Saturday, January 22, 2011

Bismillahhirrahmannirrahim.

Beberapa hari yang lepas:

Seorang hamba Allah sedang membuat latihan calculus. Baca soalan, fikir kejap. Tak dapat jawab, tinggal. Baca next question, fikir seminit dua. Tak dapat jugak. Dan keadaan ni berterusan untuk soalan-soalan yang lain.

Dalam hati, "Adeh! Apsal tak dapat jawab ni? Padahal masa discussion, paham je. Banyak lagi soalan ni".

Mesej seorang sahabat, "A**, pasni nak singgah bilik A** ye? Nak tanya soalan calculus, satu pun tak dapat jawab".

Dalam perjalanan ke bilik sahabat tersebut, dapat mesej dari seorang sahabat yang lain:

"Seorang ulama' berkata, sebaik-baik pendosa ialah yang segera bertaubat atas segala kesalahannya. Iman seorang hamba biasa, yang bukan wali atau maksum, turun naik. Solusinya mujahadahlah. Fitrah mujahadah adalah payah, sukar, susah. Kenapa? Kerana kepayahan itu yang akan bawa 'carry mark' ke syurga atau neraka. Jom tambah rasa takut pada-Nya. Setiap nafsu dan nafas akan dihitung, sedang manusia itu 'lalala...aku masih muda, lambat lagi mati, nanti dah bongkok aku taubatlah'. Wah! Seakan-akan kita ini kawan baik Izrail pula, sedang malaikat maut itu merenung muka kita berkali-kali dalam sehari, tunggu signal daripada Dia. Hakikatnya, kita ini menunggu lafaz 'touch & go' saja daripada-Nya".

Baca mesej dari awal sampai habis. Bila dah habis baca, terdetik dalam hati, "Allah! Macam tahu-tahu je orang tengah serabut ni. Kena direct kat diri sendiri kot. Kena banyak muhasabah lagi ni. Elakkan perkara lagha ye wahai diri".

Bak kata Kak Husna kat blog, ni telepati ke ikatan hati?

Wallahu'alam.

Friday, January 7, 2011

Pengalaman

Bismillahirrahmanirrahim.

Nak kongsi beberapa pengalaman 'berharga' sepanjang hampir satu bulan berada di Pahang. Pengalaman-pengalaman ni, ada antaranya yang saya tak lalui sendiri pun, tapi dengar dari cerita orang lain. Tapi takpe. Pengalaman tu berharga, sebab ada pengajaran di sebaliknya, tak kisah la pengalaman sendiri ke pengalaman orang lain.

Situasi pertama:
Dua orang hamba Allah dimarahi oleh seorang pak cik guard kerana berehat di dalam surau di suatu tempat.

Situasi kedua:
Beberapa orang hamba Allah dimarahi oleh pak cik pemandu bas, sebab tak duduk-duduk lagi padahal bas nak gerak dah.

(Kes ni, sebenarnya, berlaku salah faham. Hamba-hamba Allah tersebut ingatkan kena duduk based on nombor tempat duduk yang tercatat di tiket bas. Tapi, rupa-rupanya duduk je sesuka hati).

Situasi ketiga:
Seorang hamba Allah, bersama dua orang sahabatnya dimarahi seorang akak pegawai bank disebabkan si hamba Allah tu dah terlupa nombor pin kad atm, dan nak buat kad atm baru.

Ditegur dan dimarahi adalah 2 perkara yang berbeza. Teguran boleh diberi dengan cara lemah-lembut, tapi kalau dalam situasi-situasi di atas, dimarahi dengan cara kasar.


Dari tiga situasi di atas, saya dan sahabat-sahabat membuat conclusion hipotesis secara tak langsung, bahawa orang Pahang ni memang cara mereka garang/kasar (but of course, tak semua macam ni). Walaupun mereka tak marah, tapi cara mereka tu seolah-olah sedang marah. Tapi, tu cuma hipotesis, bukannya konklusi (maksudnya, statement tu boleh jadi betul atau salah). Sahabat-sahabat dan pembaca yang berasal dari Pahang, jangan marah pulak :)

Sebenarnya, pengalaman-pengalaman di atas ni membuatkan saya terfikir, "Kalau aku boleh buat assumption orang Pahang ni garang based on first impression & pengalaman yang baru sikit, macam mana pulak dengan Islam? Apa first impression orang bukan Islam apabila melihat perlakuan umat Islam akhir zaman ni?".

Teringat kata-kata Syeikh Muhammad Abduh;

"Aku melihat Islam di Paris, tanpa muslim. Namun, bila aku kembali ke Cairo, aku melihat muslim tanpa Islam!"

Kata-kata yang amat mendalam dan tajam maksudnya. Inilah pengajaran sebenar yang saya nak kongsikan. Setiap perbuatan kita, tak kira la kecik ke besar, sebenarnya memberikan impak kepada Islam. Kita mengaku Islam, tapi adakah kita praktikkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian kita? Kita mengaku Islam, tapi kenapa kalau ada ajaran Islam yang bertentangan dengan kehendak nafsu, kita tolak? Kita ambik ajaran Islam yang kita berkenan je? Boleh ke macam tu? Main pilih-pilih pulak ajaran mana yang kita nak, yang tak nak, kita bakulsampahkan?


*muhasabah muhasabah*

Saya bukanlah baik sangat. Alim, wara', thiqah (lama tak dengar istilah ni)... saya masih jauh untuk mencapai tahap-tahap tersebut. Tapi, saya menulis untuk mengingatkan diri sendiri, supaya pandai-pandai muhasabah balik apa yang dah ditulis di blog ni. Supaya saya tak selamanya berada di takuk yang sama, sebab saya manusia biasa yang ada keinginan untuk berubah ke arah yang lebih baik. Dan jugak, dengan harapan, andai ada yang membaca, boleh dapat manfaat, walau secebis. Ilmu tu perlu dikongsi kan?

Berdasarkan pengalaman kat atas tadi, memang tak semua orang Pahang tu garang. Tapi, setelah melalui 2,3 kali pengalaman yang lebih kurang sama, itu apa yang kami fikirkan (penyedap hati sebenarnya, supaya tak terasa sangat bila kena pengalaman yang sama lagi).

Macam tu jugak la dengan Islam. Bila 2,3 kali, seorang non-muslim A mengalami pengalaman yang sama, sebagai contoh... Ramai yang mengaku Islam, tapi tak solat, tak jaga aurat, tak tapis dulu perkataan-perkataan yang keluar dari mulut, apa yang akan bermain-main dalam fikiran si A tadi? Tentulah si A akan berfikir bahawa ajaran Islam ni, tak seindah mana pun. Dan akhirnya, Islam yang dapat nama buruk, menyebabkan orang lain tak tertarik dan menjauhi Islam. Jadi, sebelum buat sesuatu, bawak bertenang dan fikir masak-masak.

P/s: (1) Memang betul la, kita akan diuji dengan apa yang kita perkatakan. Teringat surah as-Saff, ayat 2-3. Betapa besarnya kebencian dan murka Allah pada hamba-Nya yang pandai cakap itu ini, tapi tak buat apa pun.

Allahhummaghfirlana wa tub 'alaina ya Rahim.

(2) Sedang mendalami maksud sebenar perkataan 'alim, wara' dan thiqah. Sesiapa yang nak berkongsi, silakan, tafaddhal.

Thought of the day: Banyak sangat membazir masa, time management failed! Allah... Dah banyak 'teguran' yang Allah berikan, tapi masih buat-buat tak tahu, masih lagha, perangai tunggang-terbalik. Astaghfirullah. Insaf la Alyaa. Nak tunggu azab Allah dulu ke, baru nak bertaubat? And the bigger question is, sempat ke nak insaf, bertaubat, berubah kalau asyik tangguh-tangguh? Doakan saya istiqamah.

Wallahu'alam.