Monday, September 16, 2013

Of Negativity & Atelophobia.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Hujung minggu yang panjang; 3 hari cuti. Tapi, 2,3 hari ni hanya dipenuhkan dengan melayan perasaan-perasaan negatif! Astaghfirullah.. Sibuk-sibuk pun ada masa nak tenggelam dalam perasaan negatif -.-"

Hari ni, 'stalk' diri sendiri. Sounds funny, but worth it (I guess? Haha). Belek semula posts di Facebook dan tumblr, serta tweets di Twitter. Tiba-tiba timbul soalan dalam fikiran ni; "Mana hilangnya 'Alyaa' yang dulu? Dulu kemain cakap pasal atelophobia la apa la, bila kena kat diri sendiri, hampehhhh~"

Sungguh, apabila kita diuji dengan perkara yang seringkali kita katakan, rasa berat yang teramat. Rasa tak mampu menghadapi ujian tu. Tapi, belek al-Qur'an, ingat kembali dan yakinkan diri dengan janji-janji Allah. Allah tak pernah dan takkan pernah menguji hamba-Nya dengan ujian yang tak mampu dipikul!

Hakikatnya, memang betul; teori itu berkali ganda lebih mudah berbanding praktikal!

Apa-apa pun yang berlaku, Allah itu Maha Mengetahui; Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita - hamba-hamba-Nya. Moga setiap perbuatan, setiap keputusan diredhai Allah :)

*******
Aku temui 'SAKINAH' (ketenangan) di celah perit perjuangan,
Aku kecapi ketenangan saat taklifan membelenggu kaki,
Aku dakap ketenangan saat sunyiku dari maksiat,
Aku memahami perjuangan sebenarnya medan yang menenangkan.


Bila anda seorang Muslim, anda perlu jadi PHD; Person of High Determination! 
Orang yang penuh keazaman. Sentiasa bersemangat. Sentiasa miliki perasaan cinta kepada jalan menuju syurga Allah ini.

Aku mahu paksa hati ini cinta pada dakwah dan perjuangan. Kerana itulah fatrah hati yang sayangkan Tuhan.
Aku mahu paksa jasad ini biar ia letih berjuang. Kerana kelak ia bakal jadi saksi di hari perhitungan.


Thought of the day: Tak berbaloi membiarkan hati bimbang dengan perkara yang belum pasti. Yang lebih penting adalah; membuat persiapan, membina keyakinan dan kesediaan :)

Wallahu'alam.

No comments: