Tuesday, December 30, 2008

Dedikasi buat Palestin, bumi perjuangan

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang masih memanjangkan usia kita untuk terus hidup di dunia ini.

Saban hari, semakin bertambah bilangan saudara kita di Palestin yang terkorban. Ya, mereka saudara kita! Saudara seaqidah. Tapi, kita sedar tak hakikat ni? Kita sedar tak yang musuh-musuh Allah terus menerus menyerang dan menyeksa saudara-saudara kita? Tak terdetik apa-apa perasaankah di hati kita?

Kata-kata pun tak dapat meluahkan apa yang terbuku di hati ana sekarang ni. Mata kita hanya melihat penindasan demi penindasan yang dilakukan oleh Israel terhadap saudara kita. Hati ini mungkin dapat merasakan kemarahan dan kebencian terhadap musuh Allah itu. Namun, apa tindakan kita?

Mungkin sebahagian besar daripada kita langsung tak menyedari pun penderitaan saudara kita di Palestin. Mungkin sebahagian besar daripada kita sedar mengenai penyerangan Israel terhadap Palestin. Namun, hanya sekadar sedar. Mata hanya melihat penderitaan mereka, sedangkan tak terdetik apa-apa dalam hati kita. Kita tak ingat ke pesanan Rasulullah SAW yang tercinta? Atau kita buat-buat lupa?

Dari Hudzaifah bin Yaman r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:
"Siapa yang tidak ihtimam (peduli) terhadap urusan umat Islam, maka dia bukan dari golongan mereka". (Hadith Riwayat at-Tabrani)


Kita mengaku bahawa kita umat Islam. Namun, apa reaksi kita tatkala melihat penderitaan umat Islam di Palestin? Apa perasaan kita apabila mendengar berita mengenai penyerangan Israel terhadap Palestin?

Mungkin kita berpendapat bahawa perkara tu bukanlah masalah kita. Namun, perkara itu hanyalah masalah masyarakat Palestin. Betul ke perkara ni bukan masalah kita? Cuba kita fikir baik-baik. Umat Islam di Palestin, semuanya saudara kita. Takkan la kita tak sedar hal ni?

Kita tak ingat ke firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara..." (Surah al-Hujuraat, ayat 10)

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
"Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain. Maka ia tidak akan menzalimi dan membiarkannya menderita". (Hadith Riwayat Imam al-Bukhari)


So, takkan la kita nak lihat je penderitaan saudara-saudara kita? Takkan kita nak dengar je kesengsaraan mereka tanpa timbul sekelumit pun perasaan benci terhadap yahudi? Tak terdetikkah perasaan kasihan terhadap umat Islam di Palestin? Anak-anak kecil, wanita-wanita lemah dan warga tua yang tak bersalah. Mereka semua terkorban dalam serangan Israel. Tak terdetikkah perasaan simpati dalam hati kita?

Mungkin sebab selama ni kita hidup dalam suasana yang damai. Sehinggakan kita tak dapat merasakan kesengsaraan mereka. Sampaikan kita tak menghiraukan penderitaan mereka, saudara seaqidah kita sendiri.

Masalah ini bukan setakat masalah masyarakat Palestin sahaja. Ini masalah kita, sebagai umat Islam. Kita terlupa ke tentang Masjid al-Aqsa? Masjid yang istimewa dan bersejarah. Salah satu tempat suci umat Islam. Masjid yang sepatutnya menjadi kebanggaan umat Islam. Masjid yang menjadi rebutan ramai pihak. Masjid yang sepatutnya dipertahankan demi agama tercinta.

Mungkin kita tak merasai penderitaan  saudara kita di Palestin. Mungkin kita tak mendapat pendedahan yang secukupnya mengenai serangan Israel terhadap Palestin. Mungkin semangat juang kita tak setinggi semangat mujahidin Palestin yang sanggup berkorban demi mempertahankan ummah. Mereka berjuang demi Islam, bukannya kerana Palestin semata-mata.

Masih tak terdetikkah perasaan simpati terhadap saudara kita di sana? Masih tak timbulkah perasaan benci terhadap musuh Allah, kaum yahudi itu? Masih tak terasakah penderitaan saudara kita yang berjuang dan terkorban demi memperjuangkan Islam tercinta? Masih tak berkobarkah semangat kita untuk mempertahankan Deenul Haq tercinta ini?

Ana tak mampu menjawab soalan-soalan ni bagi pihak kalian. Persoalan-persoalan ini hanya boleh dijawab oleh diri kita sendiri. Renung-renungkan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka. Katakanlah:"Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya pengetahuan kepadamu, maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu."
(Surah al-Baqarah, ayat 120)


Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

No comments: