Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang maseh memberikan ana peluang untuk terus mengupdate blog ni. Syukur kepada Allah sekali lagi kerana insyaAllah, tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya AidilAdha.
Coretan kali ni khas sempena Hari Raya AidilAdha atau turut dikenali sebagai Hari Raya Korban. Ana rasa sebahagian besar umat Islam telah pun mengetahui sejarah silam di sebalik perayaan ni.
Hari Raya AidilAdha. Suatu perayaan yang diraikan bagi mengingati pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim as. Pengorbanan seorang hamba yang mentaati suruhan Rabbnya. Ya. Hari Raya AidilAdha bersejarahkan pengorbanan.
Pengorbanan Nabi Ibrahim as dan anaknya, Nabi Ismail as. Pengorbanan yang dilakukan semata-mata untuk mentaati suruhan Allah SWT. Sememangnya pengorbanan tersebut adalah suatu pengorbanan yang agung. Sebuah pengorbanan suci yang dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.
Sebenarnya, ana tak nak bercakap panjang lebar mengenai sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim as dan keluarganya (Ana takde idea & ilmu ana maseh terlalu cetek). Apa yang ana ingin tekankan di sini ialah pengorbanan kita sebagai umat Islam.
Pengorbanan kita demi menegakkan semula Deenul Haq tercinta di muka bumi ni. Pengorbanan kita untuk mengharumkan nama Islam, bukannya menjejaskan imej Islam. Pernah tak kita tanya diri kita, sanggup tak kita korbankan kepentingan diri sendiri untuk mentaati suruhan Allah? Pernah tak kita terfikir, sanggup tak kita korbankan kepentingan diri demi mendapatkan keredhaan-Nya? Hmm. Renung-renungkanlah.
Akher kalam, Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha 1429 H. Sempena Hari Raya AidilAdha ni, jom kita sama-sama berusaha menghayati erti sebuah pengorbanan yang sebenar. ^__^
P/S: Ana minta maaf kalau coretan ana kali ni agak meaningless. Ana kehilangan idea. Hehe. Apa-apa pun, ana just nak inform yang blog ni akan diabaikan sekali lagi sebab ana nak balik kampung. =)
Kalau nak baca artikel yang lebih menarik, boleh la baca kat iLuvIslam.
Daurah Iftitah 2.0
-
Assalamualaikum wrt..
Alhamdulillah ala kulli hal.
sudah genap 2 tahun pertapakan ana di kepulauan. medan yang perlu ana
tempuhi buat kesekian kali.
daura...
No comments:
Post a Comment