Dulu, pernah kongsikan satu nasihat dengan seorang adik ni. Waktu tu, dia tengah bengang, geram sebab timbul miscommunication dalam gerak kerja.
"Sahabat,
Biasa, bila kita bekerja dengan manusia lain, kita perlu berhadapan dengan pelbagai karenah dan ragam. Termasuklah ia kerja-kerja Islam.
Marah. Tidak puas hati. Fed up.
Syaitan datang membisikkan agar kita meninggalkan kerja kita, menjauhkan diri dari insan-insan yg kita tidak suka, disuburkan rasa benci dan nista.
Namun, ketahuilah, mudharat itu lebih banyak jika kita meninggalkan amanah kita itu walaupun terpaksa berhadapan dengan 1001 dugaan daripada sikap manusia. Mungkin, antara sebab Allah tempatkan di sana, kerana kemampuan kita mengubah keadaan itu. Mungkin ada hikmah yang Allah mahu kita belajar darinya.
Pujuklah hati dan ingatkan ia, para rasul dan nabi, para sahabat dan ulama' terdahulu diduga dengan begitu hebat sekali. Luar dan dalam. Sehingga mengancam nyawa. Apalah sangat dengan sedikit ragam manusia. Terlalu kecil nilainya.
Ingat! Matlamat akhir kita adalah syurga. Redha Allah yang kita cari, bukan manusia. Maka, janganlah terlalu gusar dan kecewa. Sedarlah, Allah bersama orang-orang yang bersabar. Itu janjiNya.
Moga kita terus kekal dengan kerja-kerja yang baik, yang mendekatkan manusia kepada Yang Esa, menambah ganjaran pahala; semakin dekat dengan syurga.
Allahu ma'ana, insyaAllah!"
And now, I think, I need this advice T.T
Berinteraksi dengan manusia yang pelbagai ragam, memerlukan jiwa besar yang sentiasa bersabar. Bimbang jugak kalau diri sendiri tak mampu bersabar bila berhadapan dengan kerenah yang berbagai. Risau akhirnya nanti, diri sendiri kecewa; membawa diri dan jadi ignorant (Baca: Kecewa --> Putus asa). Moga Allah jauhkan daripada sifat dan perasaan yang negatif!
Thought of the day:
(1) Humanitarian Mission to Cambodia (HuMiCa) sangat best! Pengalaman berharga menyertai misi kemanusiaan, dan bergerak kerja dengan insan-insan yang komited (sangat!) :D
(2) Visit to the Parliament, trip to Langkawi, HuMiCa gathering - semua terpaksa dilepaskan :'( Belajar erti pengorbanan dan ikhlas. Fuhh~
(3) Tak seronok bila buat sesuatu hanya dengan sebab nak menjalankan tanggungjawab, tanpa ada rasa cinta dan kasih sayang terhadap amanah tu. Rasa macam kurang sifat kemanusiaan; stress.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment