Alhamdulillah, hujung minggu yang lepas (2-3 Mac 2013), berpeluang untuk menyertai Jelajah Mahasiswa anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Pahang.
Turun ke medan realiti, berjumpa dengan masyarakat yang pelbagai ragam, menyelami perasaan dan melihat dengan mata sendiri kesusahan yang mereka alami. Memerlukan kesabaran dan kaedah yang sesuai untuk menyantuni masyarakat yang lahir daripada pelbagai latar belakang.
Berbual-bual dengan seorang pak cik, yang merupakan bekas imam di kawasan perumahan yang kami lawati. Pak cik tersebut menyatakan peri pentingnya untuk mahasiswa cakna dengan isu semasa, termasuklah isu politik dan bukannya hanya menunggu sehingga habis belajar, untuk mengambil tahu isu-isu tersebut.
"You don't have to be great to start, but you have to start to be great."
Kata-kata yang ringkas, namun memberikan kesan :)
*******
4 Mac 2013 - Alhamdulillah, selesai aktiviti Down To Earth dalam masa kurang sejam :) Melawat 8 buah bilik yang telah di'assigned'. Mendengar luahan masalah daripada rakan-rakan mahasiswa, yang mungkin tak diketahui atau terlepas pandang (insyaAllah, akan ada tindakan susulan).
*******
Turun ke medan praktikal, berjumpa dengan masyarakat dan mendengar sendiri masalah yang dihadapi - satu perkara yang perlu dilakukan, sebagai pimpinan (tak kisah la sebagai wakil rakyat atau wakil mahasiswa) agar kita cakna dengan realiti yang berlaku. Turun ke medan masyarakat di luar kampus, memberikan kita kesedaran agar tidak terus menerus tenggelam dalam 'comfort zone' di dalam kampus :)
Thought of the day: Persediaan dan persiapan diri dalam masa kurang daripada setahun, cukupkah masa? Mampukah? -_-"
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment