, masa berlalu dengan begitu pantas. Tak lama lagi kita akan menyambut tahun baru. Angka 1429 H akan bertukar menjadi 1430 H. Manakala angka 2008 akan bertukar menjadi 2009.

Pengalaman hidup mendewasakan diri kita. Pengalaman juga mematangkan manusia. Sepanjang tahun ni, mesti banyak pengalaman yang dah kita dapat kan? Pelbagai kenangan telah tercipta, tak kira la manis, pahit, masin atau tawar. Hehe.

Kebanyakan orang lebih sukakan kenangan manis dan seboleh-bolehnya ingin melupakan segala kenangan pahit mereka. Kenapa ek? Lumrah manusia la kan? Kita sukakan perkara yang membuatkan diri kita gembira dan kita kurang suka (atau tak suka) perkara yang membuatkan kita sedih.

Bagi ana, tak payah la kita bersusah payah nak lupakan kenangan pahit kita. Sebab kenangan macam ni la yang berguna (walau sepahit mana pun kenangan tu). Pengalaman begini la yang mengubah diri kita, membuatkan kita lebih sabar dan tabah. Pengalaman pahit la yang membuatkan kita lebih dekat kepada Pencipta kita, Allah SWT. Fitrah manusia kan? Apabila diuji dengan kesusahan, mudah untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT. Tapi, kalau diuji dengan kesenangan, mudah pulak untuk kita menjadi alpa lantas menjauhkan diri daripada Allah SWT.

Ok. So, sempena tahun baru, dah ada ke azam dalam hati kita? Dah tercapai ke azam kita tahun ni? Apahal orang selalu kaitkan tahun baru dengan azam? Sebab Islam menyuruh agar umatnya memperbaiki hidup mereka. Hidup kita perlukan peningkatan. Takkan la kita nak berada di tahap yang sama, tanpa sebarang perubahan kan?

Kalau kita kaji sejarah di sebalik Maal Hijrah, kita akan dapati bahawa perubahan dalam hidup itu perlu agar berlakunya peningkatan, penambahbaikkan. Daripada perkataan "Maal Hijrah" pun kita boleh tahu bahawa perubahan itu amat penting dalam hidup kita.

Hijrah. Perkataan ni mengingatkan kita pada penghijrahan Rasulullah SAW dan para sahabat, dari Makkah ke Madinah. Dan apa kesan daripada penghijrahan tersebut? Agama Islam tersebar ke seluruh dunia. Membuktikan betapa pentingnya perubahan, hijrah dalam hidup kita.

Ok. Berbalik kepada persoalan tadi; apahal tahun baru seringkali dikaitkan dengan azam? Perkara ni menunjukkan bahawa setiap individu seharusnya mempunyai impian masing-masing. Kita perlu memiliki cita-cita yang ingin kita capai. Agar hidup kita lebih bermatlamat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik daripada semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama seperti semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk daripada semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah SWT".


So, berdasarkan hadith ni, muhasabah la diri kita. Kita sekarang ni tergolong dalam golongan yang mana? Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang beruntung. Amin.


Hijrah : antara hari ini dan semalam

Salam Maal Hijrah 1430 H. Jom kita berhijrah menjadi hamba yang lebih taat pada perintah-Nya. ^__^

P/S : Artikel Maal Hijrah

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Saturday, December 20, 2008

Menyepi =)

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang maseh memberikan peluang kepada kita untuk terus hidup dan melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang hamba dan khalifah. Alhamdulillah, syukur kerana ana maseh berpeluang untuk terus mengupdate blog ini dengan pendapat, pandangan, pengalaman ataupun sekadar luahan rasa ana.

Hmm. Setiap makhluk yang bergelar manusia, sudah tentu menghadapi masalah kan? Masalah itu sebenarnya tanda ingatan, kasih sayang Allah kepada kita sebagai hamba-Nya. So, tak patut la kalau kita merungut apabila kita menghadapi masalah.

Untuk menghadapi setiap ujian yang dikurniakan Allah, kita perlukan kekuatan. Agar kita tidak tersungkur dan terus terjatuh tatkala menghadapi ujian tersebut. Untuk mendapatkan kekuatan ni, kita perlu la kembali kepada sumber kekuatan iaitu Allah SWT.

Untuk menyelesaikan masalah pulak, kita perlu la cari jalan penyelesaian yang sesuai. Dan dalam usaha untuk mencari jalan penyelesaian tu, kita perlukan ketenangan. Supaya kita dapat mencari jalan penyelesaian yang paling efektif dengan mudah.

Erm. So, main pointnya adalah, untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah, kita perlukan kekuatan dan ketenangan.

Ok. Tujuan utama post ni adalah untuk memaklumkan kepada sahabat-sahabat ana dan jugak pembaca blog ni, bahawa ana nak menyepi diri dan blog ni akan diabaikan sekali lagi. Ish ish ish. Tak bertanggungjawab langsung tuan punya blog ni kan? Selalu sangat mengabaikan blog sendiri. Hehe. =P Friendster ana pun akan turut diabaikan. Tapi buat sementara waktu jelah. Mungkin untuk beberapa hari, mungkin untuk seminggu.

Sebelum mengundur diri, ana nak kongsikan lirik lagu Rahmat Ujian. Lama jugak kan ana tak post lirik lagu kat blog ni? Ngehe.

Mestica - Rahmat Ujian

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

repeat c/o

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu


Sumber : www.liriknasyid.com

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Thursday, December 18, 2008

Penggunaan istilah 'InsyaAllah'

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana ana maseh berpeluang untuk mengupdate blog ni. (Lamak dah sik update blog. 2 minggu. Hehe) Ok ok. Ana malas nak update pasal cuti ana or pasal educamp, sebab takde benda yang interesting. Kalau ada pun, ana simpan sorang-sorang je la. =P

Hmm. Kali ni, ana nak bercakap tentang penggunaan istilah 'insyaAllah'. Sebenarnya, ana nak cakap pasal ni sejak hari terakhir sekolah. Tapi, baru sekarang berkesempatan.

Dalam kehidupan seharian kita, mesti kita pernah dengar atau guna istilah ni. Sebelum ana bercakap dengan lebih panjang lebar mengenai istilah 'insyaAllah' ni, ana rasa lebih baik kita fahami maksud istilah tersebut.

'InsyaAllah'. Apa maksud kalimah ni sebenarnya? 'InsyaAllah' bermaksud dengan izin Allah SWT. Fahami maksud kalimah ni dengan faham yang sebenarnya ok?

Apahal ek ana tetiba je bercakap pasal istilah ni? Actually, pada pandangan peribadi ana, sebahagian besar umat Islam (termasuklah diri ana ni), kadang kala salah faham mengenai penggunaan istilah ni. Kebanyakan orang akan menggunakan istilah ni untuk melepaskan diri daripada sesuatu janji atau tanggungjawab. Ni berdasarkan apa yang ana lihat, apa yang ana lalui. Sebahagian besar umat Islam beranggapan bahawa penggunaan istilah 'insyaAllah' bertujuan untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab. Malah, ada golongan yang beranggapan bahawa pengunaan kalimah ini adalah suatu bukti bahawa kita tidak yakin dengan diri sendiri.

Sedangkan sepatutnya kalimah 'insyaAllah' ni, kita lafazkan dengan kesedaran bahawa kita tidak akan mampu melaksanakan sesuatu pekerjaan tanpa izin Allah SWT. Istilah ni seharusnya dilafazkan sebagai satu bukti yang menunjukkan bahawa kita mengakui kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.

'InsyaAllah'. Fahami makna sebenar kalimah ni. Fahami maksud tersiratnya. Kalimah 'insyaAllah' sebenarnya membuktikan kelemahan kita sebagai hamba Allah. Istilah ni menunjukkan bahawa kita tidak mampu melakukan apa-apa tanpa keizinan-Nya. Kalimah ini membuktikan kekuasaan Allah sebagai Pencipta kita dan alam ini.

Apabila kita mengucapkan kalimah 'insyaAllah', seharusnya kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengotakan janji atau melaksanakan tanggungjawab kita. Penggunaan kalimah ini bukanlah bermaksud kita terlepas daripada sesuatu janji atau tanggungjawab. Penggunaan istilah ini juga bukanlah bermaksud kita boleh melaksanakan tanggungjawab kita dengan sikap sambil lewa.

Kalimah 'insyaAllah' bukan sekadar suatu kalimah biasa. Istilah ini seharusnya tidak digunakan demi melepaskan diri daripada tanggungjawab, mahupun melaksanakan tanggungjawab tersebut secara sambil lewa sahaja.

Akhir kalam, fahami maksud istilah 'insyaAllah' dengan faham yang sebenar-benar faham. Bukan sekadar fahami. Namun, hayati maksud kalimah ini. Lafazkan kalimah 'insyaAllah' dengan kesedaran bahawa kita hanyalah hamba-Nya, kita tidak akan mampu memikul sesuatu tanggungjawab tanpa keizinan Allah SWT.

Note to Ezzati & Ika: Ingat sik soalan Afiqah on last day of school? =P

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Thursday, December 4, 2008

Erti Sebuah Pengorbanan

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang maseh memberikan ana peluang untuk terus mengupdate blog ni. Syukur kepada Allah sekali lagi kerana insyaAllah, tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya AidilAdha.

Coretan kali ni khas sempena Hari Raya AidilAdha atau turut dikenali sebagai Hari Raya Korban. Ana rasa sebahagian besar umat Islam telah pun mengetahui sejarah silam di sebalik perayaan ni.

Hari Raya AidilAdha. Suatu perayaan yang diraikan bagi mengingati pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim as. Pengorbanan seorang hamba  yang mentaati suruhan Rabbnya. Ya. Hari Raya AidilAdha bersejarahkan pengorbanan.

Pengorbanan Nabi Ibrahim as dan anaknya, Nabi Ismail as. Pengorbanan yang dilakukan semata-mata untuk mentaati suruhan Allah SWT. Sememangnya pengorbanan tersebut adalah suatu pengorbanan yang agung. Sebuah pengorbanan suci yang dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Sebenarnya, ana tak nak bercakap panjang lebar mengenai sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim as dan keluarganya (Ana takde idea & ilmu ana maseh terlalu cetek). Apa yang ana ingin tekankan di sini ialah pengorbanan kita sebagai umat Islam.

Pengorbanan kita demi menegakkan semula Deenul Haq tercinta di muka bumi ni. Pengorbanan kita untuk mengharumkan nama Islam, bukannya menjejaskan imej Islam. Pernah tak kita tanya diri kita, sanggup tak kita korbankan kepentingan diri sendiri untuk mentaati suruhan Allah? Pernah tak kita terfikir, sanggup tak kita korbankan kepentingan diri demi mendapatkan keredhaan-Nya? Hmm. Renung-renungkanlah.

Akher kalam, Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha 1429 H. Sempena Hari Raya AidilAdha ni, jom kita sama-sama berusaha menghayati erti sebuah pengorbanan yang sebenar. ^__^



P/S: Ana minta maaf kalau coretan ana kali ni agak meaningless. Ana kehilangan idea. Hehe. Apa-apa pun, ana just nak inform yang blog ni akan diabaikan sekali lagi sebab ana nak balik kampung. =)

Kalau nak baca artikel yang lebih menarik, boleh la baca kat iLuvIslam.

Wednesday, December 3, 2008

....

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan-Nya, ana maseh berupaya untuk mengupdate blog ni. Walaupun, mungkin coretan kali ini, hanya sekadar rapuan semata-mata. =D

Actually, ada banyak perkara yang ana ingin kongsikan. Tapi,..entah la. Terlalu banyak perkara yang ingin dikongsi, sehinggakan ana jadi blank. Blank. Tak tahu apa yang perlu dikongsi di blog ni. (Banyak gilak benda yang mok ditulis sampey sik tauk pa benda mok ditulis. Camney ya?)

Confusing. Ahah. Takpe. Beri ana sedikit masa untuk mencari idea, mendapatkan ilham. InsyaAllah, dalam masa terdekat ni, ana akan terus mengupdate blog ni.

Cuti setakat ni, macam biasa je bagi ana. Takde benda yang menarik pun. Sekarang ni, ana tengah sibuk membaca novel. Hehe. Ana tengah baca novel Bukan Yang Pertama, karya Salina Ibrahim. Lepas habis baca novel ni, ana nak baca novel Ramlee Awang Murshid pulak, Ungu Karmila. Lepas tu, ada la beberapa novel lain yang ana nak baca. (Nang ketara sikda keja len =p)

& ana nak cari novel Cogito Allah Sum (Semakin Aku Berfikir, Ternyata Allah Semakin Ada), karya Lalu Mohammad Zaenudin. Cambest je novel tu. Ahah. (Mun juak ana jumpa novel ya)





Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Friday, November 28, 2008

Last Day of SPM

Assalamualaikum w.b.t.

Entry kali tok, just mok kongsi gambar-gambar yang diambik marek. Tapi, sik banyak la gambar marek. Sebab handphone ana sik sentiasa bersama ana. Most of the time, handphone ya knak pinjam orang sebab cdak mok men game. Hehe. & sik semua gambar yang ana engkah kat blog tok. Ada yang sik diengkah atas sebab-sebab tertentu. Ngehe. Ana just kongsi gambar tyme kat cliff jak. Gambar kat asrama ya, ada cgek jak. Gambar tyme men bunga api waktu malam (cuba teka cney kmkorang men bunga api.ahah).


Pemandangan kat cliff kolej =)


Release stress pas SPM


Semua busy plentey (lamak dah sik plentey orang sebab masing-masing focus on study)


Pencerapan anak bulan (best!) ^__^



So, ya jak la gambar yang dapat dikongsi. Sebab memang ckit jak gambar yang diambik tyme ya. Lagikpun, handphone low bat. Hehe.

Dalam gambar-gambar ya, nang penuh ngan pelajar perempuan jak nak? Actually, ada la pelajar lelaki yang pegi cliff ya lebih awal dari kmkorang & cdak balit awal. So, sikda la gambar cdak. Pelajar perempuan plak, lepak kat cya sampey 5.30 cmya (mok join nangga anak bulan bah).

Best nangga anak bulan ya. Bukan setakat nangga jak, ada orang explain gik segala kemusykilan kmkorang berkaitan dengan proses pencerapan anak bulan ya. Proses pencerapan anak bulan tok actually, nya affected by awan. Mun sesuatu tempat ya banyak awan, susah ckit mok nangga anak bulan. Mun sesuatu tempat ya ckit jak awan & langitnya biru jak, senang mok nangga anak bulan. Aaa. Lebih kurang cmya la. =) Tok sekadar perkongsian ilmu yang ana dapat.

Apa pengajaran yang ana mok kongsikan actually? Camtok sebenarnya. Erm. Apabila kita tension or stress, then nangga alam sekeliling kita, insyaAllah, kita akan rasa tenang. Ana sik tauk orang len la. Tapi, mun ana, nang akan rasa tenang la. Ya membuktikan bahawa ciptaan Allah SWT semuanya indah-indah belaka. Kacak-kacak jak.

Sampaikan bila kita dengar bunyi ombak pun bleh rasa tenang. Bukti betapa Allah Maha Berkuasa. Bukti bahawa setiap apa yang Allah cipta, semua ada fungsi atau peranan masing-masing. Dekatkan diri dengan Allah, insyaAllah kita akan beroleh ketenangan hakiki.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Friday, October 31, 2008

Majlis Mohon Restu 2008

Assalamualaikum w.b.t.

Ni just a quick update. Pagi tadi, ada majlis mohon restu untuk semua calon SPM dan STPM kat kolej. Majlis tu ok la. Tapi, doa yang dibacakan oleh Ustaz Razi tadi memang memberikan kesan pada diri ana. Doa tu mempunyai makna yang amat mendalam (bagi ana la =D).

Owh. Entry kali ni, ana cuma nak inform yang blog ni akan terus 'diabaikan' untuk sementara waktu. InsyaAllah, lepas SPM nanti, ana update lagi.

SPM akan bermula pada 11/11/2008. Dan last paper pulak on 27/11/2008. So, doakan kejayaan ana dan rakan-rakan. Semoga keputusan yang bakal kami perolehi mampu meninggikan martabat Islam di kolej. ^__^

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Thursday, October 23, 2008

Puisi buat mad'u

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang memberikan ana peluang sekali lagi untuk mengupdate blog ini (walaupun SPM bakal tiba tidak lama lagi. T_T). Ngee. Kali ni, ana nak kongsi satu lagi puisi (mala jak puisi. haih). Puisi khas buat mad'u (Mad'u dalam konteks puisi ni merujuk kepada golongan yang kita dakwah. Maksudnya, golongan orang bukan Islam la).

Islam itu indah.
Ajaran Islam itu mudah.
Deenul Haq ini
tidak pernah membebankan umatnya.

Hidayah itu milik Allah SWT.
Hanya Allah SWT
yang berkuasa melontarkan hidayah
ke dalam hati hamba-Nya yang terpilih.
Hanya hamba Allah yang istimewa
layak menerima hidayah,
kurniaan terindah Ilahi.

Andai benar
dirimu telah jatuh cinta
pada Deenul Haq ini,
kajilah agama ini sedalam-dalamnya.
Perbetulkanlah niatmu
untuk mempelajari ajaran Islam.
Kajilah Islam demi
mencari satu kebenaran yang hakiki.

Moga kebenaran itu akan kau temui jua akhirnya.
Moga Allah SWT mengurniakan hidayah-Nya buat dirimu.
Dan semoga hidayah itu akan kekal buat selamanya.


Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Wednesday, October 22, 2008

Cinta pada Ilahi

Assalamualaikum w.b.t.

Tika ini,
Perasaan hati ini sukar sekali untuk difahami.
Bimbang, sedih, risau, sayu
dan segala macam jenis perasaan lagi
telah menguasai hati ini.
Segala rasa itu
telah berjaya mengusir
ketenangan yang baru bertapak di hati ini
sementara cuma.

Saat ini,
Diriku meragui rasa cintaku pada Sang Pencipta.
Adakah rasa itu sudah tersemat kukuh di dalam dada?
Adakah rasa itu hadir tanpa dipaksa?
Atau mungkinkah rasa itu hanyalah satu sandiwara?

Detik ini,
Pelbagai persoalan menganggu fikiranku.
Adakah aku benar-benar mencintai Penciptaku?
Mampukah aku mencintai Allah umpama golongan terdahulu?
Sedangkan diri ini maseh terlalu lemah.
Diriku seringkali alpa dan lalai dalam mengingati-Nya.
Diriku maseh hanyut terbuai mimpi yang lena.

Kini,
Baru kusedari,
Cintaku pada Allah masih terlalu goyah.
Rasa itu masih perlu dibajai
pada setiap denyut nadiku.

Bantulah aku untuk mencintai Rabbku.
Pimpinlah aku untuk mengukuhkan rasa cinta dan iman
yang masih belum utuh ini.

Biarlah rasa cintaku pada Allah
tidak sehebat rasa cinta para sahabat terdahulu.
Namun, aku tetap bersyukur pada-Mu atas kurniaan rasa ini.

Setidak-tidaknya,
Rasa kasihku pada Ilahi
mampu menyedarkan aku daripada mimpi yang panjang ini.
Sekurang-kurangnya,
Rasa cintaku pada-Nya
mampu membakar semangatku untuk terus berjuang
menegakkan Deenul Haq tercinta.
Dan rasa cintaku pada ar-Rahman ini juga
mampu menyedarkan aku tentang hakikat sebenar diri ini.

Diri ini hanyalah seorang hamba
yang masih punya rasa cinta pada Ilahi,
Biarpun rasa itu sedikit cuma.
Namun, akan terus ku pupuk
rasa cintaku pada Yang Satu.
Agar kelak rasa itu kan
memenuhi segenap ruang hatiku.


^__^

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Tuesday, October 21, 2008

Rindu!

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang memberikan ana peluang untuk terus mengupdate blog.

*Entry kali tok, ana tulis dalam bahasa Sarawak. Sebab ana xda mood mok skema & update blog dalam BM. Ngee =D Sesungguhnya, bahasa jiwa bangsa (Sori sori. Ana merapu sekejap. Hehe)*

Ok. Tajuk entry tok, rindu! Ahah. Ana pun xtauk pahal perasaan tok datang. Tapi, tang ada jak tetiba rasa rindu. Rindu yang teramat sangat! Rindu yang xpat mok describe ngan kata-kata. Hehe.

Pa benda yang ana rindu sebenarnya? Ana rindu mok USRAH! Ana rindu ngan ADEK-ADEK USRAH ana! Ngee. Rindu yang teramat! ^__^

Ana bena-bena rindu mok usrah. Yalah. Sebab before tok, kan batch kmkorg yang handle usrah. Walaupun macam-macam masalah yang timbul, tapi, usrah tetap best! Usrah best bukan sebab kmkorg yang handle aa? Tapi, bagi ana, usrah nang best. Hehe.

Ana bukannya rindu mok handle usrah. Ana rindu mok berusrah. Ana rindu mok berbincang ngan adek-adek ana (even though kadang-kadang bincang pasal benda yang out of topic. hehe.). Ana rindu mok dengar & jawab pelbagai jenis soalan daripada adek-adek ana. Ana rindu mok dengar pendapat cdak. Ana rindu mok makan sama-sama ngan cdak. Ana rindu mok solat sama-sama.

Ana rindu dengan adek-adek usrah ana. Ana rindu dengan soalan cdak yang pelbagai jenis (and sometimes soalan-soalan yang cdak tanya akan polah kmkorg suma tetak =D). Ana rindu yang teramat dengan cdak. Walaupun kmkorg suma sama sekolah, tapi ana rasa kolej ya merupakan satu sekolah yang teramat besar sampaikan ana xpat mok jumpa each and every one of them setiap hari!

Ana xtauk la pahal. Tapi, tetiba jak perasaan tok timbul balit sejak sekian lama menghilangkan diri. Hehe. OKlah. Sebelum ana merapu dan terus merapu, bagus ana stop & belajar gik. Sebab sik lamak gik SPM & keputusan mock 3 ana, ngee..susah mok padah. Haih.

P/S: Owh. Doakan kejayaan ana & sahabat-sahabat ana dalam SPM! (SPM tinggal 20 hari gik T_T).

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Saturday, October 18, 2008

Minggu yang penuh dengan pengajaran

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang maseh memberikan kita peluang untuk terus menghirup udara milik-Nya di atas muka bumi milik-Nya. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang sudi meminjamkan ana sedikit kekuatan buat menghadapi kehidupan di dunia yang fana ini. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang memberikan ana peluang untuk terus mencoretkan sesuatu di blog ini.

Banyak perkara yang telah ana pelajari sepanjang minggu ini. Pelbagai pengajaran yang ana perolehi daripada orang-orang di sekeliling ana. Dan yang paling penting, segala perkara yang ana pelajari, segala pengajaran yang ana perolehi itu berjaya membuka mata ana. Segala benda yang terjadi dalam hidup ana sepanjang minggu ini berupaya menyedarkan ana mengenai segala tanggungjawab yang terletak di bahu ana. Tanggungjawab sebagai hamba Allah, tanggungjawab kepada ibu bapa, tanggungjawab kepada keluarga, tanggungjawab kepada adek-adek di kolej, tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan segala macam tanggungjawab lagi. Segalanya harus dipikul dengan sebaik mungkin. Kadang-kala terdetik juga di hati ini, mampukah ana memikul segala tanggungjawab tersebut? Hmm.

Pelbagai perkara yang ana tempuhi sepanjang minggu ini, dari hari Sabtu semasa Majlis Mohon Restu sehinggalah hari Jumaat yang lepas. Segala perkara yang terjadi membuatkan ana banyak berfikir. Perkara yang terjadi semasa Majlis Mohon Restu yang lepas, maseh ana ingat dengan jelas (xda kaitan dengan mercun aa =P). Apa sebenarnya yang terjadi? Biarlah hanya Allah SWT, ana dan seorang lagi hamba Allah yang berkaitan sahaja yang tahu mengenai perkara tersebut. Saat perkara itu terjadi, ana betul-betul tergamam. Perasaan ana tika itu, entah la..tak dapat nak explain. Apa-apa pun, ana doakan yang terbaik buat hamba Allah tersebut. ^__^

Apa lagi kejadian yang telah menyedarkan ana mengenai tanggungjawab yang harus ana pikul? Hmm. Perkara ni mungkin takde kaitan dengan tanggungjawab. Tapi, perkara ni menyedarkan ana mengenai hakikat sebenar kehidupan. Dan perkara ni juga membuatkan ana semakin yakin dengan kata-kata English yang mengatakan "Don't judge the book by its cover". Dalam kehidupan yang fana ini, tak semua apa yang kita lihat itu merupakan perkara yang sebenar. Kadang-kadang, di sebalik seulas senyuman, di sebalik sebuah kegembiraan, tersirat 1001 penderitaan. Apa kaitan kata-kata tadi dengan kehidupan? Dalam kehidupan kita, pelbagai ragam manusia yang boleh kita lihat, pelbagai perangai berbeza yang kita temui. Mungkin kita ada seorang sahabat yang happy-go-lucky sehinggakan kita menganggap sahabat kita tu takde masalah. Namun, pada hakikatnya, sahabat kita tu memiliki pelbagai masalah. Kat dunia ni, takde orang yang takde masalah. Semua orang ada masalah. Cuma cara kita menghadapi masalah tersebut yang membezakan kita semua. (Dapat faham ke apa yang ana cuba terangkan? Ngee. Kalau tak faham tu, buat-buat faham je la =P)

Hmm. Apa lagi yang ana nak coretkan ek? Perkara-perkara yang terjadi sepanjang minggu ni membuatkan ana sedar yang ana maseh terlalu lemah bila menghadapi ujian daripada Allah SWT. Dan perkara-perkara tersebut juga membuatkan ana sedar bahawa Allah SWT sentiasa bersama hamba-hamba-Nya, tak kira la semasa kita susah atau senang. Cuma, mungkin kita yang tak pernah menyedari perkara ni. Selalunya, kebanyakan daripada kita cuma akan ingat kat Allah SWT bila kita dalam kesusahan je (peringatan juga buat diri yang maseh lemah ni). Benda ni memang dah jadi lumrah kita sebagai manusia. So, jom kita renovate & renew hati kita. Jom kita didik hati kita agar sentiasa mengingati Allah SWT pada setiap masa! =)


P/S: Ana minta maaf kalau post ana kali ni teramat sukar untuk difahami. Hehe. Segala perkara yang telah terjadi dalam hidup ana tu, biarlah hanya Allah SWT, ana dan hamba-hamba Allah yang berkenaan sahaja yang tahu. Cukuplah sekadar ana berkongsi pengajaran yang ana perolehi di sebalik setiap kejadian itu.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Friday, October 17, 2008

Buat sahabat-sahabat seperjuangan

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang maseh mengizinkan ana untuk terus menjalani kehidupan sebagai hamba-Nya dan beribadah kepada-Nya. Syukur kepada Allah SWT yang memberikan ana peluang untuk mencoretkan sesuatu di blog ini. Entry kali ini, ana tujukan khas buat sahabat-sahabat seperjuangan ana.

Entry kali ni, tak banyak yang ingin ana coretkan. Ana cuma nak minta maaf dengan sahabat-sahabat ana atas kelakuan ana di sekolah tadi (paham-paham la pa benda). Asif jiddan. Ana bukannya marah. Ana cuma rasa terkilan, geram dan kecewa yang teramat sangat apabila ada antara kita yang mengambil keputusan yang sama secara mendadak (walaupun, mungkin berdasarkan sebab yang berbeza). Ana minta maaf andai ana telah membuatkan kalian rasa bersalah. Ana minta maaf andai kelakuan ana membuatkan kalian rasa marah. Asif jiddan!

Satu pesanan ana, jangan jadikan perasaan 'tidak layak' atau 'tidak sempurna' itu sebagai alasan untuk melepaskan tanggungjawab. Perkara ini merupakan amanah yang perlu kita pikul bersama. Dakwah dan tarbiyah. Menjadi dai'e merupakan tanggungjawab seluruh umat Islam. Ana sedar bahawa setiap seorang daripada kita memiliki kelemahan masing-masing. Namun, jika kita bersatu, insyaAllah, kelemahan-kelemahan tersebut akan dapat diperbaiki sedikit demi sedikit dengan lebih mudah. Yakinlah dengan janji Allah SWT. Allah SWT akan membantu orang yang membela agama-Nya.

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
(Surah Muhammad, ayat 7)



Kalau bukan kita, siapa yang akan meneruskan perjuangan Rasulullah SAW untuk menegakkan Deenul Haq tercinta?


Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Thursday, October 16, 2008

Jalan ini bukan mudah

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana ana maseh berpeluang untuk mengupdate blog ni. Dan syukur kepada Allah yang melancarkan segala urusan hamba-Nya. ^__^ Coretan kali ni ringkas je. Sekadar untuk berkongsi sesuatu (puisi ek? ngee).

Sahabat,
Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu.
Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.

Sahabatku yang sangat aku cintai,
Sungguh, jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah.
Jalan ini matlamatnya cantik dan mengagumkan.
Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui.
Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.

Sahabat,
Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu.
Syeikh Hassan Al Banna, ditembak di pasar.
Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq!
Syed Qutb, nyawanya tercabut menemui Rabbnya di tiang gantung.
Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq.
Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening.
Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!

Amanah ini untuk kita, sahabatku.
Amanah ini untuk orang seperti kalian.
Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali.
Tetapi sahabat, yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya.
Aku ingin ingatkanmu kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya terhadap hamba yang diredhai-Nya.

Sahabat,
peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja.
Tapi bukan engkau.
Engkau dibina dengan tarbiyah.
Dihiasi keindahan akhlak.
Dilahirkan sebagai pendukung agama ini.
Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang, kau terus menguatkan langkah menyusur jalan ini.
Aku yakin, kerna kau sahabatku.

Sahabat,
tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini.
Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat.
Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu.
Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini.
Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini.
Akan aku luka dan berdarah bersama kau.
Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.

Sungguh aku bersama mu.

Tulus,
Sahabatmu tercinta

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Sunday, October 12, 2008

Persahabatan

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana ana berpeluang sekali lagi untuk mengupdate blog ni. Untuk entry kali ni, ana nak bercakap pasal persahabatan. Persahabatan. Friendship.

Dalam menjalani hidup kita di dunia yang fana ni, setiap orang perlukan sahabat. Ada ke orang yang tak perlukan sahabat? Ana rasa takde seorang pun yang hidup atas muka bumi Allah ni tanpa sahabat. Sebenarnya, ana kekurangan idea nak bercakap pasal topik ni. Tapi, ana cuba jugak nak coretkan sesuatu mengenai persahabatan.

Sahabat yang sentiasa bersama kita tika suka dan duka, saat senang dan susah memang agak sukar untuk dicari.  Namun, ana bersyukur kerana Allah mengurniakan ana sahabat-sahabat yang amat baik. Sahabat-sahabat yang sudi menegur ana andai ana melakukan kesalahan. Sahabat-sahabat yang sudi mendengar masalah ana. Sahabat-sahabat yang sudi bersabar dengan perangai ana, yang kadang-kadang mungkin agak childish (tapi, ada masanya ana matang =P).

Sedar tak sedar, tak lama lagi ana dan sahabat-sahabat ana akan berpisah. Berpisah demi mencapai cita-cita masing-masing. Takpe la kan kalau perpisahan yang bakal terjadi tu untuk kebaikan kami semua? Usah ditangisi perpisahan yang bakal terjadi kerana sesungguhnya setiap pertemuan pasti akan berakher dengan perpisahan. Bak kata ustaz ana, kalau kita tak suka dengan perpisahan, lebih baik takde pertemuan. =)

Buat sahabat-sahabat ana, ana nak mintak maaf atas segala kesalahan yang telah dan mungkin akan ana lakukan. Ngee. Dan syukran untuk segala-galanya. ^__^

Hmm. Ana memang dah takde idea dah ni. So, sebelum mengakheri coretan kali ni, ana nak kongsikan beberapa kata-kata yang berkaitan dengan topik ni.

Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari.
(Saidina Ali)


Sahabatku,
Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkan aku dengan amaran Allah SWT.
Jika aku bersedih tanpa kata,
Pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta.
Jika aku lemah tak berdaya,
Ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga.
Jika antara kita ada tembok pemisah,
Ajaklah aku meleraikannya segera.
Dan jika pernah hatimu terluka disebabkan diriku,
Luahkanlah agar aku dapat mengubah diriku.
Semoga ukhuwah kita kekal untuk selamanya.
^__^


P/S: Sori sebab entry kali ni macam merapu je. Ana takde idea. Hehe.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Wednesday, October 8, 2008

Awan

Assalamualaikum w.b.t.

Sepatutnya, sekarang ni, ana tengah buat ulangkaji. Bukannya menghadap laptop. Tapi, terpaksa jugak menghadap laptop ni. Nak register matriks. Hehe. Ana tak sengaja la nak register last minute. Baru tahu tarikh tutupnya 10/10/2008, which means lusa. Haih.

So, berbalik kepada tajuk post kali ni, awan. Awan. Apa yang  best sangat tentang awan ni? Entah la. Ana pun tak tahu. Yang ana tahu, ana suka tengok awan. Bila tengok awan, fikiran yang bercelaru boleh jadi tenang. Awan ni nampak cambest je. Entah la apahal. Tapi, setiap kali ana tengok awan, mesti rasa tenang. Awan nampak cantik sangat! =)



Bila tengok awan, ana teringat pulak kata-kata Laksamana Sunan dalam novel Bagaikan Puteri (karya Ramlee Awang Murshid). Awan kalau dapat dicapai, maka, saktilah hamba. Ngee.

Owh. Tadi, masa exam Sejarah Paper 1, ana sempat 'berkarya'. Hehe. Ana siap awal sangat. So, sempat la 'berkarya' kejap. Apa benda karya tu? Karya tu kata-kata yang ana tulis sebagai peringatan buat diri sendiri.

Adeh. Apahal tak dapat pulak nak register matriks ni ek? Ngee. Takpe la. Lain kali try lagi. Nanti-nanti la ana try lagi. Nak buat ulangkaji. Sebelum tu, ana nak kongsi satu lagi ayat al-Quran mengenai ketenangan hati.

"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram."
(Surah ar-Ra'd. Ayat 28)


Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Sunday, October 5, 2008

...

Assalamualaikum w.b.t.

Hmm. Ana tak tahu nak letak tajuk apa. Ana tak tahu pun apa ana nak tulis kat blog ni hari ni. Esok exam. Ana boleh lagi update blog. Ngee. Rasa nak belajar, tapi, mood tak stabil. Ahah. Takpe la. Hari ni, ana cuma nak kongsi satu puisi dan dua ayat al-Quran. Erm. Pandai-pandai la cari makna tersirat di sebalik perkongsian-perkongsian tu (ana malas nak explain).

Adam mengertilah...

Adam,mengertilah
Hawa bukanlah insan yg kuat
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas
tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri.

Adam,mengertilah
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj
perfume, make up, perhiasan
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya
namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa
yg serba kekurangan ini.

Adam,mengertilah
Hawa ini berjiwa lembut
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta
Hawa tahu permintaan Adam
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat
namun, Hawa lemah
Hawa takut zina hati.

Adam,mengertilah
setiap kali 'sms' diterima
Hawa keliru
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja
tapi Hawa akur tuntutan sahabat
Hawa tewas
Hawa reply juga
mengenangkan Adam adalah sahabat.

Adam,mengertilah
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam
memudahkan perjalanan hidup Adam
jangan disalah tafsir apa yg Hawa berikan.

Adam,mengertilah
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa
namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta
tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa
jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya.



"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?"
(Al-Baqarah: 44)

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya."
(Al-Baqarah: 42)

P/S: Kadang-kadang, Allah akan uji kita dengan pelbagai dugaan untuk menguji seteguh mana kita berpegang dengan prinsip hidup masing-masing. Renung-renungkan.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Saturday, October 4, 2008

^__^

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji hanyalah untuk Allah SWT yang memberikan kita peluang untuk terus hidup & beribadah kepada-Nya. Segala pujian hanyalah milik Allah SWT yang meminjamkan kita sedikit kekuatan untuk melakukan sebarang pekerjaan. Segala puji kepada Allah SWT yang mengurniakan setitis kegembiraan dalam hati ana.

Sepatutnya sekarang ni ana tengah sibuk mengulangkaji pelajaran sebab next week dah sambung mock 3. Hehe. Kelmarin ana rasa sedih, sekarang ni ana rasa happy la plak. Apahal ana happy? Banyak sebab ana nak rasa gembira. Walaupun sepatutnya ana rasa agak risau sebab belum habis ulangkaji biology. =D

Ana rasa happy sebab..entah. Susah nak explain. Ana bukanlah individu yang dapat meluahkan perasaan ana supaya satu dunia ni tahu. Mungkin boleh la. Tapi, susah. =)

Takpe la. Biar ana dan Allah SWT je yang tahu apahal ana happy. Ngee. ^__^

Sekadar peringatan buat diri ini dan pembaca sekalian:


- Dalam hidup ni, Allah tak bagi kita apa yang kita nak. Tapi, Allah bagi kita apa yang kita perlu.
- Keredhaan Allah lebih penting daripada keredhaan manusia. 
- Allah tak pernah lupakan hamba-Nya. Tapi, kita yang selalu lupakan Allah.
- Apabila kita rasa sedih atau ada apa-apa masalah, mengadulah dengan Allah. Doa banyak-banyak supaya masalah kita dapat diselesaikan. Sesungguhnya doa merupakan senjata orang mukmin.

P/S: Ana nak ucapkan terima kasih yang tak terkata kepada seorang ukhti yang sudi nasihatkan ana. Syukran! ^__^

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Mencari Yang Maha Satu

Assalamualaikum w.b.t.

Ni just a quick update. Sekadar nak kongsi satu klip video. Lagu UNIC yang berjudul Mencari Yang Maha Satu. First time dengar lagu ni, rasa cambest plak. Ngee. Lagu ni memang best la. Lagu yang amat bermakna (bagi ana la).



Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Friday, October 3, 2008

Percintaan Hakiki

Assalamualaikum w.b.t.

Entry kali ni, sekadar nak berkongsi satu puisi yang ana baru baca. Puisi yang teramat la best. Puisi yang sangat bermakna. ^__^


Ya Allah, Ya Tuhanku.
Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku.

Tuhanku
Aku masih ingat saat pertama dulu aku belajar mencintaiMu
Lembar demi lembar kitab kupelajari
Untai demi untai kata-kata para ustaz kuresapi
Tentang cinta para nabi
Tentang kasih para sahabat
Tentang mahabbah para sufi
Tentang kerinduan para syuhada.

Lalu kutanam di jiwa dalam-dalam
Kutumbuhkan dalam mimpi-mimpi dan pada idealisme yang mengawang di awan.

Tapi Rabbi
Berbilang detik, minit, jam, hari, bulan dan kemudian tahun berlalu
Aku berusaha mencintaiMu dengan cinta yang paling utama,
Tapi
Aku masih juga tak menemukan cinta tertinggi untukMu
Aku makin merasakan gelisahku membadai
Dalam cita yang mengawang
Sedang kakiku mengambang tiada menjejak bumi
Hingga aku terhempas dalam jurang nan kegelapan.

Wahai Ilahi
Kemudian berbilang detik, minit, jam, hari, bulan dan tahun berlalu
Aku mencuba merangkak, menggapai permukaan bumi
Dan menegakkan jiwaku kembali
Menatap, memohon dan menghibaMu:
“Allahu Rahim, Ilahi Rabbi,
Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku”.

Allahu Rahman, Ilahi Rabbi
Perkenankanlah aku mencintaiMu sebisaku
Dengan segala kelemahanku.

Ilahi
Aku tak sanggup mencintaiMu
Dengan kesabaran menanggung derita
Umpama Nabi Ayyub, Musa, Isa hingga Al-Musthafa.

Kerana itu izinkan aku mencintaiMu
Melalui keluh kesah pengaduanku padaMu
Atas derita batin dan jasadku
Atas sakit dan ketakutanku.

Rabbi
Aku tak mampu mencintaiMu seperti Abu Bakar,
Yang menyedekahkan seluruh hartanya
Dan hanya meninggalkan Engkau dan RasulMu bagi diri dan keluarga.
Atau layaknya Umar yang menyerahkan separuh harta demi jihad
Atau Uthman yang menyerahkan 1000 ekor kuda untuk syiarkan DeenMu
Atau seperti Ali KarramallahuWajha yg hebat semangat kepahlawanannya.

Maka Ya Allah
Izinkan aku mencintaiMu
Melalui seratus-dua ratus perak yang terhulur
Pada tangan-tangan kecil di perempatan jalan
Pada wanita-wanita tua yang menadahkan tangan di tepi-tepi jambatan
Pada makanan-makanan sederhana yang terkirim ke handai taulan.

Ilahi
Aku tak mampu mencintaiMu
Dengan khusyuknya solat salah seorang sahabat NabiMu
Hingga tiada terasa anak panah musuh terhunjam di kakinya.

Kerana itu Ya Allah
Perkenankanlah aku tertatih menggapai cintaMu
Dalam solat yang cuba kudirikan teragak-agak
Meski ingatan kadang melayang ke pelbagai permasalahan dunia.

Rabbi
Aku tak dapat beribadah ala para sufi rahib
Yang membaktikan seluruh malamnya untuk bercinta denganMu.

Maka izinkanlah aku untuk mencintaimu dalam satu-dua rakaat lailku
Dalam satu-dua sunnah nafilahMu
Dalam desah nafas kepasrahan tidurku.

Ya Maha Rahman
Aku tak mampu mencintaiMu
Bagai para al hafiz dan hafizah
Yang menuntaskan kalamMu dalam satu putaran malam.

Dari itu
Perkenankanlah aku mencintaiMu
Melalui selembar dua lembar tilawah harianku
Lewat lantunan seayat dua ayat hafazanku.

Ya Rahim
Aku tak mampu mencintaiMu semisal Sumayyah
Yang mempersembahkan jiwa demi tegaknya DeenMu.
Seandai para syuhada yang menjual dirinya dalam jihad.

Maka perkenankanlah aku mencintaiMu
Dengan mempersembahkan sedikit bakti dan pengorbanan untuk dakwahMu
Maka izinkanlah aku mencintaiMu
Dengan sedikit pengajaran bagi tumbuhnya generasi baru.

Allahu Karim
Aku tak mampu mencintaiMu di atas segalanya
Bagai Ibrahim yang rela tinggalkan putera dan zaujahnya,
Dan patuh mengorbankan pemuda penyejuk matanya.

Maka izinkanlah aku mencintaiMu
Di dalam segalanya
Izinkan aku mencintaiMu
Dengan mencintai keluargaku
Dengan mencintai sahabat-sahabatku
Dengan mencintai manusia dan alam seluruhnya.

Allahu RahmanuRahim, Ilahi Rabbi
Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku
Agar cinta itu mengalun dalam jiwa
Agar cinta ini mengalir di sepanjang nadiku selamanya.

(sumber: http://puisijiwarasa.wordpress.com/2007/01/01/perkenankanlah-aku-mencintaimu-semampuku/)

Sebagai konklusi (ngee. macam karangan bm), marilah kita bersama-sama mencuba sedaya upaya untuk meletakkan cinta Allah SWT sebagai cinta utama dalam hidup kita. Sesungguhnya cinta Allah merupakan satu-satunya cinta yang hakiki, cinta yang tidak pernah & tidak mungkin akan mengecewakan kita. =D

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Sedih sedih

Assalamualaikum w.b.t.

Hmm. Tajuk entry kali ni berkaitan dengan sedih lagi. Pahal ek ana selalu rasa sedih? Entah la. Ana pun tak tahu. Ngee. Mungkin sebab bila ana sorang2, ana selalu berfikir. Macam-macam yang ana fikir.

Ana pun tak tahu apa yang ana nak tulis pasal sedih ni sebenarnya. Ana tulis entry ni pun sebab sekarang ni ana tengah rasa sedih. Apahal? Entah. Banyak sebab yang boleh buat ana rasa sedih. Sebab yang bagi ana, terlalu personal untuk dikongsikan di blog ni. Ngee. So, biarlah hanya ana & Allah yang tahu apa sebab-sebab tu.

Owh. Tak lama lagi SPM. Doakan kejayaan ana dan rakan-rakan. Semoga kejayaan kami dalam SPM nanti mampu mengangkat martabat Islam di kolej. =) InsyaAllah.

Untuk mengakheri entry kali ni, ana nak kongsikan satu hadith. Hadith yang mungkin tak berkaitan dengan entry kali ni (atau mungkin ada berkaitan sedikit.ngee). Hadith mengenai kemanisan iman.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasulNya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

P/S: Takpe la sekali sekala rasa sedih kan? Sedih tu kan salah satu perasaan kurniaan Allah SWT? Tapi, pandai-pandai la kita menjaga perasaan yang dianugerahkan Allah SWT.

Pendamba Cinta & Redha Ilahi

Sunday, September 28, 2008

Ramadhan 1429 H

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan ana peluang untuk terus mengupdate blog ni. Lama dah ana tak merapu kat blog ni kan? Busy dengan exam & ana dah kekurangan idea. Hehe. Apa-apa pun, kali ni, ana akan try untuk mencoretkan sesuatu pasal bulan Ramadhan yang bakal berlalu tak lama lagi ni.

Sedar tak sedar, dah hampir sebulan kita menghirup udara Ramadhan dan beribadah kepada-Nya. Hmm. Ramadhan kali ni, banyak bezanya dengan Ramadhan yang telah ana lalui sebelum ni. Ramadhan kali ni, pelbagai pengalaman yang ana dapat. Pelbagai ujian yang Allah kurniakan kepada ana. Bak kata seorang rakan ana, Ramadhan kali ni, seolah-olah semakin banyak ujian yang Allah kurniakan. Dan ujian-ujian tersebut agak sukar untuk digalas. Namun begitu, seberat mana pun ujian yang kita hadapi, yakinlah dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Surah Al-Baqarah ayat 286)


Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
(Surah Al-Insyirah ayat 6)


Dan yakinlah bahawa ada hikmah yang terselit di sebalik setiap perkara yang terjadi. Semua ni merupakan peringatan untuk diri ana juga. Diri ana yang maseh belum cukup kuat untuk menghadapi segala ujian daripada Allah SWT.

Apa lagi beza Ramadhan 1429 H dengan Ramadhan tahun-tahun yang lepas? Owh. Tahun ni, ana sambut Ramadhan dengan mak & siblings ana je. Ana tak sambut dengan ayah & abang ana yang second. Sebab ayah ana busy kerja kat KL. Abang ana yang second pulak busy belajar kat Johor.

Dan mungkin, raya kali ni pun ana tak sambut ngan diorang. Dan, tahun ni ana kekurangan semangat nak sambut raya. Rasa seolah-olah tak nak tinggalkan bulan Ramadhan ni. Perasaan risau, takut, sedih dan sedikit rasa happy bercampur baur.

Ana risau & takut seandainya ana tak sempat nak sambut Ramadhan 1430 H. Ana rasa sedih nak tinggalkan Ramadhan kali ni. Dan ana rasa happy sebab hari kemenangan umat Islam bakal tiba sehari dua je lagi. Happy memang happy sebab raya bakal tiba tak lama lagi. Tapi, rasa sedih, risau & takut tu melebihi rasa happy. Membuatkan ana rasa tak bersemangat nak sambut raya.

Hmm. Ramadhan tahun ni memang berbeza, teramat berbeza dengan Ramadhan pada tahun-tahun lepas. Biasanya, bila Ramadhan nak berakher, ana akan rasa happy sangat-sangat. Sebab tak sabar-sabar nak sambut Hari Raya Aidilfitri. Tahun ni rasa tak nak tinggalkan Ramadhan pulak. Mungkin sebab ana semakin matang kot? Hehe. =P 

Apa-apa pun, ana nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan ana dan pembaca blog ana ni (kalau ade la. hehe =D). Maaf Zahir & Batin. ^__^





P/S: Ada tiga benda yang membuatkan ana ternanti-nanti Hari Raya Aidilfitri ni. 1) Ana nak mintak maaf dengan semua orang yang ana pernah buat salah kat diorang, sama ada sengaja atau tak (Hari lain pun boleh mintak maaf kan? Hehe) 2) Ana nak dengar takbir raya (Ana minat sangat dengar takbir raya. Best! =D) 3) Ana nak jalan-jalan dengan kawan-kawan ana. Hehe.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Sunday, September 21, 2008

Exam

Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama ana tak update blog ni. Hehe. Takde la lama pun. Tapi ana rindu nak merapu kat blog ni. InsyaAllah, minggu depan, ana dan rakan-rakan ana akan menghadapi Mock 3 (22/9-26/9 & 6/10-10/10). Doakan kejayaan kami. =)

Ana belum habis ulangkaji lagi ni. Banyak lagi yang ana perlu revise untuk subjek chemistry ni. Ana baru habis ulangkaji chapter salts. Chemistry ni banyak chapter yang panjang la. Tulah terpaksa belajar lama-lama. Sapa suruh ulangkaji last minute kan? Hehe. Dah jadi habit dah buat ulangkaji last minute ni.

Owh. Coretan ana kali ni, bukan nak cakap pasal exam chemistry esok. Ana just nak ingatkan diri ana dan para pembaca sekalian, kita sekarang ni dah berada di tahap terakher Ramadhan. Ana bukan maksudkan yang tak lama lagi raya. Tapi, ana nak ingatkan kita semua, fasa terakher Ramadhan ni teramatlah special. Sebab ada Lailatul Qadar. So, jomlah kita perbanyakkan lagi amalan kita dalam usaha untuk mencari malam istimewa tersebut. Janganlah kita terlepas Lailatul Qadar sebab busy nak sambut raya. Kan ke rugi kalau kita terlepas Lailatul Qadar yang cuma ada satu malam every year?

Ok. Ana rasa baik ana stop merapu sekarang dan sambung revision ana. Nanti tak habis pulak revision tu.



P/s: InsyaAllah, minggu depan ana tak update blog. Next weekend baru ana update. Nak focus on exam. ^__^

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Tuesday, September 16, 2008

Air Mata Tafakur Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t.

Hehe. Sementara menunggu waktu berbuka puasa ni, ana rasa ada baiknya kalau ana kongsikan satu cerpen yang cambest & bermakna dengan pembaca sekalian. Cerpen yang ana dapat kat iLuvIslam. Cerpen ni, kalau ana tak silap, ana dah baca last year. Apa-apa pun, cerpen ni memang best dan bermakna. So, bacalah cerpen yang bertajuk Air Mata Tafakur Ramadhan ni dan ambil la pengajaran yang terselit di dalamnya. ^__^

Air Mata Tafakur Ramadhan

Najwa melangkah longlai menuju ke kampus. Bukan kerana penat tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidak kena. Najwa terasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara, tekanan atmosfera luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu. Ramadhan telah berlalu, separuh daripadanya. Najwa mengkontemplasi saat-saat lepas di dalam Ramadhannya kali ini, apakah yang telah dicapainya. Ditakdirkan Allah assignment di universiti sangatlah banyak, yang kadang-kadang dia tidak mampu untuk iltizam dengan tilawah Al-Quran 1 juzuk sehari. Mahupun ingin berlama-lama di atas sejadah, kerana perbincangan di sana sini. MP3 player berisi ayat-ayat Al-Quran oleh Sheikh Mishari al Efasy menjadi peneman jiwanya yang terasa kosong.

“Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan mulia ini..” Najwa mengeluh sendirian.

Penat juga dia mengenangkan, kenapa pula kelopak matanya tersangat kering. Dia juga letih mengenangkan, kenapa apabila dia membaca kalamullah tidak tersentuh jiwanya. Najwa teringat surah Al-Anfal ayat 2 :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya,bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal!”

Najwa mengulangi doa yang diajarkan Rasulullah SAW:
“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta(Tiada Tuhan selain Engkau)”
(Riwayat Abu Dawud, Ahmad)


Najwa singgah duduk di atas kerusi di bawah pokok. Musim bunga kali ini dirasakan tidak membunga-bungakan iman di dalam hatinya. “Ya Allah hanya rahmatMu yang aku harapkan”.Dalam hati Najwa mengulangi doanya itu. Tiba-tiba terdetik di dalam hatinya: Benar-benarkah hanya rahmat Allah yang dia harapkan? Benarkah hanya kepada Allah dia berharap, benarkah dia berharap Allah mengiringinya di dalam setiap urusannya. Najwa teringat suatu peristiwa, semasa Najwa mengajak beberapa juniornya untuk mengikuti program agama mingguan. Dia terasa sangat gembira kerana melihat wajah adik-adik yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Pada hari tersebut, Najwa dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan tazkirah.

Usai tazkirah tersebut, Siti, salah seorang juniornya berkata kepadanya, “Best la tazkirah kak Najwa…” Najwa terasakan dadanya kembang keseronokan. Najwa tersentak. Kelopak bunga spesis Rhododendron berterbangan ditiup angin. “Oh… Di situlah silapnya…. Benarkah aku hanya mengharapkan rahmat Allah dari amal yang aku perbuatkan? Rupa-rupanya, aku masih seronok dengan pujian. Sedangkan aku tak tahu, sama ada amal itu masih diterima Allah atau tidak…. Ya Allah, benar-benar kali ini…. Hanya rahmat Engkau sahaja yang aku harapkan… Lebih baik sekiranya manusia benci aku atas usaha aku, asalkan Engkau tidak marah kepadaku” Najwa mengenangkan, rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar.

Allah, Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan Najwa daripada lemas di dalam paya busuk jahiliyah. Allah, Dialah Tuhan yang telah melahirkan perasaan malu dalam dirinya, lalu perasaan malu itu menyelamatkan Najwa dari percampuran bebas lelaki dan perempuan. Dengan perasaan malu itu juga, pakaiannya semakin sopan menepati cirri-ciri muslimah. Allah, Dialah Tuhan yang telah memilihkan teman-teman seperjuangan yang saling memperingatkan kepada kesabaran, keimanan dan mengajak kepada amalan soleh. Najwa teringat lagi, apabila dia sibuk mengendalikan sebuah program semasa cuti musim bunga. Masya-Allah, Allah telah beri dia keizinan untuk berlari ke sana ke mari, kelam kabut, berpenat-penatan untuk memikul tugasan dakwah. Allah telah beri peluang untuk dia mujahadah. Tapi, dia kelam-kabut dalam solatnya kerana ingin mengejar urusan “dakwah”nya. Dia tidak dapat iltizam dengan tilawah Al-Qurannya. Dia tidak sempat berhenti seketika untuk muhasabah amalan-amalannya. Tiba-tiba Najwa tersentak lagi…

“Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedangkan kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca Al-Kitab ?Maka tidakkah kamu berfikir?” Najwa teringat Surah Al-Baqarah ayat 44. Ya benar… Dia telah melupakan dirinya sendiri. “Ya Allah, benar-benar kali ini… Aku mengharapkanMu jangan tinggalkan aku bersendirian bersama urusan-urusanku… Walau pada kadar sekelip mata,” Najwa berharap. Sesungguhnya manusia itu pelupa sifatnya. Manusia itu zalim terhadap dirinya. Hanya atas rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang yang mampu menghindarkan manusia daripada menzalimi diri mereka sendiri. Manusia jua mudah terasa dirinya serba cukup. Mudah sahaja terasa bahawa dia tidak memerlukan sesiapa untuk membantu urusannya. Kerana dia mempunyai kepandaian, kekuatan fizikal dan kelebihan untuk mengendalikan urusan hariannya.

Tetapi, manusia lupa… Di belakang sesuatu urusan, Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui sedang memerhatikan apa yang manusia perlakukan. Malah, Dia mengetahui apa yang berada di benak fikiran dan lubuk jiwa insan. Najwa terkedu… “Hah! Termenung apa tu!” Najwa disentakkan oleh temannya, Hayati. “Awak ni, terkejut saya tau!” Najwa mencebik. “Alah… Maaflah… Assalamualaikum” Hayati tersengih sambil memberi salam. “Awak dah sampai ke negeri China ke tadi Najwa? Maaflah ganggu kembara angan-angan awak” Hayati memang terkenal dengan sifat suka menyekat. Walaupun begitu Hayati memang seorang yang sangat tajam pemerhatiannya. Najwa sengih sahaja.

Najwa bertanya kepada Hayati, “Kaifa imanuki?(Apa khabar iman kamu?)”. Hayati senyum, “Alhamdulillah… Alhamdulillah… I hope to stay in Ramadhan all the time!” Najwa sambung lagi, “Kongsi la tips. How to benefit this Ramadhan?” Hayati melarikan anak matanya ke kiri dan ke kanan. “Err… Saya tak pandai la bab-bab kasi tips ni. Tapi saya nak share something. Tazkirah yang saya dengar dari seorang Sheikh semasa solat terawikh kat mussollah”. “Surah Al-Ma’un ayat 4-5. Dalam ayat 4… Allah mencela orang yang bersolat. Pelik ye, kenapa pula bila kita bersolat, yakni beribadah tetapi kita masih dicela oleh Tuhan kita. Awak rasa kenapa, Najwa?” Hayati bertanya.

“Alah, mana la saya tau… Awak citer je la” Najwa malas berfikir. “Okey lah, kalau kita tengok ayat 5, Allah cakap “iaitu orang-orang yang lalai di sekitar solat mereka”.. Kalau tengok perkataan Arab ‘an solaatihim, bukannya fi solaatihim. Maksudnya, Allah cela orang-orang yang lalai di sekitar solatnya, iaitu di luar solatnya dia lalai. Ia bukan merujuk kepada orang yang lalai semasa solat mereka. Seolah-olah, orang tu telah lari dari tujuan solatnya kerana solatnya masih tidak dapat melindungi dirinya daripada berbuat maksiat apabila dia selesai solat. Itu sebab Allah cela”.

“Macam kitalah, kalau dok dalam usrah, kita asyik cerita pasal kena amar ma’ruf nahi mungkar… Tapi kalau di luar usrah, kita tak buat pun apa yang kita perkatakan tu… What is the purpose of the usrah to begin with?” Hayati berkata. Hayati menyambung lagi, “Awak ni macam ade problem je…” Najwa melarikan pandangannya, “Hmm… Biasalah, hati kurang sihat”. Hayati berkata lagi, “Alhamdulillah… Awak masih dapat rasakan sama ada hati awak baik ke tidak. Rasullullah SAW pernah bersabda, siapa yang dalam saat imannya rendah, tetapi masih berpegang kepada Sunnah baginda, sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk”. “Iman kita memang ada turun dan naik. Tapi di saat down ni, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Betapa seronok dan indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadaNya… Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana Aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”

"Awak tau Najwa… Asalnya, kita tak perlu pun mengadu kat Allah dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat… Sebab Allah memang dah tau pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah” Hayati mengusap-usap kepala Najwa. Najwa menyeka air mata. Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya! Benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Kini, Najwa terasa kalbunya lebih ringan. Mudah-mudahan langkahnya selepas ini mengharungi saat-saat terakhir Ramadhan diterima oleh Allah.


Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Nuzul al-Quran

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang memberikan ana peluang untuk terus mengupdate blog ni. Coretan kali ni ringkas je.

Pejam celik pejam celik, dah 16 hari kita lalui dalam bulan Ramadhan ni. Malam ni malam yang ke-17. So, malam ni malam Nuzul al-Quran la. Ana nak terangkan serba ringkas mengenai peristiwa ni.

Nuzul al-Quran merupakan peristiwa Allah SWT menurunkan al-Quran dengan lengkap kepada Nabi Muhammad SAW. Al-Quran merupakan mukjizat terbesar Rasulullah. Al-Quran merupakan panduan hidup umat Islam dari dulu sampai la sekarang ni.

Al-Quran merupakan suatu kitab yang amat istimewa. Kenapa? Kerana ajaran yang terkandung di dalam kitab al-Quran tidak pernah, tidak mungkin dan tidak akan berubah. Ertinya, segala kandungan al-Quran akan terpelihara sehinggalah hari kiamat nanti. Tiada siapa yang berupaya untuk mengubah kandungan al-Quran. Isi kandungan al-Quran akan kekal sama untuk selamanya.

Hmm. Ana dah kehabisan idea sekali lagi. Memandangkan masa berbuka puasa dah hampir tiba, ana rasa sampai sini je la post ana kali ni. Akher kata, jom kita perbanyakkan ibadah masing-masing termasuklah membaca al-Quran. Dan yang penting, bukan setakat baca al-Quran. Namun, cuba fahami isi kandungan dan amalkan ajaran al-Quran. =)

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Sunday, September 14, 2008

Kita dan Mualaf

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana umur kita maseh dipanjangkan oleh Allah untuk terus menghirup udara Ramadhan lantas beribadah kepada-Nya. Alhamdulillah, syukur sekali lagi kepada Allah kerana memberikan peluang sekali lagi kepada ana untuk mengupdate blog ini.

Setelah membaca blog sahabat-sahabat ana, terdetik juga di hati ini untuk mencoretkan sesuatu mengenai persahabatan. Tapi, ana rasa tajuk tu, tangguh dulu la. Nanti-nanti la ana post pasal persahabatan. Kenapa? Sebab kalau ana post pasal tajuk tu, mesti terfikir pasal perpisahan yang bakal terjadi antara ana dan sahabat-sahabat ana tak lama lagi. Lepas tu, mesti la rasa sedih kan? So, ana tak nak fikir dulu pasal perpisahan tu. InsyaAllah, lain kali ana post pasal tajuk tu.

Tulisan kali ini sekadar untuk berkongsi satu persoalan yang selalu ana fikirkan. Persoalan yang berkaitan dengan kita dan mualaf. Sebelum ana teruskan lagi coretan ni, ana nak bagi maksud mualaf mengikut pandangan ana, tanpa merujuk mana-mana kamus (kalau silap, tolong betulkan).

Pada pendapat ana, mualaf merupakan individu yang baru (Kalau dalam exam, word 'baru' tak ada makna. Sepatutnya baharu =D) memeluk agama Islam. Ertinya, sebelum ni individu tersebut merupakan penganut agama lain selain agama Islam la. Kita tu pulak siapa? Kita tu merujuk kepada kita la. Kita yang sememangnya menganut agama Islam sejak bayi lagi.

Hmm. Ana selalu tertanya-tanya mengapa terdapat segelintir mualaf yang mempunyai pegangan yang teguh dan keyakinan yang amat kuat terhadap ajaran Islam, sedangkan pegangan kita pun tak sekuat pegangan mereka. Apabila mereka berpegang teguh dengan ajaran Islam, sudah tentu mereka akan mencuba sedaya upaya untuk menunaikan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya untuk mengamalkan cara hidup Islam yang sebenarnya.

Inilah persoalan yang seringkali ana fikirkan. Kenapa mualaf lebih berpegang teguh dengan ajaran Islam jika dibandingkan dengan kita? Setakat ni, ana cuma ada satu jawapan. Jawapan tu pun berdasarkan pendapat ana sahaja. Erm. Apahal mualaf lebih mempraktikkan ajaran Islam berbanding kita? Kenapa mualaf mempunyai keyakinan yang begitu tinggi terhadap Islam? Pada pandangan ana, sebenarnya terdapat satu perbezaan yang amat ketara antara kita dan mualaf. Perbezaan yang amat jelas kalau kita lihat dengan teliti.

Beza antara kita dan mualaf ialah terdapat segelintir mualaf yang membuat kajian sebelum mereka memeluk agama Islam. Memang ada golongan yang memeluk Islam tanpa melakukan research mengenai Islam. Namun, terdapat juga golongan yang melakukan kajian yang mendalam mengenai Deenul Haq sebelum memeluk agama ini. Apabila mereka membuat kajian mengenai Islam, mesti la ilmu mereka mengenai Islam akan meningkat kan? Dengan adanya ilmu yang mendalam mengenai Islam, sudah tentu pegangan dan keyakinan mereka terhadap agama ini menjadi semakin mantap.

Perkara ni membuktikan kepentingan ilmu agama dalam kehidupan seseorang individu muslim. Tanpa ilmu agama yang mencukupi, adakah pegangan kita terhadap agama Islam semakin kukuh atau sebaliknya? Malah, sebenarnya, bukan ilmu agama sahaja yang penting dalam hidup kita. Ilmu yang lain pun perlu dititikberatkan juga.

Ok. Ana dah kehabisan idea. Akhir kata, jom kita pertingkatkan ilmu agama masing-masing agar pegangan dan keyakinan kita terhadap Deenul Haq tercinta bertambah mantap dan kukuh! ^__^

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Friday, September 12, 2008

Segalanya Milik-Mu

Assalamualaikum w.b.t.

Hmm. Dah agak lama ana tak update blog ni. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana petang ni ana berupaya untuk mencoretkan sesuatu biarpun mungkin tulisan kali ini agak ringkas.

Sebelum ana teruskan coretan kali ini, ana nak kongsi satu lagi lirik lagu. Hehe. Ana memang suka dengar lagu & post lirik kat blog ni. Sebab kadang-kadang, lirik yang ana post kat blog ni menggambarkan apa yang ana rasa. ^__^ Lirik yang ana nak kongsikan kali ni merupakan lagu kumpulan Mestica - Segalanya Milik-Mu.

Segalanya Milik-Mu - Mestica

Kau yang menciptakan cinta
dan Kau jua yang menghampar bahagia
diribaan-Mu terhimpun harapan
impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
namun pada-Mu jua diadukan
merebahkan keresahan dan tangisan

Aku tahu inilah kasih-Mu
aku tahu inilah cinta-Mu
dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
ada dingin saat menyebut nama-Mu
terarah segala ronta rasa
pada damainya dakapan-Mu (ya ALLAH)

Aku tahu inilah kasih-Mu
aku tahu inilah cinta-Mu
dan ku tahu di segenap ruang rasaku
telah Kau titipkan kekuatan oh Tuhan


(sumber: www.liriknasyid.com)


Ok. Ana nak bagi sedikit pandangan ana berkaitan dengan lirik ni. Masa first time ana dengar lagu ni takde la best sangat. Tu pandangan peribadi ana la. Tapi lepas dengar beberapa kali, oklah lagu ni. Lagipun lirik lagu ni best.

Kita sebagai hamba Allah patut sedar bahawa setiap apa yang kita miliki di dunia ini bukanlah milik kita sepenuhnya. Segala apa yang kita miliki sebenarnya merupakan milik Allah SWT yang Allah pinjamkan kepada kita. Contoh yang paling mudah, anggota badan kita. Anggota badan kita merupakan milik Allah. Dan sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga segala apa yang dipinjamkan kepada kita dengan sebaiknya dan menggunakannya untuk melakukan kebaikan. Ingatlah bahawa segala tanggungjawab kita di dunia ini akan disoal di akhirat kelak.

Terimalah segala kurniaan Allah SWT kepada kita dengan redha. Kerana, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Walaupun apa yang kita dapat bukanlah apa yang kita inginkan, yakinlah dengan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah yang bermaksud:

...Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Sunday, September 7, 2008

Perubahan

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang telah mengurniakan ilham kepada ana untuk terus mencoretkan sesuatu di blog ini. Memandangkan ana baru je post lirik lagu taubat seorang hamba sebentar tadi, jadi, entry ana kali ni berkait rapat dengan lirik lagu tu. Taubat dan perubahan, ada kaitan ke? Hmm. Bagi ana, taubat dan perubahan ni amat berkait rapat.

Apabila seseorang hamba Allah itu bertaubat, kembali ke jalan yang diredhai Allah SWT, sudah tentu hamba Allah tersebut perlu berubah. Berubah dari segi pemakaian. Berubah dari segi akhlak. Berubah dari segi ibadah.

Kalau dulu hamba Allah tersebut tidak menutup aurat, selepas bertaubat, dia mestilah memakai pakaian yang menutup aurat. Kalau dulu perangai hamba Allah tersebut teruk, selepas bertaubat, akhlaknya harus diperbaiki. Kalau dulu hamba Allah tersebut sentiasa meninggalkan suruhan Allah SWT, selepas bertaubat, hamba Allah tersebut seharusnya mencuba sedaya upaya untuk menunaikan setiap perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Segala perbuatan yang telah ana nyatakan merupakan suatu perubahan. Sememangnya taubat memerlukan perubahan. Dan perubahan yang bakal dilalui bukanlah semudah yang disangka. Perubahan yang akan diharungi penuh dengan onak dan duri, penuh dengan pelbagai dugaan dan ujian. Ujian untuk menguji sejauh mana kesungguhan kita untuk berubah. Ujian untuk menguji setinggi mana semangat kita untuk terus berada di atas jalan yang diredhai Allah SWT.

Sebaik-baik perubahan yang dilalui ialah perubahan yang dilakukan semata-mata kerana Allah SWT. Perubahan yang diniatkan kerana Allah SWT, insyaAllah akan kekal. Namun, perubahan yang diniatkan kerana makhluk-Nya, belum tentu akan kekal.



Terdapat segelintir masyarakat yang berpandangan bahawa perubahan perlu dilakukan secara perlahan-lahan. Mereka berpendapat bahawa perubahan tidak boleh dilakukan secara drastik. Pendapat ana pula adalah sebaliknya. Bagi ana, perubahan perlu dilakukan secara serta merta.

Kalau kita bertangguh-tangguh nak berubah, bagaimana seandainya Allah SWT tarik balik hidayah-Nya yang dikurniakan kepada kita. Pada saat itu, maseh mampukah kita untuk berubah? Bagaimana pula sekiranya kita mengambil keputusan untuk melakukan perubahan secara perlahan-lahan, sempatkah kita berubah menjadi hamba Allah yang taat pada setiap perintah-Nya sebelum ajal kita tiba?

Apabila terdetik di hati kita untuk bertaubat, tatkala muncul perasaan untuk meninggalkan segala kemungkaran yang kita lakukan, bertaubatlah dengan segera. Tinggalkanlah segala kemungkaran tersebut dengan secepat mungkin. Dan tetapkanlah niat kita untuk berubah kerana Allah SWT. InsyaAllah, jalan perubahan yang dilalui, biarpun kelihatan terlalu sukar, akan dapat kita lalui. Janganlah bertangguh-tangguh untuk berubah kerana Allah SWT berhak untuk menarik balik hidayah-Nya dan yang paling penting ialah kita tak boleh nak tangguh ajal kita meski hanya untuk satu saat sekalipun. ^__^

Untuk mengakhiri post ana kali ini, ana nak kongsikan komik yang ana dapat dari iKomik. Komik yang amat bermakna, berkaitan dengan perubahan.



Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Taubat Seorang Hamba - Irsyadee Feat Hafiz Hamidun

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi ana berupaya untuk mengupdate blog ini untuk berkongsi sesuatu buat para pembaca. Walaupun pelbagai tajuk yang cambest bermain-main di minda ana saat ini, ana rasa agak malas pulak nak huraikan tajuk-tajuk tu. Nanti-nanti la ana post pasal tajuk-tajuk yang berlegar-legar dalam fikiran ana ni.

Entry
kali ni sekadar untuk sekali lagi berkongsi lirik lagu. Kali ni ana nak kongsi lirik lagu Taubat Seorang Hamba. Satu lagi lagu yang amat bermakna buat ana. ^__^

Taubat Seorang Hamba - Irsyadee feat Hafiz Hamidun

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa.

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x
Taubatku ini.

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x
Taubatku ini.

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x
Taubatku ini.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x
Taubatku ini.


Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Saturday, September 6, 2008

Amanah Part 2

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang maseh mengurniakan peluang kepada ana untuk terus mengupdate blog ini. Kali ini, insyaAllah, ana akan cuba untuk menyambung huraian mengenai amanah.

Ana nak sambung mengenai amanah kita terhadap Allah sebagai hamba dan khalifah-Nya. Amanah kita terhadap Allah SWT sebenarnya terlalu banyak. Menunaikan ibadah kepada Allah, mentadbir bumi ini mengikut ajaran Islam dan meninggalkan segala kemungkaran. Semuanya amanah yang perlu kita tunaikan dengan sebaiknya.

Meneruskan dakwah Islamiyah menyebarkan Islam di atas muka bumi ini merupakan amanah kita terhadap rasul tercinta, Nabi Muhammad SAW, di samping mencuba sedaya upaya untuk mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.

Anggota badan kita yag dipinjamkan oleh Allah SWT juga merupakan suatu amanah. Kita seharusnya menggunakan anggota badan tersebut untuk melakukan kebaikan, bukannya melakukan maksiat. Tangan tidak seharusnya digunakan untuk memegang lelaki atau perempuan ajnabi. Kaki pula tidak seharusnya digunakan untuk melangkah ke tempat maksiat. Mulut pula seharusnya digunakan untuk berzikir kepada Allah SWT, membaca al-Quran, menyebut perkara-perkara yang baik dan pelbagai lagi kebaikan.

Apakah yang dikatakan dengan mengkhianati amanah Allah SWT? Mengabaikan perintah-Nya, tidak berjuang menegakkan Islam, tidak meneruskan dakwah Islamiyah, menggunakan anggota badan milik Allah SWT untuk melakukan kemungkaran. Setiap perbuatan ini menunjukkan bahawa kita mengkhianati amanah yang dikurniakan Allah SWT kepada kita.

Tanpa kita sedari, sebenarnya, terlalu banyak amanah yang kita pikul. Dan setiap amanah yang kita galas di bumi yang fana ini akan dipersoalkan di akhirat kelak. Kita akan disoal sama ada kita telah menjalankan amanah kita dengan sebaiknya di dunia ini. Mampukah kita melaksanakan setiap amanah kita pikul? Segalanya terpulang kepada diri kita sendiri, sama ada kita mahu melaksanakan tanggungjawab kita dengan sebaiknya atau sekadar menjalankan tanggungjawab tersebut dengan sambil lewa.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Friday, September 5, 2008

Amanah Part 1

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang maseh memanjangkan umur kita untuk terus beribadah kepada-Nya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Entry kali ni ringkas je. Sekadar berkongsi apa yang bermain-main di minda ana saat ini. Tadi, ana ada berbincang dengan seorang adek ana mengenai beberapa perkara. Dan entah bagaimana perbincangan kami menjurus ke arah politik.

Hmm. Ana pun rasa agak pelik bilamana ana tetiba je menyibukkan diri, mendalami ilmu politik negara kita ni. Mungkin sebab politik negara kita tahun ni agak best untuk diambil berat.

Sekarang ni pun ana sedang sibuk membaca suatu perbincangan di website iLuvIslam. Forum yang membincangkan mengenai 16 September ini. Ana rasa seluruh rakyat Malaysia yang prihatin dengan isu politik negara sudah tahu perkara yang akan (atau diexpect) berlaku pada tarikh tersebut.

Apa-apa pun, kita tunggu je la keputusan pada 16 September nanti. Ana tak berani nak huraikan isu ni dengan panjang lebar, memandangkan ilmu politik yang ana miliki terlalu cetek & isu politik negara kita yang terlalu complicated.

Erm. Tu baru mukadimah je. Perkara sebenar yang ana nak bincangkan kali ni berkaitan dengan amanah. Sama ada kita sedari atau tidak, setiap seorang daripada kita sebenarnya sedang memikul amanah & tanggungjawab, biarpun kita tidak memiliki sebarang jawatan. Meskipun kita tidak memegang jawatan, kita maseh merupakan seorang pemimpin! Pemimpin kepada diri sendiri. Kita seharusnya memimpin diri kita sendiri agar lebih mudah untuk kita memimpin orang lain.

Malah, kita juga memikul amanah sebagai hamba dan khalifah Allah di atas muka bumi milik-Nya ini. Amanah yang perlu kita galas dengan sebaiknya. Tanggungjawab yang perlu kita laksanakan dengan sesempurna mungkin. Tuntutan agama yang perlu dipikul tanpa rasa ragu dan sambil lewa. Kewajipan yang perlu ditunaikan sebagaimana firman Allah dalam surah al-Anfal yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya).

(Al-Anfal : 27)

P/S: Hmm. Jadi panjang la pulak entry ana kali ni. Takpe la. InsyaAllah, nanti ana sambung lagi huraian mengenai amanah ni dalam part 2.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi