Sedikit muhasabah buat diri yang mudah alpa dan sahabat-sahabat yang membaca.
Siapakah mursyidul am ikhwanul muslimin sekarang?
Sunyi. Sepi. Masing-masing berfikir, mencari jawapan, cuba mengingat sepotong nama yang pernah terbaca sebelum ini.
Siapakah Muhammad Mahdi 'Akif?
Soalan bertukar, meninggalkan soalan sebelumnya tanpa jawapan.
Macam pernah dengar nama ni.
Mursyidul am Ikhwanul Muslimin sekarang...?
Cubaan untuk menjawab, atau lebih tepatnya meneka.
Salah. Mantan mursyidul am ikhwanul muslimin.
Soalan demi soalan dilontarkan bertubi-tubi, menimbulkan pelbagai rasa dalam diri. Rasa kerdil, kerana masih terlalu banyak perkara yang tak diketahui. Pada masa yang sama, menimbulkan kesedaran dan membakar semangat untuk sentiasa mencari ilmu, membaca pelbagai jenis bahan bacaan dan cakna dengan isu semasa.
Soalan seterusnya.
Siapakah penulis buku 7 habits of highly effective people?
Masing-masing berebut-rebut untuk menjawap.
Stephen Covey.
Jawapan diberikan dengan yakin.
Sebutkan salah satu 7 habits.
Soalan ini juga disambut dengan reaksi yang sama. Masing-masing mengangkat tangan, eager untuk menjawab.
Begin with the end in mind.
Sharpen the saw.
Selesai sesi bersoal jawab.
Bila ditanya tentang buku 7 habits, ramai yang tahu, nak jawab. Tapi, bila tanya soalan lain, tak tahu jawapan.
Tunduk dan semakin menunduk bila mendengar sebaris ayat ini dilontarkan. Ah..segan! Kata-kata itu tepat-tepat terkena pada diri sendiri. Tunduk. Segan. Muhasabah diri.
*******
Sekadar perkongsian ringkas mengenai perbualan dengan sahabat-sahabat.
"Cuti ni, saya nak sharpen the saw. Saya target nak habiskan dua buku," seorang sahabat berkongsi perancangannya semasa cuti nanti.
"Hah?! Dua buku je? Sikit sangat tu. Cuti 5 bulan kot..!" sahabat yang lain pula memberi komen.
"Tak. Saya nak baca buku tu, bagi faham betul-betul," terang sahabat tadi.
"Ohh. Nak hadam la ni ea?" soal saya.
"Ish. 2 buku tu sikit sangat. At least sebulan satu buku," sahabat yang tadi terus memberi komen.
'Sebulan satu buku, cuti lima bulan = 5 buku. AT LEAST. Tak boleh kurang. Kalau lebih takpe,' fikir saya.
"Kalau macam tu, saya nak beli buku la before balik cuti ni," kata saya.
P/s: Tak tahu nak huraikan macam mana dua situasi di atas. Tapi, tanpa huraian pun, insyaAllah, ada yang faham. Kan? :)
2 comments:
assalamualaikum. mohon untuk kmk yg hina tok mencelah.
pendek jak: bukan kuantiti yg kita mok drpd buku, tetapi kualitinya. berapa ramai org tersilap sbb ghairah gilak membaca lebih.
Waalaikummussalam.
Betul la ya. Mun baca banyak, tp xda kualiti, xbagus juak.
Tapi, kita as daie tok, we need extra knowledge.
Even to write something on our own blog pun, it's better if we share something that gives benefits to others, kan? & untuk kita share something cmya, we need to have the knowledge.
bena la apa yg ktk pdh ya. tp actually, kualiti & kuantiti ya, kta bleh jak dpt, as long as we manage our time wisely.
Wallahu'alam.
P/s: Actually, there's some part of the 2nd discussion that I have to edit sebelum kongsi kat blog.
Post a Comment