Friday, February 27, 2009

SPM result

Assalamualaikum w.b.t.

Sedar tak sedar, bulan Februari akan melabuhkan tirainya tak lama lagi. Tak lama lagi pun kita akan menyambut Maulidur Rasul. InsyaAllah, nanti ana try post satu artikel berkaitan dengan perayaan ni.

Ana tahu, sekarang ni, kebanyakan pelajar yang telah menduduki SPM tahun lepas, mesti teruja, anxious and nervous nak ambik result kan? Ana pun macam tu jugak. Ada rasa tak sabar nak ambik result, but still, ada rasa nervous yang teramat nak ambik result. Ngee.

Apa-apa pun, ana baru dapat latest info. InsyaAllah, SPM results will be released by second week of March. So,kita ada lebih kurang dua minggu lagi untuk tunggu keputusan tu.

Selain menunggu keputusan tu, kita isi la masa kita dengan lebih banyak solat hajat dan doa. Teruskan bertawakal. Dan redha je la walau berapa pun keputusan kita (nasihat untuk diri sendiri!). Yang penting, kita dah berusaha bersungguh-sungguh semasa jawab soalan SPM dulu. So, sekarang ni masa untuk bertawakal.

Kita merancang dan Allah juga merancang. Dan sesungguhnya sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah. :)

SPM results out in second week of March
By KAREN CHAPMAN

KUALA LUMPUR: The Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) results will be released in the second week of March.

“Students can obtain the results from their schools towards the end of the second week,” Education director-general Datuk Alimuddin Mohd Dom said.

The SPM results have been released around this time for the past few years.

A total of 442,936 students sat for the examination last year.

Sumber :The Star

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Saturday, February 21, 2009

Cleaning session =D

Assalamualaikum w.b.t.

Nota: Post ni adalah random post dan mungkin akan membuatkan anda boring. Sekadar mengisi masa lapang dan berkongsi cerita.

Kelmarin, ana merajinkan diri untuk mengemas almari. Banyak barang yang ana jumpa. Teringat pulak kenangan waktu kecik-kecik dulu.

Ana jumpa gambar ana semasa ana masih kecik dan gambar masa primary school. Sambil ana belek-belek gambar tu, baru ana sedar yang ana ni teramat mudah melupakan nama orang. Ahah. Seriously, kebanyakan orang dalam gambar-gambar tu, ana dah lupa nama mereka. Sorry la kepada sesiapa yang berkenaan tu. :)

Bila ana tengok gambar ana semasa ana masih kecik dulu-dulu, ana rasa time kecik dulu lagi best. Yelah, budak kecik mana ada banyak sangat tanggungjawab kan? Tapi, sunnatullah la. Umur kita akan meningkat setiap hari. Dan kemudian, ana tersedar yang ana dah banyak berubah. Dari seorang budak yang...tak tahu apa-apa sehingga sekarang ni, ana dah faham tujuan hidup ana. Tapi, tu tak bermakna ana akan stop belajar. Mesti terus belajar, sebab ilmu ana masih cetek.

Dalam laci almari ana pulak, ana jumpa banyaaaaak kertas. Memang banyak la kertas-kertas tu. Tapi, ana dah buang. Ahah. Kertas-kertas tu private and confidential la. Ana tak nak orang lain baca, so ana buang la.

Antara kertas-kertas tu, ana jumpa la surat-surat daripada seorang hamba Allah ni. Rasa bersalah pulak bila baca balik surat dia. By the way, hamba Allah tu perempuan. Ana rasa seolah-olah ana tak tolong dia betul-betul, ana biarkan dia seorang diri and lastly, ana dah tak contact dia lagi. Hmm. Sekarang ni, ana cuma boleh doakan semoga Allah mengurniakan hidayah-Nya kepada sahabat ana ni.

And ana ada terjumpa frame gambar (frame tu bingkai kan? ngee). Ada 3 bingkai gambar dalam laci ana, tapi satu pun tak digunakan. Sebab ana tak suka ambik gambar. Eyh..bukan. Ana suka ambik gambar, tapi ana tak suka gambar ana diambik. Ngehe. :P




Ok. Sebelum ana menamatkan coretan ana ni, ana nak kongsi beberapa gambar yang ana ambik kelmarin.



Hadiah PMR :)





Tag nama


Kad raya


Birthday cards


Komen dari adik-adik (salah satu aktiviti usrah)

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Friday, February 20, 2009

Hijab

Assalamualaikum w.b.t

Kali ni, ana nak kongsikan satu video tentang hijab.





Isu menutup aurat ni memang tak pernah habis diperkatakan semenjak dulu lagi. Sekarang ni, kalau kita perhatikan, ramai muslimah yang memakai tudung. Tapi, cukupkah dengan hanya memakai tudung saja?

Jawapannya, memang tak cukup. Islam mengajar kita untuk menutup aurat, bukan sekadar memakai tudung.

Kita yang berada di Malaysia, sebenarnya cukup bertuah. Kita tidak disekat untuk mempraktikkan ajaran Islam. Di Malaysia, kita tak menghadapi islamofobia yang menghalang kita daripada mengamalkan ajaran Islam. Mungkin ada sedikit unsur islamofobia di Malaysia, tapi hak kita untuk mentaati suruhan Allah SWT tidak disekat.

Persoalannya sekarang hanyalah berkaitan dengan diri kita, sama ada kita ingin mengamalkan Islam atau tidak. Buktikan rasa cinta kita terhadap Allah SWT dengan mentaati suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya.



Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Wednesday, February 18, 2009

Jangan contohi Abu Lahab

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk hidup sebagai hamba-Nya. Alhamdulillah, syukur kerana setelah beberapa hari mencari masa untuk meng'update' blog, akhirnya ana berpeluang untuk mencoretkan sesuatu pada malam ni.

Sebelum ana terus menulis, a gentle reminder, jangan confuse antara Abu Lahab dengan Abu Jahal ek? Ana yakin anda semua, yang membaca blog ni, merupakan orang yang memahami sejarah Islam.

Ok, back to the main topic! Abu Lahab merupakan salah seorang bapa saudara Nabi Muhammad SAW. Namun, biarpun begitu, Abu Lahab menentang keras dakwah Islamiyah yang disebarkan oleh Rasulullah.

Macam mana Abu Lahab menghalang penyebaran dakwah Islamiyah di Mekah? Kita sudah sedia maklum bahawa Nabi Muhammad pernah menyebarkan dakwah kepada orang ramai yang datang ke Mekah. Rasulullah menyebarkan ajaran Islam kepada mereka dengan bersungguh-sungguh. Namun begitu, setiap kali selepas baginda menyebarkan ajaran Islam, Abu Lahab akan mendatangi kumpulan tersebut dan melemparkan pelbagai hinaan kepada Nabi Muhammad.

Mungkin, kita merasakan seolah-olah kita tidak menghalang penyebaran dakwah Islamiyah. Mungkin, kita tidak menghalang penyebaran ajaran Islam seperti yang telah dilakukan oleh Abu Lahab. Namun, tanpa kita sedari, barangkali kita telah menghalang perkembangan Islam secara tidak langsung.

Mungkin dalam sebuah jemaah, terdapat seorang dua ahli yang bekerja secara sambil lewa lantas melambatkan proses kerja jemaah tersebut.

Mungkin juga terdapat individu yang menyebarkan berita-berita negatif atau fitnah mengenai Islam, lantas menyebabkan masyarakat memandang serong terhadap agama mulia ini.

Malah, perbuatan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang memutarbelitkan ajaran Islam menerusi blog-blog turut menimbulkan pelbagai kekeliruan mengenai ajaran Islam.

Selain itu, perbuatan kita yang seringkali melanggar perintah Allah SWT, membuatkan masyarakat melontarkan pandangan sinis terhadap agama Islam.

Terdapat pelbagai lagi perbuatan kita yang menghalang perkembangan agama Islam ini secara langsung dan tidak langsung. Muhasabahlah diri kita. Jangan disebabkan perbuatan kita, ajaran Islam tidak dapat disebarkan secara meluas.

Anda sayangkan Islam? Andai benar anda sayangkan Islam, jom kita sama-sama perbaiki akhlak kita demi melihat Islam tertegak semula di dunia ini.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Friday, February 13, 2009

Kau Yang Satu

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, atas kasih dan sayang-Nya, usia kita masih dilanjutkan untuk terus menyediakan bekalan buat kehidupan yang kekal abadi kelak.

Kali ni, ana nak share satu video. Lagu Ramli Sarip yang bertajuk Kau Yang Satu.




Kaulah Yang Maha Esa
Kaulah Yang Maha Pengasih
Kaulah Yang Maha Penyayang
Tiada hidup tanpaMu

Kaulah Yang Maha Agung
Kaulah Yang Maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpaMu

Bilaku rasa pilu
Bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu
Oh Tuhan yang satu
Engkaulah Tuhan yang satu

Segala puji-pujianku
Tujukan padaMu..padaMu
Dan hidup dan matiku hanyalah
UntukMu..untukMu...untukMu



Jom kita muhasabah kembali diri kita. Tetapkan niat kita melakukan setiap pekerjaan kerana Allah. Sentiasa ingat ikrar yang seringkali kita lafazkan di hadapan-Nya setiap kali kita menunaikan solat.

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah."

Muhasabah diri kita. Muhasabah ibadah kita. Semoga setiap kali kita bermuhasabah, kita mampu membaiki kelemahan masing-masing.

P/S: Kepada sesiapa yang ana belum linkkan blog tu, jangan kecik hati. Sorry ek? Ana tengah dilanda kemalasan untuk meng'update' link blogs tu. Tapi, kalau ada sesiapa nak blog dia di'link'kan, inform ana (through chat box atau email). :)

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Tuesday, February 10, 2009

Nak cerita dengan siapa ek?


Kita tak terlepas daripada diuji

Assalamualaikum w.bt.

Alhamdulillah, syukur kerana Allah masih memanjangkan usia kita agar kita terus beribadah dan bertaubat kepada-Nya. Alhamdulillah, syukur kerana ana masih berpeluang untuk meng'update' blog ni.

Manusia ni ada pelbagai ragam. Berbagai kerenah manusia yang boleh kita temui di dunia ini. Tatkala berhadapan dengan masalah, ada yang melarikan diri daripada masalah, ada yang menyelesaikan masalah dengan tenang dan ada juga yang terkapai-kapai untuk menyelesaikan masalah.

Apabila anda menghadapi masalah, bagaimana anda handle masalah tersebut? Adakah anda memendamkan masalah tersebut seorang diri atau anda kongsikan masalah tersebut dengan rakan anda?

Apabila ana berhadapan dengan masalah yang agak rumit, ana akan tercari-cari seseorang untuk ana meluahkan masalah tersebut. Ana akan mencari seseorang yang ana percayai untuk berkongsi masalah yang ana pendamkan itu. I just need someone to listen to me at that particular moment. I need someone to talk to whenever I'm feeling down.

Tapi, memandangkan ana seorang yang amat amat secretive dan juga terlalu susah untuk mempercayai seseorang, most of the time, masalah tersebut akan terus dipendam. Mungkin kawan-kawan ana melihat hidup ana seolah-olah tidak dibebani dengan masalah. Malah ada seorang kawan ana yang pernah bertanya bagaimana ana hidup seolah-olah tiada masalah. Namun, percayalah bahawa tiada seorang individu pun yang terlepas daripada masalah.

Kalian mungkin melihat ana tersenyum, namun kalian tak tahu apa yang membelenggu fikiran ana. Kalian mungkin melihat ana ketawa, tapi kalian tak faham apa yang tersimpan dalam hati ana. Hanya Dia yang faham.

Apabila kita menghadapi masalah, mengadulah kepada Allah SWT. Ceritakanlah segala masalah yang kita hadapi menerusi doa dan munajat malam. Allah SWT memberikan kita ujian kerana Dia Maha Mengetahui bahawa hamba-Nya yang sedang diuji memiliki hati yang lembut dan mudah mendekati-Nya. Yup, whenever we are facing problems and obstacles in our lives, we tend to seek for His attention.

Bukanlah ana melarang andai anda ingin berkongsi masalah dengan orang lain. Namun, ketahuilah bahawa 'menceritakan' masalah kepada Allah SWT lebih menenangkan. Apabila kita menceritakan setiap masalah kita kepada Allah SWT, kita akan berasa lebih lega. Seandainya anda nak menceritakan masalah anda kepada orang lain, go ahead. Tapi, utamakanlah Allah. Ceritakanlah masalah anda kepada Allah SWT terlebih dahulu. Afterall, Allah lebih memahami diri kita.

P/S: Syukran kepada sesiapa yang pernah meminjamkan telinga, mendengar bebelan dan luahan masalah ana selama ini. Ngehe.

P/S (2): Tak lama lagi keputusan SPM dikeluarkan. Baru tersedar yang masa semakin suntuk, sedangkan kerja menimbun. Hmm.


Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Monday, February 2, 2009

Andai kita di tempat mereka

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang masih memanjangkan usia kita. Syukur juga kerana ana masih berpeluang mencoretkan sesuatu di blog ni.

Sekarang ni, isu Palestin semakin kurang dibicarakan. Kat blog ana ni pun, isu Palestin seolah-olah tenggelam. Namun, tindakan Perdana Menteri Turki tempoh hari telah menimbulkan kembali isu ini. Insiden tersebut telah membuatkan isu Palestin kembali segar dalam fikiran ana. Mungkin isu tersebut tenggelam sebentar disebabkan kurang pendedahan mengenai keadaan Palestin yang terbaru.





Ceramah yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengarah Palestine Center of Excellence (PACE), sempena Program Malam Bersamamu Palestin semalam telah memberikan pelbagai pengetahuan yang baru buat ana. Apa yang pasti, ana masih perlu belajar dan terus belajar, tanpa rasa jemu. Kerana ilmu ana masih terlalu cetek. Oleh itu, ana perlu berusaha untuk mendapatkan lebih banyak ilmu pengetahuan.

Mungkin kita kurang mengerti nasib rakyat Palestin saat ini. Ya, kita kurang memahami penderitaan yang terpaksa mereka hadapi kerana kita hidup dalam keadaan yang aman damai. Namun, pernah tak kita bayangkan andai kita berada di tempat mereka? Do we ever think how it feels like to be in their shoes?

Pernah tak kita bayangkan, tatkala kita sedang berehat bersama keluarga di rumah, dalam sekelip mata sahaja segalanya musnah?

Pernah tak kita bayangkan, ketika kita ketawa riang bersama rakan kita, dalam satu saat sahaja, hanya mayat rakan kita yang telah hancur dibedil bom menemani kita?

Pernah tak kita cuba memahami nasib rakyat Palestin?

Pernah tak kita cuba untuk meletakkan diri kita di tempat mereka, agar kita lebih mengerti kesengsaraan yang mereka hadapi?

Kalau kita susah untuk membayangkan situasi di Palestin, bagaimana pula dengan mereka yang terpaksa berhadapan dengan situasi tersebut saban waktu?

Palestin bukan hanya milik dan tanggungjawab rakyat Palestin. Namun, Palestin adalah milik umat Islam. Baitulmaqdis adalah tanggungjawab kita bersama. Masjid al-Aqsa bukan hanya sebuah masjid yang biasa. Masjid al-Aqsa merupakan sebuah masjid yang penting buat umat Islam.

Kita telah dijanjikan bahawa kita akan mendapat salah satu daripada dua perkara, iaitu mati syahid atau kemenangan. Perjuangan ini pasti berakhir dengan kemenangan umat Islam. Kerana itu janji Allah dan Rasul-Nya.





Persoalannya sekarang, adakah kita ingin bersama golongan yang berjuang mendapatkan kemenangan atau golongan penonton yang terus-terusan membisu tanpa sebarang tindakan? Pilihan ada di tangan kita sendiri. Maka, pilihlah dengan tepat. Kerana ingatlah, andai kita memilih untuk terus diam membisu dan hanya menonton tanpa mengambil apa-apa tindakan, kebisuan kita di dunia ini akan dipersoalkan di akhirat kelak!

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Sunday, February 1, 2009

Malam Bersamamu Palestin

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, ana masih berpeluang untuk meng'update' blog ni. Tapi update kali ni ringkas je la.

Erm. Semalam, ana ada dapat mesej daripada ustaz Afandi. Mesej pasal program khas untuk Palestin malam ni. Ustaz suruh sebarkan. Tapi, disebabkan kredit yang low, ana pun tak boleh nak sebarkan melalui mesej. So, ana promote la kat blog ni. Boleh kan? Hehe.




So, kepada semua warga Miri, iboh lupak malam tok pergi Masjid At-Taqwa. =)

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi