Wednesday, November 28, 2012

Kewajipan melebihi masa

Bismillahhirahmannirrahim.

1.30 pagi.

Makanan dinner tak diusik lagi.

Gelas penuh dengan 2 paket nescafe terletak elok atas meja.

Assignment EAW, jauh ketinggalan berbanding kawan-kawan sekelas yang lain.

Assignments Parenting class (group & individual), tak tersentuh pun lagi.

Malam-malam, kebiasaannya dipenuhi meetings.

IKOD 2012 yang bakal menjelma dalam masa seminggu saja lagi.

Mencari masa untuk diluangkan bersama adik-adik se-BG.

Hak sahabat-sahabat yang kadang terasa hati dengan kata-kata atau perbuatan diri ini, tak sempat nak cari masa untuk memujuk [sebenarnya, tak reti pun pujuk-pujuk ni (-_-")].

Hak keluarga yang perlu dihubungi, walau hanya dengan satu panggilan telefon atau mesej.

Other responsibilities yang perlu diselesaikan.


Terus yakin dan percaya, bahawa Allah akan bantu hamba-Nya yang membantu agama Allah! :)

Benarlah, kewajipan yang perlu kita lakukan lebih banyak berbanding masa yang kita ada! Maka, mana mungkin kita duduk goyang kaki, lepak atau melakukan sesuatu yang membuang masa?

P/s: Bukan mengeluh. Bukan, dan akan cuba untuk takkan mengeluh, insyaAllah. Cuma, rasa nak tulis perkara-perkara yang bermain-main dalam fikiran ni.

Rabbi yassir wa la tu'assir. Rabbi tammim bilkhair. Moga Allah kurniakan keberkatan masa kepada kita. Amin.

Thought of the day: Semakin hari, keinginan untuk 'membebel' (baca: menulis) di blog semakin berkurang. Mungkin sebab sedar bahawa semakin ramai orang yang membaca tulisan-tulisan di blog ni, yang sebenarnya hanyalah tempat meluah rasa. Maka, sekarang lebih aktif (sikit je pun) di tumblr (Tak perlu tulis panjang-panjang. Hehe).

Wallahu'alam.

No comments: