Wednesday, March 21, 2012

-IIUMK Berselawat 2012- dalam kenangan :)

Bismillahirrahmannirrahim.

Dok serabut nak siapkan assignments, nak baca notes Enzymology & nak siapkan report program IIUMK Berselawat 2012, akhirnya, ambil keputusan untuk update blog :P

Sekarang ni, dalam fatrah midsem exam. Tapi, alhamdulillah, boleh bernafas lega sikit setelah selesai program IIUMK Berselawat 2012 pada hari Ahad yang lepas (18/3/2012). Walaupun kehadiran peserta tak mencapai target, tapi takpe la :)

Bila baca post latest kat blog Kak Wani, tentang IIUMK Berselawat 2012 [klik sini], tersenyum sorang-sorang. Apa yang Kak Wani rasa, itulah exactly apa yang saya rasa.

Meeting pertama, lebih kurang sebulan yang lepas, dilantik secara ad hoc menjadi 'pencatat'. Walaupun sebenarnya, masa tu, turut memegang taklifan sebagai komiti untuk sebuah program lain, tapi, tak sampai hati nak cakap 'tak nak' pada sahabat setalaqqi.

Ketiadaan 'pencatat' dari kalangan muslimin agak merungsingkan hati. Bukan sebab nak sangat ada 'pencatat' muslimin. Tapi, andai ada 'pencatat' muslimin, maka senanglah kerja 'pencatat' muslimat; kalau ada apa-apa yang berkaitan dengan komiti muslimin, boleh refer pada SEORANG 'pencatat' muslimin sahaja. Namun memandangkan 'pencatat' muslimin takde, maka, terpaksa gagahkan hati untuk contact komiti muslimin yang RAMAI, kalau ada apa-apa yang berkaitan dengan komiti muslimin [mungkin Allah sedang ajar untuk jaga hati & ikhtilat bila berhubung dengan muslimin].

Sangat segan sebenarnya dengan komiti-komiti yang lain, muslimat dan muslimin. Mostly memang golongan pencinta majlis talaqqi (a.k.a talaqqiholic). Kalau nak compare dengan diri sendiri... T-T Diri sendiri yang masih bertatih untuk menyuburkan cinta pada Allah dan Rasul dalam hati.

Pada hari program, bertambah-tambah segan bila melihatkan sangat ramai komiti muslimat yang memakai purdah. Segan, tapi berlagak biasa je. Dalam hati, Allah je yang tahu. Semasa sesi talaqqi pulak, terpaksa 'melanggar adab' talaqqi, dengan menghantar mesej pada beberapa orang sahabat komiti muslimat. Serba salah, tapi memang mesej mengenai perkara yang penting [Maaf sangat sangat pada yang berkenaan].

Bermula dari gerak kerja sebelum program sehinggalah hari kejadian, pelbagai perkara yang dipelajari. Sempat 'bergaduh' dengan beberapa orang komiti [salah faham je sebenarnya], main kejar-kejar dengan masa [sebab bila dah 2nd year undergraduate, seriously, lab reports + assignments + quizzes sangat banyak!]. Tak sempat makan [tapi bila orang tanya "Dah makan tak?", tetap jawab "Dahhh" :P], tak cukup tidur [sempat tidur 2,3 jam je setiap malam], belek-belek nota je untuk kuiz; semua tu perkara biasa [Tarbiyah dari Allah ^^].

Tapi, sibuk macam mana pun, air mata mengalir banyak mana pun, tetap rasa bersyukur. Sebab tahu, andai tak sibuk dengan kebaikan sebegini, memang akan lagho T-T Bila rasa penat, stress, sakit, cepat-cepat pujuk diri dengan sentiasa ingat pengorbanan Rasulullah SAW & tanya pada diri "Apalah sangat pengorbanan kita andai dibandingkan dengan pengorbanan Rasulullah?". Dan selalu cuba sedaya upaya untuk sentiasa bersangka baik dengan Allah, "Allah sedang ajar aku supaya manage masa sebaiknya".

Dan sekarang, selesai program, rasa rindu dengan kesibukan dulu. Beberapa orang sahabat komiti muslimat turut menyatakan perasaan yang sama. Masing-masing rindu nak bergerak kerja [walaupun sebenarnya, kerja 'pencatat' hanya akan officially tamat setelah report program dihantar -_-"].

Apa-apa pun, semoga dengan penganjuran program IIUMK Berselawat 2012 yang lepas, rasa cinta pada Allah dan Rasulullah, dalam diri para komiti khususnya serta dalam diri para peserta amnya, lebih teguh, biiznillah :)

Wallahu'alam.

No comments: