Wednesday, November 28, 2012

Kewajipan melebihi masa

Bismillahhirahmannirrahim.

1.30 pagi.

Makanan dinner tak diusik lagi.

Gelas penuh dengan 2 paket nescafe terletak elok atas meja.

Assignment EAW, jauh ketinggalan berbanding kawan-kawan sekelas yang lain.

Assignments Parenting class (group & individual), tak tersentuh pun lagi.

Malam-malam, kebiasaannya dipenuhi meetings.

IKOD 2012 yang bakal menjelma dalam masa seminggu saja lagi.

Mencari masa untuk diluangkan bersama adik-adik se-BG.

Hak sahabat-sahabat yang kadang terasa hati dengan kata-kata atau perbuatan diri ini, tak sempat nak cari masa untuk memujuk [sebenarnya, tak reti pun pujuk-pujuk ni (-_-")].

Hak keluarga yang perlu dihubungi, walau hanya dengan satu panggilan telefon atau mesej.

Other responsibilities yang perlu diselesaikan.


Terus yakin dan percaya, bahawa Allah akan bantu hamba-Nya yang membantu agama Allah! :)

Benarlah, kewajipan yang perlu kita lakukan lebih banyak berbanding masa yang kita ada! Maka, mana mungkin kita duduk goyang kaki, lepak atau melakukan sesuatu yang membuang masa?

P/s: Bukan mengeluh. Bukan, dan akan cuba untuk takkan mengeluh, insyaAllah. Cuma, rasa nak tulis perkara-perkara yang bermain-main dalam fikiran ni.

Rabbi yassir wa la tu'assir. Rabbi tammim bilkhair. Moga Allah kurniakan keberkatan masa kepada kita. Amin.

Thought of the day: Semakin hari, keinginan untuk 'membebel' (baca: menulis) di blog semakin berkurang. Mungkin sebab sedar bahawa semakin ramai orang yang membaca tulisan-tulisan di blog ni, yang sebenarnya hanyalah tempat meluah rasa. Maka, sekarang lebih aktif (sikit je pun) di tumblr (Tak perlu tulis panjang-panjang. Hehe).

Wallahu'alam.

Saturday, November 24, 2012

Ujian Hidup

Bismillahirrahmannirrahim.

Buat yang sedang mengeluh tatkala diuji,
Seolah-olah di dunia ini tiada yang lebih tersiksa dengan ujian kecuali diri.
Apa yang aku mahukan darimu hanyalah..

PERCAYA

Semakin pekat malam,semakin kuat ia mengajak tubuhmu untuk berehat,
Bukankah andai siang datang,tubuhmu akan kembali penat?
Semakin pekat malam merupakan petanda fajar akan menyinsing,
Membawa suasana yang paling indah dalam sehari,
Itulah udara yang paling nyaman, Itulah panorama yang paling indah,
Ketika itulah semua makhluk mula berzikir dengan nada tersendiri.

Semakin kuat engkau diuji,
semakin engkau patut mensyukuri,
Tanda si Dia sangat mengingati,
Bukankah merajuk itu tanda cinta bertunjang di hati,
Bukankah itu petanda bahawa si Dia mula merindui diri,
Dari itu... kenapa engkau tidak bertemu denganNya dalam sunyi,
Bukankah selepas memujuk itu,terasa kebahagian meliputi diri.

PERCAYALAH,

Engkau akan bangun suatu hari setelah kental diuji,
Bagai ahli syurga yang hidup di bumi.
[Ustaz Ridhauddin]

*******
"Happiness keeps you sweet. 
Trials keep you strong. 
Sorrow keeps you human. 
Failure keeps you humble. 
Success keeps you glowing. 
But only the Almighty keeps you going."
[Mufti Ismail Menk]

*******

"Dan katakanlah, 'Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.'" [Surah at-Taubah: Ayat 105]

*******

Setiap kata-kata, quote, ayat al-Qur'an di atas, cukup untuk menenangkan hati tatkala diuji. Terus senyum, walau diuji. Kunci hidup bahagia dan hati yang tenang, bila menghadapi kesusahan atau kesibukan, ingatlah, ada orang lain yang lebih susah dan lebih sibuk dari kita :)

Wallahu'alam.

Saturday, November 10, 2012

Make Me Strong

Bismillahirrahmannirrahim.

Kepala rasa serabut. Banyak sangat benda dalam fikiran.

Seorang sahabat menasihati supaya listkan semua perkara tu. Supaya nampak apa yang penting, apa yang kurang penting. Dengan cara ni, 10% masalah dah settled. Bukan tak tahu. Dah tahu, tapi takde kesedaran. Tahu & sedar - 2 perkara yang berbeza. [Kan dah cakap before ni, teori itu jauh lebih mudah daripada praktikal? :)]

  • 11/11: Program riadah/sukaneka
  • 12/11: Submit lab report BioProcess, Presentation parenting
  • 14/11: Exam midsem BioProcess
  • 16/11: Exam Midsem Tissue Culture
  • 24-25/11: DACSAS II
  • 6-9/12: IIUM Kuantan Open Day 2012
Tak nampak banyak pun bila dah list down [sebab tak masukkan sekali meetings :)]. Memohon kekuatan daripada Dia Yang Maha Kuat. Moga Allah pinjamkan sedikit kekuatan untuk menggalas amanah yang diberikan, dengan sebaiknya.

Thought of the day:
1) Malu dan rasa tak layak nak labelkan diri sendiri sebagai pejuang. Bukankah sepatutnya 'pejuang' itu tahu, faham dan sedar hakikat kepentingan menjaga hubungan dengan Allah? Andai hubungan dengan Allah tak terjaga, maka atas dasar apa perjuangan itu?

2) Antara skill yang penting, yang perlu dikuasai oleh mahasiswa yang inginkan kestabilan dalam kedua-dua akademik dan organisasi ialah: skill tak tidur malam (dan tak mengantuk dalam kelas keesokkan hari) dan skill menghadirkan diri dalam meeting (yang selalu clash 2,3 meeting satu malam). Sekadar gurauan :) Skill yang penting - belajar untuk fokus!

P/s: Make me strong - lagu Sami Yusuf :)

Rabbi yassir wa la tu'assir, Rabbi tammim bilkhair.

Wallahu'alam.

Wednesday, November 7, 2012

A picture speaks a thousand words

Bismillahirrahmannirrahim.

Selalu kita dengar, "A picture speaks a thousand words". Maka, kali ni, sekadar entry ringkas, cuma nak berkongsi satu gambar :)


Credit to: Faten Muhamad
"Orang berjuang sering menangis lemah di sisi Allah, tapi Allah kuatkan dia di sisi manusia. Berjuanglah kerana Allah dan berbahagialah hati, walaupun payah, kerana itulah jalan ke Jannah."

Gambar dan kata-kata, buat muhasabah diri.

Bekerja bersama orang yang hebat-hebat belaka, timbul rasa untuk sentiasa memperbaiki diri, walau kadang timbul jugak rasa inferior -__-". Rabbi yassir wa la tu'assir ya Allah.

Thought of the day: Sungguh, teori itu jauh lebih mudah daripada praktikal!


Wallahu'alam.