Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
IIUM Kuantan Open Day 2012 (IKOD'12) telah pun tamat. Maka, sekarang dah mampu bernafas lega, tersenyum lebar :)
Sepanjang bergerak kerja menjayakan IKOD'12, terlalu banyak pengalaman dan pengajaran yang diperoleh. Sama ada pengalaman sendiri, ataupun pengalaman kawan-kawan komiti yang lain.
Professional, tak mencampur-adukkan perkara peribadi dengan gerak kerja.
Sabar berhadapan dengan manusia pelbagai ragam, kadang pening andai setiap kerenah nak dilayan.
Tenang dan optimis, walau banyak masalah yang timbul.
Sentiasa bersedia untuk menerima tugasan-tugasan ad hoc.
Cuba untuk memahami sebelum melontarkan kritikan atau nasihat. Kritikan yang diberi biarlah kritikan yang membina, bukan hanya mencari kesalahan atau kelemahan orang lain.
Menghargai walau sekecil-kecil perkara yang orang lain lakukan.
Bertimbang rasa dan empati terhadap orang lain. Sungguh, kita hidup di dunia bukan seorang-seorang. Tindakan kita mungkin memberikan impak yang besar kepada orang lain.
Meletakkan sepenuh pengharapan hanya pada ALLAH. Dalam setiap perkara yang kita lakukan, usaha bersungguh-sungguh. Namun, jangan lupa meletakkan pengharapan, tawakkal sepenuhnya pada Allah :)
Pelbagai pengalaman, cerita, pengajaran sepanjang IKOD'12. Moga segalanya memberi kesan kepada diri dan orang lain, untuk berubah menjadi lebih baik. Moga setiap usaha dan gerak kerja IKOD'12 diterima Allah sebagai 'ibadah dan bekalan untuk Akhirat kelak. Amin.
Thought of the day: SMS dan facebook mungkin tak begitu relevan dan sesuai untuk berbincang gerak kerja. Kenapa? Sebab banyak menimbulkan salah faham =.=
Wallahu'alam.
1 comment:
assalamualaikum..
welldone sahabat!!! :D
sik relevan ka?
agak la jwk..pndgn manusia kn...hehe..
husnuszon2 cmney pn org lain tetap ada sedikit/ secubit curiga..hmm
preventing is better than curing ^^
Post a Comment