Tuesday, January 29, 2013

Kisah Siti Hajar Ahmad Sabir

Bismillahirrahmannirrahim.

Membaca kisah si dia, almarhumah Siti Hajar Ahmad Sabir, membuatkan airmata mengalir, lantas muhasabah diri. Beza antara kami, bagai langit dengan bumi T___T

Moga kisah yang tercatat bukan sekadar dibaca, namun dihayati dan dijadikan inspirasi untuk berubah ke arah yang lebih baik, insyaAllah.

Rentetan pengalaman di hari-hari terakhir
Sebahagian hikmah sepanjang bersama almarhumah Siti Hajar Ahmad Sabir

*******

Teringat status seorang sahabat, merangkap adik-beradik usrah:
Saya tak jealous kalau perempuan lain lebih cantik dari saya. Tapi saya jealous jika perempuan lain lebih solehah dari diri saya :') 
Jom usaha! :D
Walau tak mudah bernafas dalam jiwa hamba, terus usaha untuk mencapai redha-Nya :)

Wallahu'alam.

Thursday, January 24, 2013

Kisah cinta pada Rasulullah

Bismillahirrahmannirrahim.



Salah satu video yang tak pernah gagal membuatkan airmata mengalir setiap kali menontonnya. Cinta para sahabat pada Rasulullah, membuatkan diri termuhasabah. Cinta Rasulullah pada umatnya, termasuklah diri ini, membuatkan diri malu dan terfikir 'Apa yang telah aku lakukan tanda cinta pada Nabi Muhammad SAW?' T______T

Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya ada 10 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam, pastikan dia ialah kamu. [Abu al-A’la al-Maududi] 

Manifestasikan cinta pada Rasulullah, dengan meneruskan perjuangan Baginda menyebarluas dan menegakkan Islam. Cinta dan kasih pada junjungan agung, khatimul anbiya’; jangan hanya sekadar retorik yang bermain di bibir.

Salam Maulidur Rasul :)

Wallahu'alam.

Tuesday, January 22, 2013

Aku Cinta Allah

Bismillahirrahmannirrahim.


Ingin berkongsi sedutan video daripada program Bicara Selebriti (20/1/2013), menampilkan Amin Idris sebagai moderator dan empat orang panelis; Azizul Hasni Awang, Pierre Andre, Ustaz Zamri Mantop dan Oki Setiana Dewi.

Sangat terkesan dengan lirik lagu yang dinyanyikan Amin Idris.

Andaikan diriku bisa seperti yang lain,
yang Kau Sayang,
yang Kau Rindukan,
yang Kau cintai.
Aku lemah,
tanpa-Mu, aku lelah,
aku sungguh tak berdaya.
Tolongku, tolongku,
ya Allah.

Setiap airmataku mengalir,
Allah, aku lemah dan tak bererti.
Setiap derai tangis membasahi,
Allah, jangan tinggalkan aku lagi.
Aku sayang Allah.
Aku rindu Allah.
Aku cinta Allah.

Bila kita benar-benar menghayati lirik lagu ni, airmata mungkin mengalir tanpa sedar. Paling kurang pun, akan timbul rasa sebak.

Mengenangkan hakikat diri - insan penuh dosa, namun Allah sembunyikan setiap keaiban kita. Allah...

Hakikat diri - seorang pendosa yang seringkali bertaubat dan berjanji takkan mengulangi dosa yang dilakukan. Namun, janji hanya tinggal janji. Allahu rabbi...

Allahummaghfirlana wa tub 'alaina ya Allah. Ameen ya Rabb.

Dan satu perkara lagi yang memberikan kesan kepada diri saya ialah apabila mendengarkan laungan takbir oleh para hadirin program tersebut. Membayangkan, 'Beginikah suasana negara Islam yang diimpi-impikan selama ini? Mungkinkah suasana di negeri tanah serendah sekebun bunga ini wujud di negeri-negeri lain seluruh Malaysia?' [Terus optimis, insyaAllah!]. Bayangan Baldatun Thoyyibatun wa Rabbun Ghafur, membuatkan perasaan bercampur-baur dan tak mampu digambarkan. 

Satu perkara yang perlu kita tanyakan pada diri masing-masing; andai kita mengimpikan tertegaknya negara Islam, apakah kita hanya ingin menjadi PEMERHATI atau PENYUMBANG kepada tertegaknya negara Islam tersebut?

Wallahu'alam.

Friday, January 18, 2013

Updates on Current Issues

Bismillahirrahmannirrahim.

Baru 3, 4 hari tak online, dah rasa jauh ketinggalan -_-"

Pelbagai isu yang timbul. Isu forum mahasiswa di UUM (a.k.a. isu 'LISTEN' :P), isu Golden Disk Awards yang diadakan di Malaysia (Oh...tanah airku!), isu pemberian kad pengenalan kepada golongan bukan warganegara Malaysia, rentetan isu kalimah 'Allah' dan isu-isu lain.

And this is exactly what I need! ^^


[160113] Isu Semasa Dalam Negara

Sinar-Kalimah Allah: DAP setuju keputusan majlis syura
[http://www.sinarharian.com.my/nasional/kalimah-allah-dap-perak-setuju-majlis-syura-1.121787]

Sinar-Isu UUM: Sharifah digesa minta maaf
[http://www.sinarharian.com.my/nasional/isu-uum-hormati-pelajar-sharifah-digesa-minta-maaf-1.121724]

Mk-Sokongan untuk Bawani, kritikan untuk Sharifah
[http://www.malaysiakini.com/news/219052]

Sinar-PKPIM gesa Sharifah minta maaf
[http://www.sinarharian.com.my/nasional/pkpim-gesa-ahli-panel-minta-maaf-1.121815]

Mk-UMNO jauhkan diri dari Sharifah tapi dia orang kuat BN
[http://www.malaysiakini.com/news/219020]

Mk-Ekonomis Bank Islam terkejut digantung tugas sebab politik
[http://www.malaysiakini.com/news/218968]

Mk-Masalah air: Jangan tunggu pilihanraya untuk bantu kami
[http://www.malaysiakini.com/news/219050]

Mk-Pemuda MIC: Jangan pandang rendah suara mahasiswa
[http://www.malaysiakini.com/news/219046]

Mk-Hanya 66 682 rakyat asing diberi kewarganegaraan di Sabah
[http://www.malaysiakini.com/news/219039]

Sinar-SPR nasihat pemilih semak maklumat
[http://www.sinarharian.com.my/politik/pru13-spr-nasihat-pemilih-semak-maklumat-1.121697]

Sumber: FB Gamis Official

Siapa kata tanggungjawab mahasiswa cuma untuk belajar; masuk universiti, pergi kelas, siapkan assignments, pulun untuk exams dan bila cuti, bercuti sepenuh hati? Hakikatnya, mahasiswa adalah generasi pelapis pemimpin masa kini. Malah, ada yang berpendapat bahawa mahasiswa bukanlah future leaders. Sebaliknya, mahasiswa merupakan pemimpin pada masa kini. Kerana mahasiswa mampu membawa pengaruh dan suara rakyat yang inginkan perubahan.

Teringat kembali kata-kata Madam Martinelli Hashim, yang pernah saya jadikan status di FB:
Gelaran mahasiswa bukan sebarang gelaran. Di dalamnya tersembunyi nilai akal yang tinggi dan nilai budi yang insani. Dengan akal yang tajam, mereka dapat menilai menggunakan hikmah dan dengan lidah yang mahir, mereka dapat berbicara bahasa ummah.
P/s: Target cuti semester ni, nak khatamkan 4, 5 buah buku. Moga jadi kenyataan, dan tak hanya tinggal impian. Moga Allah permudahkan. Ameen. 

Wallahu'alam.