Tuesday, September 22, 2009

Syukur

Assalamualaikum w.b.t.

Memandangkan blog ana ni penuh dengan repekan dan semakin kekurangan entry yang berbentuk peringatan buat diri sendiri dan anda yang rajin membaca blog ni, so, insyaAllah entry kali ni akan kurang tahap repekannya :)

Bulan Ramadhan yang lepas, kat uia, students ada options nak solat tarawih kat mana, kat mahallah (hostel) sendiri atau kat masjid. So, ana ngan roommates ana pun solat tarawih kat mahallah je. Bukan solat dalam bilik ok? Solat kat musolla (surau) la.

Kat surau, brothers yang jadi imam solat Isyak, solat tarawih (8 rakaat) dan solat witir. Selepas 4 rakaat solat tarawih, brothers akan sampaikan tazkirah pendek, lebih kurang dalam 5 minit la. Dan biasanya, tazkirah tu diberikan secara spontan. Dan kebanyakan tazkirah yang diberikan tu, berkaitan dengan tajuk entry kali ni; SYUKUR.

*Apsal mukadimah terlebih panjang pulak? -_-"*

Ok. Bila hampir setiap malam, tazkirah yang disampaikan menitikberatkan kepentingan syukur, ertinya syukur ni memang suatu perbuatan yang penting la kan? Kita sebagai hamba-Nya, yang dikurniakan dengan pelbagai macam nikmat, sudah tentu kita perlu bersyukur kepada Allah SWT. Syukur merupakan satu cara untuk kita berterima kasih terhadap segala nikmat-Nya.

Mungkin ada yang fikir; "Eyh. Aku hidup susah la. Ada ke Allah kurniakan nikmat kepada aku? Kalau Allah kurniakan nikmat kepada aku, mesti aku dah hidup senang sekarang ni."

Fikiran macam ni la salah. Adakah anda mengukur perkataan nikmat tu dengan harta semata-mata, dengan wang? Kalau anda kaya-raya, ertinya Allah kurniakan nikmat kepada anda? Ana takde cakap pun yang nikmat tu adalah kekayaan semata-mata, tapi kekayaan tu hanyalah salah satu daripada nikmat yang Allah beri kepada sesetengah hamba-Nya.

Firman Allah dalam al-Quran: "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?" (Surah ar-Rahman, ayat 13)

Nikmat ni ada macam-macam, terlalu banyak sebenarnya kalau nak disenaraikan. Malah, sebenarnya, kita tak akan dapat menghitung nikmat kurniaan Allah.

Firman Allah SWT dalam kitab suci al-Quran yang bermaksud: “Dan jika kalian menghitung nikmat Allah nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya.” (Surah Ibrahim, ayat 34)

Antara nikmat yang Allah kurniakan kepada kita adalah, nikmat kita dilahirkan di dunia, nikmat meneruskan kehidupan di dunia (tapi kita kena ingat, dunia ni sementara je, tempat kita mengumpulkan bekalan untuk kehidupan akhirat) dan nikmat yang paling penting sekali ialah nikmat iman dan Islam. Banyak lagi nikmat yang lain. Anggota badan juga adalah nikmat kurniaan Allah. Kalau anda memperoleh keputusan exam yang cemerlang, itu juga merupakan nikmat kurniaan Allah.

Syukur merupakan perasaan berterima kasih yang perlu kita expresskan dengan perbuatan dalam kehidupan seharian kita. Macam mana nak expresskan syukur dalam kehidupan kita? Banyak caranya. Mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya, itu sudah membuktikan bahawa kita adalah hamba-Nya yang bersyukur. Expresskan perasaan bersyukur menggunakan perkataan pun boleh jugak. Contohnya, mengucapkan 'Alhamdulillah', selalu menyebut-nyebut nikmat kurniaan Allah.

So, jom kita sama-sama mengexpresskan perasaan syukur dalam kehidupan kita mulai saat ini :)

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

1 comment: