Alhamdulillah, dah selamat tiba di LCCT :)
Selalunya, bila sahabat-sahabat saya dapat tahu yang saya akan travel seorang-seorang untuk balik ke Sarawak, soalan yang akan ditanya adalah, "Balik sorang je? Ya Allah, beraninya!". Dan saya pulak akan jawab, "Dah biasa dah", tak pun senyum je.
Tipu la kalau saya katakan yang saya tak cuak atau risau bila travel seorang-seorang. Tapi, saya tenangkan hati saya dengan mengukuhkan keyakinan bahawa Allah itu dekat, Dia akan sentiasa jaga saya, setiap masa. Lagipun, saya tahu ramai yang mendoakan keselamatan saya. Selain ibu bapa saya, sahabat-sahabat saya bukan saja mengiringi perjalanan saya dengan salam-peluk-cium, tapi jugak dengan iringan doa :)
Sebenarnya, travel berseorangan ni mengajar saya satu perkara; meletakkan pergantungan sepenuhnya pada Allah. Memang timbul perasaan risau dalam hati saya, seandainya sesuatu yang tak diingini terjadi (naudzubillah), tapi saya kena yakin yang Allah akan jaga saya setiap saat, selagi saya ingat pada Dia. Sebab itu pesanan Rasulullah SAW, insan terdekat dengan Allah. Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu.
Dari Ibnu Abbas RA, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.
(Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi)
Seperti yang diperkatakan dalam hadith di atas, bila kita jaga Allah yakni mengingati-Nya dan menunaikan hak-Nya, maka, insyaAllah Allah akan sentiasa jaga kita. Jadi, secara tidak langsung, travel seorang-seorang ni jugak mengajar saya supaya sentiasa menjaga hubungan dengan Allah setiap masa. Tapi, memang tak dinafikan, ada masa saya terlalai, teralpa. Ada ketikanya saya menjadi jauh dari Allah. Itu semua tanda bahawa saya bukanlah seorang yang perfect (perfectionist, mungkin ya). Itu tanda iman saya punya masa turun dan masa naiknya. Tapi, itu bukan alasan untuk terus hanyut jauh dari Allah. Sebaliknya, mengajar betapa pentingnya mujahadah untuk sentiasa istiqamah dalam perjalanan mengejar redha-Nya.
Thought of the day: Rasanya, ramai je yang dah biasa travel seorang-seorang kan?
Wallahu'alam.
3 comments:
Assalamualaikum.
Setakat dlm hidup kmk, balit sorg2 ke srwk mmg x seorg diri mun nk pg airport. Dlm flight dah sorg diri jak.
Tp, dlm kamus hidup kmk juak, buka setakat travel jak sorg, bekerja n belajar pun sorg2. Ya bukan atas keinginan kmk, siapa2 pun x mok kdk ya.
Tapi, yalah yg terpaksa dipilih, terpaksa memakan hati daripada hati kmk pedih dgn insan2 yg disangka sahabat. Wallahu a'lam.
seronokla tu dah da kat rumah..hu3..alhamdulillah selamat sampai...ni update katna ni..hu3
Lukhman;
Waalaikummussalam.
Kmk rasa every1 need their own me-time, sebab semua org mok privacy nak?
Mun sorg2 pun ada advantagenya, jadi more independent & x menyusahkan orang lain.
Atiqah;
Hehe. Update kat LCCT la. Xde keja lain kan, better update blog.
Post a Comment