Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Friday, September 6, 2013

11-Weeks of Internship

Bismillahhirrahmannirrahim.

6.9.2013.

Currently at KLIA, waiting for my flight to Kuantan on next morning. Tandanya cuti semester selama 3 bulan hampir tamat! -.-"

Alhamdulillah, completed my 11-weeks of industrial training. Sangat bersyukur sebenarnya, sebab sepanjang praktikal ni, Allah permudahkan segala urusan :)

Bermula dengan pencarian rumah sewa yang terletak dekat dengan tempat praktikal, rakan-rakan praktikal yang baik-baik belaka, dan staff-staff yang banyak membantu. Sepanjang praktikal, memang sokmo terfikir; "Syukurnya, Allah permudahkan urusan. Orang sekeliling semua baik-baik dan tak berkira kalau nak mintak tolong." ;)

[Dah lama tak menulis, maka otak agak slow mencari idea]

*******

Copied from my FB:

Situasi 1:
"Hari ni, jom lunch kat McD."
"Erm.. Kita lunch tempat lain la, boleh?"
"Oh. Boikot McD ke?"

*senyum*
"Okay. Kita tukar tempat lunch."

Situasi 2:
"Malam lusa, jom keluar ramai-ramai, tengok wayang!"
"Kita buat benda lain boleh? Makan ke apa ke?"
"Oh. Tak tengok wayang ke?"
*senyum*

"Okay. Kita pergi main bowling la."

Situasi 3:
"Jom makan kat KFC hari ni."
"Kita makan tempat lain la. Tak biasa la makan KFC, lagipun, family tak bagi."
"Okay. Kita tukar tempat makan."

[Diolah semula berdasarkan pengalaman bersama kawan-kawan se'praktikal']


*Situasi ke-3 merupakan kisah orang lain :)

Wallahu'alam.

Thought of the day: Buat keputusan, fikir tentang pro and cons. Buat keputusan, bukan sekadar memberi manfaat kepada diri sendiri. Tapi yang lebih penting lagi, biarlah keputusan itu memberikan manfaat buat Islam :) Moga Allah redha dengan setiap keputusan yang kita lakukan.

Tuesday, January 22, 2013

Aku Cinta Allah

Bismillahirrahmannirrahim.


Ingin berkongsi sedutan video daripada program Bicara Selebriti (20/1/2013), menampilkan Amin Idris sebagai moderator dan empat orang panelis; Azizul Hasni Awang, Pierre Andre, Ustaz Zamri Mantop dan Oki Setiana Dewi.

Sangat terkesan dengan lirik lagu yang dinyanyikan Amin Idris.

Andaikan diriku bisa seperti yang lain,
yang Kau Sayang,
yang Kau Rindukan,
yang Kau cintai.
Aku lemah,
tanpa-Mu, aku lelah,
aku sungguh tak berdaya.
Tolongku, tolongku,
ya Allah.

Setiap airmataku mengalir,
Allah, aku lemah dan tak bererti.
Setiap derai tangis membasahi,
Allah, jangan tinggalkan aku lagi.
Aku sayang Allah.
Aku rindu Allah.
Aku cinta Allah.

Bila kita benar-benar menghayati lirik lagu ni, airmata mungkin mengalir tanpa sedar. Paling kurang pun, akan timbul rasa sebak.

Mengenangkan hakikat diri - insan penuh dosa, namun Allah sembunyikan setiap keaiban kita. Allah...

Hakikat diri - seorang pendosa yang seringkali bertaubat dan berjanji takkan mengulangi dosa yang dilakukan. Namun, janji hanya tinggal janji. Allahu rabbi...

Allahummaghfirlana wa tub 'alaina ya Allah. Ameen ya Rabb.

Dan satu perkara lagi yang memberikan kesan kepada diri saya ialah apabila mendengarkan laungan takbir oleh para hadirin program tersebut. Membayangkan, 'Beginikah suasana negara Islam yang diimpi-impikan selama ini? Mungkinkah suasana di negeri tanah serendah sekebun bunga ini wujud di negeri-negeri lain seluruh Malaysia?' [Terus optimis, insyaAllah!]. Bayangan Baldatun Thoyyibatun wa Rabbun Ghafur, membuatkan perasaan bercampur-baur dan tak mampu digambarkan. 

Satu perkara yang perlu kita tanyakan pada diri masing-masing; andai kita mengimpikan tertegaknya negara Islam, apakah kita hanya ingin menjadi PEMERHATI atau PENYUMBANG kepada tertegaknya negara Islam tersebut?

Wallahu'alam.

Saturday, November 24, 2012

Ujian Hidup

Bismillahirrahmannirrahim.

Buat yang sedang mengeluh tatkala diuji,
Seolah-olah di dunia ini tiada yang lebih tersiksa dengan ujian kecuali diri.
Apa yang aku mahukan darimu hanyalah..

PERCAYA

Semakin pekat malam,semakin kuat ia mengajak tubuhmu untuk berehat,
Bukankah andai siang datang,tubuhmu akan kembali penat?
Semakin pekat malam merupakan petanda fajar akan menyinsing,
Membawa suasana yang paling indah dalam sehari,
Itulah udara yang paling nyaman, Itulah panorama yang paling indah,
Ketika itulah semua makhluk mula berzikir dengan nada tersendiri.

Semakin kuat engkau diuji,
semakin engkau patut mensyukuri,
Tanda si Dia sangat mengingati,
Bukankah merajuk itu tanda cinta bertunjang di hati,
Bukankah itu petanda bahawa si Dia mula merindui diri,
Dari itu... kenapa engkau tidak bertemu denganNya dalam sunyi,
Bukankah selepas memujuk itu,terasa kebahagian meliputi diri.

PERCAYALAH,

Engkau akan bangun suatu hari setelah kental diuji,
Bagai ahli syurga yang hidup di bumi.
[Ustaz Ridhauddin]

*******
"Happiness keeps you sweet. 
Trials keep you strong. 
Sorrow keeps you human. 
Failure keeps you humble. 
Success keeps you glowing. 
But only the Almighty keeps you going."
[Mufti Ismail Menk]

*******

"Dan katakanlah, 'Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.'" [Surah at-Taubah: Ayat 105]

*******

Setiap kata-kata, quote, ayat al-Qur'an di atas, cukup untuk menenangkan hati tatkala diuji. Terus senyum, walau diuji. Kunci hidup bahagia dan hati yang tenang, bila menghadapi kesusahan atau kesibukan, ingatlah, ada orang lain yang lebih susah dan lebih sibuk dari kita :)

Wallahu'alam.

Thursday, September 13, 2012

Tazkirah Subuh

Bismillahhirrahmannirrahim.

Teringat tazkirah Subuh yang disampaikan oleh saudara PM (Programme Manager, bukan Prime Minister ye), semasa induction course untuk Ta'aruf Programme yang lalu.

Tazkirah berkaitan dengan syukur; menyentuh banyak perkara. Antaranya, mengenai amal ibadah kita. Dengan amal ibadah yang kita lakukan, mampukah kita menjamin yang kita akan masuk syurga Allah? Takde orang yang dapat memberi jaminan syurga untuk kita, walau sebanyak mana amalan kita. Hanya dengan rahmat Allah, insyaAllah, kita mampu memasuki syurga.

Bukan nak cakap yang melakukan amal ibadah ni tak penting. Takkk, tu bukan pointnya. Melakukan amal ibadah memang penting, sebab itu memang tugas kita pun; beribadah kepada Allah.
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia, melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku." [Surah adz-Dzariyat: Ayat 56]
Tapi, jangan sampai timbul perasaan "Aku banyak beribadah, mesti masuk syurga" ataupun "Dia tu, teruk gila! Confirm tak masuk syurga". Siapa kita untuk menentukan siapa yang berhak memasuki syurga atau neraka?

Hari ni, kita merupakan hamba yang taat pada perintah Allah. Kita menunaikan solat, berpuasa, bayar zakat dan buat macam-macam ibadah lagi. Tapi, siapa yang beri jaminan bahawa akhir hayat kita, semasa kita meninggalkan dunia yang fana ini, kita masih lagi seorang hamba yang taat? Siapa yang dapat jamin bahawa hidup kita ni akan berakhir dengan pengakhiran yang baik, husnul khotimah?

Soalan untuk kita muhasabah diri kita.

Kita hanya hamba. Kita tak tahu amalan kita yang mana, yang Allah terima. Bila kita melakukan ibadah, maka bersyukurlah. Kerana dengan izin Allah, kita mampu melakukan ibadah. Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, adakah kita akan meninggalkan dunia ini dengan husnul khotimah atau su'ul khotimah (naudzubillahhi min dzalik).

Allahhummakhtimlana bihusnil khotimah, wa la takhtim 'alaina bisu'il khotimah. Amin.

*******
Another interesting quote that I want to share.
"Ibadat, jangan sampai mencabut rasa berdosa. Maksiat, jangan sampai menyebabkan rasa putus asa." [Ustaz Pahrol Mohamad Juoi]
 Wallahu'alam.

Wednesday, August 8, 2012

Reality check: Kahwin?

Bismillahhirrahmannirrahim. 

 Few days ago, I came across this post below, while surfing through IIUM Online FB Group. The status was posted by one of the IIUM Gombak's lecturers, Madam Fauziah Mohd Noor.

As I stated in my previous entry (entry dulu-dulu-dulu), bila dah menjejakkan kaki ke alam main campus ni, topik baitul Muslim or kahwin masa belajar, sangat mendapat sambutan yang menggalakkan. Mungkin sebab UIA terkenal dengan students yang kahwin awal? Or perhaps, most of the students are ready to become someone's husband/wife? (Well, I know I'm not one of them :P)




After I read the post, I couldn't agree more! Ye la, memang ada kebaikan jugak kongsi, sharing pasal kahwin muda ataupun kahwin masa belajar ni. Tapi, kadang-kadang, bukak FB je, penuh news feed dengan status-status pasal kahwin, posted by golongan yang belum kahwin -__-" 

Apa hidup kita ini matlamatnya hanya untuk mencari pasangan hidup semata-mata? Tak, kan? Seluruh kehidupan kita ini, seharusnya menjadi ibadah kepada Allah. Matlamat hidup, untuk cari redha Allah. Yang lain-lain tu, cuma wasilah untuk kita dapatkan redha Allah.

Baiki diri menjadi soleh/solehah, untuk dapatkan redha Allah, bukan semata-mata sebab nak dapat pasangan hidup yang solehah/soleh.

Kahwin, 'bina masjid', bukan dengan niat suka-suka. Tapi, salah satu cara untuk dapat redha Allah.
"Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah. Tapi, mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yang amat berat."
"...pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat." 
Share perkara-perkara yang baik begini (i.e: kahwin semasa belajar, baitul muslim), memang bagus. Cuma, kita kena check semula niat kita. Kenapa kita post/share status yang berkaitan dengan baitul Muslim, at the very first place?  Sebab nak bagi kesedaran kepada orang ramai? Sebab nak ramai orang like status kita? Atau, bak kata Ustaz Emran dalam salah satu status FBnya dulu, sebab nak dedicate or bagi hint pada 'si dia' calon pilihan hati yang ada dalam friendlist?

Pakat-pakat muhasabah diri deh? :)

*******

Edited:

"Ingatlah, apa yang difikirkan tentang cinta, jika hanya berbentuk indah semata-mata, maka itu jelas sekali bukan cinta. Itu hanya fantasi dan untuk seronok-seronok semata-mata. Jika anda hanya ada itu, fikirkan dan pertimbangkan semula untuk mendirikan rumahtangga jika anda masih muda. Tiliklah cinta dari kacamata pasangan yang sudah berusia."
[Sumber: Myilham.com]


Thoughts of the day

(1) One of the topics, yang saya memang tak reti nak jadikan sebagai satu entry yang mudah difahami, is this topic: BM.

(2) Orang lain counting days to go back to hometown masing-masing, or maybe counting days to 'Eid, but I'm starting to count the days left before I'm flying back to my campus T__T

(3) Ramadhan's leaving us. Sedih tak? Entah sempat ke tak berada dalam bulan Ramadhan ni hingga ke penghujungnya.

(4) Isn't it better for us to prepare ourselves to face death? Sebab mati itu pasti, kan? Dan takde orang yang tahu bila dia akan mati. Kita selalu berdiskusi, berbicara tentang kahwin muda, hingga kadang-kadang terlupa bahawa mungkin Allah telah menetapkan dalam takdir-Nya, bahawa kita ni akan mati muda, tanpa sempat berkahwin pun. Segalanya rahsia Allah, kan? :)

Wallahu'alam.

Sunday, July 22, 2012

Note to self

Bismillahirrahmannirrahim. 
"Hanya kita yang dapat menilai bagaimana diri kita. Kita mungkin nampak soleh/ah di mata manusia, tapi di pandangan Allah, kita dalam kemurkaan-Nya."
Copy paste dari: FB Ustaz Ibnu Batoota

Status-status di FB ustaz Ibnu Batoota ni, banyak ayat-ayat yang 'menembak' hati, atau bahasa lainnya, buat orang tersentap! Tapi takpe, 'tersentap' yang membuatkan orang muhasabah diri :)

Kita mampu menjadi 'baik' di mata manusia. Tapi, yang benar-benar kenal diri kita, hanya Allah dan diri kita sendiri.

Status lain:
"...orang zaman sekarang ni, baca Qur'an sikit dah rasa bagus gila. Baru pakai purdah sikit, dah rasa diri ahli syurga. Baru belajar agama sikit-sikit dari youtube, dah rasa selamat dari azab kubur, neraka dan mahsyar. Sebab mereka fikir semua orang teruk. Jadi, kalau kita ada amalan sikit, kitalah paling solehah dalam dunia."
Kadang-kadang, hanya dengan sedikit kebaikan yang kita lakukan, timbul rasa riak, ujub atau sum'ah. Sedangkan, kita sendiri tak mampu nak bagi jaminan, bahawa amalan kebaikan kita itu diterima oleh Allah. Jangan pernah timbul rasa-lebih-bagus-atau-lebih-hebat daripada orang lain. Dan jangan pernah merendah-rendahkan orang lain, apatah lagi memandang orang lain dengan pandangan hina.
"Andai dosa itu berbau, nescaya aku tidak mampu keluar rumah kerana malu busuk tubuhku dikesani orang kerana dosa-dosaku." [Kata-kata ulama']
Diri penuh dosa, namun Allah dengan sifat ar-Rahman ar-Rahim-Nya, masih sudi lagi mengurniakan pelbagai nikmat dalam hidup ini. Salah satu nikmat yang sangat besar 'significant'nya, selain nikmat Islam & Iman, ialah hakikat bahawa dosa & keaiban kita ditutup oleh Allah. Pernah tak kita terfikir, seandainya dosa-dosa kita dilihat oleh orang lain, masih mampukah kita menjalani hidup ini? T___T

Sama-sama kita muhasabah diri.

Allahhummaghfirlana Ya Allah. Ameen.

Wallahu'alam.

Thursday, July 19, 2012

Coretan Hati

Bismillahirrahmannirrahim.


Ya Allah,
Hari ini, aku memungkiri lagi janji taubatku,
Aku kembali mengulangi kesilapan lalu,
Aku merelakan diriku dibuai godaan Nafsu,
Aku biarkan diriku ditipu pujukan Syaitan,
Sudah berkali-kali aku menzalimi diriku sendiri,
Sudah berkali-kali aku merosakkan imanku sendiri,
Walaupun aku sedar Engkau Maha Melihat,
Walaupun aku sedar adanya Malaikat pencatat,
Walaupun aku sedar dosa mengundang azab,
Entah apa sudah jadi dengan diriku ini,
Terasa Iman dijiwa semakin parah,
Semakin lemah dan semakin rosak,
Ketakutanku terhadap azabMu semakin kurang,
Semakin pudar seakan lenyap.


Aduh, teruknya diriku..


Ya Allah,
Berilah aku kekuatan dan petunjuk,
Agar mampu kutewaskan rayuan Nafsu dan Syaitan,
Yang sangat hebat membinasakan diriku,
Sangat bijak menjauhkan diriku daripadaMu,
Sehingga aku lalai dalam urusan kehidupanku,
Sehingga aku lupa dan tidak peduli akan kehidupan selepas matiku.


Ya Allah,
Bagaimanalah kedudukanku disisiMu?
Adakah diriku yang penuh dosa ini akan terselamat di akhirat sana?
Adakah aku antara manusia yang bakal memenuhi Neraka Jahanam?
Lalu aku hidup dalam binasa celaka buat selamanya?
Aku tidak mahu ya Allah.
Aku tidak mahu masuk dalam golongan itu!
Aku tidak mahu hidup senang di dunia tapi sengsara di akhirat!
Aku tidak mahu.


Ya Allah,
Maafkanlah diriku,
Tolong maafkan diriku,
Ampunkanlah segala dosa yang aku kerjakan selama ini,
Ampunkanlah segala dosa yang aku anggap remeh selama ini,
Terlalu banyak, tidak terhitung.
Ampunkanlah Ya Allah, Ampunkanlah Ya Allah.
Bersihkanlah diriku ya Allah,
Sesungguhnya aku sangat berkehendak akan SyurgaMu!!
Aku merayu penuh harap.
Lindungillah diriku daripada mengulangi kembali dosa lalu.
Suburkanlah kekuatan iman dalam tekadku.
Agar aku mampu mengusahakan yang terbaik dalam hidupku.
Semata-mata untuk beroleh Syurga FirdausMu.
Redhailah diriku Ya Allah. 
Redhailah keluargaku Ya Allah. 
Redhailah sahabat-sahabatku Ya Allah. 
Rahmatilah kami Ya Allah. Rahmatilah. Rahmatilah.. 


Copy paste from: Coretan hati si pelaku dosa


*******

One of the quotes that never fails to give an impact on my heart:
Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat, melihat dunia dari jendela akhirat. [Arwah Ammar Zulkifli]


Thought of the day: Semoga umur yang panjang mampu menyumbang dan memberikan manfaat buat perjuangan menegakkan Islam. Allahumma Ameen.

Wallahu'alam.

Thursday, April 12, 2012

Isteri seorang pejuang

Bismillahhirrahmannirrahim.

Kesimpulan yang dapat daripada perkongsian Ustazah Wan Hamidah Wan Musa [Zaujah Ustaz Nasrudin Hassan], yang dijadikan sebagai status FB seorang sahabat: Isteri seorang pejuang, tadhiyyah (pengorbanan) kena tinggi.

Isteri seorang pejuang - mungkin orang tak nampak penglibatannya secara direct di medan juang yakni lapangan masyarakat. Tapi, isteri seorang pejuang pun merupakan seorang pejuang jugak.

Menjadi sayap kiri buat suami [tempat suami berkongsi masalah & meminta pendapat, menguatkan semula semangat suami bila berhadapan mehnah yang pelbagai, terus-terusan menyokong perjuangan suami], merelakan suami menghabiskan lebih banyak masa untuk berjuang, ditinggalkan suami untuk menguruskan rumah tangga keseorangan, mendidik anak-anak agar menjadi generasi pelapis perjuangan and the list goes on and on.

Berat sebenarnya tanggungjawab isteri seorang pejuang. Sebab tu tarbiyyah kena mantap dan tadhiyyah pun kena tinggi.

Mulakan dengan memantapkan fardul muslim. One step at a time, insyaAllah. When Allah decides that we're ready to move to the next stage (Baitul Muslim), He'll Show the way and make it easy for us.

Thought of the day: (1) Seronok melihat suami & isteri yang sama-sama berjuang dalam satu perjuangan menegakkan Islam :) && seronok melihat contoh baitul muslim (keluarga muslim) yang mempraktikkan ajaran Islam.

(2) Tujuan baitul muslim, bukan semata-mata untuk kahwin. Tapi, salah satu significant baitul muslim ialah untuk melahirkan & mendidik generasi pelapis perjuangan. Dari baitul muslim, membentuk mujtama' (masyarakat) muslim.

Wallahu'alam.

Friday, February 17, 2012

Do you remember?

Bismillahirrahmannirrahim.

It had been weeks since my previous entry. Sorry for neglecting this blog, leaving it with no updates.

Lots of things happened these few weeks. But, I don't think I should share them in this blog.

Cubaan untuk menulis entry dalam bahasa Inggeris. Semakin hari, keupayaan untuk bercakap dan menulis dalam English, semakin berkarat T-T Voucher ada RM 150 lagi. Mungkin perlu redeem voucher ini dengan membeli buku-buku English yang menarik?

Okay. Tujuan utama entry ni, supaya blog ni tak terus dibiarkan tanpa update. Tapi, masa agak terhad. Jadi, kongsi gambar pun jadi la kan? Asal ada manfaat pada diri dan orang lain ^^

People always remember Birthdays, Valentine's day, Mother's day.
But, do you remember Judgement day?
*Muhasabah muhasabah*

Thought of the day: Antara fakta menarik mengenai Bulatan Gembira:

Apabila berada dalam bulatan gembira, dengan sahabat-sahabat, boleh kongsi apa saja tanpa perlu risau reaksi mereka.
Apabila berada dalam bulatan gembira, rasa seronok dan gembira, tambah-tambah, sentiasa ada orang yang mengingatkan kita supaya tak leka.
Tapi, yang paling penting dan interesting ialah bila berbulatan gembira kat Telok Chempedak! ^^

Wallahu'alam.

Wednesday, January 4, 2012

Dakwah nombor 1, akademik nombor 2?

Bismillahirrahmannirrahim.

Sambil study HTML untuk exam final Computer in Science esok (5/1/2012), sambil update blog dengan cara edit HTML. Hehe. Okayyy. Alasan semata-mata. Sebenarnya nak update blog, tu yang carik jugak cara walaupun kena guna option Edit HTML instead of compose macam biasa. Kira apply apa yang dipelajari la ni.

*******

"Dakwah dan akademik; takde yang jatuh pada second priority.
Dua-dua kena seiring."

Perkara ini, bagi setiap orang yang bergelar dai'e, diulang dan diulang dan diulang menunjukkan betapa pentingnya dakwah dan akademik itu bergerak seiring. Jangan terlalu fokus pada salah satu daripada dua perkara tadi, sehinggakan salah satu jatuh ke tangga kedua.

Kenapa perkara ni sangat penting? Supaya tak timbul fitnah dalam perjuangan kita. Ya, FITNAH. Fitnah yang akan bagi impak besar pada dakwah yang sedang kita galas. Bila terlalu fokus pada dakwah sehingga akademik terabai, orang lain akan pandang slack bukan setakat pada diri kita, tapi juga pada dakwah kita. Akhirnya, orang tak nak terima apa yang kita katakan.

"Eleh! Dia tu, post macam-macam kat FB. Amar ma'ruf nahi mungkar konon. Tapi, study entah ke mana."

"Aku meluat gila kot dengan mamat tu! Post macam-macam pasal politik. Konon nak bagi orang sedar realiti sekarang. Tapi, selalu ponteng kelas. Dah tu, mintak orang lain pulak signkan attendance. Kalau datang pun, lambat. Markah exam pun hampeh. Macam mana nak jadi pemimpin lagu tu?"

Berdesing telinga dengar kata-kata di atas? Hati geram menahan rasa marah?

Itulah realiti sekarang ni. Sebab itulah, pentingnya dakwah dan akademik bergerak seiring. Jangan lupa, akhlaq pun penting! Ingat balik pelbagai kisah dalam Sirah Rasulullah; Berapa ramai orang yang memeluk Islam, hanya dengan keindahan akhlaq Rasulullah? Jangan hanya sekadar di bibir, "Rasulullah itu role model umat Islam", tapi diri sendiri tak praktikkan.

*******

Nak 'hentam' orang lain memang senang. Nak rasa simpati pada orang lain pun senang jugak. TAPI, nak rasa EMPATI, senangkah? Nak meletakkan diri kita di tempat individu itu, merasa apa yang dia rasa; senangkah?

*******

P/s: Sesungguhnya mata ini dulu yang membaca setiap apa yang ditaip, maka ambillah pengajaran wahai diri! Pesanan buat diri sendiri khususnya ^^

Wallahu'alam.

Friday, October 14, 2011

Mujahadah & Thiqah

Bismillahirrahmannirrahim.

Senang kan kalau kita boleh bersihkan hati kita dengan clorox je? Hati yang hitam, penuh dengan titik-titik dosa, letak je dalam clorox. Lepas tu, hati dah jadi putih, warna asalnya.

TAPI, taakkk! Nak bersihkan hati tak mungkin guna clorox. Nak hilangkan titik-titik hitam yang melekat pada hati ni, perlukan mujahadah.

Mujahadah membersihkan dan menjaga hati. Mujahadah melawan bisikan syaitan dan godaan nafsu. Mujahadah melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan maksiat. Mujahadah untuk istiqamah.

Pendek cerita, mujahadah untuk menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.

Mujahadah, satu perkataan yang sangat mudah disebut, tapi sangat payah untuk dilaksanakan. Mujahadah itu memang pahit, sebab ganjarannya tak ternilai.

*******

Word of the week: Thiqah.

Thiqah itu perlu bagi da'ie. Agar lebih mudah untuk mad'u menerima dakwah si da'ie. Thiqah, bukan bermaksud tak boleh bergurau. Bergurau boleh, tapi ada hadnya, jangan sampai orang tak ambil kisah apa yang kita perkatakan. Serious, jangan sampai orang tak selesa dan lari daripada kita.

Wallahu'alam.

Thursday, September 15, 2011

DO NOT VOTE!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Oh! Tak payah gosok-gosok mata anda, tanda anda tak percaya. Jangan salahkan mata anda, sebab tajuk yang anda baca memang betul. Tapi, sebelum anda buat any assumption, baca sampai habis dulu entry ni okay?

Yes, DO NOT VOTE. Vote untuk apa? Untuk general election. Ramai antara kita yang berpendapat, "Ala..aku sorang je kot tak pegi mengundi. Takde bezanya aku mengundi ke tak mengundi,". TAPI! Betul ke takde beza? Itu baru seorang, dan sebenarnya bukan seorang yang berfikiran sebegini. Kalau dah 10, 000 orang mempunyai pendapat yang sama, maka dah 10, 000 orang yang tak menjalankan tanggungjawab mengundi.

Mengundi bukan dengan niat saja-saja. Tapi, dengan niat menunaikan tanggungjawab. Ya, memilih siapa pemimpin kita, itu tanggungjawab kita. Kalau berani meremehkan tanggungjawab mengundi di dunia, beranikanlah juga diri anda untuk menjawab di hadapan Allah di akhirat kelak.

Okay. Nak kongsi video berkaitan dengan tanggungjawab mengundi. Jom tengok video! :)




P/s: Suka tengok dua video di atas ni. Sometimes, sarcasm and reverse psychology work and give bigger impact :)

Wallahu'alam.

Monday, September 5, 2011

Silence of Love :)

Bismillahirrahmannirrahim.

Sangaaaaatttt lama blog ni tak diupdate. Bohong la kalau langsung takde cerita yang nak dikongsi. Kelalaian tuan punya blog sebenarnya -_-"

Kali ni, cuma nak kongsi satu video, insyaAllah, ada manfaatnya.




Dah habis tengok dah?

Okay. Kalau dari iklan di atas, apa yang cuba disampaikan ialah menghargai orang yang sayangkan kita; Remember to care for those who care for you. Kalau dari sudut tersuratnya, kita sebagai anak, need to accept our parents as who they are.

Tapi, apa yang menarik perhatian saya adalah, pengajaran dari sudut tersiratnya. Apa yang saya dapat, kita sebagai manusia ni, seringkali nampak apa yang kita takde instead of apa yang kita ada. Contohnya, dalam iklan di atas la. Si anak ni, cuma nampak kekurangan ayah dia, instead of tengok and appreciate usaha ayah dia yang bersungguh-sungguh nak tunjuk betapa si ayah sayangkan anak dia. Si anak, sangat mengharapkan ayah dia seorang yang normal, as in yang boleh bercakap dan dengar dia bercakap. Sedangkan, belum tentu lagi dia akan bahagia dengan ayah yang normal tu. Yes, apa yang Allah kurniakan pada kita tu memang sah sah yang terbaik untuk kita, sebab Dia Yang Maha Mengetahui ^_^

Satu lagi pengajaran ialah, treat others the way you want to be treated. Dalam iklan di atas, si anak inginkan ayah yang boleh bercakap dan mendengar, sedangkan dia tak dengar pun kata-kata ayah dia. I know, ayah dia tak boleh bercakap dan mendengar, tapi tak bermakna mereka tak boleh berkomunikasi kan? Komunikasi bukan exclusive untuk orang yang boleh bercakap dan mendengar je. Communications can happen in various ways, right?

Panjang dah ni rasanya. Kalau ada sesiapa yang nak tambah lagi pengajaran dari iklan di atas, boleh la letak kat bahagian comment :)

P/s: Hari ni baru 7 Syawal. Jadi, tak terlambat lagi kan nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Moga kita terus istiqamah menjalani 11 bulan mendatang, setelah menjalani tarbiyah dalam satu bulan Ramadhan.

Wallahu'alam.

Tuesday, May 3, 2011

Politik kotor?

Bismillahirrahmannirrahim.

Tertarik dengan artikel pertama dalam majalah Solusi isu ke-31, bertajuk 'Politik RoboCop'.

Dalam menjalani kehidupan sepanjang lebih kurang 20 tahun di dunia ini, satu fenomena yang selalu saya hadapi adalah:

"Wey, apa politik-politik ni?"

atau

"Aku tak layan la politik ni"

atau

"Umur tak cukup lagi nak mengundi, tak payah la fikir pasal politik ni"

atau

"Ala..kita ni students lagi. So, fokus akademik la. Politik tu, biar orang politik je yang uruskan"

Setiap kali mendengar kata-kata di atas, pelbagai perasaan timbul dalam hati saya. Geram, sedih, marah. Kenapa ya ayat-ayat di atas boleh diluahkan dengan selamba, tanpa perasaan? Bukankah politik itu salah satu bahagian daripada Islam? Kenapa ramai yang mengaku Islam sebagai cara hidup, tapi pada masa yang sama, menolak politik?

Adakah kerana terdetik dalam hati bahawa politik ni takkan bagi kesan pada diri sendiri? Tapi, betul ke tak bagi kesan langsung? Takkan hidup kita tak terkesan dengan pimpinan pemimpin negara? Kalau harga barang naik, takkan takde efek pada kewangan dan perbelanjaan kita? Alah! Setakat naik 10 sen, apa barang nak bising-bising kan? Tapi, pernah tak kita terfikir nasib orang lain, yang hidup dihimpit kesusahan dan kemiskinan, setiap kali harga barang naik?

Atau kerana keadaan politik di negara kita yang menghalalkan segala macam cara untuk mendapatkan kuasa, sehinggakan golongan remaja jadi muak dan geli, lantas tak ambil peduli tentang politik? Ya, sehinggakan politik itu disinonimkan dengan kotor. Tapi, benarkah politik itu kotor sedangkan Rasulullah SAW sendiri mengamalkan politik atau sebenarnya terdapat pihak yang menggunakan cara kotor (baca: haram) dalam politik?

Seperti yang saya katakan tadi, politik itu sebahagian daripada Islam. Jadi, kenapa timbul isu tak nak ambil tahu tentang politik langsung? Seolah-olah politik itu satu alahan pada kita.

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata".
[Al-Baqarah: Ayat 208]
Sumber: Klik sini

Maka, apa alasan anda untuk terus-terusan menolak satu bahagian daripada Islam?

[NOTA: Ini bukan artikel menyokong kerajaan atau pembangkang. Cuma luahan rasa, moga menjadi muhasabah buat diri yang menulis dan sesiapa yang membaca]

Thought of the day: Seringkali terdetik dalam hati, bagaimana manusia boleh hidup dengan aman dan tidur dengan lena pada malamnya, sedangkan pada siang harinya, dia telah memutar-belitkan fakta atau cerita sebenar, dan tak cukup dengan itu, disebarkan kepada orang ramai cerita yang telah di'edit'? Dosa sesama manusia, hanya boleh diampunkan oleh dia (baca: individu) yang kita lakukan kesalahan padanya.

Wallahu'alam.

Friday, April 8, 2011

Masa

Bismillahirrahmannirrahim.

Mencuri masa sebentar, untuk update blog. I found something interesting while surfing through tumblr. Nak kongsi, moga ada manfaatnya.

From 2006 to 2008, James Franco took 62 credit-hours per quarter at UCLA, three times the normal limit. During this time, he was on set filming Spider-Man 3, Pineapple Express and Milk. He earned a GPA of 3.5. What's your excuse?

Setiap orang dikurniakan Allah dengan 24 hours each day, takde yang lebih atau kurang. Yang berbeza adalah cara kita menggunakan masa kita.

Situasi 1:
A selalu sibuk dengan pelbagai urusan persatuan, namun akademik tetap cemerlang.

Situasi 2:
B memerhati sahabatnya, C yang selalu mendapat keputusan yang cemerlang dalam exam, biarpun tak study sangat.

Situasi 3:
Esok ada exam, tapi D tetap meluangkan masa untuk ke majlis ilmu. Berbeza dengan sahabatnya E, yang hanya duduk di bilik membuat ulangkaji.

Tiga situasi di atas, mungkin kita sendiri pernah alami, ataupun terjadi pada orang lain di sekeliling kita. Ada beberapa pengajaran yang boleh kita dapat berdasarkan situasi di atas. Firstly, pengurusan masa yang mantop. Sesibuk mana pun kita, if we use our time wisely, insyaAllah akan ada masa untuk buat perkara lain. Second, setiap orang ada cara study yang berbeza. Mungkin C jenis yang fokus dalam kelas, atau mungkin jugak sebenarnya C dok pulun study, tanpa pengetahuan sahabat-sahabatnya. Lastly, keberkatan masa sangat sangat penting. Dulu, semasa talaqi di pj, Ustaz Muhadir pernah cakap lebih kurang macam ni, "Mungkin sahabat entum, study 4,5 jam tapi hasilnya sama dengan entum yang study 1,2 jam".

Walaupun sekarang ni fatrah exam, hubungan dengan Allah tetap kena jaga. Tapi, jangan pulak lepas exam nanti, terus abaikan hubungan dengan Allah, naudzubillahhi min dzalik. Kita sebagai hamba, kena jaga hubungan dengan Allah, setiap masa.


Untuk sahabat-sahabat biomedic yang akan exam anatomy 14/4

*******

1. Allah swt telah mengurniakan 2 perkara besar kepada BN di Sarawak.

Pertama : Kuasa [ mandat rakyat melalui pilihanraya sejak dulu ]
Kedua : Harta [ Petroleum, balak dan sumber alam yang lain ]

2. Malangnya menurut pengamatan saya, Sarawak jauh tertinggal 2 perkara berbanding Semenanjung.

Pertama : Pembangunan Agama
Kedua : Pembangunan dan Kebajikan Rakyat

Sumber: Klik sini

Sedih bila memikirkan tentang negeri tempat kelahiran ni. Walaupun kenyataan di atas pahit untuk ditelan, tapi itulah hakikat sebenar di Sarawak.

Pernah seorang adik berkata kepada saya, "Kak, bila saya masuk uia, baru saya tahu yang kaki, rupa-rupanya aurat seorang perempuan". Siapa yang tak sedih dengar kata-kata macam ni? Sepanjang 18 tahun hidup, tanpa mengetahui batas asas aurat seorang muslimah. Tapi, Alhamdulillah, Allah bagi hidayah pada adik tersebut.

Teringat cerita seorang ustaz mengenai pengalamannya semasa ditugaskan di Sarawak. Ustaz tersebut bagitahu semasa di Sarawak, sangat penat. Kenapa? Sebab beliau diminta memberi ceramah demi ceramah. Dari masjid hingga ke penjara, semuanya beliau pergi semata-mata demi dakwah Islamiyah.

Personally, bagi saya, bertuah sebenarnya sesiapa yang berpeluang untuk belajar di Semenanjung. Sebab? Boleh dapat pelbagai ilmu (khususnya berkaitan agama), dan bila balik Sarawak, boleh sebarkan. Mahasiswa Sarawak memegang tanggungjawab yang berat, untuk menyebarkan dakwah di Sarawak. Kena sentiasa ingat, kita berada di Semenanjung, bukan untuk menuntut ilmu di dalam kuliah ataupun enjoy menjelajah satu Semenanjung semata-mata, tapi cari ilmu dan pengalaman sepanjang berada di sini.

Dengan tarikh PilihanRaya Negeri Sarawak yang semakin hampir, adakah akan ada perubahan? Satu soalan, yang saya takde jawapan (umur pun tak cukup lagi).

Wallahu'alam.

Friday, April 1, 2011

Final Exam

Bismillahirrahmannirrahim.

Sekarang ni, dah masuk fatrah exam di uia kuantan. Bila masuk library, rasa terkejut. Sebab sebelum ni, library lengang je. Tapi, study week ni, library sangat penuh!

Jadual exam budak biotech batch 102:

1/4: Islamic Worldview
5/4: Biochemistry
7/4: MGT
8/4: Biostatistics
10/4: Molecular Cell and Biology
14/4: Calculus


Sebenarnya, indirectly, exam ni melatih kita untuk bermujahadah. Mujahadah melawan nafsu. Yelah, study week & exam weeks ni, masa memang banyak sebab takde kelas. Setiap hari memanglah ada 24 hours. Tapi bila takde kelas, terpulang kepada kita macam mana nak isi masa tu, kan? Waktu macam ni, mula la timbul perasaan nak online, tak pun tidur atau buat aktiviti lain. Dan masa ni la, kena mujahadah sungguh-sungguh supaya masa tak terbuang sia-sia. Kena tahu mana satu yang perlu diutamakan, ulangkaji ke buat benda lain?


*******
Tujuan utama update blog, bukanlah nak kongsi jadual exam. Tapi, nak kongsi kata-kata kat bawah ni:

"When Allah alienates you from the company of His creatures, know that He wishes to open for you the door of His own intimacy." [Ibnu Ata'illah]

Terbaca phrase kat atas semasa membaca artikel yang ustazah bagi dalam kelas Islamic Worldview. Meaningful kan?

Saya rasa mostly antara kita ni pernah menghadapi satu masa dalam hidup kita, yang membuatkan timbul perasaan as if kita ni keseorangan je. Bila timbul perasaan macam ni, kita rasa takde orang yang faham kita. Bila kita ada masalah, kita rasa orang pandang remeh masalah kita, sedangkan bagi kita, masalah tu cukup berat. Or bila kita nak cerita masalah kita dengan kawan-kawan, takde seorang pun yang free to spend some time to listen to our problems. Kadang-kadang, even kita bersama sahabat-sahabat yang ramai, tapi kita rasa keseorangan. Pernah tak rasa macam tu? Or tak faham apa yang saya cuba sampaikan?


Bila timbul perasaan sebegini, muhasabah balik diri kita. Mungkin kita tak jaga hubungan dengan Allah. Mungkin hubungan kita dengan Allah, mula menjauh. Teringat satu pesanan yang pernah saya dengar, "Bila kita rasa down, muhasabah balik hubungan kita dengan Allah". Bila timbul rasa keseorangan, mungkin itu sebagai peringatan daripada Allah supaya kita baiki semula hubungan kita dengan Dia.

Thought of the day: Tulis, padam, tulis lagi, padam lagi dan berulang berkali-kali. Susah kan nak update blog? Bila Allah bagi ilham, senang je nak update. Bila Allah sekat sikit, jadi sangaaat payah. Menunjukkan betapa sebenarnya kita ni cumalah hamba yang lemah. Segala apa yang kita ada, semuanya nikmat dari Allah. Jadi, maaf pada sesiapa yang tak faham apa yang saya cuba sampaikan. Kalau faham kata-kata Ibnu Ata'illah tu pun dah cukup dah, insyaAllah :)

Wallahu'alam.

Monday, March 7, 2011

First Impression

Bismillahirrahmannirrahim.

Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang untuk hidup di bumi-Nya, dengan pelbagai nikmat yang tak terkira. Baru-baru ni, terbaca satu artikel mengenai tudung labuh. Dan apa yang dicatatkan dalam artikel tersebut, saya sendiri pun pernah alami.

Bila baca artikel ni, teringat balik pelbagai first impression kawan-kawan terhadap saya dulu.

Situasi 1:

"Awak dulu sekolah agama ke?"

"Eh. Tak la. Sekolah biasa je."

[IKLAN: Teringat perbualan dengan Kak Jaja: Alyaa dulu sekolah mana? Saya pun menjawab, sekolah biasa je. Kenapa ada 'je' kat belakang tu? tegur Kak Jaja. Eh, silap. Saya sekolah biasa.. :)]

Sambung balik cerita atas tadi:

"...." Sahabat yang bertanya tadi senyap, dengan muka terkejut.

"Kenapa?" soal saya.

"Takde la. Pelik bila tengok budak sekolah biasa pakai tudung labuh."

"Ohh.."

"Tapi, kalau tengok budak sekolah agama pakai tudung biasa, takde la pelik sangat."

Dalam hati saya: Double standard ke apa ni?

Situasi 2:

"Adik-adik letak barang adik-adik yang berharga kat tengah-tengah. Lepas tu, pejam mata dan ambik satu barang. Dan adik-adik kena bagitahu apa first impression adik-adik terhadap tuan punya barang tu," akak fasi memberikan arahan untuk sesi ta'aruf.

Tiba giliran saya untuk tahu first impression orang lain terhadap saya:

"Alyaa ni, dulu saya ingatkan akak DQ", tergelak saya mendengarnya.

Dalam hati: Melampau la. Tak layak kot -_-"

Situasi 3:

Lepas penat berjalan-jalan di Pesta Buku dengan roommate, duduk rehat sekejap.

Tiba-tiba,

"Belajar kat mana?" tanya seseorang.

"Kat uia"

"Ohh. Ambik bidang agama ke?"

"Tak la. Bidang sains"

Dalam hati: Kalau bertudung labuh, kena ambik bidang agama je ke?

"Ohh"

Lepas tu, terus melarikan diri ke tempat lain.

"Sebut sahaja tudung labuh, yang tergambar adalah tudung ala-ala ustazah, dan si pemakainya pula adalah gadis yang berlatarbelakangkan sekolah agama. Malah dengan bertudung labuh ia mampu memberi gambaran bahawa si pemakainya seorang yang alim dan setiap gerak gerinya andai ada yang salah atau melampaui akan dihukum dua kali ganda. Maksud saya bila si tudung labuh yang membuat salah, impaknya akan lebih besar, rasa terkejut orang ramai akan lebih hebat. Lebih tinggi berbanding situasi di mana pelakunya bukanlah seorang yang bertudung labuh."

[Credit to az-zariyat].

Sebenarnya, untuk memakai tudung labuh ni, perlukan kekuatan untuk istiqamah dan berhadapan dengan persepsi orang sekeliling. Tambah-tambah kalau sebelum ni, pakai tudung biasa dan bukan budak sekolah agama. Bukan nak mendabik dada bangga sebab pakai tudung labuh walaupun bukan budak sekolah agama. Tapi, cuma nak kongsi, bahawa tudung labuh ni bukan exclusively untuk budak sekolah agama sahaja.

"Ustazah, tumpang lalu sikit"

"Tepi-tepi, ustazah nak lalu ni"

Perkara-perkara di atas dah terlalu biasa dengar, sampai dah jadi lali.

Sampaikan ada seorang sahabat bertanya, "Usu, kenapa dia panggil kita ustazah?"

"Biarlah. Tak kisah pun. Dah terbiasa kena camtu," balas saya.

Gelaran 'ustazah' yang diberikan lantaran memakai tudung labuh. Sebagai tanda hormat, usikan atau ejekan, wallahu'alam. Bergantung kepada niat si pemanggil.

Ada 2,3 orang sahabat yang bertanyakan kepada saya, "Alyaa, camne rasa pakai tudung labuh ea? Nampak macam best je,"

Tersenyum bila baca soalan ni (sebab biasanya orang tak tanya direct, either through mesej or ym).

"Memang best pun. Rasa lagi selamat,"

"Cuba explain sikit"

"Rasa selamat la, sebab biasanya golongan bertudung labuh ni, orang tak berani kacau. Bila pakai tudung labuh ni, automatic kena jaga akhlaq la. Sebab kalau orang pakai tudung labuh buat salah or akhlaq tak jaga, orang pandang 'slack' lebih sikit. And, nanti tempias kena kat semua, bukan sorang je,"

"Ohh..."

"Kenapa? Nak pakai tudung labuh ea?"

"Takde. Tanye je. Terima kasih sudi kongsi"

Sebenarnya, ramai je yang teringin nak pakai tudung labuh. Tapi, takut dengan persepsi masyarakat yang meletakkan beban yang berat (label golongan yang bertudung labuh as 'alim, wara', ilmu agama mantop) pada bahu para muslimah yang bertudung labuh. Sebab itulah, saya katakan bahawa kekuatan ni sangat penting untuk berubah imej, kepada bertudung labuh.

Teringat satu perbualan:

"Saya teringin pakai tudung labuh, tapi rasa tak layak la. Ilmu tak banyak, perangai ntah apa-apa," adu si A kepada sahabatnya, B.

B pun jawab, "Dulu, ustazah saya pernah pesan, bila kita pakai tudung labuh ni, insyaAllah, automatically kita akan sentiasa jaga akhlaq kita. Nak tengok layak ke tak layak, susah la".

Lebih kurang begitulah perbualan tersebut. Banyak lagi sebenarnya. Tapi, tak ingat dah sebab dah lebih kurang setahun berlalu.

Sebenarnya, banyak je idea nak tulis tentang tudung labuh ni, tapi sekarang ni fikiran agak bercelaru sebab emosi tak balance sangat, jadi post ni pun agak serabut. Maaf.

*******

Dah masuk maincamp ni, makin selalu pulak dengar tentang BM. Bukan bahasa melayu, tapi baitul muslim. Selalu sangat, atau mungkin minggu ni je memandangkan ada kursus BM di uia kuantan?

[IKLAN: Kursus BM macam dapat sambutan hebat je? Based on registration hari tu la. Teringat gurauan kawan-kawan semasa lalu booth registration, "Tak nak join ke kursus tu? "Ala..bagi chance la ngan senior. Kita lama lagi kot"].

Bila berdiskusi mengenai BM, tak dapat lari dari ayat 'Menjadi soleh/ah untuk mencari yang solehah/soleh'. Memang betul dah, cumanya jangan sampai terlari matlamat hidup yang asal. Jangan sampai kita berusaha sedaya upaya untuk menjadi muslim/ah soleh/ah semata-mata untuk mencari pasangan hidup yang solehah/soleh. Biar mardhotillah menjadi matlamat hidup setiap detik, dan pasangan yang solehah/soleh menjadi satu wasilah untuk mencapai redha Allah. Supaya kita tetap redha andai diuji Allah, dengan mendapat pasangan hidup yang kurang soleh/ah.

[First time menulis tentang BM, sebab perkara ni dah lama terfikir. BM bukan tak penting, tapi bak kata Kak Husna, masih kurang penting. Sekarang, saatnya untuk memantapkan fardul muslim dulu]

Wallahu'alam.

P/s: Kalau sahabat kita tak pernah marah sekalipun, jangan terus assume dia tak pandai marah. Everyone has the ability to be angry. Tapi, yang membezakan adalah tahap kesabaran untuk terus mengawal rasa marah dari menguasai diri.

Thought of the day: Dalam proses upgrading tahap kesabaran yang kian menipis.

Sunday, February 27, 2011

UIAM Kuantan Berselawat

Bismillahirrahmannirrahim.

Alhamdulillah, tadi berpeluang untuk pergi ke satu majlis yang sangat sangat best, UIAM Kuantan Berselawat. Kalau sebelum ni, rasa cemburu bila baca blog sahabat-sahabat di pj yang post tentang pelbagai majlis ilmu di sana (KL Berselawat, UIA berselawat, talaqi, etc), tapi kali ini kami di Kuantan pun berpeluang untuk menyertai majlis ilmu sebegitu.

Majlis dimulakan dengan qasidah. Haa...rindu! Lama dah tak dengar qasidah (teringat talaqi kat pj dulu). Sambil dengar qasidah, ikut sama dan belek-belek maksud bait kata-kata yang dilafazkan. Allah..! Cantiknya maksud qasidah ni! Memuji habibullah, Nabi Muhammad SAW. Sempat muhasabah diri bila terbaca bagaimana makhluk Allah, bukan setakat manusia namun, haiwan dan tumbuh-tumbuhan sangat menyayangi Rasulullah SAW. Rasa segan, mulut menyatakan cinta pada Baginda, namun wujudkah rasa cinta tu dalam hati?

Teringat kisah satu pohon kurma yang menangis kesedihan tatkala Rasulullah meninggalkan pohon tersebut dan menggunakan mimbar untuk memberi khutbah jumaat (boleh refer sini). Segan sangat sangat bila nak bandingkan diri sendiri dengan pohon kurma tu.

Dan teringat jugak kisah seekor buraq yang menangis kerana rindukan Rasulullah, biarpun tak pernah berjumpa baginda dan hanya mendengar namanya (refer sini). Kita (saya) yang mengaku cinta dan kasihkan Rasulullah SAW, tapi pernah tak mengalirkan air mata kerana rindukan baginda? Kita (saya) yang bangga menjadi umat baginda, (khaira ummah, sebaik-baik umat), dalam sehari berapa banyak kita berselawat atas baginda?

Talk berkaitan sirah nabi yang disampaikan oleh Ustaz Mustafa Kamal bin Hamzah, biarpun singkat namun sangat memberi kesan. Pelbagai peristiwa penting dalam sirah nabi diceritakan semula oleh ustaz. Sangat best! Ustaz tekankan mengenai keindahan akhlaq Rasulullah SAW yang telah menyebabkan ramai masyarakat terdahulu beriman kepada ajaran yang dibawa baginda dan memeluk Islam. Bagaimana respon Nabi Muhammad SAW tatkala baginda dihina, dicaci, diugut bunuh kerana menyebarkan dakwah Islam?

Kisah seorang pengemis yahudi buta yang takde kerja lain selain menghina Rasulullah SAW. Namun, baginda tak marah, baginda tetap bersabar. Sehinggalah baginda wafat, dan tugas memberi makanan kepada pengemis tersebut diambil alih oleh Abu Bakar as-Siddiq, barulah pengemis yahudi tu tahu bahawa orang yang sentiasa dihinanya iaitu Nabi Muhammad SAW, yang memberikan dia makanan setiap hari sehinggalah baginda wafat.

Ingat lagi peristiwa Thaif? Peristiwa yang berlaku apabila dakwah baginda ditolak oleh pemuda di kawasan Thaif, malah mereka membaling batu kepada baginda? Bukan satu batu, tapi banyaaaaak! Sehingga diceritakan jubah baginda yang putih bertukar merah kerana terkena darah yang banyak, mencecah tumit.

Sangat banyaaaak sebenarnya kalau nak cerita tentang sirah nabi. Satu post takkan cukup. Dari sirah nabi ni sebenarnya, kita boleh muhasabah semula level kecintaan kita pada baginda, seorang nabi yang sangat berjasa menyebarkan dakwah Islam sehingga kita memperoleh dua nikmat yang amat bernilai; Islam dan iman.

Muhasabah semula hati kita ni, dah tertanam kukuh ke rasa cinta, sayang dan kasih pada Rasulullah SAW? Andai dibandingkan dengan Abu Lahab yang tak mengakui kebenaran dakwah baginda, namun suatu masa dahulu, sanggup menyembelih 100 ekor unta kerana terlalu gembira menyambut kelahiran Nabi Muhammad SAW?

Kita sanggup habiskan duit berapa banyak pun untuk beli novel/komik, tapi kenapa bila nak beli buku sirah payah pulak nak keluar duit?Kita sanggup tak tidur sebab buat revision, tapi kenapa buku berkaitan sirah nabi susah sangat nak baca? Jangan biarkan 'cintakan Nabi' sebagai kata-kata di mulut saja, tapi sematkan dalam hati, biar perasaan tu tertanam dengan kukuh.


Thought of the day: (1) Bila buat salah, and orang tegur baik-baik, siap bagi cara nak perbaiki kelemahan diri, jadi semangat untuk baiki diri :)

(2) Please don't judge the book by its cover & I would like to add, please don't judge someone based on his/her appearance. A pakai tudung bawal biasa, tak semestinya A tak baik. B pakai tudung labuh sikit dari orang lain, tak semestinya B lebih baik dari A, C atau D sehinggakan B tak boleh ditegur oleh sesiapa pun. Apa yang penting? Tak, bukan kerjasama. Apa yang penting, tutup aurat ok?

(3) High expectation hurts? Please don't put your expectation too high on anyone. Dia baik, tak semestinya tak boleh buat silap. Always remember, baik macam mana sekali pun, dia bukan malaikat tapi tetap manusia biasa yang tak lepas dari kesilapan.

(4) Sedang mendidik diri untuk banyakkan memberi :)

Wallahu'alam.

Saturday, February 19, 2011

Matlamat

Bismillahirrahmannirrahim.

If you have no particular destination in mind, then you can take any road. However, if you have someplace in particular you want to go, you've got to plan the best way to get there.
- Nota subjek Management :)

Tengah hari tadi, baca nota Management (MGT) sebab malam ni sepatutnya ada kuiz, tapi cancelled (so, boleh la pergi dengar talk). Bila baca ayat kat atas dalam nota, terfikir, "Allah, cambest je ayat ni,". Lepas tu, terlintas dalam hati nak update blog yang dah lama terabai ni. Sebenarnya, last two weeks, dah update dah. Tapi, disebabkan kesilapan teknikal, entry bertajuk "Terengganu, Mesir dan Farmasi" tu pun tak dapat nak publish. Dan seterusnya, sibuk dengan exam yang berderet-deret (tapi still ada dua subjek lagi tak exam). Jadi, minta maaf tak update blog.

Okay. berbalik kepada ayat kat atas tu, kalau kita teliti ayat tersebut, betul la kan? Contoh, sebelum outing, kita dah tetapkan nak pergi beli barang kat Mydin, jadi, mesti kita akan naik transport untuk ke Mydin. Tapi, andai kata kita takde specific location, kita akan naik transport untuk ke mana-mana saja.

Ayat kat atas ni sebenarnya kita boleh apply dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim/ah. Kita hidup di dunia ni, kena clear dengan matlamat hidup kita dan destinasi kita di akhirat kelak. Mungkin ada antara kita yang pernah disoal apa matlamat hidup kita, dan kita tak dapat jawab. Kalau tak tahu apa matlamat hidup kita, kena la cari. Jangan biarkan diri kita hidup tanpa matlamat.

Andai matlamat hidup kita untuk mendapatkan redha Allah, dan destinasi di akhirat, kita nak masuk syurga, maka, kita kena la berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu. Sebab di akhirat nanti, kita cuma ada dua destinasi; syurga atau neraka. Takkan wujud 'syurga setinggan' semata-mata kerana kita tak nak ke neraka dan tak layak ke syurga.


Thought of the day: (1) Sangat happy kerana ternyata Allah itu tak pernah dan tak akan pernah memungkiri janji-Nya. Jaga Allah, maka Allah akan jaga kita. Bila berhadapan dengan kesusahan, minta tolong dengan Allah.

(2) You were the sun that brightened my day, now who's gonna wipe my tears away? (Mother by Sami Yusuf) - Bila homesick, teringat kisah Nabi Yusuf yang terpisah daripada bapanya saat usia masih muda.

(3) Saat fikiran berserabut dengan exams, assignments dan events, rasa tenang bila melihat ciptaan Allah. Menjejakkan kaki buat kali pertama di Telok Chempedak, sangat best! Dan langit kat Kuantan sangat cantik pada waktu malam :)

Wallahu'alam.

Wednesday, December 22, 2010

Belajar dari video

Bismillahhirrahmannirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.

Malam ni nak kongsi video The Chosen One by Maher Zain. Mesti ramai yang kenal Maher Zain kan? (Rasanya semua orang pun kenal) Lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau memang best, mantop la! :) Even kalau kita bagi budak-budak kecik dengar atau tengok video clip dia, mesti semua khusyuk. Teringat semasa bekerja kat tadika dulu, semua budak-budak tu tengah main-main sementara tunggu parents dorang datang. Memang sangat bising waktu tu. Tapi, sekali bukak video Maher Zain, semua senyap, khusyuk je tenung skrin laptop tu.

Sebenarnya, post kali ni bukanlah nak bercakap mengenai Maher Zain. Nak sentuh sikit je tentang video dia. Tapi, sebelum tu, kita tengok dulu video tu ea?



Okay. Dah tengok? Best kan video ni? Satu scene yang sangat sangat memberi kesan kepada saya, adalah semasa Maher Zain sedeqah duit kepada seorang pengemis kat tepi jalan tu, dan kemudiannya pengemis tu cepat-cepat lari ke tempat lain. First time tengok video ni, dalam hati dah terdetik, "Eh. Apsal lak laki ni? Orang bagi dia duit, tak cakap terima kasih pun, terus lari je".

TAPI, tak lama lepas tu, tunjuk pulak satu scene di mana pengemis tadi, memberikan duit yang dia dapat kepada seorang lagi pengemis, yang pada pendapat saya, berada dalam keadaan yang lebih lemah daripada pengemis pertama tadi.

Dan, terus terdetik dalam hati, "Allah! Bagusnya lelaki ni! Even dia susah, dia masih boleh MEMBERI kepada yang lebih memerlukan".

Daripada babak-babak ni, sebenarnya ada banyak perkara yang kita boleh pelajari. Salah satunya, konsep ithar. Amende ithar ni? Ithar ni maksudnya, mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri. Dan kalau tak silap saya, ithar ni merupakan level tertinggi dalam ukhuwwah.

Dari sini, kita boleh muhasabah diri masing-masing. Sebagai seorang sahabat, adakah kita dah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai 'ithar' ni? Ataupun tahap terendah dalam ukhuwwah, iaitu berlapang dada sesama sahabat, pun kita tak boleh nak capai lagi?

Pengajaran kedua yang kita boleh dapat dari video ni, memberi. Seperti yang selalu dikatakan oleh Ustaz Hasrizal, "Erti hidup pada memberi". Sepanjang kita hidup ni, adakah kita lebih banyak memberi atau lebih banyak menerima? Hidup ni mesti ada give and take. Takkan selama-lamanya kita nak hidup untuk menerima saja?

Sesusah mana pun kita, cuba sedaya upaya untuk sentiasa memberi. Tak kisah la, nak bagi apa. Duit, hadiah, kongsi ilmu, semuanya dikira sebagai memberi. Lagipun, memberi sedeqah ni salah satu amalan yang Rasulullah SAW amalkan dengan istiqamah kan? :)

Jadi, lepas muhasabah, kena la baiki diri. Kalau dah jumpa kekurangan diri, berusahalah untuk perbaiki kekurangan tersebut.

*******

Jumpa link blog ni beberapa hari yang lepas. Tulisan-tulisan kat blog ni sangat sangat memberi kesan, dan mengajar saya agar sentiasa menjadi hamba yang bersyukur, biar sehebat mana ujian yang dihadiahkan Allah. Kalau nak dibandingkan dengan arwah yang sangat sangat tabah menghadapi ujian Allah, rasa malu dengan diri yang selalu merungut bila diuji.

Ayat-ayat yang arwah gunakan, sangat memberi kesan. Salah satu phrase yang sangat saya suka, "A minute you're on top of the world, but by the next blink of the eye, here you are, as low as you can get". Hebat kan bila seseorang menulis dari hati, berlandaskan ajaran Islam? Hanya tulisan dari hati yang akan mampu menyentuh hati orang lain :)

Sama-sama kita doakan semoga arwah ditempatkan bersama hamba-hamba Allah yang soleh. Al-Fatihah.

*****

Thought of the day: Kepada sahabat-sahabat, saya nak mintak maaf kalau ada buat silap, cakap kasar, selalu menyusahkah orang, tak reti nak ucap terima kasih atau apa-apa je la. Saya manusia biasa, memang tak lepas dari melakukan kesilapan, dan juga mudah alpa. Jadi, kalau ada kesilapan yang saya lakukan tanpa sedar, tolonglah nasihatkan ea?

Update: Bila tengok lagi sekali video The Chosen One tu, sebenarnya pengemis tu macam ada cakap something bila Maher Zain sedeqahkan duit. Saying 'Thank you' perhaps? :)

Wallahu'alam.