Monday, December 31, 2012

Magenta :)

Bismillahirrahmannirrahim.

Image from Tumblr
The picture was taken during our batch's solat hajat sempena final exams. Alhamdulillah, one paper down, four are still waiting. Rabbi yassir wa la tu'assir ya Allah :)

This is the caption of the image in the print screen:
Empat semester kami bersama.
Terlalu banyak yang aku pelajari daripada mereka :)
Sebelum ini, risau andai tak mampu ‘adapt’ - mereka atau aku.
Tapi kini, Allah campakkan rasa sayang pada mereka.
Moga Allah meredhai ukhuwwah kami.


Magenta - no, it's not just a colour. It's the name of our batch :)

Thought of the day: Posts on blog, facebook and even tumblr - they do not define who someone really is. Please do not judge someone based on his/her posts.

Wallahu'alam.

Thursday, December 20, 2012

Telefon bimbit: Teknologi - memudahkan atau menyukarkan?

[Copied from tumblr, since blogger was unavailable for few days.]

Bismillahirrahmannirrahim.

“Ada beberapa muslimin mengadu dengan ana, enti selalu tak reply mesej dan kadang-kadang kalau reply, sangat lambat. Enti ada masalah ke? Ke enti syadid sangat dalam menjaga ikhtilat muslimin - muslimat?”

Pernah menerima mesej di atas daripada seorang muslimin, kawan sekolah menengah. Perasaan semasa menerima mesej tersebut? Terlintas dalam fikiran, "Adeh. Takkan benda sekecil ni pun nak complain?". Fikir, fikir, fikir dan terus berfikir. Mungkin perkara ni kita lihat kecil, tapi memberikan kesan kepada orang lain. Tak reply mesej, sedang si penghantar mesej mengharapkan respon secepat mungkin. Andai tak reply mesej kerana ada sebab yang kukuh dan munasabah, tak mengapa. Tapi, andai tak reply kerana 'saja-saja', 'malas', mungkinkah kita telah menzalimi pihak yang menghantar mesej tersebut?

Teguran tersebut saya terima dengan berlapang dada, kerana muslimin yang menyampaikan nasihat itu memberikan ruang kepada saya untuk memberikan penerangan atas apa yang berlaku. Instead of making assumptions on his own, he asked for answer. Bertanyakan penerangan, untuk memahami situasi sebenar. Bukan sekadar memberikan kritikan berdasarkan situasi yang terlihat dengan mata kasar.

*******

Situasi kini.

1. Inbox handphone selalu full dengan mesej. Nak delete, mesej-mesej penting pulak. Maka, memang ada mesej-mesej yang saya terima lambat, atas sebab tak sedar inbox full.

2. Kadang-kadang, banyak mesej yang masuk dalam satu masa. Membuatkan saya sedaya upaya membalas setiap mesej secepat mungkin. Tapi, disebabkan menaip mesej dalam keadaan rushing, langsung tiada smiley mahupun ‘hehe’ ‘haha’ ‘huhu’ menandakan perkara tersebut hanya gurauan. Kesannya? Ramai yang terasa hati -_-"

3. Bila bermesej dengan muslimin, dah terbiasa untuk terus direct, straight to the point. Tiada ‘….’ (titik-titik yang banyak), tiada ‘hehe’ ‘haha’ ‘huhu’, tiada smiley. Menyebabkan ada yang merasakan saya terlampau tegas. Nak buat macam mana? Dah terbiasa. (Okay. Yang ni, sedang usaha untuk berubah. Tak nak la orang sokmo 'baca' mesej kita dengan nada tegas atau marah, sedangkan kita menaip tanpa nada dan perasaan pun).

*******

Saja ‘membebel’. Sekadar perkongsian, sebab sekarang ni terfikir tentang keberkesanan mesej dalam berkomunikasi dan gerak kerja.

Wallahu’alam.

Friday, December 14, 2012

IKOD'12: Sebuah Pengalaman Berharga

Bismillahirrahmannirrahim.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

IIUM Kuantan Open Day 2012 (IKOD'12) telah pun tamat. Maka, sekarang dah mampu bernafas lega, tersenyum lebar :)

Sepanjang bergerak kerja menjayakan IKOD'12, terlalu banyak pengalaman dan pengajaran yang diperoleh. Sama ada pengalaman sendiri, ataupun pengalaman kawan-kawan komiti yang lain.

Professional, tak mencampur-adukkan perkara peribadi dengan gerak kerja.

Sabar berhadapan dengan manusia pelbagai ragam, kadang pening andai setiap kerenah nak dilayan.

Tenang dan optimis, walau banyak masalah yang timbul.

Sentiasa bersedia untuk menerima tugasan-tugasan ad hoc.

Cuba untuk memahami sebelum melontarkan kritikan atau nasihat. Kritikan yang diberi biarlah kritikan yang membina, bukan hanya mencari kesalahan atau kelemahan orang lain.

Menghargai walau sekecil-kecil perkara yang orang lain lakukan.

Bertimbang rasa dan empati terhadap orang lain. Sungguh, kita hidup di dunia bukan seorang-seorang. Tindakan kita mungkin memberikan impak yang besar kepada orang lain.

Meletakkan sepenuh pengharapan hanya pada ALLAH. Dalam setiap perkara yang kita lakukan, usaha bersungguh-sungguh. Namun, jangan lupa meletakkan pengharapan, tawakkal sepenuhnya pada Allah :)

Pelbagai pengalaman, cerita, pengajaran sepanjang IKOD'12. Moga segalanya memberi kesan kepada diri dan orang lain, untuk berubah menjadi lebih baik. Moga setiap usaha dan gerak kerja IKOD'12 diterima Allah sebagai 'ibadah dan bekalan untuk Akhirat kelak. Amin.

Thought of the day: SMS dan facebook mungkin tak begitu relevan dan sesuai untuk berbincang gerak kerja. Kenapa? Sebab banyak menimbulkan salah faham =.=

Wallahu'alam.

Monday, December 3, 2012

IIUM Kuantan Open Day 2012 [IKOD'12]

Bismillahirrahmannirrahim.

3/12/2012.

Menghitung hari untuk tiba ke tarikh 6/12.

Perasaan? Cuak. Nervous. Macam-macam ada.

Meletakkan sepenuh pengharapan pada Allah.

Rabbi yassir wa la tu'assir ya Kareem. Rabbi tammim bil khair.




Satu program yang sangat banyak pengalaman saya peroleh sepanjang gerak kerja (serious!).

Banyak perkara yang membuatkan saya bermuhasabah.

 Kadang, perkara kecil, nampak remeh pada pandangan kita. Namun, memberi kesan yang besar kepada orang lain. 

Dengan masa yang sangat sangat sangat terhad (lebih kurang sebulan) untuk menjayakan suatu program besar.

Walau masa terhad, tetap optimis!

Bak kata PM IKOD'12, walaupun masa sangat sedikit, tapi dengan para komiti yang sangat komited, progress IKOD'12 sebenarnya boleh dibanggakan.

*******

Ingin mengajak rakan-rakan, pelajar UIAM mahupun bukan, untuk bersama-sama memeriahkan IIUM Kuantan Open Day 2012.


InsyaAllah, pelbagai events dan aktiviti menarik akan diadakan sepanjang IKOD'12. Untuk maklumat lanjut, sila like page IKOD 2012.


Wallahu'alam.