Wednesday, March 13, 2013

Muslimat: Bukan sebarangan sayap

Bismillahhirrahmannirrahim.


Jom jadi muslimat hebat. Terlebih malu, tertinggal di belakang. Tak tahu malu, gelap masa depan..

Hebatnya Sofiyyah (ibu Zubair al Awwam) yang nekad pakai pakaian perang dan menikam Yahudi dengan kerambit, lalu memenggal kepalanya kerana Yahudi itu cuba mengintip kubu wanita & kanak-kanak semasa Perang Ahzab.

Hebatnya pengorbanan Asma' yang sedang sarat mengandung sanggup mendaki ke Gua Thur yang terletak di puncak bukit itu untuk menghantar makanan kepada Rasulullah dan ayahanda Abu Bakar sewaktu peristiwa hijrah.

Beraninya Ummu Nusaibah bangun pertahankan Nabi yang terjatuh ke dalam lubang yang digali oleh Abu Amir al fasiq sewaktu Perang Uhud sehingga bahunya ditetak.

Besarnya pengorbanan ibunda Saiditina Khadijah r.a dalam perjuangan Islam sehingga sanggup menginfakkan seluruh hartanya demi Islam dan menjadi pendamping setia di waktu Nabi kesusahan.

Hebatnya Saiditina Aisyah r.a sebagai ilmuan muda yang menjadi rujukan ramai. Gagahnya Khaulah Al Azwar di medan perang.
Hebatnya kisah cinta Rabi'atul Adawiyah pada Tuhannya.

Kita pula macam mana? Kenali bakat dalam diri, dan optimizekan bakat itu untuk kepentingan ummah :)


Wallahu'alam.

P/s: Copy paste from FB.

No comments: