[Copied from tumblr, since blogger was unavailable for few days.]
Bismillahirrahmannirrahim.
“Ada beberapa muslimin mengadu dengan ana, enti selalu tak reply mesej dan kadang-kadang kalau reply, sangat lambat. Enti ada masalah ke? Ke enti syadid sangat dalam menjaga ikhtilat muslimin - muslimat?”
Pernah menerima mesej di atas daripada seorang muslimin, kawan sekolah menengah. Perasaan semasa menerima mesej tersebut? Terlintas dalam fikiran, "Adeh. Takkan benda sekecil ni pun nak complain?". Fikir, fikir, fikir dan terus berfikir. Mungkin perkara ni kita lihat kecil, tapi memberikan kesan kepada orang lain. Tak reply mesej, sedang si penghantar mesej mengharapkan respon secepat mungkin. Andai tak reply mesej kerana ada sebab yang kukuh dan munasabah, tak mengapa. Tapi, andai tak reply kerana 'saja-saja', 'malas', mungkinkah kita telah menzalimi pihak yang menghantar mesej tersebut?
Teguran tersebut saya terima dengan berlapang dada, kerana muslimin yang menyampaikan nasihat itu memberikan ruang kepada saya untuk memberikan penerangan atas apa yang berlaku. Instead of making assumptions on his own, he asked for answer. Bertanyakan penerangan, untuk memahami situasi sebenar. Bukan sekadar memberikan kritikan berdasarkan situasi yang terlihat dengan mata kasar.
*******
Situasi kini.
1. Inbox handphone selalu full dengan mesej. Nak delete, mesej-mesej penting pulak. Maka, memang ada mesej-mesej yang saya terima lambat, atas sebab tak sedar inbox full.
2. Kadang-kadang, banyak mesej yang masuk dalam satu masa. Membuatkan saya sedaya upaya membalas setiap mesej secepat mungkin. Tapi, disebabkan menaip mesej dalam keadaan rushing, langsung tiada smiley mahupun ‘hehe’ ‘haha’ ‘huhu’ menandakan perkara tersebut hanya gurauan. Kesannya? Ramai yang terasa hati -_-"
3. Bila bermesej dengan muslimin, dah terbiasa untuk terus direct, straight to the point. Tiada ‘….’ (titik-titik yang banyak), tiada ‘hehe’ ‘haha’ ‘huhu’, tiada smiley. Menyebabkan ada yang merasakan saya terlampau tegas. Nak buat macam mana? Dah terbiasa. (Okay. Yang ni, sedang usaha untuk berubah. Tak nak la orang sokmo 'baca' mesej kita dengan nada tegas atau marah, sedangkan kita menaip tanpa nada dan perasaan pun).
*******
Saja ‘membebel’. Sekadar perkongsian, sebab sekarang ni terfikir tentang keberkesanan mesej dalam berkomunikasi dan gerak kerja.
Wallahu’alam.
Daurah Iftitah 2.0
-
Assalamualaikum wrt..
Alhamdulillah ala kulli hal.
sudah genap 2 tahun pertapakan ana di kepulauan. medan yang perlu ana
tempuhi buat kesekian kali.
daura...
No comments:
Post a Comment