Monday, October 12, 2009

Monolog...

Assalamualaikum w.b.t.

Hmm. Sebenarnya, terdapat pelbagai perkara yang ingin saya coretkan. Tapi, itu tadi. Sekarang ni, rasa macam serba salah pulak nak luahkan segala apa yang terbuku dalam hati ni. Mungkin jugak saya rasa kurang selesa. Ya, saya bukanlah jenis yang mudah meluahkan apa yang saya rasakan. Saya lebih suka mendengar daripada bercakap. Sampaikan roommates saya cakap yang saya ni lebih banyak mendengar daripada bercakap, sepanjang mereka kenal saya. Bukanlah bermaksud yang saya ni takde benda nak cakap. Saya ada banyak benda nak diluahkan, terlalu banyak sebenarnya. Tapi saya tak tahu macam mana nak luahkan benda yang ada di fikiran dan hati saya.

Sebenarnya, tadi saya baru dengar lagu InTeam, Hamzah Asadullah. Lagu tu membuatkan saya terfikir tentang perbezaan umat Islam dulu, yang hidup bersama Rasulullah SAW serta para sahabat, dan umat Islam sekarang, iaitu kita, umat Islam akhir zaman.

Terlalu banyak perbezaan antara kita dan umat Islam terdahulu. Tapi, satu benda yang saya fikirkan tadi ialah menangis. Entah la. Saya pun tak tahu kenapa saya fikir pasal tu. Mungkin sebab saya dah lama tak menangis kot? Kadang-kadang, bila saya fikir-fikir balik, saya rasa seolah-olah hati saya ni dah mati, ataupun dah terlampau keras sangat sehinggakan terlalu sukar untuk saya menitiskan air mata (seriously!).

Ok. Berbalik kepada perbezaan antara kita dan umat Islam terdahulu. Umat Islam terdahulu, mereka menitiskan air mata semata-mata kerana Allah SWT. Mereka menangis mengenangkan dosa silam yang pernah mereka lakukan. Tapi, kita? Kita menangis atas sebab-sebab yang lagha, sebab-sebab yang tak memberikan sebarang faedah kepada kita. Kita menangis bila pelajar kegemaran kita tersingkir daripada program realiti, kita menangis bila ditinggalkan kekasih. Tapi, pernah tak kita fikir apa yang akan terjadi seandainya kita ditinggalkan Allah?

Erm. Sebenarnya, terlalu banyak yang ingin saya coretkan. Terlalu banyak, sehinggakan saya tak pasti adakah wajar untuk saya berkongsi perkara-perkara tersebut. Terus-terang saya katakan, blog ni bukanlah blog dakwah dan tarbiyah. Memang saya ada harapan untuk menjadikan blog saya sebagai medan dakwah dan tarbiyah (mungkin suatu hari nanti). Tapi, bila baca semula post-post yang terdahulu, saya rasa macam blog ni tak beri manfaat yang banyak pun kepada pembaca. Kadang-kadang, saya rasa risau untuk menulis, sehinggakan blog ni terbiar begitu saja. Saya risau seandainya apa yang saya tulis bukan sahaja tidak memberi manfaat kepada pembaca, malah menjadi fitnah ataupun menjadi dosa buat saya dan pembaca. Naudzubillahimindzalik.

Terlalu banyak perkara yang bermain-main di fikiran saya saat ini. Saya terkenangkan sahabat-sahabat saya, yang ramai dah lost contact sekarang ni. Dan saya tak salahkan mereka, sebab saya sedar saya bukannya sahabat yang baik. Tapi, saya cuba untuk menjadi seorang sahabat yang sentiasa ada di sisi mereka (not literally), saat senang dan susah. Walaupun mungkin saat senang saya tak diperlukan sangat (atau mungkin itu perasaan saya saja).

Saya sedar mungkin ramai yang rasa pelik atau agak pelik baca post kali ni. I'm using 'saya' instead of 'ana'. Entah la. Sebenarnya, kadang-kadang saya rasa nak menulis dengan menggunakan 'saya' atau 'aku'. Tapi, mungkin saya dah terbiasa menggunakan 'ana' di blog ni. Saya rasa ramai yang merasakan kata ganti diri 'ana' ni untuk orang yang baik-baik sahaja. Saya pun kadang-kadang rasa macam tu jugak. Walaupun pada hakikatnya, 'saya', 'aku', 'kamek' dan 'ana' memberikan maksud yang sama. Tapi, mungkin disebabkan bahasa Arab ni bahasa syurga, jadi ramai yang merasakan 'ana' hanya layak digunakan oleh golongan yang wara'. And yes, pendapat macam ni memberikan kesan kepada saya. Saya bukanlah hamba yang wara'. Ibadah saya takde la banyak mana, akhlak saya tak semulia Rasulullah SAW. Tapi, memandangkan saya menggunakan 'ana' apabila berkomunikasi dengan sebahagian rakan-rakan saya, so, dalam blog ni pun saya gunakan 'ana'. Cuma, kadang-kadang, saya gunakan 'saya' (ikut mood la). Tapi, mungkin post-post yang akan datang, saya akan terus gunakan 'saya', instead of 'ana'.

Saya juga sedar yang blog saya ni semakin kekurangan artikel-artikel berbentuk tazkirah. Tazkirah ni sebenarnya, saya tulis sebagai peringatan buat diri saya. Sebab saya sedar saya ni seorang yang selalu lalai, selalu alpa, selalu jugak terbabas daripada jalan yang diredhai oleh Allah. Tapi, sejak kebelakangan ni, saya rasa as if 'The more I learn, the less I know' *err..ada kaitan ke?*. Tak..sebenarnya, saya rasa as if, saya tak tahu apa yang saya nak tulis. Mungkin sebab semakin kurang membaca artikel-artikel tazkirah? Atau mungkin sebab saya leka dan saya tak sedar yang saya terleka? Erm. Saya harap ada sahabat yang tegur saya bila saya lalai. Malah, semasa saya tak lalai pun, berilah peringatan kepada saya. Kerana sesungguhnya, saya perlu diingatkan. Saya manusia biasa yang mudah lupa, maka, ingatkanlah saya tentang tujuan saya hidup di dunia ni.

Rasanya post kali ni dah panjang yang teramat. Bukanlah niat saya untuk menulis artikel panjang-panjang, yang boleh membuatkan anda bosan dan tidak meneruskan bacaan sehingga habis. Tapi, inilah yang ingin saya kongsikan. Walaupun saya jenis yang lebih suka mendengar dan rasa kurang selesa bila meluahkan apa yang saya rasa, tapi, kadang-kadang saya perlu luahkan juga.

P/s: Ni monolog ke bebelan? :)

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

No comments: