Thursday, June 30, 2011

Bismillahirrahmannirrahim.

Entry terakhir ditulis pada 3/5/2011. Hari ni dah 30/6/2011. Hampir dua bulan menghilangkan diri dari dunia blogging. Ada je idea yang nak dikongsikan. Tapi, dengan fikiran yang agak bercelaru dan kemalasan untuk online, menyebabkan blog terbiar tanpa sebarang update.

Sebenarnya, nak kongsi satu artikel ni. Terbaca kat azzariyat.com. Artikel bertajuk 'Keluarlah dari kelompok buat sementara'.

“Awak kalau nak tahu,saya ada seorang kawan yang dia ambil seorang laki ni jadi ‘teman tapi mesra’,”beritahu seorang kawan perempuan yang saya baru kenal di Facebook.

“Teman tapi mesra?”Soal saya.

“Kiranya,laki tu bukan teman lelaki dia pun,kiranya hanya untuk buat benda tu.”

Saya terdiam,terkejut sebentar.

“Habis tu,dorang tak kawin la?” Soal saya.

“Kahwin apanya,dorang pun ada boyfriend dan girlfriend masing-masing,ala just nak lepas nafsu,awak ni lampi la..”

Saya yang terkejut terus mesej kawan saya yang selalu menjadi tempat berborak.

“Weh,tadi aku mesej dengan satu awek ni,dia cerita..bla..bla..bla(cerita di atas).”

“Tu la,aku pun ada borak dengan kawan aku yang sedang wat praktikal kat bank. Dia cerita,ada seorang pakcik ni(pekerja),umur dah 40 tahun,dah ada anak tapi kat tempat kerja masih main tepuk-tepuk dengan seorang akak ni,umur pun lebih kurang. Dan ada satu lagi,pakcik ni(pekerja lain) kerja situ lah tapi ada kekasih kat Perak,bila kawan aku tanya pakcik ni taknak kawin ke, dia cakap itu buah hati dia,bukan untuk kahwin. Pakcik tu cakap,sehari kalau mesej,paling kurang 100 kali dan sebelum tidur wajib talefon dulu. Dan pakcik tu pun dah ada anak.”

Sekali lagi saya terkejut. Saya termenung seketika dan saya sedar bahawasanya selama ini saya berada di dalam satu kelompok yang baik,biah solehah. Di Japanese Associate Degree(JAD),kalau ada perempuan tak pakai tudung,akan ada suara-suara yang tegur beliau. Isu yang paling hebat pun isu ‘couple’ atau isu Jemaah. Saya di JAD memang tak sempat melihat dunia luar,blog adalah satu-satunya medium saya ketahui dunia luar dan biasanya penulis blog banyak yang tapis jadi saya rasa saya sudah tahu semua selok belok kehidupan.

Tapi saya silap kerana dunia luar sungguh luar biasa. Jujurnya,saya tidak pernah terfikir bahawa Malaysia sudahpun hilang Islamnya. Kita sering dikaburi dengan isu politik sehingga isu social dan agama banyak diketepikan. Kalau ada orang bersuara tentang agama,pasti ada golongan yang melabelkannya sebagai isu politik,sungguh menyedihkan.

Saya tidak pernah terbayang wujudnya ‘teman tapi mesra’ di Malaysia. Kalau di Amerika atau Jepun,perkara itu sudah menjadi kebiasaan dan saya boleh terima kerana kebanyakan di antara mereka tiada pegangan hidup,mereka tidak pernah ambil tahu tentang agama. Tetapi kalau di Malaysia perkara yang sama berlaku,saya sungguh terkejut.

Walaupun saya tidak suka dengan silibus buku agama sekolah rendah dan menengah yang lebih berpaksikan peperiksaan tetapi saya tetap sokong kewujudan buku tersebut kerana paling kurang,buku tersebut mampu memberi maklumat kepada semua orang bahawa Islam mengharamkan seks bebas. Kalau ditanya kepada semua orang Islam di Malaysia hatta yang mengamalkan seks bebas,semua orang tahu secara agama perkara itu adalah salah.

Tentang ‘teman tapi mesra’ itu mungkin satu daripada seribu realiti yang berlaku di Malaysia sekarang. Mungkin banyak lagi isu yang kita tidak tahu sebab kita gagal ‘melihat’ luar dari kelompok kita. Saya rasa,sudah sampai masanya untuk kita berhenti berbincang soal Jemaah mana yang patut kita ikut,tudung labuh yang macamana patut kita pakai,tetapi keluarlah kelompok kita buat seketika,hayati masalah-masalah luar yang lansung tiada kaitan dengan kita sebab mereka juga Islam dan mereka perlukan pertolongan dari kita.

Kadang-kadang,kelompok itu bukanlah tidak mahu mengamalkan Islam tetapi mereka tidak tahu dan mereka tiada pendedahan tentang Islam yang sebenar. Orientalis barat telah berjaya menampakkan Islam adalah agama yang jumud,agama yang penuh dengan bid’ah dolalah,agama yang membawa kemunduran. Tetapi sekarang,tibalah masa untuk kita mempamerkan Islam yang sebenar. Islam yang pada belajarnya seorang mendapat markah tertinggi,pada sukan dialah ‘Most Valueable Player’,pada percakapan dialah yang paling lantang berucap.

Ayuh,kita sama-sama beramal dengan Islam yang sempurna,ayuh kita jenguk kelompok-kelompok lain yang ada. Tapi ingat,jangan sesekali tinggal kelompok kita kerana ‘Biri-biri yang seekor lagi senang dimakan Serigala daripada yang berkumpulan’.Wallahua’lam

Sebenarnya, sangat sangat terkesan dangan artikel di atas ni. Sebab saya sendiri pernah mengingatkan diri sendiri, dengan cara meletakkan satu note dalam handphone, yang berbunyi lebih kurang begini: "Sometimes we need to step out from our comfort zone to learn more about life".

Pengalaman mengajar saya, bahawa terdapat pelbagai ragam manusia di dunia ini. Terdapat golongan yang terang-terang tercatat perkataan ISLAM di atas kad pengenalan, tapi, mungkin tak nampak keislamannya dalam kehidupan seharian. Terdapat juga golongan yang bangga dengan Islam, tapi masih tak punya kekuatan untuk melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Ada juga golongan yang tak mengamalkan ajaran Islam dan tidak menghalang orang lain daripada mengamalkannya. Namun, terdapat juga golongan yang menyekat orang lain daripada mengamalkan ajaran Islam.

Biar dalam kelompok mana pun kawan-kawan di sekeliling kita berada, tak bermakna kita tak dapat belajar sesuatu daripada mereka. Seandainya kita berada dalam kelompok yang Allah kurniakan peluang untuk taat pada suruhan-Nya dan Allah jauhkan kita daripada melakukan maksiat, tak bermakna kita dilarang sama sekali untuk bergaul dengan kelompok-kelompok lain.

Kadang-kala, timbul rasa selesa yang membahayakan apabila kita sudah terlalu terbiasa dengan biah solehah. Maksud saya, bukanlah biah solehah ni tak bagus. Biah solehah sangat sangat sangat bagus. Cumanya, bila kita berada dalam satu kawasan yang menyelesakan, kadar kepedulian kita terhadap umat Islam yang tak berada dalam biah solehah mempunyai tendency untuk menurun. Contohnya, kita berada dalam satu kelompok sahabat yang menunaikan solat fardhu 5 waktu, yang merupakan satu comfort zone bagi kita, sehinggakan kita tak menyedari bahawa terdapat masyarakat Islam di luar kelompok kita, yang masih tak mengambil berat tentang solat fardhu.

*******
"Nama je ustazah, tapi dia tu jahat sangat sangat!", luah seorang kawan yang kegeraman.

Keburukan demi keburukan insan bergelar ustazah itu diceritakan.

Luahannya ditutup dengan satu konklusi yang berbunyi, "Nanti, kalau saya ada anak, saya tak nak hantar anak saya pergi sekolah agama".

Dan saya hanya mampu terkedu, menguncikan mulut. Sedangkan dalam hati, berkecamuk perasaan!

Allah! Janganlah Islam yang terpalit lumpur atas kesalahan umatnya.

Moral of the story: Before you (& me too, of course) take any action, please think wisely. Jangan disebabkan tindakan kita, agama Islam pulak yang orang salahkan.

Wallahu'alam.

1 comment:

Azizul Hafidz said...

maka kita perlu bergerak memasyarakatkan diri, bukan berdiam diri.

mari sama-sama memberitahu kepada yang belum punya tahu! sebelum lebih banyak disalah-beritahu oleh yahudi dan nasrani yang konon tahu menahu.

"untukku agamaku, untukmu agamamu," surah al-Kafirun

"sampaikan ilmuku, walau sepotong ayat," hadith

janganlah ya Rabb, islam ini terpalit lumpur oleh kesalahan umatnya. ameen