Sunday, June 1, 2014

Rumah + Tangga ^^"

Bismillahhirrahmanirrahim.

Last post was published on 7th April? -____-"

Okay. At least ada reason la kan nak update blog ni (selain daripada sebab tak boleh nak post anything on tumblr at the moment) ^^"

Saja nak kongsi pesanan ni, buat rujukan diri pada masa hadapan, dan untuk mereka yang bakal melangkah ke alam rumah tangga :)

*******

Perkahwinan & Rumahtangga: Syurga yang Disegerakan?

Apa nasihat dan tips buat kami yang baru membina rumahtangga?

Nasihat saya adalah nasihat yang "potong stim". Zikir dan fikir index penceraian di dalam negara kita. Banyak hal kita kita boleh berbeza dari bab politik sampai ke panda, namun bab penceraian saya kira semua setuju iaitu amat membimbangkan.

Dari situ, kita perlu sedar, apa yang dibina hari ini bukan satu hal yang main-main, satu hal yang boleh buat main.

Semua itu akan berbalik kepada sejauh mana kedudukan "Tuhan" dalam rumahtangga kita. Sebaik mana kita, sesolehah mana pasangan jangan berharap rumahtangga tiada dilambung badai. Kita akan kerap berselisih faham, bermasam muka, dan tidur masing-masing mengadap dinding. Ini bukan cerita "Ayat-Ayat Cinta" yang mengulit kita di waktu bujang. Ini kisah kita semua.

Dengan adanya "Tuhan" dalam berumahtangga, apabila kedua kita berselisih, ada titik temu untuk kita duduk berbincang, saling mendengar dan kembali berkasih sayang.

Bagi orang luar pula, selalulah mendoakan rumahtangga yang sedia ada pada kita terus kekal dan lainnya terus mekar.

Teruskan memberi, kerana rumah dan tangga bukan dibina dari apa yang kita dapat, namun rumahtangga dibina dari apa yang kita berikan.


[Pesanan copy paste dari FB Dr. Ahmad Fahmi Sulaiman]

Wallahu'alam.

No comments: