Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, Allah SWT masih memanjangkan usia kita untuk terus menyiapkan bekalan bagi kehidupan di akhirat kelak. Alhamdulillah, syukur kerana Allah SWT masih meminjamkan secebis kesihatan buat diri ini.
Ana mintak maaf sebab dah lama tak update blog ni. Keadaan diri yang kurang sihat sebelum ni, telah menjejaskan pelbagai perkara. Kesihatan - suatu perkara yang amat penting - seringkali ana pandang ringan. -_-"
Ok. Kali ni, ana bukan nak berbicara mengenai kesihatan atau keputusan SPM (yang akan keluar tak lama lagi), ana nak tulis pasal kekasih Allah, kekasih umat Islam iaitu nabi junjungan kita, Rasulullah SAW.
Sebenarnya, dah lama terdetik hasrat dalam hati ana untuk menulis tentang insan yang teramat ana rindu ini. Tapi, ana seolah-olah kehilangan kata-kata untuk bercerita mengenai baginda. Ana tak tahu nak cakap pasal apa, bagaikan tiada kata yang bisa ana gunakan untuk meluahkan apa yang ana rasa terhadap baginda.
Baginda insan terhebat...
Ya, baginda seorang pesuruh Allah. Baginda maksum, bebas daripada secalit dosa sekalipun. Baginda dijamin syurga oleh Allah SWT. Namun, baginda tetap rajin beribadah. Kerana apa? Untuk menzahirkan rasa syukurnya kepada Pencipta. Andai dibandingkan diri ini dengan Rasulullah, terasa teramat besar jurang perbezaannya. Ana sendiri sebenarnya merasa tidak layak dibandingkan dengan baginda. Mampukah kita mencontohi akhlaknya yang mulia?
Baginda insan paling berjasa...
Mana mungkin dapat ana balas segala jasa Rasulullah SAW. Malah, mampukah terbalas walau sekelumit pun jasa baginda? Baginda bekerja keras menyebarluaskan dakwah Islamiyyah. Atas usaha baginda, kita berpeluang mengecapi nikmat iman dan Islam, dua nikmat yang tak mungkin dapat ditukar ganti dengan perkara lain. Jalan yang terpaksa dilalui oleh Nabi Muhammad SAW untuk menyebarkan ajaran Islam bukanlah jalan yang dihiasi karpet merah, tidak pula usahanya ditaburi dengan pujian dan sanjungan. Apa yang baginda peroleh atas usaha tersebut? Hinaan demi hinaan, kata-kata kesat, pemulauan. Malah, baginda diganggu semasa sedang beribadah. Namun, Rasulullah SAW tetap bersabar. Mampukah kita meneruskan perjuangan kekasih kita ini?
Baginda dicintai semua...
Tidak kira keluarga atau sahabat, tua atau muda, semua orang beriman terdahulu mencintai Rasulullah SAW. Mereka sanggup korbankan apa sahaja, hatta nyawa sekalipun, buat Rasulullah tercinta. Kerana mereka sedar, andai mereka mentaati pesuruh Allah, bermakna mereka mentaati Allah. Mampukah kita mencintai Rasulullah seperti kecintaan para sahabat terdahulu?
Baginda amat menyayangi kita...
Kasih sayangnya terhadap kita amat mendalam. Bahkan, Rasulullah SAW merindui kita terlebih dahulu, sebelum kita diwujudkan. Ya, kita saudaranya. Saudara yang amat baginda rindui suatu ketika dahulu. Kitalah yang seringkali menjadi keutamaan baginda. Kitalah yang dituturkan di bibirnya tatkala baginda sedang menghadapi sakaratul maut. Ummati, ummati, ummati. Akan hancurkah hati Rasulullah andai baginda mendapat tahu keadaan umatnya yang kian tenat kini? Mampukah kita menyayangi baginda sebagaimana baginda menyayangi kita?
Baginda yang amat ana rindui...
Rasulullah, insan yang bertakhta di hati ini, saat ana mula mengenal Islam dengan lebih mendalam. Baginda yang ana rindui sentiasa. Baginda yang jasanya tak mungkin dapat ana balas. Setiap kali membaca sirah kehidupannya, setiap kali itulah air mata menitis. Setiap kali mendengar nasyid yang berkaitan dengan dirinya, setiap kali itulah rasa sebak menyerang hati. Sungguh, ana cemburukan para sahabat yang berpeluang hidup bersama kekasih Allah itu. Sungguh, ana rindukan Rasulullah. Sungguh, ana rindukan Islam tertegak semula di dunia ini. Namun, seringkali timbul perasaan risau dalam hati ini. Akankah Rasulullah mengenal ana sebagai umatnya di akhirat kelak? Inginkah baginda memberikan syafaatnya buat diri ini?
Sebenarnya, masih terlalu banyak yang ingin ana coretkan mengenai insan yang hebat ini. Namun, kata-kata sahaja tidak cukup untuk meluahkan segala yang terbuku di hati ini. Kata-kata sahaja tidak cukup untuk men'describe'kan insan agung ini.
Muhasabah semula rasa kasih dan cinta kita terhadap Nabi Muhammad SAW. Sudah tersemat kukuh di dalam hatikah rasa itu? Atau mungkin sekadar meniti di bibir sahaja? Atau mungkinkah rasa cinta terhadap baginda hanya mengetuk sanubari kita setahun sekali, sempena ulang tahun kelahirannya? Ingat, kita sebaik-baik umat. Kita umat bertuah, kita umat Muhammad!
Pendamba Cinta dan Redha Ilahi
Daurah Iftitah 2.0
-
Assalamualaikum wrt..
Alhamdulillah ala kulli hal.
sudah genap 2 tahun pertapakan ana di kepulauan. medan yang perlu ana
tempuhi buat kesekian kali.
daura...
No comments:
Post a Comment