Tuesday, February 28, 2012

Bulatan Gembira...Lagi :)

Bismillahirrahmannirrahim.

[
Note: Bukan update on perkongsian K-Fiqh. Cuma personal update.]

Firstly, sorry for not updating anything on the K-Fiqh. Seriously busy. Kalau ada orang nak jawab, "Eleh. Cakap busy, tapi ada je masa nak bukak FB", I would like to reply, "Sekarang, mostly, kerja through FB. Nak meeting face-to-face, memang payah nak set time since jadual masing-masing tak sama. Jadi, nak tak nak, kena bukak FB untuk check updates on any programme". Okay tak jawapan? :P

Plus, another reason for not updating my blog was, there seems to be a problem with the iium wifi. Susah bebenor nak connectnye. Kalau dapat connect pun, 'limited access'; which actually refers to -> no connection. Or, kalau dapat connect pun, kejap kejap disconnected automatically -_-"

Okay. Enough with the complaints. Redha je la, at least dapat wifi free. Alhamdulillah, syukur, tak perlu keluar duit untuk broadband. Manusia kan? Memang suka focus on benda yang kita tak dapat or kesusahan yang dihadapi, instead of being grateful on nikmat yang Allah bagi, yang memang tak dapat nak dikira jumlahnya. *muhasabah*

*******

Since last Sunday, I've received couple of news, which should bring tears to my eyes. BUT, nothing happened. Yes, I was sad, but the sadness was not enough to make me cry. And I've concluded that something was wrong somewhere, perhaps my heart T-T [I even thought that perhaps, this was caused by overdose happiness due to K-Fiqh :P]

I was sad, I wanted to cry. I wanted to, badly. Tapi, memang, buatlah apa pun, takde kesan. Padahal dalam hati, memang dah menangis-nangis nak balik [mode homesick].

I was keeping the sadness all to myself, and was quite mad at myself, sebab mata tak nak mengalirkan air mata T-T After a sequence of events, yang menyebabkan hati perit memendam perasaan, barulah empangan air mata retak. Tapi, retak and almost pecah je; still no tears. Luaran tersenyum, gelak-gelak, tapi, hati dah banjir memendam rasa sedih yang teramat.

Dalam bulatan gembira, naqibah tanya satu soalan, setiap orang kena jawab. Bukan setakat jawab. Tapi, bagi jawapan dari hati; tak nak jawapan skema dari buku. Otak dah susun ayat elok-elok, supaya boleh luahkan apa yang tersimpan dalam hati. Hati confident dengan ayat dalam fikiran, sebab memang itu apa yang dirasa. Sabar dan tenang tunggu giliran [walaupun cuak sebenarnya].

Tiba giliran untuk bagi jawapan, ayat dah tunggang terbalik, mata dah rasa panas. Last-last, empangan air mata pecah; tak dapat dah nak tahan. Tapi, alhamdulillah, seriously rasa lega. Sebab Allah izinkan air mata untuk mengalir lepas seminggu lebih pendam rasa sedih.

Sebenarnya, nak kongsi, serious best bila berpeluang untuk berbulatan gembira! Bukan semasa berbulatan gembira je best, kat luar bulatan gembira pun best! Sebab?

Insiden 1:

N: Sihat tak ni? Muka pucat je. Dah makan tak?

S: Minggu ni hectic sikit. Setiap malam paling awal tidur dalam 2.30 am. Banyak kerja kena settle. Lepas ni nak keluar beli barang program pulak.

N: Jangan keluar terus tau lepas ni. Pergi makan dulu, rehat dulu. Pucat dah muka ni. Kerja kerja jugak, jangan lupa jaga kesihatan.

S: Okay *senyum*

-lepas 30 minit, terserempak semula-

N: Dah makan tak? Jangan lupa makan tau.

S: *senyum je*

Insiden 2:

-Semasa bulatan gembira-

N: Ada apa-apa nak kongsi tak? Ramai je sudi mendengar ni.

S: *tak dapat jawab, air mata laju je mengalir*

A: Ada. Dia ada nak cerita tu.

S: *cepat-cepat jawab* Takde. Takde apa nak kongsi.

Insiden 3:

-Lepas habis bulatan gembira-

S: Jom jogging esok. Kita study topik-topik sambil riadah.

H: Esok ada kelas, tak dapat join. Okay tak ni?

S: Okay je. Terlebih emosi je tadi.

Best kan? Ada orang yang ambil berat, even though takde ikatan darah/keluarga pun. Tapi, hati mereka yang berbulatan gembira diikat dengan ikatan yang lebih ampuh; ikatan aqidah ^^

Wallahu'alam.

Monday, February 20, 2012

Pengalaman: Konvensyen Fiqh Ummah 2012

Bismillahhirrahmannirrahim.

One sentence to describe my feeling right now: I miss K-Fiqh already!

K-Fiqh sangat best! MasyaAllah ^^ I miss hearing the asatizah presenting their paper works, sharing their knowledge. Allahu Allah. May Allah bless them for their efforts to give clear and useful knowledge on ad-Deenul Haq to the ummah.

Even though, seriously, banyak benda yang dihadapi before going to the convention, and yes, I even made up my mind to give it up and just sell the ticket to other people, TAPI, setiap kali tengok page FB K-Fiqh and senarai para ustaz yang akan ada, rasa berbelah bahagi.

Bila dapat satu info mengenai K-Fiqh minggu lepas, rasa sangat down. Malah, apabila info tersebut disertakan dengan nama ustaz yang saya sangat thiqah padanya, timbul rasa; "Tak payah la pergi. Jual je la tiket ni." Dan sepanjang kelas UNGS, fikiran mengelamun memikirkan "Betul ke ustaz ni macam ni? Betul ke ustaz tu sama jugak?" Allah...

Tapi, mungkin sebab saya seorang yang agak sukar untuk menerima bulat-bulat sesuatu yang saya dengar dari mulut orang lain, tambah-tambah lagi melibatkan suatu perkara yang memang saya SANGAT teringin untuk sertai, maka, saya pun mula bertanya beberapa orang ustaz. Ada ustaz yang baru sahaja saya baca jawapannya selepas selesai K-Fiqh, ada ustaz yang sempat menjawab soalan tersebut sesegera mungkin.

Sampai ke saat akhir pun sebenarnya, masih timbul masalah. Malah, sebelum saya membeli tiket bas ke KL (beli on the spot; sampai terminal 10.45 am, naik bas 11.00 am), saya masih tidak tahu di mana patut saya menginap (kalau parents tahu ni, memang habis la kena marah -_-")! Sehinggakan saya terfikir, "Allah..! Susah sungguh usaha aku nak join K-Fiqh ni. Ke sebenarnya aku memang tak patut join program ni?" - keadaan ini merimas dan melemaskan lagi fikiran dan hati saya. Akhirnya, saya serahkan segalanya pada Allah. Kalau program ni akan memberikan kebaikan kepada saya dan agama saya, insyaAllah, Allah akan mudahkan segalanya. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar ^^

Apabila melihat tentatif program, timbul rasa gembira dan syukur kerana Allah permudahkan segalanya ^^ Cuma, ada rasa sedih dan terkilan sedikit apabila melihatkan nama Ustaz Hasrizal tak tersenarai sebagai salah seorang pembentang kertas kerja. Sepanjang konvensyen tersebut, ada dua slot pembentangan dan sesi Q&A bersama asatizah, yang saya tak berkesempatan untuk sertai. Tapi, berpeluang untuk menyertai 8 slot pembentangan yang lain dan Talk by Mufti Ismail Menk, masya Allah, satu ni'mat yang tak dapat saya ungkapkan dengan perkataan. Cuma mampu tersenyum lebar, tanda sangat berpuas hati, sangat gembira dan sangat bersyukur.

There are a lot to be shared, on what I've gained throughout the AWESOME programme. But, insyaAllah, there will be next post, focusing on the content of the programme, since there were 10 slots of presentation of paper works by the asatizah.

InsyaAllah, till the next post :)

Thought of the day: I think, there's hikmah that I was informed about the 'info' last week. Before this, I've always heard the term '...' and I even have a book regarding this 'thing', but I guess I was too lazy as I thought it wouldn't affect me. Astaghfirullah. And now, since the 'thing' did affect me, perhaps indirectly, I'm starting my so-called research regarding the term. [The 'thing' or the term '...' or the 'info' are referring to the same '...', but I think it's better for me to keep it to myself :)].

Wallahu'alam.

Friday, February 17, 2012

Do you remember?

Bismillahirrahmannirrahim.

It had been weeks since my previous entry. Sorry for neglecting this blog, leaving it with no updates.

Lots of things happened these few weeks. But, I don't think I should share them in this blog.

Cubaan untuk menulis entry dalam bahasa Inggeris. Semakin hari, keupayaan untuk bercakap dan menulis dalam English, semakin berkarat T-T Voucher ada RM 150 lagi. Mungkin perlu redeem voucher ini dengan membeli buku-buku English yang menarik?

Okay. Tujuan utama entry ni, supaya blog ni tak terus dibiarkan tanpa update. Tapi, masa agak terhad. Jadi, kongsi gambar pun jadi la kan? Asal ada manfaat pada diri dan orang lain ^^

People always remember Birthdays, Valentine's day, Mother's day.
But, do you remember Judgement day?
*Muhasabah muhasabah*

Thought of the day: Antara fakta menarik mengenai Bulatan Gembira:

Apabila berada dalam bulatan gembira, dengan sahabat-sahabat, boleh kongsi apa saja tanpa perlu risau reaksi mereka.
Apabila berada dalam bulatan gembira, rasa seronok dan gembira, tambah-tambah, sentiasa ada orang yang mengingatkan kita supaya tak leka.
Tapi, yang paling penting dan interesting ialah bila berbulatan gembira kat Telok Chempedak! ^^

Wallahu'alam.