Friday, December 20, 2013

Random.

Bismillahirrahmannirrahim.


















Muslimah itu,
Terkadang gelak kuat tak henti-henti,
Terkadang juga minum berdiri,
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi,
Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri,
Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari.

Muslimah itu,
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi,
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi,
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi,
Terkadang rasa marah menguasai diri,
Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy.

Muslimah itu,
Adalah manusia biasa,
Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia,
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba,
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya,
Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa
Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa.

Apa-apa pun,
Yang pastinya,
Muslimah itu,
Sentiasa bangkit bila terjatuh,
Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk,
Sentiasa cuba untuk improve diri,
Dari semasa ke semasa tanpa henti,
Walau terkadang dia tersungkur,
Itu bukan kerana dia lemah,
Tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula,
Jadi kuat dari sebelumnya,
Kerana dia berusaha,
Untuk menjadi bidadari dunia,
Dan juga di akhirat sana.”

[Copied from a random post on FB]

*Expression-less. Numb*

 Wallahu'alam.

Monday, December 9, 2013

SRC, IKOD, Banjir

Bismillahhirrahmannirrahim.

Hampir dua bulan tak menulis. Bukan sebab takde perkara yang berlaku, tapi sebab terlalu banyak yang terjadi dalam masa lebih kurang dua bulan ni!

Kehidupan rutin sebagai seorang mahasiswa; kelas, exam, kuiz bla3x.


Dan selain tu,...

*******

Perkara pertama (yang paling signifikan! haha), menamatkan 'kontrak' sebagai salah seorang exco Students' Representative Council (SRC) secara official. Alhamdulillah, hanya Allah yang tahu betapa leganya rasa bilamana naiknya barisan SRC yang baru! Tapi, pada masa yang sama, tak dinafikan, timbul perasaan risau andai tak berjaya menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin sepanjang previous tenure. Moga Allah ampunkan kelemahan diri sepanjang menjadi exco SRC 12/13.

******

Namun, selesai pilihanraya kampus (PRK) dan adanya barisan kepimpinan yang baru, bukanlah tanda selesai sudah tanggungjawab sebagai exco SRC 12/13. IKOD 2013 pula menanti.

IKOD 2013; sangat berbeza daripada IKOD 2012, walaupun ditaklifkan dengan jawatan yang sama (i.e. Assistant Executive Manager II)! Pelbagai pengajaran yang diperoleh daripada pengalaman sepanjang IKOD 2013.

IKOD 2013, penuh dengan pelbagai drama; tangis, air mata, stress, salah faham (semua negatif je. haha). Tapi, alhamdulillah, IKOD 2013 benar-benar mengajar saya untuk bergerak kerja sebagai satu kumpulan; saling menguatkan, saling memahami, saling melengkapi - sebab setiap individu itu ada kelemahan dan kelebihan yang tersendiri :)

Dan, sepanjang IKOD 2013, saya belajar untuk menerima kritikan, cadangan, complaints, kutukan dengan senyuman. Walau tak dinafikan, ada ketika memang rasa pedih, sakit, tapi belajar untuk menerima dan memandang setiap perkara dengan 'kaca mata' positif (mengajar diri ilmu 'kebal' dan 'kalis peluru'? ^^). Belajar untuk mengurus dan meletakkan emosi pada tempat yang sebetulnya.


Walau ramai yang mengatakan IKOD 2013 tak sehebat, tak se'gah' IKOD 2012, tapi saya secara peribadi, sangat kagum dengan setiap komiti IKOD 2013! Mereka yang bertungkus-lumus menjayakan IKOD 2013 (satu program yang besar) dalam masa hanya 2 minggu [mana nak cari orang yang komited macam ni der? Terharu~ :')].
*******

Dan sekarang, yang terkini...



Kuantan, salah satu tempat yang teruk dilanda banjir. Walau kuiz, assignments, lab reports bertimbun menunggu untuk diselesaikan, tetap mencuba sedaya upaya untuk mempraktikkan teori yang selalu diucapkan; "Mahasiswa perlu memberikan sumbangan, turun ke lapangan masyarakat", "Jangan jadi mahasiswa 3K (Kelas, Kafe, Katil)". Indeed, actions speak louder than words [walau mungkin tak mampu meluangkan masa seperti sahabat-sahabat yang lain (tanpa mengira weekdays atau weekends)].

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Moga Allah kurniakan kekuatan dan kesabaran kepada mereka yang terlibat dalam kejadian banjir ini.

Thought of the day: Belajar; bukan sekadar dalam bilik kuliah. Belajar daripada alam, belajar daripada kesilapan, belajar daripada pengalaman, belajar daripada orang sekeliling :)

Wallahu'alam.