Wednesday, March 21, 2012

-IIUMK Berselawat 2012- dalam kenangan :)

Bismillahirrahmannirrahim.

Dok serabut nak siapkan assignments, nak baca notes Enzymology & nak siapkan report program IIUMK Berselawat 2012, akhirnya, ambil keputusan untuk update blog :P

Sekarang ni, dalam fatrah midsem exam. Tapi, alhamdulillah, boleh bernafas lega sikit setelah selesai program IIUMK Berselawat 2012 pada hari Ahad yang lepas (18/3/2012). Walaupun kehadiran peserta tak mencapai target, tapi takpe la :)

Bila baca post latest kat blog Kak Wani, tentang IIUMK Berselawat 2012 [klik sini], tersenyum sorang-sorang. Apa yang Kak Wani rasa, itulah exactly apa yang saya rasa.

Meeting pertama, lebih kurang sebulan yang lepas, dilantik secara ad hoc menjadi 'pencatat'. Walaupun sebenarnya, masa tu, turut memegang taklifan sebagai komiti untuk sebuah program lain, tapi, tak sampai hati nak cakap 'tak nak' pada sahabat setalaqqi.

Ketiadaan 'pencatat' dari kalangan muslimin agak merungsingkan hati. Bukan sebab nak sangat ada 'pencatat' muslimin. Tapi, andai ada 'pencatat' muslimin, maka senanglah kerja 'pencatat' muslimat; kalau ada apa-apa yang berkaitan dengan komiti muslimin, boleh refer pada SEORANG 'pencatat' muslimin sahaja. Namun memandangkan 'pencatat' muslimin takde, maka, terpaksa gagahkan hati untuk contact komiti muslimin yang RAMAI, kalau ada apa-apa yang berkaitan dengan komiti muslimin [mungkin Allah sedang ajar untuk jaga hati & ikhtilat bila berhubung dengan muslimin].

Sangat segan sebenarnya dengan komiti-komiti yang lain, muslimat dan muslimin. Mostly memang golongan pencinta majlis talaqqi (a.k.a talaqqiholic). Kalau nak compare dengan diri sendiri... T-T Diri sendiri yang masih bertatih untuk menyuburkan cinta pada Allah dan Rasul dalam hati.

Pada hari program, bertambah-tambah segan bila melihatkan sangat ramai komiti muslimat yang memakai purdah. Segan, tapi berlagak biasa je. Dalam hati, Allah je yang tahu. Semasa sesi talaqqi pulak, terpaksa 'melanggar adab' talaqqi, dengan menghantar mesej pada beberapa orang sahabat komiti muslimat. Serba salah, tapi memang mesej mengenai perkara yang penting [Maaf sangat sangat pada yang berkenaan].

Bermula dari gerak kerja sebelum program sehinggalah hari kejadian, pelbagai perkara yang dipelajari. Sempat 'bergaduh' dengan beberapa orang komiti [salah faham je sebenarnya], main kejar-kejar dengan masa [sebab bila dah 2nd year undergraduate, seriously, lab reports + assignments + quizzes sangat banyak!]. Tak sempat makan [tapi bila orang tanya "Dah makan tak?", tetap jawab "Dahhh" :P], tak cukup tidur [sempat tidur 2,3 jam je setiap malam], belek-belek nota je untuk kuiz; semua tu perkara biasa [Tarbiyah dari Allah ^^].

Tapi, sibuk macam mana pun, air mata mengalir banyak mana pun, tetap rasa bersyukur. Sebab tahu, andai tak sibuk dengan kebaikan sebegini, memang akan lagho T-T Bila rasa penat, stress, sakit, cepat-cepat pujuk diri dengan sentiasa ingat pengorbanan Rasulullah SAW & tanya pada diri "Apalah sangat pengorbanan kita andai dibandingkan dengan pengorbanan Rasulullah?". Dan selalu cuba sedaya upaya untuk sentiasa bersangka baik dengan Allah, "Allah sedang ajar aku supaya manage masa sebaiknya".

Dan sekarang, selesai program, rasa rindu dengan kesibukan dulu. Beberapa orang sahabat komiti muslimat turut menyatakan perasaan yang sama. Masing-masing rindu nak bergerak kerja [walaupun sebenarnya, kerja 'pencatat' hanya akan officially tamat setelah report program dihantar -_-"].

Apa-apa pun, semoga dengan penganjuran program IIUMK Berselawat 2012 yang lepas, rasa cinta pada Allah dan Rasulullah, dalam diri para komiti khususnya serta dalam diri para peserta amnya, lebih teguh, biiznillah :)

Wallahu'alam.

Sunday, March 11, 2012

Missing her

Bismillahirrahmanirrahim.

I've mentioned before (click here) that I've received couple of sad news. Well, one of them was, about my grandma. While I was having my fun at the K-Fiqh Convention, I received news from my family members (my cousin, my sister & my father), that my grandma (my mother's mother), passed away.

I was actually stunned at the news. I was shocked, as my grandma was always healthy, despite her age (which is more than 80 years old). Yes, I was sad but still, I didn't cry (and as I said, I was mad at myself for not being able to express my feelings).

But last night, while I was reading the Qur'an, tears just rolled down my eyes. I was thinking of my grandma. Truth to be told, I miss her.


My grandma, who taught me how to read the Qur'an when I was young.

Thought of the day: Bila sahabat-sahabat & akak sebulatan gembira tahu yang saya tak balik pun, even when my grandma passed away, they said, "Kuatlah Alyaa ni". The fact is that, nak taknak, memang kena jadi kuat bila berhadapan dengan situasi macam ni.

Wallahu'alam.

Thursday, March 1, 2012

How Can I Not Love You?

Bismillahhirrahmannirrahim.



Since one of my friends posted this video on FB, I've downloaded it and watched the video over, over and over again. Seriously, best! Masya-Allah ^^

The video talks about Prophet Muhammad SAW. How he sacrificed everything for Islam, for ME, for YOU, for us -his Ummah-.

The words are so meaningful. Kalau kita betul-betul hayati sirah Nabi Muhammad SAW, pasti akan mengalir air mata, mengenangkan pengorbanan baginda buat kita. Dengan kisah-kisah simple yang dinyatakan dalam video ini pun, mata dah rasa basah. Betapa kasihnya Rasulullah pada kita, takkan langsung takde perasaan cinta pada baginda dalam hati kita?

People say Romeo and Juliet is the greatest love story of all,
I said to them,
How can that be?
When the man I love did all that for me?
When the man I love sacrificed his life for me?

Bila timbul rasa nak-tak-nak meneruskan perjuangan atas jalan dakwah, ingat semula perngorbanan Rasulullah. Bagaimana sukarnya Rasulullah berjuang untuk menyebarkan Islam pada suatu masa dahulu. Jadi, sekarang ni - dalam zaman yang Islam itu orang lihat sebagai suatu perkara yang asing, dalam keadaan umat Islam sendiri tak memahami Islam sebagai ad-Deen [the ONLY way of life] - takkan kita nak hidup senang-lenang, tak nak meneruskan perjuangan baginda? [Muhasabah buat diri]

Thought of the day: Kalau benar cinta, mestilah tahu kisah kekasih hati kan? Nak khatamkan sirah kekasih hati. Ya Allah, permudahkanlah. Amin.