Sunday, June 1, 2014

Rumah + Tangga ^^"

Bismillahhirrahmanirrahim.

Last post was published on 7th April? -____-"

Okay. At least ada reason la kan nak update blog ni (selain daripada sebab tak boleh nak post anything on tumblr at the moment) ^^"

Saja nak kongsi pesanan ni, buat rujukan diri pada masa hadapan, dan untuk mereka yang bakal melangkah ke alam rumah tangga :)

*******

Perkahwinan & Rumahtangga: Syurga yang Disegerakan?

Apa nasihat dan tips buat kami yang baru membina rumahtangga?

Nasihat saya adalah nasihat yang "potong stim". Zikir dan fikir index penceraian di dalam negara kita. Banyak hal kita kita boleh berbeza dari bab politik sampai ke panda, namun bab penceraian saya kira semua setuju iaitu amat membimbangkan.

Dari situ, kita perlu sedar, apa yang dibina hari ini bukan satu hal yang main-main, satu hal yang boleh buat main.

Semua itu akan berbalik kepada sejauh mana kedudukan "Tuhan" dalam rumahtangga kita. Sebaik mana kita, sesolehah mana pasangan jangan berharap rumahtangga tiada dilambung badai. Kita akan kerap berselisih faham, bermasam muka, dan tidur masing-masing mengadap dinding. Ini bukan cerita "Ayat-Ayat Cinta" yang mengulit kita di waktu bujang. Ini kisah kita semua.

Dengan adanya "Tuhan" dalam berumahtangga, apabila kedua kita berselisih, ada titik temu untuk kita duduk berbincang, saling mendengar dan kembali berkasih sayang.

Bagi orang luar pula, selalulah mendoakan rumahtangga yang sedia ada pada kita terus kekal dan lainnya terus mekar.

Teruskan memberi, kerana rumah dan tangga bukan dibina dari apa yang kita dapat, namun rumahtangga dibina dari apa yang kita berikan.


[Pesanan copy paste dari FB Dr. Ahmad Fahmi Sulaiman]

Wallahu'alam.

Monday, April 7, 2014

Ragam Manusia

Bismillahirrahmanirrahim.

Dulu, pernah kongsikan satu nasihat dengan seorang adik ni. Waktu tu, dia tengah bengang, geram sebab timbul miscommunication dalam gerak kerja.

"Sahabat, 

Biasa, bila kita bekerja dengan manusia lain, kita perlu berhadapan dengan pelbagai karenah dan ragam. Termasuklah ia kerja-kerja Islam. 

Marah. Tidak puas hati. Fed up. 

Syaitan datang membisikkan agar kita meninggalkan kerja kita, menjauhkan diri dari insan-insan yg kita tidak suka, disuburkan rasa benci dan nista. 

Namun, ketahuilah, mudharat itu lebih banyak jika kita meninggalkan amanah kita itu walaupun terpaksa berhadapan dengan 1001 dugaan daripada sikap manusia. Mungkin, antara sebab Allah tempatkan di sana, kerana kemampuan kita mengubah keadaan itu. Mungkin ada hikmah yang Allah mahu kita belajar darinya. 

Pujuklah hati dan ingatkan ia, para rasul dan nabi, para sahabat dan ulama' terdahulu diduga dengan begitu hebat sekali. Luar dan dalam. Sehingga mengancam nyawa. Apalah sangat dengan sedikit ragam manusia. Terlalu kecil nilainya. 

Ingat! Matlamat akhir kita adalah syurga. Redha Allah yang kita cari, bukan manusia. Maka, janganlah terlalu gusar dan kecewa. Sedarlah, Allah bersama orang-orang yang bersabar. Itu janjiNya. 

Moga kita terus kekal dengan kerja-kerja yang baik, yang mendekatkan manusia kepada Yang Esa, menambah ganjaran pahala; semakin dekat dengan syurga. 

Allahu ma'ana, insyaAllah!"

And now, I think, I need this advice T.T

Berinteraksi dengan manusia yang pelbagai ragam, memerlukan jiwa besar yang sentiasa bersabar. Bimbang jugak kalau diri sendiri tak mampu bersabar bila berhadapan dengan kerenah yang berbagai. Risau akhirnya nanti, diri sendiri kecewa; membawa diri dan jadi ignorant (Baca: Kecewa --> Putus asa). Moga Allah jauhkan daripada sifat dan perasaan yang negatif!

Thought of the day:

(1) Humanitarian Mission to Cambodia (HuMiCa) sangat best! Pengalaman berharga menyertai misi kemanusiaan, dan bergerak kerja dengan insan-insan yang komited (sangat!) :D

(2) Visit to the Parliament, trip to Langkawi, HuMiCa gathering - semua terpaksa dilepaskan :'( Belajar erti pengorbanan dan ikhlas. Fuhh~

(3) Tak seronok bila buat sesuatu hanya dengan sebab nak menjalankan tanggungjawab, tanpa ada rasa cinta dan kasih sayang terhadap amanah tu. Rasa macam kurang sifat kemanusiaan; stress.

Wallahu'alam.

Tuesday, March 4, 2014

A Perfect Weekend Getaway ^^

Bismillahirrahmannirrahim.

Last week was...indescribable? Too many things happened. Perkara-perkara yang menimbulkan rasa penat; penat jasad, penat emosi. Rasa serabut T.T

So, this was how I spent my weekend.


'Lari' sebentar dari segala keserabutan di UIAM Kuantan. Cari ketenangan. Recharge semula semangat. Alhamdulillah, a perfect weekend getaway! ^^

Sekarang, fokus semula pada segala tanggungjawab yang diamanahkan. May Allah Ease everything :)

*******

[Selingan. Iklan.]

"Someone may looks like she can tell everything or express her feelings to everyone around her. But sometimes, she might become too choosy and too careful in sharing certain things. When she share that certain things with you, it means that she trust you. And trust is a very BIG thing. It indicates that, you are not 'everyone' to her. Instead, you are 'someone'."

Adik-beradik usrah pernah bagitahu; "Alyaa ni, sangat susah nak percaya pada seseorang."

I guess that's kinda true. Tapi, sebenarnya, bukan isu percaya-tak percaya. It's more to tak-suka-dan-taknak-susahkan-orang-lain ^^'

*******

Thought of the day: I've learned my lesson, not to get too attached to anyone. Sebab people will disappoint you. Instead of being disappointed, I chose to be surprised. So, I'm being realistic and taknak letak expectations tinggi sangat, on anyone.
[Okayyy. This sounds macam patah hati sangat -____-" Sebenarnya tak pun. The point is that, I've learned my lesson - People may disappoint us, but Allah will never disappoint us :)]

Wallahu'alam.

Wednesday, February 19, 2014

Fitrah

Bismillahirrahmannirrahim.



Sekental, sekuat mana pun seseorang perempuan itu, dia tetap seorang perempuan; makhluk yang penuh dengan emosi. Luar mungkin nampak heartless (ke sebenarnya expressionless?), tapi hati? Hanya Allah yang tahu.

Teringat kata-kata Yasmin Mogahed;


Even the strongest hearts get bruised sometimes.

Thought of the day: Lower expectations, less disappointments?

Wallahu'alam.

Friday, February 14, 2014

Bismillahirrahmanirrahim.

2.00 pagi.

Seorang adik-beradik usrah semangat meng'copy-paste' kata-kata ni sebagai nasihat (dan pembakar semangat) bersama:

Asas kepada sebuah kebahagiaan adalah apabila kehidupannya berjalan mengikut apa yang Allah hendak, biarpun bercanggah dengan apa yang dia hendak. 
Biarpun tangisnya lebih banyak dari tertawa. 
Biarpun lelahnya menongkah ujian lebih banyak dari bersenang lenang dan waktu rehatnya. 
Sifir bahagianya, apabila bisa melalui lorong takdir dengan kesabaran yang luar biasa.

Redah?

Rabbi yassir, wa la tu'assir.

Jom!

:)

P/s: Sejak jadi SRC (dan selepas 'turun'), selalu dengar perkataan 'redah' ^^'

Thought of the day: Setiap orang rasa cuak, setiap orang rasa 'berat'. Dan pada masa yang sama, setiap orang berusaha untuk tunjuk kuat; bukan nak berpura-pura, tapi untuk saling menguatkan.

Wallahu'alam.

Thursday, January 30, 2014

Semester ke-7

Bismillahirrahmanirrahim.

Check blog, tengok-tengok; 40 views in one day. Lantas terfikir; "Ehh.. What happened?" o.O 

Mungkin perlu diprivatekan blog ni, sebab ni sekadar tempat saya merapu ^^'

*******

Alhamdulillah, selesai check result semester lepas, satu subjek telah berjaya 'mencacatkan' result slip. Heh~ Tapi apa-apa pun, ini yang terbaik, insyaAllah :)

Cuti yang masih berbaki beberapa hari, insyaAllah, bakal diisi dengan beberapa perkara. Nak setelkan benda tu, nak setelkan benda ni, nak baca buku, nak baca journals untuk FYP. Konklusinya, nak buat macam-macam lagi! Moga Allah permudahkan ^^

And the next semester; semester ke-7 di UIAM Kuantan, merupakan permulaan tahun ke-4 sebagai undergraduate student. Semester yang lebih mencabar, bakal menuntut lebih banyak pengorbanan. Perlu ikhlaskan niat, persiapkan diri dan letakkan pergantungan tahap maksimum hanya pada Allah.

P/s: Sekadar update ringkas, sebab masih tertanya-tanya kenapa tiba-tiba view blog ni melonjak naik. Haha. Kbye.

Thought of the day: Being in the state of 'takde perasaan, numb', sangat... erm, menyesakkan, merimaskan? Allah yusahhil.

Wallahu'alam.

Thursday, January 23, 2014

Redha. Ikhlas. Sabar.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Saja nak menulis, sebab dah lama tak update blog ^^

Terjumpa 'sesuatu' yang menarik kat tumblr;

Belum cukup sabar kalau masih ada batas. 
Belum cukup ikhlas kalau masih ada rasa sakit. 
Ujian itu didikan daripada Tuhan. 
Mengajar hati untuk sabar dan ikhlas. 
Bicara Tuhan untuk kita faham makna redha, tanpa ada batas. 
Redha bertapi; tanda hati belum redha lagi.

Kata-kata yang tersangat ringkas, but at the same time, reminder yang mendalam dan berharga untuk diri, buat masa ini.

Moga Allah redha dan permudahkan segala urusan :)

Thought of the day: I am no good at expressing my feelings. And my thoughts. Especially bila kepala tengah serabut .______.

Wallahu'alam.