Bismillahirrahmannirrahim.
Sekarang ni, dah masuk fatrah exam di uia kuantan. Bila masuk library, rasa terkejut. Sebab sebelum ni, library lengang je. Tapi, study week ni, library sangat penuh!
Jadual exam budak biotech batch 102:
1/4: Islamic Worldview
5/4: Biochemistry
7/4: MGT
8/4: Biostatistics
10/4: Molecular Cell and Biology
14/4: Calculus
Sebenarnya, indirectly, exam ni melatih kita untuk bermujahadah. Mujahadah melawan nafsu. Yelah, study week & exam weeks ni, masa memang banyak sebab takde kelas. Setiap hari memanglah ada 24 hours. Tapi bila takde kelas, terpulang kepada kita macam mana nak isi masa tu, kan? Waktu macam ni, mula la timbul perasaan nak online, tak pun tidur atau buat aktiviti lain. Dan masa ni la, kena mujahadah sungguh-sungguh supaya masa tak terbuang sia-sia. Kena tahu mana satu yang perlu diutamakan, ulangkaji ke buat benda lain?
*******
Tujuan utama update blog, bukanlah nak kongsi jadual exam. Tapi, nak kongsi kata-kata kat bawah ni:
"When Allah alienates you from the company of His creatures, know that He wishes to open for you the door of His own intimacy." [Ibnu Ata'illah]
Terbaca phrase kat atas semasa membaca artikel yang ustazah bagi dalam kelas Islamic Worldview. Meaningful kan?
Saya rasa mostly antara kita ni pernah menghadapi satu masa dalam hidup kita, yang membuatkan timbul perasaan as if kita ni keseorangan je. Bila timbul perasaan macam ni, kita rasa takde orang yang faham kita. Bila kita ada masalah, kita rasa orang pandang remeh masalah kita, sedangkan bagi kita, masalah tu cukup berat. Or bila kita nak cerita masalah kita dengan kawan-kawan, takde seorang pun yang free to spend some time to listen to our problems. Kadang-kadang, even kita bersama sahabat-sahabat yang ramai, tapi kita rasa keseorangan. Pernah tak rasa macam tu? Or tak faham apa yang saya cuba sampaikan?
Bila timbul perasaan sebegini, muhasabah balik diri kita. Mungkin kita tak jaga hubungan dengan Allah. Mungkin hubungan kita dengan Allah, mula menjauh. Teringat satu pesanan yang pernah saya dengar, "Bila kita rasa down, muhasabah balik hubungan kita dengan Allah". Bila timbul rasa keseorangan, mungkin itu sebagai peringatan daripada Allah supaya kita baiki semula hubungan kita dengan Dia.
Thought of the day: Tulis, padam, tulis lagi, padam lagi dan berulang berkali-kali. Susah kan nak update blog? Bila Allah bagi ilham, senang je nak update. Bila Allah sekat sikit, jadi sangaaat payah. Menunjukkan betapa sebenarnya kita ni cumalah hamba yang lemah. Segala apa yang kita ada, semuanya nikmat dari Allah. Jadi, maaf pada sesiapa yang tak faham apa yang saya cuba sampaikan. Kalau faham kata-kata Ibnu Ata'illah tu pun dah cukup dah, insyaAllah :)
Wallahu'alam.
3 comments:
Ketahuilah, amal bersama kita.
Tiada yg perlu digusarkan andai hati terikat dgn mencintai Dia dan rasul-Nya :)
Assalamualaikum.
Kmk bukanlah nak klaka besar, tp sepjg kmk diam di sarikei, then ke kuching, then ke PJ, kmk realize, no body can understand us totally. There must be certain points about us that they didn't understand.
By that time, we can see, who are the real friends, who are the fake friends.
Btw, maybe kmk share tips kmk update blog. Kmk cuma skali dlm seminggu jk update blog, selalunya Isnin or Selasa. Mun tiap2 hari, org pun boring baca.
Kmk selalu klaka benda yg basic kdk akidah n akhlak. Bab fiqh kmk x brani klaka. Huhu, kelak x pasal2 org nuduh kmk wahabi or apa2 jk. Why not ulas isu semasa? :D
Afiqah:
Agree ngan kata-kata piqa :)
Lukhman:
Even if kita tauk yg xda org paham kita dgn sbenar-benar paham, at least kita sentiasa ingat yang Allah ada. He Created us, so He understands us the best, right?
Actually, pasal update blog, biasanya idea & masa dah ada, tapi mok susun ayat payah. Btw, syukran kongsi tips.
Post a Comment