Monday, February 22, 2010

Sahabat

Assalamualaikum w.b.t.

Pejam celik pejam celik, sem 2 dah habis. Exam final pun dah habis, last paper on 18/2/2010 yang lepas. Habis exam awal, tapi tetap balik lambat kan? Takpe la. Ramai lagi yang tak balik.

Exam final hari tu, alhamdulillah la. Dapat jawab soalan dengan ok, walaupun tak konfiden sangat dengan jawapan (& disebabkan wireless kat uia tetiba je jadi ok, so masa study pun jadi agak kurang disebabkan menghadap laptop). Sekarang ni, kena tawakal & doa je la.

Hari tu, dapat mesej dari seorang sahabat. Mesej apa? Dalam mesej tu, sahabat saya tu berterima kasih la sebab sudi jadi kawan dia. So, mesej tu membuatkan saya terfikir, 'Selama ni, aku dah try ke jadi sahabat yang baik? Aku jaga ke hati kawan-kawan aku, ke aku pentingkan diri sendiri je?'. Kawan-kawan, jom kita muhasabah! :)

Kita sebagai manusia ni, memang suka take things for granted. Bukan dalam friendship je, semua benda la kita nak take for granted. Contoh paling mudah, nikmat yang Allah kurniakan dengan kita. Nikmat yang terlalu bernilai iaitu Iman dan Islam. Tapi since tajuk entry ni 'Sahabat', so kita lihat dari aspek friendship la ek? Tak ramai yang tunjukkan yang mereka hargai sahabat mereka *termasuklah saya sendiri*. Kita selalu nak kawan-kawan kita jaga hati kita, tapi pernah ke kita try nak jaga hati mereka? Dan kalau kawan kita buat silap sikit atau sakitkan hati kita, kebaikan dia selama ni terus kita lupakan dalam sekelip mata.

So, mulai hari ni, jom kita ubah sikap kita. Kita tunjukkan yang kita hargai sahabat kita. Kalau buat silap, beranikan diri untuk meminta maaf *jangan ikutkan sangat ego ye*. Kalau sahabat kita buat baik dengan kita, ucapkanlah terima kasih. Bukannya susah pun kan? Teori lebih mudah daripada praktikal? Takpe, kita usaha sungguh-sungguh, insyaAllah jadi tak susah mana pun. Jom kita sama-sama eratkan ukhuwwah dengan sahabat! :)

P/s: Idea nak update blog banyak, tapi setiap kali nak update rasa cam takde idea plak.

Thought of the day: Esok balik!! :D

No comments: