Sunday, May 16, 2010
Halal ke haram?
Esok, insyaAllah balik cfs uia. Tapi tu bukan mainpoint. Sekarang ni, saya tengah pelik. Macam mana suatu perkara yang terang-terangan telah diharamkan oleh Pencipta manusia, Allah SWT tiba-tiba boleh bertukar menjadi halal? Siapa kita yang memandai-mandai nak menukar hukum yang telah ditetapkan oleh Allah? Perkara halal dan haram itu jelas, tak mungkin boleh berubah.
Saya tak pandai nak buat ulasan panjang-panjang tentang perkara ni. Tapi, ada satu blog yang bagi ulasan menarik, klik sini untuk baca.
Bekas Menteri Pertahanan Israel, Moche Dayan, pernah menyatakan 3 kelemahan umat Islam, iaitu:
1) Tidak mengkaji sejarah umat Islam terdahulu
2) Tidak membuat perancangan dengan teliti
3) Malas
Muhasabah kembali adakah terdapat ketiga-tiga atau salah satu kelemahan di atas dalam diri kita?
P/s: Selamat hari guru kepada setiap individu yang bergelar cikgu & yang mengajar indirectly :)
Wallahu'alam.
Thursday, May 13, 2010
Bersangka baiklah dengan Allah
Semalam, saya dah post tentang bersangka baik secara general. Hari ni, nak specifickan lagi skop bersangka baik ni.
Dalam kita menjalani kehidupan ni, memang tak sah kalau takde masalah/dugaan/ujian. Yang berbeza hanyalah cara kita mengendalikan masalah tersebut. Ada orang yang berasa penat apabila berhadapan dengan ujian demi ujian. Masalah lama baru selesai, muncul pulak masalah yang baru. Apabila hidup dipenuhi dengan dugaan, ada yang akan rasa putus asa. Rasa putus asa, sehinggakan sanggup declare 'permusuhan' dengan Allah.
Apabila berhadapan dengan ujian yang dirasakan seolah-olah terlalu membebankan, ada yang terfikir, "Kenapa aku ni asyik ada masalah?", "Kenapa Allah asyik uji aku je?", "Kenapa Allah tak adil terhadap aku?". Sehinggakan ada yang sanggup membunuh diri kerana berasa putus asa terhadap kehidupannya. Ada juga yang sengaja melanggar perintah Allah dengan terang-terangan dengan alasan Allah tidak berlaku adil terhadapnya. (Naudzubillahimindzalik, semoga kita dijauhkan daripada perkara sebegini.)
Setiap apa yang berlaku pada kita, semuanya ada hikmah. Takde satu apa pun yang Allah ciptakan dengan sia-sia. Setiap ciptaan Allah ada fungsi dan kegunaannya. Begitu juga dengan setiap takdir Allah kepada kita, takde satu pun yang Allah takdirkan dengan saja-saja, without any reason.
Tak semestinya kesusahan yang kita hadapi tu memberikan keburukan kepada kita, dan tak semestinya kesenangan yang kita miliki akan sentiasa memberikan kebaikan kepada kita. Cuma, mungkin apabila kita berhadapan dengan ujian tersebut, kita tak nampak hikmahnya. Apa yang kita nampak hanyalah ujian yang kita hadapi.
(Surah al-Baqarah, ayat 216)
Dan satu lagi, Allah berjanji dalam al-Quran yang Dia tak akan pernah memberikan kita ujian yang tak mampu kita pikul. Kita seharusnya yakin dengan janji Allah ni. Maksudnya, setiap ujian yang Allah berikan kepada kita, semuanya dapat kita hadapi. Allah yang menciptakan kita, maka Allah yang paling memahami kita, hamba-hamba-Nya. Ertinya, Allah Maha Mengetahui seberat mana ujian yang mampu kita tanggung. Allah takkan pernah menzalimi hamba-Nya.
Kita sebagai hamba Allah mestilah sentiasa bersangka baik dengan Pencipta kita, Allah SWT. Kita kena jaga hubungan kita dengan Allah (hablumminallah) di samping menjaga hubungan kita dengan manusia (hablumminannas). Setiap apa yang kita hadapi, pasti ada hikmahnya :)
Wallahu'alam.
Wednesday, May 12, 2010
Bersangka baik
Alhamdulillah, selamat sampai di Miri hari Isnin yang lepas. Tapi, atas masalah yang tak dapat nak diatasi, maka terpaksa la update blog ni lambat.
Hari tu, on the way nak pergi KL sentral if I'm not mistaken, dengar la berita kat radio. Lepas tu, terfikir, "Apsal banyak sangat berita pasal sarawak ni?". Baca newspaper last week pun ada satu page berita pasal sarawak je. Padahal before ni, susah je nak tengok berita tentang sarawak. Rupa-rupanya, tak lama lagi ada pilihanraya kecil kat Sibu. Oh, no wonder! (Amanah sebagai pemimpin tu tersangat berat sebenarnya.)
[P/S: Ini bukan blog politik ye? :)]
Kadang-kadang, kita rasa as if diri kita ni hebat sangat. Sampaikan kita pandang rendah pada orang lain. Setiap kali kita tengok orang lain, yang kita nampak hanyalah kelemahan mereka. Sedangkan kita tak sedar yang diri kita ni lebih banyak kelemahannya.
Kita tak sepatutnya rasa macam tu kan? Kita sepatutnya bersangka baik dengan semua orang. Kadang-kadang memang susah nak bersangka baik dengan orang lain, but it's not impossible kan?
Pernah dengar kata-kata ni?
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : “Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : “Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”.
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk."
So, jom muhasabah. Mulai saat ni, jom kita bersangka baik dengan orang lain. Elakkan sebarang sangkaan buruk okay?
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." [Surah al-Hujurat, ayat 12]
*******
Edited: Nak kongsi satu video by UmmahFilms, The Haram Police. Semoga mendapat pengajaran :)
Thought of the day: Bila tengok kawan-kawan berubah menjadi lebih baik, kadang-kadang rasa cemburu. Bukan sebab tak suka tengok perubahan mereka. Gembira memang gembira bila tengok kawan-kawan berubah jadi lebih baik. Tapi, hati ni sering tertanya-tanya, "Bila lagi turn aku nak berubah?". Sekarang ni, sedang mencari kekuatan dan insyaAllah, dalam proses membaiki diri dan hati. Doakan agar Allah permudahkan segala usaha saya :)
Wallahu'alam.