Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, kita masih mampu menjalani kehidupan di dunia yang fana ini. Syukur kepada Allah SWT kerana ana masih berpeluang untuk mencoretkan sesuatu di blog ni.
Sedar tak sedar, masa berlalu dengan begitu pantas. Tak lama lagi kita akan menyambut tahun baru. Angka 1429 H akan bertukar menjadi 1430 H. Manakala angka 2008 akan bertukar menjadi 2009.
Pengalaman hidup mendewasakan diri kita. Pengalaman juga mematangkan manusia. Sepanjang tahun ni, mesti banyak pengalaman yang dah kita dapat kan? Pelbagai kenangan telah tercipta, tak kira la manis, pahit, masin atau tawar. Hehe.
Kebanyakan orang lebih sukakan kenangan manis dan seboleh-bolehnya ingin melupakan segala kenangan pahit mereka. Kenapa ek? Lumrah manusia la kan? Kita sukakan perkara yang membuatkan diri kita gembira dan kita kurang suka (atau tak suka) perkara yang membuatkan kita sedih.
Bagi ana, tak payah la kita bersusah payah nak lupakan kenangan pahit kita. Sebab kenangan macam ni la yang berguna (walau sepahit mana pun kenangan tu). Pengalaman begini la yang mengubah diri kita, membuatkan kita lebih sabar dan tabah. Pengalaman pahit la yang membuatkan kita lebih dekat kepada Pencipta kita, Allah SWT. Fitrah manusia kan? Apabila diuji dengan kesusahan, mudah untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT. Tapi, kalau diuji dengan kesenangan, mudah pulak untuk kita menjadi alpa lantas menjauhkan diri daripada Allah SWT.
Ok. So, sempena tahun baru, dah ada ke azam dalam hati kita? Dah tercapai ke azam kita tahun ni? Apahal orang selalu kaitkan tahun baru dengan azam? Sebab Islam menyuruh agar umatnya memperbaiki hidup mereka. Hidup kita perlukan peningkatan. Takkan la kita nak berada di tahap yang sama, tanpa sebarang perubahan kan?
Kalau kita kaji sejarah di sebalik Maal Hijrah, kita akan dapati bahawa perubahan dalam hidup itu perlu agar berlakunya peningkatan, penambahbaikkan. Daripada perkataan "Maal Hijrah" pun kita boleh tahu bahawa perubahan itu amat penting dalam hidup kita.
Hijrah. Perkataan ni mengingatkan kita pada penghijrahan Rasulullah SAW dan para sahabat, dari Makkah ke Madinah. Dan apa kesan daripada penghijrahan tersebut? Agama Islam tersebar ke seluruh dunia. Membuktikan betapa pentingnya perubahan, hijrah dalam hidup kita.
Ok. Berbalik kepada persoalan tadi; apahal tahun baru seringkali dikaitkan dengan azam? Perkara ni menunjukkan bahawa setiap individu seharusnya mempunyai impian masing-masing. Kita perlu memiliki cita-cita yang ingin kita capai. Agar hidup kita lebih bermatlamat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik daripada semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama seperti semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk daripada semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah SWT".
"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik daripada semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama seperti semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk daripada semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah SWT".
So, berdasarkan hadith ni, muhasabah la diri kita. Kita sekarang ni tergolong dalam golongan yang mana? Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang beruntung. Amin.
Hijrah : antara hari ini dan semalam
Salam Maal Hijrah 1430 H. Jom kita berhijrah menjadi hamba yang lebih taat pada perintah-Nya. ^__^
P/S : Artikel Maal Hijrah
Pendamba Cinta dan Redha Ilahi
No comments:
Post a Comment