Wednesday, December 22, 2010

Belajar dari video

Bismillahhirrahmannirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.

Malam ni nak kongsi video The Chosen One by Maher Zain. Mesti ramai yang kenal Maher Zain kan? (Rasanya semua orang pun kenal) Lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau memang best, mantop la! :) Even kalau kita bagi budak-budak kecik dengar atau tengok video clip dia, mesti semua khusyuk. Teringat semasa bekerja kat tadika dulu, semua budak-budak tu tengah main-main sementara tunggu parents dorang datang. Memang sangat bising waktu tu. Tapi, sekali bukak video Maher Zain, semua senyap, khusyuk je tenung skrin laptop tu.

Sebenarnya, post kali ni bukanlah nak bercakap mengenai Maher Zain. Nak sentuh sikit je tentang video dia. Tapi, sebelum tu, kita tengok dulu video tu ea?



Okay. Dah tengok? Best kan video ni? Satu scene yang sangat sangat memberi kesan kepada saya, adalah semasa Maher Zain sedeqah duit kepada seorang pengemis kat tepi jalan tu, dan kemudiannya pengemis tu cepat-cepat lari ke tempat lain. First time tengok video ni, dalam hati dah terdetik, "Eh. Apsal lak laki ni? Orang bagi dia duit, tak cakap terima kasih pun, terus lari je".

TAPI, tak lama lepas tu, tunjuk pulak satu scene di mana pengemis tadi, memberikan duit yang dia dapat kepada seorang lagi pengemis, yang pada pendapat saya, berada dalam keadaan yang lebih lemah daripada pengemis pertama tadi.

Dan, terus terdetik dalam hati, "Allah! Bagusnya lelaki ni! Even dia susah, dia masih boleh MEMBERI kepada yang lebih memerlukan".

Daripada babak-babak ni, sebenarnya ada banyak perkara yang kita boleh pelajari. Salah satunya, konsep ithar. Amende ithar ni? Ithar ni maksudnya, mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri. Dan kalau tak silap saya, ithar ni merupakan level tertinggi dalam ukhuwwah.

Dari sini, kita boleh muhasabah diri masing-masing. Sebagai seorang sahabat, adakah kita dah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai 'ithar' ni? Ataupun tahap terendah dalam ukhuwwah, iaitu berlapang dada sesama sahabat, pun kita tak boleh nak capai lagi?

Pengajaran kedua yang kita boleh dapat dari video ni, memberi. Seperti yang selalu dikatakan oleh Ustaz Hasrizal, "Erti hidup pada memberi". Sepanjang kita hidup ni, adakah kita lebih banyak memberi atau lebih banyak menerima? Hidup ni mesti ada give and take. Takkan selama-lamanya kita nak hidup untuk menerima saja?

Sesusah mana pun kita, cuba sedaya upaya untuk sentiasa memberi. Tak kisah la, nak bagi apa. Duit, hadiah, kongsi ilmu, semuanya dikira sebagai memberi. Lagipun, memberi sedeqah ni salah satu amalan yang Rasulullah SAW amalkan dengan istiqamah kan? :)

Jadi, lepas muhasabah, kena la baiki diri. Kalau dah jumpa kekurangan diri, berusahalah untuk perbaiki kekurangan tersebut.

*******

Jumpa link blog ni beberapa hari yang lepas. Tulisan-tulisan kat blog ni sangat sangat memberi kesan, dan mengajar saya agar sentiasa menjadi hamba yang bersyukur, biar sehebat mana ujian yang dihadiahkan Allah. Kalau nak dibandingkan dengan arwah yang sangat sangat tabah menghadapi ujian Allah, rasa malu dengan diri yang selalu merungut bila diuji.

Ayat-ayat yang arwah gunakan, sangat memberi kesan. Salah satu phrase yang sangat saya suka, "A minute you're on top of the world, but by the next blink of the eye, here you are, as low as you can get". Hebat kan bila seseorang menulis dari hati, berlandaskan ajaran Islam? Hanya tulisan dari hati yang akan mampu menyentuh hati orang lain :)

Sama-sama kita doakan semoga arwah ditempatkan bersama hamba-hamba Allah yang soleh. Al-Fatihah.

*****

Thought of the day: Kepada sahabat-sahabat, saya nak mintak maaf kalau ada buat silap, cakap kasar, selalu menyusahkah orang, tak reti nak ucap terima kasih atau apa-apa je la. Saya manusia biasa, memang tak lepas dari melakukan kesilapan, dan juga mudah alpa. Jadi, kalau ada kesilapan yang saya lakukan tanpa sedar, tolonglah nasihatkan ea?

Update: Bila tengok lagi sekali video The Chosen One tu, sebenarnya pengemis tu macam ada cakap something bila Maher Zain sedeqahkan duit. Saying 'Thank you' perhaps? :)

Wallahu'alam.

Sunday, December 19, 2010

Update dari Kuantan

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamu'alaikum w.b.t.

Jap. Rasa nak senyum :)

*******

Alhamdulillah, dah seminggu lebih memulakan fasa hidup yang baru sebagai 'undergraduate student' di UIA Kuantan. Walaupun macam-macam ujian yang dihadapi (rasanya tak perlu dispesifikkan), sebelum dan selepas menjejakkan kaki di kuantan, insyaAllah semuanya ada hikmah. Dan fitrah sebagai seorang manusia biasa, bila diuji Allah, mula-mula memang merungut. Mungkin tak merungut di mulut, tapi dalam hati,... takde apa yang boleh kita sembunyikan daripada Allah.

Bila diuji, mula la pertikaikan itu ini. Mesej si A si B, nak cerita tentang masalah yang dihadapi, dengan harapan mungkin si A atau si B boleh tolong cari jalan penyelesaian. Tapi, sebagai hamba Allah, tak sepatutnya kita letakkan pergantungan pada manusia lain, yang juga merupakan hamba Allah kan? Bila ada masalah, luangkan lebih banyak masa untuk Allah, mengadu pada Dia Yang Satu. Allah yang memberikan kita ujian, dan insyaAllah Dia juga yang punya penyelesaiannya [Perkara ni memang dah tahu, tapi memang dah fitrah manusia mudah lupa. Maka, kena selalu diingatkan].

Bila diuji, jangan cepat melatah. Jangan ikutkan nafsu sangat. Cuba tenangkan fikiran, setiap suatu yang terjadi mesti ada hikmahnya. Allah takkan sesekali menjadikan sesuatu dengan sia-sia.

*******

Setakat ni tak semua kelas yang dah start, sebab baru minggu pertama agaknya. Tapi so far, Alhamdulillah, okay. Masuk kelas calculus, boleh dengar tazkirah. Masuk kelas management, ada tazkirah juga :) Yelah, kat sini agak kekurangan event seperti di UIA PJ. Kalau kat cfs dulu, banyak ceramah agama, antara nak pegi atau tak nak je. Jadi kat sini, kena pandai-pandai la cari pengisian. Internet ada, sahabat-sahabat pun ada.

*******

Malam ni, teringat orang kat pj pulak. Bila dah teringat, mula la nak mesej semua orang (tak mesej semua orang pun, mesej beberapa orang je). Tiba-tiba rasa rindu pulak dengan suasana & sahabat-sahabat kat pj. Tapi, dah rasa lega sikit, sebab ada orang call tadi :)

Thought of the day: Bila diuji, tenangkan hati dan fikiran dengan ayat-ayat cinta kegemaran. Bukan novel atau filem ayat-ayat cinta. Tapi, ayat-ayat cinta daripada-Nya:

"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." [Al-Baqarah:216]

"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..." [Al-Baqarah: 286]

Wallahu'alam.

Wednesday, November 24, 2010

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.

Untuk mengisi masa cuti selama 2 bulan sebelum menjejakkan kaki ke Kuantan, pelbagai rancangan yang telah difikirkan. Salah satunya ialah bekerja. Macam-macam kerja yang cuba diapply, tapi satu pun tak dapat. Selepas sebulan mencari kerja, baru la dapat satu kerja yang memang menepati kehendak hati, iaitu kerja yang senang; kerja yang membolehkan saya tetap mempraktikkan ajaran Islam biarpun semasa bekerja. Alhamdulillah, dapat kerja sebagai guru tadika :)

Mula-mula, nervous gak nak start kerja. Sebab guru adalah suatu kerja yang memang saya cuba untuk jauhi. Kenapa? Takut terajar ajaran sesat dengan orang lain. Lagipun, saya bukanlah seorang yang boleh menjelaskan sesuatu dengan sejelas-jelasnya.

Bekerja kat tadika ni, pelbagai perkara yang saya pelajari dengan melihat telatah pelajar-pelajar yang masih kecil dan comel semuanya. Kanak-kanak yang masih kecil tak pandai berdendam. Walaupun hari ni mereka bergaduh dengan kawan, tapi tak lama. Sekejap je, dah okay balik. Kanak-kanak yang masih kecil ni jugak tak pandai ambil hati. Kalau kita tegur sebab mereka buat salah, mereka terima je. Tapi, kena tengok keadaan gak la. Kalau tegur semasa mereka sedang bad mood, memang mengamuk la. Sebenarnya, walau dengan siapa kita bergaul, insyaAllah kita boleh dapat sesuatu.

Apa-apa pun, memang best bekerja sebagai seorang guru tadika. Dikelilingi oleh budak-budak yang comel, rasa terhibur. Kanak-kanak yang masih belum mengenal erti 'masalah'. Bila bersama dengan mereka, masalah pun hilang sekejap daripada fikiran.

Ni gambar party last day hari tu:


Ni kawan gaduh saya, Riduan :P


Adek and Haikal


Farisha and Umairah


Dedek, Harith, Hannah, Hakim and Hariz Chomel :)

My name is Ashman, you can call me Dedek :)
Wallahu'alam.

Thursday, October 21, 2010

Istiqamah

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.

Payahnya nak update blog ni. Bukak blog, tulis sikit, padam, tutup blog. Bukan sekali. Tapi, berkali-kali (alasan ke ni?). Bila Allah sekat ilham sikit, walau try macam mana pun, tetap tak dapat nak update blog. Tapi takpe la. Better tak update blog daripada update post yang tak berfaedah kan?

2 bulan blog ni terabai, tanpa apa-apa update. Apa nak jadi la dengan tuan punya blog ni? Takpe, cuti panjang ni, saya try la update sikit-sikit.

Kali ni, nak cakap pasal istiqamah. Dulu, saya ingatkan istiqamah ni maksudnya, kita buat something dalam masa yang panjang. Tapi, sebenarnya tak. Istiqamah ni, adalah bila kita buat suatu kebaikan sampai kita meninggalkan dunia. Kalau macam tu, baru boleh dianggap istiqamah.

Dulu, ada seorang akak ni bagi talk, dia siap tanya, "Antunna confirm ke antunna akan dapat capai istiqamah? Sekarang ni, baru permulaan. Lepas ni, antunna akan melalui pelbagai peringkat lagi. Habis study, kerja, kahwin, ada anak. Istiqamah ni kena sampai kita dah meninggalkan dunia".

Terdiam saya mendengar kata-kata akak tu. Betul la! Istiqamah bukan setakat buat kebaikan dalam masa yang panjang, tapi sampai hujung nyawa.

Kenapa tiba-tiba bercakap pasal istiqamah ni? Sebab ada seorang sahabat mengadu, susah nak istiqamah bila duduk kat rumah sepanjang cuti ni. Saya pun tak berani nak bagi nasihat lebih-lebih sangat, sebab saya pun dalam usaha untuk meng'istiqamah'kan diri. Lagipun, risau jugak sebenarnya, sebab biasanya, kita akan diuji dengan apa yang kita katakan [yang ni, roommate saya selalu pesan :)]

Susah nak istiqamah? Sebab tu la pentingnya bersahabat dengan sahabat-sahabat yang baik. Sahabat yang bila kita bersamanya, dia sentiasa ingatkan kita kepada Allah. Sepanjang cuti ni, saya kurang contact sahabat-sahabat kat uia (kawan jenis apa la budak ni? -_-" takpe takpe, try ubah perangai ni). Tapi, semalam, saya online kejap, sempat la chat dengan beberapa orang sahabat ni. Lepas chat dengan diorang je, saya rasa sangat sangat happy. Tak tau la kenapa. Tapi, rasa iman reenergize balik :) Betul la kan? Orang yang hatinya bersih, cakap apa pun, insyaAllah mampu menyentuh hati orang lain.

So, jom kita bersihkan hati & cuba sedaya upaya untuk capai istiqamah.

Wallahu'alam.

Thought of the day: Iman itu sifatnya yazid wa yanqus kan? Ada masanya, iman tu bertambah, tapi kadang-kala iman menurun. Tapi, bila iman tu dalam fasa menurun, jangan biarkan ia terus turun. Usaha sungguh-sungguh untuk naikkan balik iman (note to self)

Monday, August 9, 2010

Penat?

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Anda pernah tak rasa penat setelah buat suatu kerja, sampaikan anda nak cuti satu hari? Satu hari rehat, tak buat apa-apa, tak pergi kelas & duduk kat bilik je.

Kadang-kadang, saya segan dengan sahabat-sahabat yang sangat sangat semangat apabila bergerak kerja. Letih macam mana pun, masalah menimbun banyak mana pun, tapi kerja tetap jalan. Kalau nak dibandingkan dengan diri saya ni, macam langit dengan bumi. Penat sikit dah mengeluh, Allah uji sikit dah nak terjatuh [muhasabah untuk diri], padahal ada je orang lain yang lebih penat tapi masih tetap laksanakan tanggungjawab mereka.

Rasa insaf bila diingatkan oleh seorang hamba Allah, "Kalau kita lihat sekeliling kita, ramai lagi yang tak faham dan tak praktikkan Islam". Rasa sangat sangat tak bertanggungjawab, sebab dah faham Islam tapi tak bersungguh-sungguh pun berusaha untuk menyampaikan Islam tu kepada orang lain. Mulut cakap nak menegakkan Islam, tapi usaha?

Allahhummaghfirlana wa tub 'alaina ya Allah.

Kita yang dah ada kefahaman tentang Islam ni, sepatutnya praktikkan ajaran Islam dan berusaha bersungguh-sungguh untuk sampaikan Islam kepada orang lain. Biar penat macam mana pun, gerak kerja kena tetap berjalan. Jangan ikutkan hawa nafsu yang selalu inginkan rehat tu [Peringatan buat diri].

Biar penat di dunia dengan kerja-kerja demi menegakkan Islam, supaya kita bahagia di akhirat kelak, insyaAllah.

Thought of the day: Kena sentiasa muhasabah diri dan tajdid niat. Lepas ni, tak boleh malas-malas dah. Kalau penyakit malas menyerang je, kena sentiasa ingatkan diri dengan pengorbanan Rasulullah SAW. Ujian yang Rasulullah SAW hadapi semasa menyebarkan Islam lagi dahsyat tapi baginda tetap teruskan kerja dakwah, so mulai saat ni tak boleh ada alasan nak lepaskan diri daripada tanggungjawab lagi.

Thursday, July 29, 2010

Because he's a Muslim?

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Tengah seronok-seronok online, terjumpa sesuatu yang menarik, dan sangat comel. So, nak kongsi la. Semoga ada manfaatnya :)

Klik sini.

Rasanya, tak perlu elaborate apa-apa dah. InsyaAllah, semua dah faham kan? Kita kena sentiasa ingat, setiap perbuatan kita, bukan sahaja akan bagi efek kepada kita, tapi juga kepada Islam. So, sebelum nak buat sesuatu tu, kena la fikir banyak-banyak kali (peringatan buat diri terutamanya).

Wallahu'alam.

Wednesday, July 28, 2010

Bismillahirrahmannirrahim...

Sahabat,
Jika kau lihat ku selalu ceria,
ketahuilah bahawa aku juga punya masa duka.

Jika kau lihat ku sering berjenaka,
sesungguhnya aku bahagia melihat kau gembira.

Jika aku menegurmu,
ketahuilah bahawa aku masih menyayangimu.

Jika tak pernah kau lihat tangisanku,
ketahuilah bahawa tangisan itu aku simpan untuk-Nya.

Tapi, ku mohon
agar kau raikanlah kekuranganku
kerana insan biasa itu tidak sempurna.

Cuba untuk mengerti diriku
kerana aku juga sedang mengerti kamu.

*******

Kadang-kadang, bila kita ada masalah, rasa nak cerita je kepada kawan-kawan. Tapi, tak semestinya kawan kita tu faham. Mungkin dia cuba nak faham, tapi tak dapat sebab dia sendiri pun ada masalah jugak. Maka, letakkanlah pergantungan kita kepada Allah. Kalau ada masalah, mengadulah kepada Dia. Kerana Dia Yang Menciptakan kita, maka Dialah Yang Paling Memahami diri kita. Dia Yang Menguji kita, maka 'berceritalah' kepada-Nya (P/s: Peringatan untuk diri sendiri terutamanya).

"...Ketahuilah, dengan mengingati Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia"
[Surah ar-Ra'd:Ayat 28]

Wallahu'alam.

Thought of the day: Kena sentiasa jaga hati, supaya berupaya 'menyentuh' hati orang lain :)

Wednesday, July 21, 2010



You make me feel guilty.

Is it my fault?


P/s: Rasa sangat sangat sedih.

Tuesday, July 20, 2010

Special thanks :)

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang kepada saya untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba-Nya. Hari ni, usia saya dah pun menginjak 19 tahun 1 hari :)

19 tahun bukan tempoh yang singkat kan? 19 tahun hidup sebagai hamba Allah, apa yang telah disumbangkan untuk Islam? (Kena sentiasa muhasabah ni.)

Sebenarnya, takde idea pun nak update apa. Cuma nak ucapkan terima kasih yang teramat pada sahabat-sahabat yang wish birthday saya, tak kisah la wish awal ke wish lambat. Dan terima kasih jugak kepada mereka yang bertungkus-lumus plan nak buat surprise party (konon-konon nak jadi yang last wish birthday), yang akhirnya tak menjadi. Maaf, sebab tak reti nak berlakon 'terkejut' :P

Mungkin birthday kali ni, takde rasa macam birthday pun, biasa-biase je. Sebab minggu ni saya sangat agak busy (rasanya ada yang lagi busy kot), dengan pelbagai perkara; meeting, discussion, exam, tutor, kuiz, nak jumpa adik-adik lagi. Lagipun, pertambahan usia ni, sepatutnya lebih mengingatkan kita kepada kematian. Kerana semakin bertambah usia kita, maka semakin kita hampir dengan kematian.

Tapi, apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sanggup mengeluarkan duit, menyambut birthday saya ni dan jugak yang wish (sama ada through message or call). Sangat gembira sebenarnya, cuma tak ter'express' perasaan tu sebab fikiran dah berserabut. Nak taip nama satu-satu, ramai sangat la pulak (ke malas sebenarnya ni alyaa? :P).

Usia bertambah, tanggungjawab pun bertambah dan semakin berat, diri pulak kena semakin matang.

Wallahu'alam.

Thought of the day: Rasa as if tak boleh nak bertahan, sangat busy. Tapi, tetap pujuk hati supaya sentiasa ingat ayat cinta daripada-Nya, setiap masa [2:286]. Allah takkan bagi ujian yang tak mampu dipikul oleh diri. Kena sentiasa ingat bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri ini [2:216]

Tuesday, July 13, 2010

Perlu ke?

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Sekarang ni, ada satu persoalan yang bermain-main dalam fikiran saya;

"Penting sangat ke semangat assobiyah ni?"

Tak kisah la semangat assobiyah tu diwujudkan atas dasar apa.

Soalan ni sangat memeningkan kepala saya sekarang.

Kita mengaku semua orang Islam tu saudara kita, tapi...

Perlu ke kita wujudkan semangat assobiyah sesama kita, sedangkan kita mengaku kita saudara seaqidah?

Perlu ke kita semaikan pula semangat assobiyah dalam diri orang lain?

Anda boleh jawab soalan ni?

Kita hidup di dunia ni, bukan seorang-seorang. Kita hidup dalam kelompok yang sangat sangat ramai. Di Malaysia je, dah tersangat ramai manusia. Bagaimana untuk hidup dalam masyarakat sedangkan semangat assobiyah kita masih terlalu tinggi?

P/s: Maaf atas post yang, mungkin bagi anda, tak bermakna dan bermanfaat.

Thought of the day: Payahnya untuk berhusnuzhon terhadap orang lain. Hati ni perlu dibersihkan dan dijaga, sentiasa.

Wednesday, July 7, 2010

Sahabat :)

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Pagi-pagi buta ni, tiba-tiba rasa nak update blog, tentang sahabat. Alhamdulillah, saya rasa sangat sangat bersyukur sebab sekeliling saya ada ramai sahabat yang baik. Cuma saya je yang tak sedar selama ni.

Kenapa tetiba je cakap pasal sahabat ni? Sebab...ni final sem saya kat cfs, insyaAllah dan rasa sedih pulak nak tinggalkan sahabat yang dah macam adik-beradik sendiri ni. Tapi, saya akui la agak sukar pada mulanya untuk rapat dengan sahabat yang ramai ni.

Mungkin saya ni jenis yang agak payah nak rapat dengan seseorang yang baru saya kenal. Menyebabkan saya jadi pendiam apabila berada dengan orang yang saya tak berapa kenal dan sangat susah untuk berkongsi masalah (nampak sangat ukhuwwah tak mantap lagi -_-"). Apa main point saya sebenarnya? Sebenarnya, tak tahu apa nak tulis pun. Cuma nak kongsi sesuatu. Semoga ada manfaatnya :)

Kawan baik tidak semestinya kena dekat,
berada di sisi sepanjang masa,
berkepit ke sana sini ke mana-mana.

Kawan baik, tidak semestinya perlu bertanya khabar,
setiap hari, setiap minggu,
kadang masing-masing berdiam,
diam bukan bererti tidak mengambil berat,
bukan tanda tidak lagi kasih,
tapi masing-masing sedang berjuang dalam hidup masing-masing,
dalam hati, tidak putus-putus menghidupkan kekuatan,
untuk diri temannya dan dirinya sendiri.

Kawan baik tidak semestinya,
perlu berada di samping kawannya setiap ketika,
menempuh halangan dan dugaan bersama,
kadang-kadang tawamu dikongsi,
kadang-kadang tangisanmu ditanggung sendiri.

Kawan baik juga,
memerhatikan kawannya dari jauh,
menasihati dari jauh,
dan mendoakan dari jauh juga.

Kawan baik itu sentiasa ada,
andai kamu menyeru nama dia dalam hati,
dia akan segera menemanimu,
biarpun bukan dari segi fizikal,
tetapi ingatan untukmu sentiasa ada.

Kamu, kawan baik aku,
untuk semalam, hari ini dan selamanya.

Wahai kawan baik,
terima kasih atas segalanya,
kasih dan sayangmu aku akan hargai,
sampai kita bertemu lagi,
mungkin di syurga,
kerana kita berkasih sayang, kerana Dia.

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).." (43:67)


Hakikatnya, kita bukan sahaja terikat dengan ikatan persahabatan, namun hati-hati kita ini telah diikat dengan satu ikatan yang amat teguh iaitu ikatan aqidah. Ukhuwwah kerana Allah tu memang manis kan? :)

Wallahu'alam.

Tuesday, July 6, 2010

Utamakan kualiti atau kuantiti?

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Saya nak kongsi satu artikel yang bagi saya amat amat bermanfaat, dan memberi kesedaran. Jom baca!

Kita Bukan Sekadar Berprogram

Salam ukhwah.. Saya berdoa Moga Allah mengiringi setiap apa yang akan saya tuliskan supaya niatnya tidak lari dan hanya untuk berkongsi seberapa perkara dari pemikiran dan pengalaman saya yang masih cetek. Saya bukanlah sesiapa. Tiada authority mahupun nama gah yang sudah terkenal supaya orang mendengar apa yang saya tuliskan. Saya cuma menulis (semoga Allah membenarkan saya dan menjaga niat saya) hanya untuk membawa kepada kebenaran dan hak.

Tidakkah kita secara sedar atau tidak, berasa sudah lali dengan program-program Islam? Di surau-surau, di pentas ceramah besar-besaran, di kaca televisi, bersama ilmuwan tersohor. Bahkan dalam suasana sekarang, institusi halaqah juga semakin giat dan mantap. Semakin dahsyat dan membugar. Dan secara jujur (walaupun agak kejam), sudah membosankan dan ramai sudah tidak ambil kisah. Ya, ada halaqah. Ya, ada ceramah. Ya, ada pengisian di masjid itu dan masjid ini. Ustaz itu dan ustaz ini. Habis tu?

Rohnya seakan hilang. Kekuatan dan ‘izzahnya seakan kurang. Ianya dilihat seakan sama dengan program-program biasa. Tiada beza. Sama sahaja. Tiada apa yang menarik. Tiada apa yang berubah. Ya, sama sahaja.

Kenapa jadi begitu? Itulah persoalannya. Kenapa ada yang sampai melihat tiada beza, bahkan menyamakan ianya dengan kempen Islam Hadhari dan Sure Heboh yang dalamnya ada slot ceramah agama?

DAKWAH RASULULLAH SAW

Kita soroti perjalanan dakwah Rasul.

Perkara pertama dakwah Rasul adalah mentauhidkan Allah. Rasulullah SAW memulakan dakwah baginda dengan menyampaikan wahyu yang paling asas dari kalam Tuhan, yakni kalimah Tauhid yang agung:



Dan di situ berlangsungnya satu lagi kesaksian:




Lihat kembali, perkara pertama yang Rasulullah bawakan adalah kalimah Tauhid yang dalamnya terkandung makna kehidupan. Terkandung makna sebuah perjalanan dan pengabdian serta kemanisan iman.

KEADAAN ZAMAN RASULULLAH

Kita soroti pula keadaan zaman Rasul dahulu. Ciri jahiliah yang utama adalah tidak mentauhidkan Allah. Bukan dari segi makna penyembahan berhala sahaja. Tetapi dari segi meletakkan konsep Tuhan atau dalam bahasa arabnya 'illah' itu di mana. Harta boleh menjadi tuhan. Perempuan yang mereka tergila-gila boleh menjadi Tuhan. Nafsu boleh menjadi Tuhan. Kerana mereka menjadikan itu semua sebagai Tuhan. Sedangkan apa yang Rasul bawa adalah meletakkan Allah sebagai satu-satunya yang kita inginkan, harapkan, cintakan dan agungkan.

Ketika zaman Rasul, penduduk awal Makkah menganut agama nabi Ibrahim, agama Islam juga. Tetapi kemudiannya wujud penyembahan berhala yang punya sejarahnya tersendiri. Maka campur aduk berlaku. Dan ketika itu ummat menjadi kacau bilau. Zina. Korupsi. Pembunuhan. Kekejaman. Kezaliman.

Saya ingin bertanya pada anda, semasa zaman yang kita duduki sekarang, sama atau tidak apa yang berlaku? Campur aduk perkara yang shubhah bahkan syirik dan khurafat adalah perkara biasa.

Mengagungkan harta dan pangkat serta wanita sedangkan di mulut sahaja mengatakan kita cinta Allah, adalah perkara biasa.

Membunuh, zina, korupsi, kezaliman. Semua itu bagai dalam kehidupan seharian. Tak perlu saya nyatakan.

Lalu lihat kembali ketika zaman Rasul, apa yang pertama sekali baginda bawakan kepada ummat yang sedang berada dalam kacau bilau ketika itu?

Satu solusi yang amat tepat. Kalimah tauhid. Kalimah akidah yang membawakan perubahan total dalam diri.

Ada baginda mengatakan mari kita melakukan program itu dan ini? Mari kita membuat parti itu dan ini? Tidak. Nyata sekali tidak. Apa yang baginda lakukan adalah proses menjernihkan hati-hati dan jiwa-jiwa yang penuh dengan lumpur jahiliah. Supaya hati itu bersih dan suci tanpa sedikit pun calit lumpur jahiliah, maksiat dan noda.

Rasul menyediakan hati-hati itu dahulu. Hati yang menjadi anak kecil merintih dan menangis di hadapan Tuhan di malam hari dan kemudiannya menjadi singa belantara digeruni sesiapa sahaja. Dari akidahnya, ibadahnya dan akhlaknya.

Kemudian barulah hati-hati itu dikumpul menjadi satu jasad yang kuat. Yang bergerak bersama dengan denyut nadi serta corak fikir yang sama yakni dengan tujuan adalah mencapai redha Allah. Tiada lain. Itu sahaja.

Hatinya cuma ada Allah dan Rasul. Segalanya demi Allah dan Rasul. Segalanya demi Islam dan ummat.

Tetapi yang kita lihat kini adalah bilamana program-program itu yang menjadi tujuan dan matlamat. Kejayaan program adalah matlamat terbesar. Sedangkan program atau apa sahaja yang kita namakan cumalah jalan dan wasilah.

Kita sentiasa mengambil mudah. Jika kita lihat saudara kita memakai kopiah, atau saudari kita bertudung labuh gaya alim, kita sudah menganggap tiada apa yang perlu dia perbaiki pada dirinya.

Kita soroti lagi kisah zaman Rasul. Di mana Aisyah sendiri kagum pada seorang wanita kerana kehebatan beliau beribadah. Tetapi Rasul dengan mudah mengatakan wanita itu adalah ahli neraka. Kerana mulut wanita itu tak dijaga.

Lihat. Sepatutnya peristiwa itu sebenarnya dicipta untuk kita ambil pengajaran. Selepas menyempurnakan akidah manusia supaya tiada lagi kesyirikan dan memahami bahawa meletakkan Allah di tempat yang paling agung, dan kemudiaannya menyempurnakan pemikirannya dan kesediaannya dalam beribadah, kita harus lihat dengan teliti pada akhlaknya.

Rujuk kembali pada sirah ketika Abu Zar menempelak Bilal. Lalu Rasulullah mengatakan kepada Abu Zar, ”Kamu masih ada jahiliah dalam diri kamu”. Lihat, bagaimana Rasul menyempurnakan akhlak Abu Zar. Taaruf baginda dengan Abu Zar cukup rapat sehinggakan Abu Zar berkata, ”Wahai Bilal, pijak lah kepala aku”.

Kenapa tidak kita ambil ibrah dari sirah. Dari Al Quran. Kita lebih kepada berprogram sehinggakan lupa bahawa apa yang ingin dibawa.

Sebenarnya kita ini menyeru kepada apa?

Kepada Islam?

Kalau benar kepada Islam, beginikah caranya? Beginikah manhaj dan marathib yang sudah Rasul, sahabat, Tabiin, Tabhi Tabiin dan Salafussoleh gariskan?

Kerana itu apa yang berlaku, kadang-kadang sikap golongan pendakwah sendiri lebih teruk daripada mereka yang baru mula hendak belajar tentang Islam.

Dan hasilnya mudah sahaja. Kerana itu lah jadinya, ramai sudah berasa loya dan bahkan muak mendengarkan tentang Islam. Silapnya pada da’ie itu sendiri. Kerana apa? Kerana jalan yang ditempuhnya dicipta sendiri. Tidak meneliti apa yang Rasul sudah tunjukkan.

Fikirkanlah kembali. Persatuan, program, bahkan parti itu cumalah wasilah. Cumalah jalan. Membentuk manusia kepada menjadi Muslim sebenar bagaikan seorang seniman yang sedang memahat arcanya yang teragung. Dia perlu membentuk dengan konsentrasi. Memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang. Bukan hanya memukat manusia dan mengatakan kita sudah mengumpulkan sejumlah pendokong Islam.

Anda yakin jumlah yang anda kumpulkan bukan angka-angka yang kosong?

Anda yakin pemuda-pemuda yang anda kumpulkan adalah pemuda yang sanggup meletakkan hidupnya dan hatinya di jalan Islam?

Anda yakin rijal-rijal yang anda pukat dalam program mega anda adalah mereka yang sanggup menyerahkan nyawa untuk Islam?

Anda yakin bahawa jumlah beribu-ribu yang anda kumpulkan itu bukan hanyalah bayangan?


Fikirkanlah kembali. Saya yakin kebanyakan daripada penggerak ummat kini adalah mereka yang Faqih dalam bidang Islam. Yang secara praktikalnya mengambil pengajian Islam di Universiti. Saya cuma pengkaji batu. Kalau anda mahu mendengar apa saya katakan, itu semua saya serah pada Allah. Jika anda tidak mahu, saya serahkan juga pada Allah.

Jangan sampai kita menjadi fitnah dan beban kepada Islam.

Wallahu’alam.

Sumber: iLuvIslam

Pelbagai pengajaran yang boleh kita peroleh daripada artikel ni. Rasanya, tak perlu saya huraikan secara panjang lebar. InsyaAllah, anda semua boleh faham pengajaran daripada artikel ni kan?

Wallhu'alam.

Friday, July 2, 2010

Ujian

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Dah beberapa kali asyik bukak tutup bukak tutup page blogger ni. Nak update blog, tapi idea tak dapat nak diluahkan menjadi ayat yang tersusun. Alhamdulillah, akhirnya, paksa jugak jari jemari ni untuk menaip sesuatu.

Sebenarnya, kerja sangat la banyak sekarang. Benarlah, sebenarnya masa yang kita ada sangat sedikit dibandingkan dengan kerja yang banyak. Bila sibuk dengan kerja, kadang-kadang sampai terlupa untuk memberi pengisian kepada hati. Kesibukan tak sepatutnya jadi alasan kan?

Hari tu, sempat pergi ke satu majlis ilmu ni. Alhamdulillah, bila pergi ke majlis ilmu dan dengar tazkirah daripada sahabat-sahabat, semangat yang kian malap ni menyala kembali :) Nak kongsi sesuatu yang saya dapat dari majlis ilmu tu.

Hidup kita ni memang penuh dengan ujian. Kalau ada sesiapa yang rasa hidup dia takde ujian, itu sebenarnya satu ujian buat dia. Ujian ni bukannya kesusahan je, malah kesenangan pun ujian jugak. Tapi, beruntunglah sesiapa yang diuji dengan kesusahan. Sebab fitrah manusia, bila diuji dengan kesusahan, kita akan mengadu kepada Allah. Kita akan cuba sedaya upaya untuk jaga hubungan dengan Allah. Indirectly, ujian kesusahan akan membuatkan kita lebih akrab dengan Allah. Sedangkan bila kita diuji dengan kesenangan, kita akan mudah lalai.

Apabila diuji dengan kesusahan, kadang-kadang kita mengeluh. Apabila satu masalah demi satu masalah datang bertimpa-timpa, kita rasa lemah. Di sinilah ada satu analogi menarik yang saya nak kongsikan. Daripada LIMAU yang MASAM, kita boleh hasilkan AIR LIMAU yang MANIS (1st time dengar analogi ni membuatkan saya tersenyum). Maksudnya? Daripada ujian kesusahan yang kita hadapi tu, kita ada pilihan sama ada nak terus mengeluh atau hadapi ujian tu dengan sabar. Ujian yang kita rasakan amat berat tu sebenarnya ada hikmah. Allah takkan buat sesuatu secara sia-sia je kan? Ujian itu tarbiyah daripada Allah. So, hadapilah setiap ujian dengan sabar :)

Kesusahan dan kepenatan yang kita alami di dunia ini, adalah harga untuk kesenangan yang abadi di akhirat kelak [yang ni pulak dapat dari talqqi :)]

Wallahu'alam.

P/s : Bila semangat menurun dan rasa down, rasa macam nak terus fly balik sarawak je. Homesick menyerang secara tiba-tiba. Tambah-tambah, kawan-kawan lain pulak selalu je balik rumah -_-" Semalam dapat khabar gembira. Next week, mak saya ada kursus kat KL. Jadi, boleh la menumpang kat bilik hotel mak nanti. Hehe. Dapat berita ni, terus hilang rasa homesick dan diganti pulak dengan rasa happy teramat sangat (roommate pun pelik) sampaikan almost terlupa next week exam chem 2

Thought of the day: Sekarang ni rasa tanggungjawab sangat banyak dan berat. Perasaan risau pulak sering bertandang dalam hati, 'Mampu ke nak buat semua ni? Sempat ke nak buat tu nak buat ni?'. Perjuangan itu memerlukan pengorbanan. Jadi, kena sentiasa semangat! Sahabat semua pun kena semangat, sebab umat sedang memerlukan kita. Rabbi yassir wa la tu'assir ya Karim.

Friday, June 18, 2010

...

Bismillahirrahmannirrahim.

"Alyaa kena semangat. Sebab Alyaa bukan Alya. Alyaa ada extra satu 'a'. Jadi mesti extra everything. Ok?"

Mesej yang diterima daripada seorang sahabat, bila saya menceritakan keadaan diri yang sangat tidak bersemangat sekarang. Membaca mesej ni, membuatkan saya tergelak dan pada masa yang sama, rasa nak menitiskan air mata.

Hati yang bercelaru rasa tenang bila teringatkan ayat-ayat pujukan daripada Allah. Benarlah, dengan mengingati Allah itu, hati kan menjadi tenang :)

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Surah al-Baqarah, ayat 216)

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..." (Surah al-Baqarah, ayat 286)

*******

Apabila persahabatan tu dijalinkan atas dasar aqidah dan kerana Allah semata-mata, ukhuwwah yang terbina akan lebih manis dan kukuh. Apabila kita ada masalah, even though kita tak ceritakan lagi kepada sahabat kita, mereka akan dapat detect daripada muka kita. Walaupun masalah tak settle lagi, tapi bila dapat kata-kata semangat dari sahabat, bebanan yang dipikul terasa berkurangan.

Saya bukannya seorang yang pandai menyusun kata-kata untuk meluahkan isi hati saya. Dan saya bukanlah seorang yang dapat meng'update' blog dengan post yang menarik apabila fikiran dan hati saya dibebani dengan masalah. So, maaf andai ada yang 'blur' dengan post kali ini.

Wallahu'alam.

P/s: Maaf, kalau ada yang notice semenjak dua menjak ni, tajuk post saya amat amat 'dull'. Saya takde idea nak letak tajuk apa.

P/s(2): Syukran kathir kepada semua sahabat yang memberikan saya kata-kata semangat tatkala diri ni rasa amat amat tak bersemangat. Dan jugak kepada sesiapa yang selalu tanya saya ok ke tak (selalunya bila saya tak ok, dan ada orang yang tanya saya ok ke tak, automatically saya akan menangis)

Thought of the day: Orang sekeliling saya amat amat semangat even though berhadapan dengan macam-macam masalah! I'm very very proud having them as my friends :) So, saya pun mesti semangat dan kuat, mesti kuat lagi dari tiger.

Wednesday, June 16, 2010

Semangat!

Bismillahirrahmannirrahim.

"Tika kau lemah, jadikanlah Allah tempat meluah rasa. Tika kau goyah, kau harus kuat kerana kau pembawa agama. Tika kau rebah, kau harus tabah kerana kau mujahidah muda. Ya Allah, jagalah insan ini, kuatkanlah kakinya di jalan-Mu. Kuatkan jasadnya dengan rahmat-Mu, buatkan dia tersenyum walau dirinya terhimpit derita".

Ya Allah, let my feet stand firm and my heart stay unchanged :)

P/s: Just another short update. Note to myself, kena sentiasa semangat, kena sentiasa kuat!

Thought of the day: Susahnya nak tegur kesalahan orang, dan lebih payah untuk menegur kesalahan orang yang dekat dengan kita. Doakan saya, sentiasa :)

Friday, June 11, 2010

Something on tawe

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

"Tika titis air mata jatuh ke bumi, biarlah hanya Allah yang Mengetahui. Kerana hanya Dia penyembuh luka, pemberi bahagia kepada hati dan naluri. Sedikit yang bermanfaat lebih baik daripada banyak yang melalaikan. Ujian Allah datang kerana kasih-Nya pada hamba-Nya, agar iman terus meningkat, hati semakin dekat dan jiwa lebih akrab dengan-Nya".

Syukran akak atas kata-kata pembakar semangat ni, insyaAllah. Sekarang dan insyaAllah selamanya, akan sentiasa dalam proses membaiki diri agar menjadi lebih mantop :)

Sentiasa doakan saya kerana saya hanya insan biasa yang teramat mudah down. Ekspresi luaran tak semestinya mengambarkan perasaan yang tersimpan di sudut hati.

*******

Okay. Nak update pasal Tawe, tapi seringkas yang mungkin la, insyaAllah.

Tawe atau lebih dikenali sebagai Ta'aruf Week, dimulakan dengan induction course pada 18/5/2010. Sebenarnya, sebelum balik ke uia, memang rasa sangat-sangat malas nak balik. Sebab cuti 3 minggu terpaksa disingkatkan kepada seminggu je. Tapi takpe, paksa gak diri untuk jadi committee tawe, moga usaha yang sikit ni Allah pandang.

17/5 balik uia dan dapat tahu yang saya merupakan salah seorang committee biro Publicity & Protocol (PubnPro). Waktu tu, rasa sangat-sangat risau. Macam-macam dalam fikiran; "Macam mana ni? Aku mana reti nak mencapub". Tapi takpe, ada ramai geng dalam PubnPro.

Induction course berjalan dengan biasa la, saya dalam subunit media. So, waktu induction course, takde keja sangat pun.

Waktu registration, kena jadi usher (penunjuk arah) dan tengok-tengok kalau ada media atau vip yang datang. Waktu tu, kena banyak bersabar la. Tahan panas (sampai sunburn), keja oncall. Sepatutnya jadi usher, tiba-tiba kena tolong biro tu biro ni. Tapi takpe, we work as a team kan? Ada gak kena marah dengan parents, kena jadi information counter kejap sebab kena jawab macam-macam soalan daripada parents and students. Tapi, even though ada yang kena marah parents, still ada parents yang puji committee; "Bagus la committee ni, asyik senyum je".

Oh. Waktu registration gak, everytime dah rasa penat & takde senyuman kat muka ni, akan berlakulah dialog ni antara saya dan seorang kawan;

"Alyaa, tige tige."
"Amende yang tigenya?"
"Senyum tige la!" :)

Pada malam isnin (ahad sebelah malam), pelajar engin ada briefing kat amf. So, saya dan beberapa orang committee PubnPro kena handle kat situ. Tugas PubnPro adalah untuk handle majlis tu kalau talk start lambat atau habis awal. Waktu tu, teramat sangatlah nervous! Sebab satu amf yang besar tu pun, tak muat untuk budak-budak engin dan brothers teramatlah ramai! Waktu tu, kitorang semua masing-masing tak berani nak handle. Alhamdulillah la ada seorang lagi committee yang tolong handlekan.

Sebenarnya, bukan nak kongsi pasal tawe pun. Sebab tawe ni cerita lama dah. Apa yang penting adalah...kerjasama. Eh. Apa yang penting dan perlu dikongsikan ialah pengajaran yang saya dapat sepanjang tawe tu.

Bila bercakap di hadapan audiens yang ramai, memang rasa nervous. Tapi, kalau setakat dengan sisters, takde masalah sangat la. Cumanya, bila berada di depan, kadang-kadang rasa takut nak bercakap. Sebab orang yang banyak cakap ni, akan buat banyak kesalahan. Bila dah buat banyak kesalahan, maka akan bertambah hitamlah hati yang dah sedia hitam ni. And in the end, hubungan dengan Allah akan menjadi renggang.

And memang, semasa tawe berlangsung, saya penah je rasa down. Down yang teruk gak la. Waktu tu, rasa down sangat-sangat sebab ada something yang berlaku, dan saya muhasabah balik. Saya fikir balik, "Mungkin benda ni berlaku sebab Allah nak tegur aku. Mungkin aku terlalai tanpa sedar". Kesibukan sepanjang tawe tu tak sepatutnya dijadikan alasan untuk mengabaikan ibadah. Takkan la disebabkan kesibukan dan kepenatan yang sedikit tu, ibadah fardhu semakin kurang kualiti dan ibadah sunat terus hilang entah ke mana. Lepas muhasabah tu rasa semakin nervous untuk bercakap kat depan dan seboleh-bolehnya memang bagi chance dengan orang lain untuk mencapub pulak. Kalau nak bercakap kat depan pun, sentiasa terdetik dalam fikiran, "Setiap perkataan yang akan aku keluarkan ni, semuanya akan Allah nilai".

Erm. Plan nak kongsi secara ringkas, tapi dah terlebih pulak. Takpe la. Semoga setiap perkataan yang dicoretkan ni memberikan manfaat dan menjadi peringatan buat diri sendiri terutamanya serta sesiapa yang membaca.

Wallahu'alam.

Thought of the day: Saya masih tak berubah. Tak berubah as in dulu dan sekarang, saya masih seorang yang amat amat secretive. Sangat sangat berahsia. Tak reti meluahkan masalah pada orang lain. Kalau dulu boleh kongsi dengan adik, sekarang ni susah sungguh nak contact adik -_-" Macam mana la nak get rid of this habit?

Monday, June 7, 2010

Short update

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, dapat juga peluang untuk menggerakkan jari jemari atas keyboard ni. Lama sungguh tak update blog, sampaikan ada seorang hamba Allah tu bising-bising suruh update blog. (P/s: Jangan marah ye Fadhlina Halipah :P)

Sebenarnya, ada je idea nak update blog. Tapi, takde kesempatan. Bukan sebab buzy, tapi takde connection internet. Macam-macam nak update kat blog ni. Pasal TAWE, pasal GAZA. Takpe takpe, better late than never kan?

*******

Hari tu, online kejap. Pinjam laptop ngan broadband kawan. Baca la news online. Bila baca je news tu, rasa macam diri ni sungguh-sungguh outdated! Banyak sungguh perkara yang tak tahu. Pasal Mavi Marmara tu pun tahu sekadar tahu je. Detailed informations langsung tak tahu. Sungguh rasa ketinggalan masa tu. Rasa tak bertanggungjawab pun ada. Rasa tak ambik berat tentang saudara Islam kat Gaza dan mereka yang sanggup ke sana untuk menghantarkan bantuan.

Palestin, bukan hanya tanggungjawab rakyatnya. Tapi tanggungjawab umat Islam. Kita kena peka terhadap isu semasa yang berlaku di sekeliling kita kan? Sebab kita hidup di dunia ni bukannya seorang je. Kita kena buang sikap 'aku takpedulisme' dan 'jangan jaga tepi kain orang' tu. (P/s: Peringatan untuk diri sendiri yang selalu alpa)

*******

Sebenarnya, ni update ringkas je. Nak update detail tentang Ta'aruf Week a.k.a Tawe, lepas ni, insyaAllah.

Wallahu'alam.

Sunday, May 16, 2010

Halal ke haram?

Assalamualaikum w.b.t.

Esok, insyaAllah balik cfs uia. Tapi tu bukan mainpoint. Sekarang ni, saya tengah pelik. Macam mana suatu perkara yang terang-terangan telah diharamkan oleh Pencipta manusia, Allah SWT tiba-tiba boleh bertukar menjadi halal? Siapa kita yang memandai-mandai nak menukar hukum yang telah ditetapkan oleh Allah? Perkara halal dan haram itu jelas, tak mungkin boleh berubah.

Saya tak pandai nak buat ulasan panjang-panjang tentang perkara ni. Tapi, ada satu blog yang bagi ulasan menarik, klik sini untuk baca.

Bekas Menteri Pertahanan Israel, Moche Dayan, pernah menyatakan 3 kelemahan umat Islam, iaitu:

1) Tidak mengkaji sejarah umat Islam terdahulu
2) Tidak membuat perancangan dengan teliti
3) Malas

Muhasabah kembali adakah terdapat ketiga-tiga atau salah satu kelemahan di atas dalam diri kita?

P/s: Selamat hari guru kepada setiap individu yang bergelar cikgu & yang mengajar indirectly :)

Wallahu'alam.

Thursday, May 13, 2010

Bersangka baiklah dengan Allah

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam, saya dah post tentang bersangka baik secara general. Hari ni, nak specifickan lagi skop bersangka baik ni.

Dalam kita menjalani kehidupan ni, memang tak sah kalau takde masalah/dugaan/ujian. Yang berbeza hanyalah cara kita mengendalikan masalah tersebut. Ada orang yang berasa penat apabila berhadapan dengan ujian demi ujian. Masalah lama baru selesai, muncul pulak masalah yang baru. Apabila hidup dipenuhi dengan dugaan, ada yang akan rasa putus asa. Rasa putus asa, sehinggakan sanggup declare 'permusuhan' dengan Allah.

Apabila berhadapan dengan ujian yang dirasakan seolah-olah terlalu membebankan, ada yang terfikir, "Kenapa aku ni asyik ada masalah?", "Kenapa Allah asyik uji aku je?", "Kenapa Allah tak adil terhadap aku?". Sehinggakan ada yang sanggup membunuh diri kerana berasa putus asa terhadap kehidupannya. Ada juga yang sengaja melanggar perintah Allah dengan terang-terangan dengan alasan Allah tidak berlaku adil terhadapnya. (Naudzubillahimindzalik, semoga kita dijauhkan daripada perkara sebegini.)

Setiap apa yang berlaku pada kita, semuanya ada hikmah. Takde satu apa pun yang Allah ciptakan dengan sia-sia. Setiap ciptaan Allah ada fungsi dan kegunaannya. Begitu juga dengan setiap takdir Allah kepada kita, takde satu pun yang Allah takdirkan dengan saja-saja, without any reason.

Tak semestinya kesusahan yang kita hadapi tu memberikan keburukan kepada kita, dan tak semestinya kesenangan yang kita miliki akan sentiasa memberikan kebaikan kepada kita. Cuma, mungkin apabila kita berhadapan dengan ujian tersebut, kita tak nampak hikmahnya. Apa yang kita nampak hanyalah ujian yang kita hadapi.

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
(Surah al-Baqarah, ayat 216)

Dan satu lagi, Allah berjanji dalam al-Quran yang Dia tak akan pernah memberikan kita ujian yang tak mampu kita pikul. Kita seharusnya yakin dengan janji Allah ni. Maksudnya, setiap ujian yang Allah berikan kepada kita, semuanya dapat kita hadapi. Allah yang menciptakan kita, maka Allah yang paling memahami kita, hamba-hamba-Nya. Ertinya, Allah Maha Mengetahui seberat mana ujian yang mampu kita tanggung. Allah takkan pernah menzalimi hamba-Nya.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya..." (Surah al-Baqarah, ayat 286)

Kita sebagai hamba Allah mestilah sentiasa bersangka baik dengan Pencipta kita, Allah SWT. Kita kena jaga hubungan kita dengan Allah (hablumminallah) di samping menjaga hubungan kita dengan manusia (hablumminannas). Setiap apa yang kita hadapi, pasti ada hikmahnya :)

Wallahu'alam.

Wednesday, May 12, 2010

Bersangka baik

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, selamat sampai di Miri hari Isnin yang lepas. Tapi, atas masalah yang tak dapat nak diatasi, maka terpaksa la update blog ni lambat.

Hari tu, on the way nak pergi KL sentral if I'm not mistaken, dengar la berita kat radio. Lepas tu, terfikir, "Apsal banyak sangat berita pasal sarawak ni?". Baca newspaper last week pun ada satu page berita pasal sarawak je. Padahal before ni, susah je nak tengok berita tentang sarawak. Rupa-rupanya, tak lama lagi ada pilihanraya kecil kat Sibu. Oh, no wonder! (Amanah sebagai pemimpin tu tersangat berat sebenarnya.)

[P/S: Ini bukan blog politik ye? :)]

*******

Ok. Back to the main topic. Kita sebagai manusia ni, terlalu mudah melihat kekurangan atau kesalahan orang lain. Kadang-kadang tu, kita asyik nampak salah orang lain je, sampaikan salah kita sendiri kita tak nampak. Betul tak?

Kadang-kadang, kita rasa as if diri kita ni hebat sangat. Sampaikan kita pandang rendah pada orang lain. Setiap kali kita tengok orang lain, yang kita nampak hanyalah kelemahan mereka. Sedangkan kita tak sedar yang diri kita ni lebih banyak kelemahannya.

Kita tak sepatutnya rasa macam tu kan? Kita sepatutnya bersangka baik dengan semua orang. Kadang-kadang memang susah nak bersangka baik dengan orang lain, but it's not impossible kan?

Pernah dengar kata-kata ni?

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : “Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : “Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”.

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk."

So, jom muhasabah. Mulai saat ni, jom kita bersangka baik dengan orang lain. Elakkan sebarang sangkaan buruk okay?

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." [Surah al-Hujurat, ayat 12]

*******

Edited: Nak kongsi satu video by UmmahFilms, The Haram Police. Semoga mendapat pengajaran :)


Thought of the day: Bila tengok kawan-kawan berubah menjadi lebih baik, kadang-kadang rasa cemburu. Bukan sebab tak suka tengok perubahan mereka. Gembira memang gembira bila tengok kawan-kawan berubah jadi lebih baik. Tapi, hati ni sering tertanya-tanya, "Bila lagi turn aku nak berubah?". Sekarang ni, sedang mencari kekuatan dan insyaAllah, dalam proses membaiki diri dan hati. Doakan agar Allah permudahkan segala usaha saya :)

Wallahu'alam.

Wednesday, April 21, 2010

Dulu dan kini

Assalamualaikum w.b.t.

Kalau anda kawan sekolah saya dulu, anda mungkin tahu perangai saya, walau tak semuanya. Dulu saya tak pandai pendam-pendam perasaan. Andai saya terasa dengan perbuatan atau percakapan seseorang, saya akan terus tunjukkan rasa 'ketidakselesaan' saya. Itu dulu. Sekarang, saya cuba sedaya upaya untuk kawal kemarahan saya, tingkatkan kesabaran diri ni. Kalau saya terasa dengan perbuatan atau percakapan seseorang, saya pendam dan saya cuba sungguh-sungguh untuk melupakannya. Walaupun kadang-kadang, tertunjuk juga hakikat yang saya terasa hati.

Dulu, saya mudah menyatakan prinsip saya, walaupun saya tahu ada orang yang akan terluka. Tapi, saya tak kisah. Apa yang saya tahu, saya cuma mengejar redha Allah. Jadi, saya perlu utamakan pandangan Allah terhadap saya. Tapi, sekarang, saya tak dapat nak menyatakan prinsip saya (bukan pada every situation, tapi ada masanya saya tak dapat nak nyatakan prinsip saya). Sehinggakan ada seorang sahabat yang memberitahu saya, "Kau ni, lembut sangat sampai orang take advantage terhadap kau. Kau kena teguh pendirian."

Saya yang dulu dan kini, mungkin banyak bezanya, mungkin juga sikit bezanya (maksud saya, dari segi perangai). Saya masih dalam proses membaiki diri. Jadi, andai kekurangan mahupun kelebihan saya menjengkelkan anda, maka saya minta maaf.

*******

Kenapa kita terlalu mudah mengungkit-ungkit keburukan seseorang, sedangkan dia masih dalam proses membaiki dirinya? Bukankah lebih mudah seandainya kita memberikan sokongan kepada dirinya? Ataupun lebih baik lagi, cuba contohi dia yang sanggup berubah ke arah kebaikan. [P/s: yang ni tiada kaitan dengan saya :)]

*******

If you do not have the knowledge about something, or your knowledge about that something is very limited, than it is better for you to stay silent. In simpler word, we should not comment about something if our knowledge is limited. For example, my Islamic knowledge is limited. Jadi, kalau ada orang tanya mengenai sesuatu hukum yang saya tak pasti jawapannya, it's better for me to tell the truth kan, "I don't know".

Kalau tak tahu, cakap je tak tahu. Senang kan? Erm. Memang senang sebenarnya. Tapi, kita sebagai masyarakat zaman sekarang ni, kalau kita ada persoalan mengenai sesuatu, kita tak nak terima "tak tahu" tu sebagai jawapan. Betul tak? But, it is better for us to say "I don't know" rather than memandai-mandai mengajar ajaran sesat :) [yang ni peringatan untuk diri sendiri]

*******
Okay. Sekarang ni, nak kongsi video lagu dan lirik Segenggam Tabah by InTeam.





Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

P/s: Bukan niat di hati untuk merahsiakan blog ni dulu, tapi bagi saya, blog ni tempat saya meluahkan apa yang bermain-main di fikiran dan hati saya. Kiranya, blog ni saya lebih suka andai tak ramai orang yang tahu, lebih privacy. Jadi, maaf pada kawan-kawan yang baru tahu kewujudan blog ni.

Thought of the day: If you think you have the biggest problem in the world, then look around you. There are other people who have bigger problems than yours. Think about our friends, our relatives in Palestine. Berhenti mengeluh, dan mula belajar bersyukur. Dalam sukar, hitunglah kesyukuranmu. Dalam senang, awasi kealpaanmu.

Tuesday, April 20, 2010

Islam itu syumul :)

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian hanyalah milik Allah. Alhamdulillah, bersyukur kita kerana masih lagi bernafas pada hari ini dan masih dikurniakan nikmat iman dan Islam.

Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata." [Surah al-Baqarah, ayat 208]

Kita sebagai umat Islam mestilah mempraktikkan ajaran Islam dalam kehidupan kita. Bukannya kita ambil part yang kita suka, dan kita campakkan jauh-jauh ajaran Islam yang kita rasakan tak sesuai dengan kita.

Hakikatnya, Islam bukanlah satu agama atau kepercayaan semata-mata. Tapi, Islam itu merupakan satu cara hidup yang lengkap. Allah dah sediakan guidelines yang mesti kita patuhi, untuk meraih kebahagiaan di dunia dan akhirat. Jadi, kenapa kita nak tolak panduan hidup yang disediakan oleh Pencipta kita, ataupun kita terima sebahagian daripadanya dan yang lain kita tolak? Kita diciptakan oleh Allah, maksudnya Allah yang paling memahami kita kerana kita semua ni adalah ciptaan Dia.

Ajaran Islam bukannya ibadah je. Sebenarnya, ajaran Islam adalah menyeluruh. Akademik, ekonomi, sosial, politik...semuanya ada. Kalau kita imbas kembali sirah Nabi dan para sahabat, serta zaman kegemilangan Islam, Islam dijulang tinggi. Sangat sangat berbeza dengan keadaan kita, umat akhir zaman ni. Agak-agaknya mengapa perkara ni berlaku?

Bezanya antara umat Islam terdahulu dan umat Islam akhir zaman (baca: kita) adalah, umat Islam terdahulu menjadikan Islam sebagai cara hidup mereka. Bukan, bukan setakat cakap "Islam is the way of life" je, tapi mereka benar-benar praktikkan Islam itu, every inch of Islam (maksudnya, mereka praktikkan setiap ajaran Islam tu). Mereka juga menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai sumber rujukan mereka.

Kita sekarang ni bagaimana pula? Al-Quran dan sunnah masih dijadikan sebagai sumber rujukan, TAPI...dicampur-adukkan dengan nafsu. Kalau kita perhatikan, memang kita masih merujuk al-Quran dan sunnah, tapi kita hanya ambil bahagian yang selari dengan kehendak kita. Contohnya, Allah dah sediakan hukum hudud. Tapi, nafsu kita mengatakan yang hudud ni kejam (seolah-olah mengatakan Allah kejam, indirectly). So, as a conclusion, kita tolak hukum hudud.

Next example, sunnah Rasulullah yang paling famous; poligami. Ramai yang berpoligami, tanpa merujuk pada sirah Nabi Muhammad. Apa sebenarnya tujuan Rasulullah berpoligami? Kalau kita perhatikan, poligami ni dilaksanakan oleh Rasulullah untuk mengahwini janda yang kematian suaminya semasa berperang. Ramai yang menggunakan alasan "poligami tu kan sunnah Nabi" untuk berpoligami, tapi persoalannya sunnah yang lain kita buat tak (or at least try nak buat)?

Okay. Sebagai konklusinya, kita mestilah terima setiap ajaran Islam, dan praktikkan. Kita kena laksanakan amar ma'ruf nahi mungkar, bukannya salah satu je. Bahasa mudahnya, kita kenalah jadikan ajaran Islam sebagai panduan, dalam setiap aspek kehidupan kita :)


P/s: Minta maaf kalau ayat berterabur. Kekurangan yang satu ni (baca: kalau nak sampaikan sesuatu, idea dah ada tapi ayat yang terkeluar dari mulut atau ditaip oleh jari akan menjadi tak tersusun) sedang dalam proses dibaiki.

Thought of the day: Sahabat, doakan ana agar tak goyah pegangan dan berani menyatakan pendirian

Wednesday, April 14, 2010

Makanan dan Hati

Assalamualaikum w.b.t.

Dulu, waktu kelas fim, ustaz pernah nasihatkan kami, berkaitan dengan makanan. Ustaz bagitahu, kita sebagai orang Islam ni, kena jaga pemakanan kita. Elakkan makan makanan luar dan fastfood. Pada waktu tu, mungkin sebab tak faham lagi kaitan makanan dan hati, saya tak ambil kisah sangat nasihat ustaz. Dengar, bagi perhatian tapi ilmu yang diperoleh kurang diamalkan.

Kalau kita perhatikan, dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud:

"Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata buatmu." [Surah al-Baqarah, 2:168]

Allah bukan sahaja menyuruh kita makan makanan yang halal, tetapi makanan halal dan baik. Tapi, tanpa kita sedari, sebenarnya makanan kita sekarang ni, banyak yang diragui status halalnya, dalam erti kata yang lain, makanan kita pada masa ini banyak yang syubhah. Ada makanan yang terang-terang haram, tapi ada cop halal. Ada makanan yang ada cop halal tetapi tanpa kita ketahui, sebenarnya telah dicampurkan dengan perkara haram. Ada produk yang dinamakan dengan nama islamik, tapi sebenarnya dikeluarkan oleh orang bukan Islam.

Kenapa penting sangat kita ambil berat tentang makanan yang kita makan ni? Makanan yang kita makan pada hari ini, sebenarnya akan menjadi darah daging kita. Malah, makanan yang kita makan bukan sahaja memberikan impak kepada akhlaq kita, malah makanan yang dimakan oleh ibu bapa akan memberikan kesan kepada pembentukan akhlaq anak-anak mereka. Pentingkan makanan halal ni?

Banyak sebenarnya kesan makanan kepada diri kita. Seandainya kita makan makanan yang haram, tanpa kita sedari, makanan tersebut seterusnya akan menjadi darah daging kita. Apa yang akan jadi selepas itu? Apabila sesuatu yang haram menjadi darah daging kita, ia akan affect diri kita, dari segi akhlaq, ibadah dan lain-lain lagi. Perkara yang kita anggap remeh seperti makanan pun, sebenarnya akan memberikan effect yang besar dalam kehidupan kita.

Bukan makanan je yang penting, produk yang kita gunakan pun penting jugak. Mungkin kita terfikir produk yang kita gunakan, takkanlah kita nak makan...and therefore takkan menjadi darah daging kita. Tapi, contoh mudah, seandainya serbuk pencuci yang kita gunakan untuk mencuci pakaian kita telah dicampuri bahan-bahan yang diragui kebersihannya, dan pakaian tu kita gunakan untuk solat, anda rasa solat tu sah tak? Cuba kita imbas kembali syarat-syarat sah solat, salah satunya ialah pakaian dan tempat solat bersih daripada sebarang najis.

Jadi, lepas ni, sama-sama la kita berhati-hati dalam pemilihan makanan dan produk yang akan kita gunakan dalam kehidupan seharian kita.

Thought of the day: Aku masih tak punya kekuatan untuk menegur kesalahan orang secara face-to-face.

Monday, April 12, 2010

2 in 1

Assalamualaikum w.b.t.

Anda pernah tak rasa diperhatikan? Tak kisah la diperhatikan oleh sesiapa pun, sama ada kawan, lecturer, orang yang tak dikenali. Biasanya, apabila kita diperhatikan, we will control ourselves. Betul tak? Kalau seorang lelaki memerhatikan seorang gadis, dalam fikiran si gadis, timbul pelbagai persoalan, 'Eh. Apsal mamat tu pandang aku semacam je? Tudung tak betul ke? Muka aku kotor ke?'.

Apabila kita sedar yang kita diperhatikan, kita akan mencari-cari sebabnya. Apabila kita diperhatikan semasa kita melakukan kesalahan, sama ada kecil atau besar, secara automatik, kita akan meninggalkan kesalahan tersebut. Mungkin bukan semua orang macam ni, tapi most of us memang macam ni kan? Mempunyai kepekaan yang tinggi, sehinggakan orang perhatikan kita pun kita sedar dengan cepat.

Tapi, sedar tak kita dengan perhatian Allah kepada kita setiap detik kehidupan kita ini? Peka tak kita dengan perhatian yang Allah berikan kepada kita, pada setiap denyutan nadi kita?

Memang, kita memang macam ni. Apabila manusia perhatikan kita, cepat-cepat je kita sedar. Tapi, bila Allah perhatikan kita kita selalu lupa dengan perhatian yang Allah berikan kepada kita. Kita buat endah tak endah je dengan perhatian daripada Allah. As if kita tak perlukan perhatian-Nya. Tapi, bila ditimpa kesusahan, barulah kita nak mencari-cari perhatian Allah...sedangkan kita tak pernah sedar yang Allah tak pernah tinggalkan hamba-Nya walau untuk satu kerlipan mata.

Allah sentiasa perhatikan kita, hamba-hamba-Nya. Kita perlu lebih peka dengan perhatian Allah. Kita perlu sedar yang Allah teramat sayang dan kasihkan kita. Buktinya cukup jelas, cuma kita yang tak sedar. Tanda kasih-Nya pada kita, Allah tetap hidupkan semula kita daripada tidur walaupun kita ni hamba-Nya yang sering melakukan maksiat. Allah tetap kurniakan kepada kita pelbagai, uncountable nikmat, yang kita selalu terlupa syukuri.

Sayangkan Allah dengan kita? Cuma kita yang tak sedar...cuma kita yang tak peka. So, jom muhasabah sahabat-sahabat! Tingkatkan lagi tahap kepekaan kita pada perhatian dan kasih sayang Allah :)

*******

Kalau kita buat kesilapan dengan Allah, kita boleh bertaubat, memohon keampunan-Nya. Sesungguhnya, kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaan-Nya. Tapi, kalau buat salah dengan manusia, kita kena minta maaf dengan manusia tersebut kan? Saya pernah dengar satu cerita mengenai seorang lelaki yang tak boleh mengucapkan kalimah syahadah pada akhir hayatnya. Sebab apa? Sebab tak minta maaf atas kesalahan yang dilakukannya sesama manusia [kalau cerita salah, tolong betulkan ok?]

P/s: Maaf dipinta kepada setiap pembaca blog ni (kalau ada :P), sama ada kenal atau tak. Maaf pada sahabat-sahabat kalau pernah terkasar bahasa, terejek, ter'mengumpat', ter'lost contact'...dan macam-macam 'ter' lagi. Maaf atas segala kesilapan dan kekasaran. Maaf kepada semua orang la :)

Saturday, April 3, 2010

Apa itu zalim?

Assalamualaikum w.b.t.

Penat. Penat meng'edit' blog ni dari pagi tadi. Tapi takpe, dah settle pun :)

Just a short post, berkaitan dengan tajuk kat atas.

'Zalim ni apa sebenarnya?' Apa yang akan terbayang di minda anda, saat pertama soalan ini ditanyakan? Seorang pemerintah yang menyalahgunakan kuasa? Seorang remaja yang dibelasah secara beramai-ramai? Seorang penjenayah yang membunuh orang yang tak bersalah, sesuka hati?

Sebenarnya, definisi zalim yang ada dalam fikiran kita pada zaman ini, terlalu sempit. Kalau orang buat jahat, kita cakap orang tu zalim. Tapi, macam mana pulak dengan situasi di bawah ni?

First situation:
Kita mengaku kita hamba Allah, tapi kita tak laksanakan perintah-Nya dan kita tak jauhi larangan-Nya. Kita mengaku kita hamba Allah, tapi kita tak tunaikan hak Allah. Zalim tak kita? Allah ciptakan kita, semata-mata untuk beribadah hanya kepada-Nya. Tapi kita tak buat pun, kita tak siapkan bekalan yang secukupnya untuk berhadapan dengan-Nya kelak.

Second situation:
Beli songkok dan kasut. Disebabkan kasut mahal, so letak kasut atas kepala dan songkok kat kaki. Zalim tak? Ke pelik je? Bagi saya, perbuatan ni zalim dan pelik. Sebab songkok letaknya di kepala dan kasut, walau semahal mana pun harganya, tetap disarungkan ke kaki.

Third situation:
Esok ada exam, so malam ni kena study. Dengan alasan nak study, kita langsung tak tidur malam. Stay up semata-mata nak habiskan revision 4,5 topics yang tak habis lagi, sebelum exam. Zalim tak perbuatan ni? Badan kita ni pun ada hak yang perlu kita tunaikan.
[P/s: Peringatan buat diri sendiri, yang suka sangat study last minute]

Last situation:
Seorang insan kena kurung, tanpa tahu apa kesalahan yang telah dibuat dan tanpa diberitahu berapa lama dia dikurung.

Ok. Cukup la contoh-contoh kat atas tu. Sebenarnya, Islam mendefinisikan zalim sebagai meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya, ataupun tidak memberikan sesuatu haknya yang sebenar.

So, anda rasa contoh situasi-situasi kat atas tu, zalim ke biasa je?

P/s: Maaf kalau ada yang tak faham. Ayat-ayat agak berterabur, mungkin maksud sebenar tak dapat disampaikan.

P/s(2): Idea tercetus setelah membaca artikel ini.

Friday, March 26, 2010

Apabila dosa dianggap sebagai kebiasaan

Assalamualaikum w.b.t.

Perbualan antara 2 muslimah, A dan B sewaktu melihat gambar pasangan pengantin kat internet.

A: Weyh! Lawa la gambar tu. Sape kawen tu?

B: *diam je, tak layan A. fokus nak carik gambar untuk assignment*

A: *Tak putus asa lagi nak kacau orang len* Weyy! Lawa ar perempuan tu! Sape tu?

B: Memang la lawa. Tapi dia freehair sebenarnya. *terus scroll down & tunjuk gambar pengantin perempuan tadi, dah tak pakai tudung semasa majlis persandingan (...kot, kalau tak silap)*

A: Apsal perempuan pakai tudung waktu akad nikah je ar? WAJIB ek?

B: *terdiam, pandang semacam kat A yang tengah blur & confuse*

*after a few seconds of silence*

A: EH! Bukan tutup aurat tu memang wajib ke?!! *sambil gelak-gelak cover malu*

B: Ish! Apa la nak jadi dengan kau ni!

Perbualan atas ni bukan rekaan semata-mata. Perbualan ni memang pernah terjadi, between siapa? Tu rahsia la, identiti mesti dirahsiakan :)

Ok. Apa yang saya nak cakap sebenarnya, inilah salah satu akibat apabila sesuatu dosa tu, masyarakat dah anggap sebagai satu kebiasaan, bukan lagi suatu dosa.

Memang, sejak kebelakangan ni, kita dapat lihat ramai muslimah yang mula memakai tudung. Tapi, sebenarnya, Allah wajibkan kita tutup rambut sahaja (which means pakai tudung la) ataupun tutup aurat?

Saya sendiri pun, mungkin masih belum sempurna dari segi penutupan aurat. Tapi, seriously, saya rasa masalah aurat ni bukan masalah remeh, yang boleh kita pandang ringan.

Isu sekarang ni, bukannya tentang tudung biasa ke, tudung labuh ke atau apa-apa jenis tudung pun yang berlambak kat pasaran. Tapi, isunya adalah tutup aurat.

Kalau ada yang masih bagi alasan-alasan biasa bila ditanya kenapa tak tutup aurat, for example:

*Ala..takkan kau tak tahu kot satu hadith ni? Allah kan tengok hati kita, bukannya rupa. So, suka hati aku la kalau tak nak tutup aurat, yang penting hati aku baik*

Memang ramai yang suka guna alasan ni kan? Tapi, apa yang kita lupa, kalau nak gunakan hadith tu sebagai alasan, ambik la keseluruhan hadith. Yup, Allah memang tak tengok rupa dan harta kita, tapi Allah tengok HATI DAN AMALAN kita. Dan satu lagi, saya pernah baca seseorang tulis macam ni: "Macam mana anda dapat pastikan yang hati anda baik, sedangkan anda berani melanggar perintah Allah secara terang-terangan, tanpa rasa malu?"

Alasan seterusnya:

*Kalau kita nak buat sesuatu ibadah ni, kena la ikhlas. Keinginan tu kena terbit dari hati sendiri, bukannya sebab orang lain*

Ada satu phrase yang saya amat suka dari blog ni: 'Lebih baik kita masuk syurga dengan terpaksa, daripada masuk neraka dengan rela'. Ertinya, lebih baik kita paksa diri kita ni dulu untuk patuh & taat pada perintah Allah, untuk mendapatkan redha-Nya, daripada kita tinggalkan suruhan Allah dengan sengaja (ertinya dengan sukarela la). InsyaAllah, lama-lama perasaan ikhlas tu akan muncul. By the way, kita cuma boleh masuk syurga dengan rahmat Allah, bukannya dengan ibadah kita (mungkin akan post pasal ni lain kali, insyaAllah).

Ok. That's enough, I think. Sebenarnya, sekadar nak kongsi perbualan kat atas tu tadi. Tapi, terbagi komen yang panjang pulak.

Thought of the day: Nasihati aku setiap masa, kerna aku insan yang mudah lupa. Bantu aku untuk berubah menjadi lebih baik, kerna tanpa bantuan sesiapa, aku hanya akan lebih mudah berubah menjadi lebih 'kurang baik' (istilah lebih sopan ^_^)

Thursday, March 25, 2010

KLIBF 2010

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, after almost 2 weeks, at last berkesempatan gak update blog ni. Sebenarnya, laptop rosak. So, pinjam laptop roommate je la.

Last week, my friends and I went to PWTC. Nak buat apa lagi kat situ, kalau tak pergi book fair kan? So, kami jalan-jalan la kat book fair tu. Niat pada awalnya, cuma nak cari dan beli buku Hilal Asyraf. Tapi, kalau dah kat book fair selama 4 jam, niat tu tinggal niat je la.

First sekali, singgah booth karangkraf dan iLuvIslam. Lepas tu, jalan-jalan lagi, cari buku Hilal Asyraf (sebab tak ingat buku-buku tu ada kat booth mana). Disebabkan belum makan (breakfast & lunch), kami pun berehat la kejap. Bukan berehat makan, duduk-duduk je. Dah habis misi mencari buku, akhirnya, bawa 6 buah buku balik cfs. 4 jam kat book fair dah 'ter'belanja RM 100 lebih. Ish3. Tu tak termasuk tambang lagi! Short sem dah la tak dapat elaun, pandai-pandai pulak pi borong buku banyak-banyak :D

So, sekarang ni dah insaf. Siapa-siapa yang bercadang nak ajak saya pergi book fair ke book store ke, lupakan je la niat anda tu. Ok. I'm just kidding :P

P/s: Sekarang ni dah terjangkit loghat utara sikit-sikit, disebabkan roommates budak-budak utara :P

P/s(2): Sem ni ambik fizik je. Yup, memang free, seminggu 12 contact hour. Tapi, kelas fizik straight 3 jam, sungguh memeningkan kepala!

Thursday, March 11, 2010

Bye Miri :)

Assalamualaikum w.b.t.

So, I'll be leaving Miri, for about 2 months this time.

Take care, Miri :)

Wednesday, March 10, 2010

Jom Fly :)

Assalamualaikum w.b.t.

Tak sempat nak update apa-apa pun kat blog ni. Pasal satu lagi entry yang hari tu, maybe tak jadi kot. Entah la. Tiba-tiba je rasa macam blank pulak nak cakap pasal tu.

Ok. Esok result SPM keluar kan? So, mesti ramai yang berdebar kan? Saya pun nervous jugak ni. Tapi, bukan sebab tunggu result spm. Esok, result final exam keluar. So, agak nervous la. Lagipun, tak dapat nak check sendiri, sebab esok dah fly pergi KL. Hehe. Tapi, yang peliknya, apsal ada je student yang dah boleh check result diorang hari Isnin lepas? Unfair sungguh! :P

Ok *lagi sekali*. I need to start packing my belongings. Okay. I'm off now :)

Sunday, March 7, 2010

Kata-kata dari hati :)

Assalamualaikum w.b.t.

Ok. Plan nak post satu lagi entry malam ni rasanya terpaksa tangguhkan dulu, atas sebab-sebab tertentu. InsyaAllah, lain kali update lagi ok?

Just nak kongsikan satu phrase ni:

"Orang yang berkata dengan mulut, belum tentu mesejnya terkesan di hati. Tapi orang yang berkata dengan hati, mesejnya pasti menusuk jauh ke dalam lubuk hati." :)

P/s: Dapat dari sini

Saturday, March 6, 2010

Open Your Eyes

Assalamualaikum w.b.t.

Nak kongsi video Maher Zain jap, lagu Open Your Eyes.



Lepas tu, sila baca cerpen ni, Mencari Ilahi by Hilal Asyraf.

Sebenarnya, sekarang ni tak tahu la macam mana nak describe feeling ni. Hati rasa sedih sangat bila semalam terbaca kat satu blog mengenai penghinaan Islam kat facebook. Actually tu cerita lama, tapi yelah..saya belum ada facebook, so agak ketinggalan la sikit.

Ok. Semalam baca tentang penghinaan Islam kat facebook. Lepas tu, hari ni pulak, tengok penghinaan Islam kat youtube. Seriously, hati ni rasa macam...entah la. Indescribable! Rasa marah, tapi mostly rasa sedih. Kenapa sedih? Sebab kedua-dua penghinaan terhadap Islam tu, bukannya orang lain yang buat. Tapi orang yang senegeri dengan saya jugak (dan mungkin jugak anda yang sedang membaca)!

Tiba-tiba timbul satu persoalan dalam kepala yang dah memang serabut dengan persoalan ni, "Ajaran Islam kat negeri aku ni memang belum berkembang ek? Ke ajaran agama diorang lebih kuat kat sini, compared to kat sana?".

Tapi, kalau based on pengalaman saya yang sedikit ni, nampak la jugak perbezaan perkembangan ajaran Islam kat 'sini' dan 'sana'. Kat 'sini', perkembangan Islam nampak macam slow sikit *ni pendapat peribadi saya ok*. Ok. Idea hilang tiba-tiba -_-"

Seriously, rasa sedih yang teramat bila baca penghinaan terhadap Islam kat facebook tu. Tapi lepas tu, saya pujuk hati;

"Hidayah tu kan milik Allah?"

"Tapi kita kena gak try cari kan? Bukannya duduk goyang kaki sambil tunggu hidayah tu datang pada kita".

*Silence*

(monolog dalaman semata-mata)

Tapi kita tak boleh nak salahkan mereka (baca:yang hina Islam) 100%. Mungkin salah kita jugak kan? Kita tak praktikkan ajaran Islam sepenuhnya dalam kehidupan seharian. Sedih baca penghinaan Islam kat facebook, bertambah-tambah sedih bila baca komen-komen berkenaan perbuatan tu (memandangkan saya belum ada account facebook, so pinjam account fb adik kejap :D). Kita marah orang hina Islam, bagus la kan? Tu menunjukkan yang kita masih lagi sensitif dengan kepercayaan kita (baca:Islam). Tapi perlu ke kita menterjemahkan kemarahan tu dengan perbuatan dan perkataan yang tak sepatutnya? Tepuk dada, tanya iman ye :)

Ok. Sekarang ni, memang takde idea dah sebenarnya. Sebab saya rasa cerpen Mencari Ilahi tu dah menceritakan apa yang saya nak luahkan. So, rajin-rajinkanlah diri untuk baca cerpen tu ok?

P/s: Entry ni membuatkan saya rasa nak buat satu lagi entry esok. Erm. Kalau ada idea, insyaAllah esok update lagi

Thought of the day: Tak sabar nak pergi bookfair kat KL next sem :)