Wednesday, January 4, 2012

Dakwah nombor 1, akademik nombor 2?

Bismillahirrahmannirrahim.

Sambil study HTML untuk exam final Computer in Science esok (5/1/2012), sambil update blog dengan cara edit HTML. Hehe. Okayyy. Alasan semata-mata. Sebenarnya nak update blog, tu yang carik jugak cara walaupun kena guna option Edit HTML instead of compose macam biasa. Kira apply apa yang dipelajari la ni.

*******

"Dakwah dan akademik; takde yang jatuh pada second priority.
Dua-dua kena seiring."

Perkara ini, bagi setiap orang yang bergelar dai'e, diulang dan diulang dan diulang menunjukkan betapa pentingnya dakwah dan akademik itu bergerak seiring. Jangan terlalu fokus pada salah satu daripada dua perkara tadi, sehinggakan salah satu jatuh ke tangga kedua.

Kenapa perkara ni sangat penting? Supaya tak timbul fitnah dalam perjuangan kita. Ya, FITNAH. Fitnah yang akan bagi impak besar pada dakwah yang sedang kita galas. Bila terlalu fokus pada dakwah sehingga akademik terabai, orang lain akan pandang slack bukan setakat pada diri kita, tapi juga pada dakwah kita. Akhirnya, orang tak nak terima apa yang kita katakan.

"Eleh! Dia tu, post macam-macam kat FB. Amar ma'ruf nahi mungkar konon. Tapi, study entah ke mana."

"Aku meluat gila kot dengan mamat tu! Post macam-macam pasal politik. Konon nak bagi orang sedar realiti sekarang. Tapi, selalu ponteng kelas. Dah tu, mintak orang lain pulak signkan attendance. Kalau datang pun, lambat. Markah exam pun hampeh. Macam mana nak jadi pemimpin lagu tu?"

Berdesing telinga dengar kata-kata di atas? Hati geram menahan rasa marah?

Itulah realiti sekarang ni. Sebab itulah, pentingnya dakwah dan akademik bergerak seiring. Jangan lupa, akhlaq pun penting! Ingat balik pelbagai kisah dalam Sirah Rasulullah; Berapa ramai orang yang memeluk Islam, hanya dengan keindahan akhlaq Rasulullah? Jangan hanya sekadar di bibir, "Rasulullah itu role model umat Islam", tapi diri sendiri tak praktikkan.

*******

Nak 'hentam' orang lain memang senang. Nak rasa simpati pada orang lain pun senang jugak. TAPI, nak rasa EMPATI, senangkah? Nak meletakkan diri kita di tempat individu itu, merasa apa yang dia rasa; senangkah?

*******

P/s: Sesungguhnya mata ini dulu yang membaca setiap apa yang ditaip, maka ambillah pengajaran wahai diri! Pesanan buat diri sendiri khususnya ^^

Wallahu'alam.

Sunday, January 1, 2012

Jangan Jadi Mahasiswa Dalam Kaca

Bismillahirrahmannirrahim.

Sebenarnya lama dah nak update blog, since timbul isu Adam Adli lagi. Tapi, apakan daya, terpaksa hold dulu, takut post penuh dengan unsur emosi semata-mata pulak. Hold punya hold, akhirnya lupa -_-"

Rentetan kes Adam Adli, timbul pulak kes Safwan Anang yang dibelasah semasa demo di UPSI. Rasanya, ramai yang dah aware dengan isu ni.

Berdasarkan dua isu di atas, macam-macam pendapat yang dapat kita perhatikan; ada yang menyokong dan ada yang membangkang.

Yang menyokong, mengatakan bahawa mahasiswa juga berhak untuk menyuarakan pandangan mereka, mahasiswa merupakan bakal pemimpin masa hadapan.

Yang membangkang pulak; mahasiswa dok diam-diam kat kampus, tanggungjawab mahasiswa untuk belajar, habiskan dulu degree, focus on final exam, kerajaan dah bagi macam-macam untuk mahasiswa, kenapa nak lawan?

*******

Betul ke tugas mahasiswa hanya untuk belajar? Kalau betul, kenapa ada macam-macam kelab yang ditubuhkan dalam kampus? Kenapa perlu adakan macam-macam aktiviti untuk mahasiswa (cth: BTN)? Bukan ke tugas mahasiswa itu untuk belajar?

Betul ke life cycle mahasiswa itu; study (semasa university life) dan kerja (selepas graduate)? Kalau betul, siapa yang nak jadi pemimpin negara? Pemimpin yang sedia ada sekarang ni? Tanpa ada pelapis, masih akan adakah pemimpin berkualiti 10 tahun akan datang?

Dan lastly, betul ke semua subsidi, semua development negara sekarang ni, jasa baik kerajaan? Atau itu semua merupakan TANGGUNGJAWAB kerajaan?

*******
Growing OLD is mandatory. Growing UP is optional.
[IniAnwarHadi]

Kita takkan boleh mengelak pertambahan usia pada setiap tahun. Tapi, satu perkara penting yang perlu kita fikirkan; Apakah dengan pertambahan usia itu, diiringi dengan cara berfikir yang lebih matang, cara bertindak yang lebih proaktif dan ibadah yang semakin berkualiti?

Jangan sampai orang lain menilai kita; "Eh, dia ni umur je dah tua tapi fikiran mengalahkan budak-budak!".

Wallahu'alam.