Showing posts with label Karya. Show all posts
Showing posts with label Karya. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

Coretan Hati

Bismillahirrahmannirrahim.


Ya Allah,
Hari ini, aku memungkiri lagi janji taubatku,
Aku kembali mengulangi kesilapan lalu,
Aku merelakan diriku dibuai godaan Nafsu,
Aku biarkan diriku ditipu pujukan Syaitan,
Sudah berkali-kali aku menzalimi diriku sendiri,
Sudah berkali-kali aku merosakkan imanku sendiri,
Walaupun aku sedar Engkau Maha Melihat,
Walaupun aku sedar adanya Malaikat pencatat,
Walaupun aku sedar dosa mengundang azab,
Entah apa sudah jadi dengan diriku ini,
Terasa Iman dijiwa semakin parah,
Semakin lemah dan semakin rosak,
Ketakutanku terhadap azabMu semakin kurang,
Semakin pudar seakan lenyap.


Aduh, teruknya diriku..


Ya Allah,
Berilah aku kekuatan dan petunjuk,
Agar mampu kutewaskan rayuan Nafsu dan Syaitan,
Yang sangat hebat membinasakan diriku,
Sangat bijak menjauhkan diriku daripadaMu,
Sehingga aku lalai dalam urusan kehidupanku,
Sehingga aku lupa dan tidak peduli akan kehidupan selepas matiku.


Ya Allah,
Bagaimanalah kedudukanku disisiMu?
Adakah diriku yang penuh dosa ini akan terselamat di akhirat sana?
Adakah aku antara manusia yang bakal memenuhi Neraka Jahanam?
Lalu aku hidup dalam binasa celaka buat selamanya?
Aku tidak mahu ya Allah.
Aku tidak mahu masuk dalam golongan itu!
Aku tidak mahu hidup senang di dunia tapi sengsara di akhirat!
Aku tidak mahu.


Ya Allah,
Maafkanlah diriku,
Tolong maafkan diriku,
Ampunkanlah segala dosa yang aku kerjakan selama ini,
Ampunkanlah segala dosa yang aku anggap remeh selama ini,
Terlalu banyak, tidak terhitung.
Ampunkanlah Ya Allah, Ampunkanlah Ya Allah.
Bersihkanlah diriku ya Allah,
Sesungguhnya aku sangat berkehendak akan SyurgaMu!!
Aku merayu penuh harap.
Lindungillah diriku daripada mengulangi kembali dosa lalu.
Suburkanlah kekuatan iman dalam tekadku.
Agar aku mampu mengusahakan yang terbaik dalam hidupku.
Semata-mata untuk beroleh Syurga FirdausMu.
Redhailah diriku Ya Allah. 
Redhailah keluargaku Ya Allah. 
Redhailah sahabat-sahabatku Ya Allah. 
Rahmatilah kami Ya Allah. Rahmatilah. Rahmatilah.. 


Copy paste from: Coretan hati si pelaku dosa


*******

One of the quotes that never fails to give an impact on my heart:
Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat, melihat dunia dari jendela akhirat. [Arwah Ammar Zulkifli]


Thought of the day: Semoga umur yang panjang mampu menyumbang dan memberikan manfaat buat perjuangan menegakkan Islam. Allahumma Ameen.

Wallahu'alam.

Friday, April 17, 2009

Sahabat...

Assalamualaikum w.b.t.

Kalau saya bagitahu awak yang saya ada masalah,
awak nak dengar tak?

Kalau saya ceritakan masalah saya dengan awak,
awak akan pandang remeh tak masalah saya?

Kalau saya beritahu awak yang saya dah berubah,
awak percaya tak?

Kalau awak lihat saya alpa dalam menjalankan amanah sebagai hamba-Nya,
awak tegurlah saya.

Kalau awak lihat saya seolah-olah mengejar dunia dan melupakan akhirat,
awak nasihatkanlah saya.

Kalau awak lihat saya berubah menjadi semakin teruk,
awak bantulah saya berubah menjadi hamba-Nya yang solehah.

Mungkin hari ini, awak lihat saya masih sama dengan saya yang dulu,
tapi, esok belum tentu lagi.

Jadi, sebagai sahabat, seandainya saya berubah menjadi semakin teruk (walau sedikit pun),
awak mesti bantu saya kembali ke jalan yang diredhai-Nya. :)


Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Tuesday, January 6, 2009

Puisi Palestin

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni, ana nak kongsikan sebuah puisi dedikasi khas buat para mujahidin di Palestin & umat Islam di seluruh dunia yang masih tidak mengambil berat isu ini.

Sahabatku,
Sebelum aku meneruskan kataku,
Izinkanlah aku berbicara denganmu
menerusi kata-kata ini.

Sahabatku,
sedarkah engkau
penderitaan rakyat Palestin?
Sedarkah engkau
saudara kita sedang ditindas?
Sedarkah engkau
mereka sedang diseksa oleh musuh-musuh Allah?


Sahabatku,
Terbitkah rasa simpati di hatimu?
Timbulkah rasa benci terhadap musuh-musuh Allah?
Atau mungkinkah engkau sedang lena?
Mungkin engkau terleka dengan nikmat
keamanan negara kita.
Mungkin jua kau hanya melihat
penderitaan saudara kita
dengan pandangan kosong.

Sahabatku,
lihatlah penderitaan saudara kita!
Gunakanlah mata hatimu,
Agar kau bisa memahami
perasaan mereka saat ini.


Sahabatku,
bangkitlah dari lenamu yang panjang itu.
Bukalah mata hatimu seluas-luasnya.
Lihatlah sahabatku,
Saudara kita di Palestin sedang menangis,
Mereka sedang menderita!
Sedangkan kita...
Kita langsung tak terasa apa-apa.

Sahabatku,
Tidakkah engkau sedar
bahawa agama kita sedang terancam?
Tidak terbakarkah amarahmu melihat
musuh-musuh Allah itu
terus menerus menyeksa saudara kita?
Tidak timbulkah semangatmu
untuk mempertahankan agama Islam?


Sahabatku,
Sampai bila harus kita biarkan sahaja
saudara kita terus menderita?
Sampai bila harus kita biarkan
Yahudi laknatullah
memijak-mijak agama kita?
Sampai bila?

Bangkitlah sahabatku!
Palestin bukan sekadar masalah rakyatnya.
Bahkan Palestin adalah masalah ummah.
Teruskanlah perjuanganmu
wahai saudaraku!
Teruskan perjuanganmu
demi menegakkan ad-Deen tercinta.


Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Thursday, October 23, 2008

Puisi buat mad'u

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang memberikan ana peluang sekali lagi untuk mengupdate blog ini (walaupun SPM bakal tiba tidak lama lagi. T_T). Ngee. Kali ni, ana nak kongsi satu lagi puisi (mala jak puisi. haih). Puisi khas buat mad'u (Mad'u dalam konteks puisi ni merujuk kepada golongan yang kita dakwah. Maksudnya, golongan orang bukan Islam la).

Islam itu indah.
Ajaran Islam itu mudah.
Deenul Haq ini
tidak pernah membebankan umatnya.

Hidayah itu milik Allah SWT.
Hanya Allah SWT
yang berkuasa melontarkan hidayah
ke dalam hati hamba-Nya yang terpilih.
Hanya hamba Allah yang istimewa
layak menerima hidayah,
kurniaan terindah Ilahi.

Andai benar
dirimu telah jatuh cinta
pada Deenul Haq ini,
kajilah agama ini sedalam-dalamnya.
Perbetulkanlah niatmu
untuk mempelajari ajaran Islam.
Kajilah Islam demi
mencari satu kebenaran yang hakiki.

Moga kebenaran itu akan kau temui jua akhirnya.
Moga Allah SWT mengurniakan hidayah-Nya buat dirimu.
Dan semoga hidayah itu akan kekal buat selamanya.


Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Wednesday, October 22, 2008

Cinta pada Ilahi

Assalamualaikum w.b.t.

Tika ini,
Perasaan hati ini sukar sekali untuk difahami.
Bimbang, sedih, risau, sayu
dan segala macam jenis perasaan lagi
telah menguasai hati ini.
Segala rasa itu
telah berjaya mengusir
ketenangan yang baru bertapak di hati ini
sementara cuma.

Saat ini,
Diriku meragui rasa cintaku pada Sang Pencipta.
Adakah rasa itu sudah tersemat kukuh di dalam dada?
Adakah rasa itu hadir tanpa dipaksa?
Atau mungkinkah rasa itu hanyalah satu sandiwara?

Detik ini,
Pelbagai persoalan menganggu fikiranku.
Adakah aku benar-benar mencintai Penciptaku?
Mampukah aku mencintai Allah umpama golongan terdahulu?
Sedangkan diri ini maseh terlalu lemah.
Diriku seringkali alpa dan lalai dalam mengingati-Nya.
Diriku maseh hanyut terbuai mimpi yang lena.

Kini,
Baru kusedari,
Cintaku pada Allah masih terlalu goyah.
Rasa itu masih perlu dibajai
pada setiap denyut nadiku.

Bantulah aku untuk mencintai Rabbku.
Pimpinlah aku untuk mengukuhkan rasa cinta dan iman
yang masih belum utuh ini.

Biarlah rasa cintaku pada Allah
tidak sehebat rasa cinta para sahabat terdahulu.
Namun, aku tetap bersyukur pada-Mu atas kurniaan rasa ini.

Setidak-tidaknya,
Rasa kasihku pada Ilahi
mampu menyedarkan aku daripada mimpi yang panjang ini.
Sekurang-kurangnya,
Rasa cintaku pada-Nya
mampu membakar semangatku untuk terus berjuang
menegakkan Deenul Haq tercinta.
Dan rasa cintaku pada ar-Rahman ini juga
mampu menyedarkan aku tentang hakikat sebenar diri ini.

Diri ini hanyalah seorang hamba
yang masih punya rasa cinta pada Ilahi,
Biarpun rasa itu sedikit cuma.
Namun, akan terus ku pupuk
rasa cintaku pada Yang Satu.
Agar kelak rasa itu kan
memenuhi segenap ruang hatiku.


^__^

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Thursday, October 16, 2008

Jalan ini bukan mudah

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana ana maseh berpeluang untuk mengupdate blog ni. Dan syukur kepada Allah yang melancarkan segala urusan hamba-Nya. ^__^ Coretan kali ni ringkas je. Sekadar untuk berkongsi sesuatu (puisi ek? ngee).

Sahabat,
Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu.
Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.

Sahabatku yang sangat aku cintai,
Sungguh, jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah.
Jalan ini matlamatnya cantik dan mengagumkan.
Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui.
Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.

Sahabat,
Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu.
Syeikh Hassan Al Banna, ditembak di pasar.
Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq!
Syed Qutb, nyawanya tercabut menemui Rabbnya di tiang gantung.
Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq.
Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening.
Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!

Amanah ini untuk kita, sahabatku.
Amanah ini untuk orang seperti kalian.
Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali.
Tetapi sahabat, yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya.
Aku ingin ingatkanmu kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya terhadap hamba yang diredhai-Nya.

Sahabat,
peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja.
Tapi bukan engkau.
Engkau dibina dengan tarbiyah.
Dihiasi keindahan akhlak.
Dilahirkan sebagai pendukung agama ini.
Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang, kau terus menguatkan langkah menyusur jalan ini.
Aku yakin, kerna kau sahabatku.

Sahabat,
tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini.
Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat.
Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu.
Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini.
Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini.
Akan aku luka dan berdarah bersama kau.
Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.

Sungguh aku bersama mu.

Tulus,
Sahabatmu tercinta

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Sunday, October 5, 2008

...

Assalamualaikum w.b.t.

Hmm. Ana tak tahu nak letak tajuk apa. Ana tak tahu pun apa ana nak tulis kat blog ni hari ni. Esok exam. Ana boleh lagi update blog. Ngee. Rasa nak belajar, tapi, mood tak stabil. Ahah. Takpe la. Hari ni, ana cuma nak kongsi satu puisi dan dua ayat al-Quran. Erm. Pandai-pandai la cari makna tersirat di sebalik perkongsian-perkongsian tu (ana malas nak explain).

Adam mengertilah...

Adam,mengertilah
Hawa bukanlah insan yg kuat
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas
tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri.

Adam,mengertilah
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj
perfume, make up, perhiasan
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya
namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa
yg serba kekurangan ini.

Adam,mengertilah
Hawa ini berjiwa lembut
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta
Hawa tahu permintaan Adam
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat
namun, Hawa lemah
Hawa takut zina hati.

Adam,mengertilah
setiap kali 'sms' diterima
Hawa keliru
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja
tapi Hawa akur tuntutan sahabat
Hawa tewas
Hawa reply juga
mengenangkan Adam adalah sahabat.

Adam,mengertilah
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam
memudahkan perjalanan hidup Adam
jangan disalah tafsir apa yg Hawa berikan.

Adam,mengertilah
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa
namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta
tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa
jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya.



"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?"
(Al-Baqarah: 44)

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya."
(Al-Baqarah: 42)

P/S: Kadang-kadang, Allah akan uji kita dengan pelbagai dugaan untuk menguji seteguh mana kita berpegang dengan prinsip hidup masing-masing. Renung-renungkan.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Friday, October 3, 2008

Percintaan Hakiki

Assalamualaikum w.b.t.

Entry kali ni, sekadar nak berkongsi satu puisi yang ana baru baca. Puisi yang teramat la best. Puisi yang sangat bermakna. ^__^


Ya Allah, Ya Tuhanku.
Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku.

Tuhanku
Aku masih ingat saat pertama dulu aku belajar mencintaiMu
Lembar demi lembar kitab kupelajari
Untai demi untai kata-kata para ustaz kuresapi
Tentang cinta para nabi
Tentang kasih para sahabat
Tentang mahabbah para sufi
Tentang kerinduan para syuhada.

Lalu kutanam di jiwa dalam-dalam
Kutumbuhkan dalam mimpi-mimpi dan pada idealisme yang mengawang di awan.

Tapi Rabbi
Berbilang detik, minit, jam, hari, bulan dan kemudian tahun berlalu
Aku berusaha mencintaiMu dengan cinta yang paling utama,
Tapi
Aku masih juga tak menemukan cinta tertinggi untukMu
Aku makin merasakan gelisahku membadai
Dalam cita yang mengawang
Sedang kakiku mengambang tiada menjejak bumi
Hingga aku terhempas dalam jurang nan kegelapan.

Wahai Ilahi
Kemudian berbilang detik, minit, jam, hari, bulan dan tahun berlalu
Aku mencuba merangkak, menggapai permukaan bumi
Dan menegakkan jiwaku kembali
Menatap, memohon dan menghibaMu:
“Allahu Rahim, Ilahi Rabbi,
Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku”.

Allahu Rahman, Ilahi Rabbi
Perkenankanlah aku mencintaiMu sebisaku
Dengan segala kelemahanku.

Ilahi
Aku tak sanggup mencintaiMu
Dengan kesabaran menanggung derita
Umpama Nabi Ayyub, Musa, Isa hingga Al-Musthafa.

Kerana itu izinkan aku mencintaiMu
Melalui keluh kesah pengaduanku padaMu
Atas derita batin dan jasadku
Atas sakit dan ketakutanku.

Rabbi
Aku tak mampu mencintaiMu seperti Abu Bakar,
Yang menyedekahkan seluruh hartanya
Dan hanya meninggalkan Engkau dan RasulMu bagi diri dan keluarga.
Atau layaknya Umar yang menyerahkan separuh harta demi jihad
Atau Uthman yang menyerahkan 1000 ekor kuda untuk syiarkan DeenMu
Atau seperti Ali KarramallahuWajha yg hebat semangat kepahlawanannya.

Maka Ya Allah
Izinkan aku mencintaiMu
Melalui seratus-dua ratus perak yang terhulur
Pada tangan-tangan kecil di perempatan jalan
Pada wanita-wanita tua yang menadahkan tangan di tepi-tepi jambatan
Pada makanan-makanan sederhana yang terkirim ke handai taulan.

Ilahi
Aku tak mampu mencintaiMu
Dengan khusyuknya solat salah seorang sahabat NabiMu
Hingga tiada terasa anak panah musuh terhunjam di kakinya.

Kerana itu Ya Allah
Perkenankanlah aku tertatih menggapai cintaMu
Dalam solat yang cuba kudirikan teragak-agak
Meski ingatan kadang melayang ke pelbagai permasalahan dunia.

Rabbi
Aku tak dapat beribadah ala para sufi rahib
Yang membaktikan seluruh malamnya untuk bercinta denganMu.

Maka izinkanlah aku untuk mencintaimu dalam satu-dua rakaat lailku
Dalam satu-dua sunnah nafilahMu
Dalam desah nafas kepasrahan tidurku.

Ya Maha Rahman
Aku tak mampu mencintaiMu
Bagai para al hafiz dan hafizah
Yang menuntaskan kalamMu dalam satu putaran malam.

Dari itu
Perkenankanlah aku mencintaiMu
Melalui selembar dua lembar tilawah harianku
Lewat lantunan seayat dua ayat hafazanku.

Ya Rahim
Aku tak mampu mencintaiMu semisal Sumayyah
Yang mempersembahkan jiwa demi tegaknya DeenMu.
Seandai para syuhada yang menjual dirinya dalam jihad.

Maka perkenankanlah aku mencintaiMu
Dengan mempersembahkan sedikit bakti dan pengorbanan untuk dakwahMu
Maka izinkanlah aku mencintaiMu
Dengan sedikit pengajaran bagi tumbuhnya generasi baru.

Allahu Karim
Aku tak mampu mencintaiMu di atas segalanya
Bagai Ibrahim yang rela tinggalkan putera dan zaujahnya,
Dan patuh mengorbankan pemuda penyejuk matanya.

Maka izinkanlah aku mencintaiMu
Di dalam segalanya
Izinkan aku mencintaiMu
Dengan mencintai keluargaku
Dengan mencintai sahabat-sahabatku
Dengan mencintai manusia dan alam seluruhnya.

Allahu RahmanuRahim, Ilahi Rabbi
Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku
Agar cinta itu mengalun dalam jiwa
Agar cinta ini mengalir di sepanjang nadiku selamanya.

(sumber: http://puisijiwarasa.wordpress.com/2007/01/01/perkenankanlah-aku-mencintaimu-semampuku/)

Sebagai konklusi (ngee. macam karangan bm), marilah kita bersama-sama mencuba sedaya upaya untuk meletakkan cinta Allah SWT sebagai cinta utama dalam hidup kita. Sesungguhnya cinta Allah merupakan satu-satunya cinta yang hakiki, cinta yang tidak pernah & tidak mungkin akan mengecewakan kita. =D

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Monday, September 1, 2008

Puisi

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana ana maseh berpeluang untuk menggerakkan jari jemari ini mencoretkan sesuatu buat tatapan pembaca sekalian. Entry ana kali ni simple je, sekadar untuk berkongsi sebuah puisi yang cambest je bagi ana. Hehe. Ana ni rajin baca puisi je. Tapi langsung tak berbakat untuk menghasilkan puisi. ^__^

Penawar Hati

Tika ini,
langkah terasa payah,
nafas terasa lelah,
hati teramat gelisah,
menghadapi ujian yang Maha Esa.

Kalbuku,
yakinlah pada janji ar-Rahim,
kau tak pernah sendiri,
tidak mungkin jua terasa sunyi,
mustahil jua tandus tanpa cinta,
kerna kasih-Nya sentiasa ada buatmu.

Nuraniku,
tabahlah kau menjamah getir ujian buatmu,
teguhlah kau terus berdiri,
kerna kau pasti mampu hadapinya,
itu janji Tuhan yang Esa.

Penawar,
biar perih terasa mengejar cinta Yang Esa,
dari terleka mencari fatamorgana yang fana,
berimanlah ini terbaik untukmu,
segala tersurat sudah,
kerana Dia Khalidmu,
Maha mengetahui segala sesuatu,
pasti ada sebabnya setiap kisah hidupmu.


Puisi ni ana dapat dari iLuvIslam. Bagi ana, puisi ni memang best la. Banyak lagi puisi-puisi yang best kat iLuvIslam tu. Tapi, ana rasa agak malas nak kongsikan sekarang ni. Mungkin nanti-nanti la pulak ana kongsi puisi yang lain. InsyaAllah.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Thursday, August 28, 2008

Ramadhan al-Mubarak ^__^

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan kasih sayang-Nya, ana maseh berpeluang untuk menghirup udara di atas muka bumi milik Allah ini dan seterusnya mengupdate blog ini. Kali ini, ana ingin berbicara mengenai suatu bulan yang teramat istimewa, bulan yang penuh dengan kebaikan iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak.

Alhamdulillah, syukur sekali lagi ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, insyaAllah, kita bakal menyambut bulan Ramadhan dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Semoga Allah mengurniakan kepada kita semua dengan kekuatan dan keupayaan untuk melawan godaan nafsu kita sendiri, lantas memperbanyakkan amal ibadah masing-masing pada bulan yang mulia itu kelak.

Pada bulan Ramadhan, umat Islam diwajibkan untuk menunaikan ibadah puasa, rukun Islam yang ketiga. Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja. Maksud puasa lebih daripada itu. Kita perlu faham pengertian puasa yang sebenar. Ibadah puasa bukan sahaja untuk menahan lapar dan dahaga. Namun, ibadah tersebut berupaya mencegah kita daripada melakukan pelbagai kemungkaran. Dengan menunaikan ibadah puasa, diri kita sepatutnya jaoh daripada segala larangan Allah SWT.

Menurut pendapat Imam al-Ghazali, puasa dapat dibahagikan kepada 3 jenis iaitu puasa awam, puasa khusus dan puasa khususul khusus.

1. Puasa awam : ia meninggalkan syahwat perut dan kemalauan
2. Puasa khusus : ia menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan segala perkara dari terlibat dengan maksiat.
3. Puasa khususul khusus : hati yang berpuasa daripada kepentingan dunia dan memikirkan perkara duniawi dan meninggalkan segalanya serta segala-galanya ditumpukan hanya kepada Allah SWT.
(sumber: www.iluvislam.com)

Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang memiliki pelbagai keistimewaan. Pada bulan Ramadhan, terdapat suatu malam yang dikatakan lebih baik daripada seribu bulan iaitu Lailatul Qadr. Tarikh berlakunya Lailatul Qadr ini tidak diketahui dengan pasti. Lailatul Qadr tidak dispesifikkan pada satu tarikh yang sama sahaja setiap tahun. Lailatul Qadr berlaku pada malam-malam yang berbeza pada setiap tahun. Oleh sebab itu, umat Islam digalakkan untuk mencari Lailatul Qadr dengan cara melakukan pelbagai amal ibadah pada bulan Ramadhan, khususnya pada 10 malam terakhir Ramadhan.

Namun, hal yang berlaku kepada kita, umat Islam akher zaman ini, adalah yang sebaliknya. Kita dapat lihat masjid-masjid hanya dipenuhi oleh muslimin muslimat pada malam pertama Ramadhan,malam kedua dan begitu juga dengan malam ketiga. Di mana pula kita berada pada malam-malam yang lain? Hanya berehat di rumah kerana penat berpuasa selama sehari suntuk? Pada bulan Ramadhan inilah kita seharusnya berlumba-lumba meningkatkan amal ibadah masing-masing.

Selain Lailatul Qadr, Ramadhan merupakan bulan yang istimewa di mana al-Quran telah diturunkan dengan lengkap. Al-Quran telah diturunkan dengan lengkap kepada junjungan tercinta, Rasulullah SAW. Pada tarikh 17 Ramadhan, yang turut dikenali sebagai Nuzul al-Quran, al-Quran telah diturunkan dengan lengkap (namun, terdapat pendapat yang mengatakan bahawa al-Quran telah diturunkan dengan lengkap pada tarikh lain). Pada bulan yang penuh dengan 1001 kebaikan inilah panduan hidup umat Islam (selain as-Sunnah) telah diturunkan dengan lengkap. Biarpun al-Quran telah diturunkan lama dahulu, namun, ajaran yang terdapat di dalamnya tidak pernah dan tidak akan berubah.

Pada bulan Ramadhan juga terdapat satu solat sunat yang istimewa. Solat sunat tarawih, satu-satunya solat sunat yang hanya boleh ditunaikan pada bulan Ramadhan. Kita seharusnya mencuba sedaya-upaya kita untuk menunaikan ibadah fardhu sesempurna mungkin, di samping memperbanyakkan ibadah sunat dalam bulan Ramadhan. Dan salah satu caranya adalah dengan menunaikan solat sunat tarawih, tak kisah la kita nak solat 8 rakaat atau 20 rakaat. It depends on diri masing-masing. Alangkah ruginya andai masa kita pada bulan Ramadhan kelak disia-siakan begitu sahaja.

Terdapat juga peristiwa-peristiwa penting lain yang berlaku dalam bulan Ramadhan: 

1. Peperangan Badar Kubra (17 Ramadhan tahun 2 hijrah)
2. Pembukaan Kota Mekah (10 Ramadhan tahun ke 8 hijrah)
3. Sebahagian daripada peristiwa peperangan Tabuk (tahun 9 hijrah)
4. Tersebar luas Islam ke Yaman (tahun 10 hijrah)
5. Khalid al-Walid menghancurkan berhala al-Uzza (tahun 8 hijrah)
6. Islamnya Bani Thaqif dan mereka menghancurkan berhala al-Laata yang mereka sembah (tahun 9 hijrah)
7. Peristiwa Ain Jalut, iaitu tentera Monggol dikalahkan oleh Sultan Quthuz 915 Ramadhan 658 hijrah)
8. Pembukaan Andalus di bawah pimpinan Toriq.
(sumber: www.iluvislam.com)

Marilah kita bersama-sama menjadikan peristiwa-peristiwa tersebut sebagai pembakar semangat kita untuk menghadapi bulan Ramadhan kelak. Sebelum ana mengakhiri entry kali ini, ana ingin berkongsi satu karya yang ringkas namun amat bermakna.

Andai Ini Ramadhanku yang Terakhir

Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi

Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali
Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian adalah sesuatu yang pasti

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya aku sibuk berzikir
"a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"
[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang]
Biarpun anak tekakku kering kehausan air
Tentu aku tak akan jemu melagukan syair
Rindu mendayu
Merayu
Kepada-NYA Tuhanku yang satu

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatku dikerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai
Sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh, minda, dan qalbu
Bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil
Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal ku dendang
Bakal ku syairkan

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malamku aku sibukkan dengan
Bertarawih
Berqiamullail
Bertahajjud
Mengadu
Merintih
Meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Oleh itu duhai Ilahi
Kasihanilah daku hamba-MU yang
Hina
Dhaif
Jahil
Lagi banyak dosa ini
Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatnya
Moga setiap langkah ku zuhud kepada-MU
Moga ku istiqamah di ramadhan ini.

(sumber: www.iluvislam.com)

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi