Saturday, January 31, 2009

Beranikah kita?

Assalamualaikum w.b.t.

Sebelum ana meneruskan coretan ni, ana nak mintak maaf sebab tak update blog ni dengan istiqamah. Ana memang nak update, tapi setiap kali nak update, lepas tulis beberapa patah perkataan, otak ana terus jadi blank. Fuhh~ Terasa payah pulak nak update blog. Tapi, ana tetap akan cuba meng'update' blog ni sekerap mungkin.

Ana rasa, satu dunia ni dah tergempar dengan tindakan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan. Bagi ana, tindakan beliau merupakan suatu tindakan yang wajar. Tindakan tersebut merupakan satu tindakan yang memang membanggakan.

Ana memang teruja sangat melihat tindakan beliau. Seriously!

Ana rasa tak ramai umat Islam yang berani melakukan perkara sedemikian. Perdana Menteri Turki, tanpa sekelumit rasa takut pun, berdebat dengan Presiden Israel, Shimon Peres. Insiden tersebut berlaku di hadapan khalayak ramai, semasa World Economic Forum. Memang satu tindakan yang membanggakan!

Bukan tu je. Sejurus selepas menyuarakan pendapatnya, Perdana Menteri Turki tersebut terus meninggalkan pentas. Kerana apa? Beliau hanya diberikan masa lebih kurang 12 minit untuk bercakap, sedangkan Presiden Israel diberikan masa sebanyak 25 minit. Jelas menunjukkan ketidakadilan! Ngeh.

Persoalannya sekarang, berani ke kita untuk melakukan tindakan yang diambil oleh Perdana Menteri Turki tersebut, seandainya kita berada di tempat beliau? Menyuarakan suara hati kita secara terbuka. Berani ke, demi agama Islam? Fikir-fikirkan. =)

P/s: Nak info tambahan pasal kejadian ni, rajin-rajin la cari kat Internet. Boleh baca kat sini. Atau cari video kat Youtube.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Sunday, January 18, 2009

Cutiku...

Assalamualaikum  w.b.t.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang memberikan kita peluang untuk terus hidup sebagai hamba-Nya. Syukur ke hadrat Ilahi kerana ana maseh peluang untuk terus mengupdate blog ni.

Hmm. Dah agak lama juga ana tak update blog ni. Bukan sengaja. Tapi, laptop agak bermasalah. Sekarang ni, laptop dah ok. Keyboard je yang masih 'sakit' sikit. Hehe.

Alhamdulillah, masa cuti ana sekarang ni, semakin diisi dengan aktiviti yang berfaedah, selain menghadap laptop dan menonton tv. Ana memang ada pelbagai plan yang nak dibuat semasa cuti ni. Walaupun sentiasa kat rumah je, at least ada juga aktiviti berguna yang ana buat.

Sekarang ni, ana mem'busy'kan diri dengan membaca buku. Macam-macam buku yang ana baca. Buku untuk menambahkan pengetahuan diri yang terlalu cetek, buku untuk improve bahasa inggeris ana yang semakin hari semakin terok. Ngeh.

Selain tu, sebelum ni, ana busy menyiapkan 2 artikel untuk al-haqq. Dua artikel, macam senang. Tapi, sebenarnya susah. Sebab idea ana agak limited. Perkara ni juga la yang membuatkan ana lebih banyak membaca, supaya dapat idea yang lebih banyak dan meluas. Alhamdulillah, artikel-artikel tu dah disiapkan semalam, tepat pukul 1 pagi. Ahah. Tapi, belum habis taip lagi la. Keadaan keyboard yang 'sakit' menyukarkan sedikit proses untuk menaip. Ngehe.

Kelmarin dan hari ni plak, ana sempat pegi kolej. Tapi, tak singgah pun. Just teman mak ana hantar dan ambik adik-adik ana. Kelmarin, ada la insiden yang agak tidak memuaskan hati berlaku. Tapi, biar je la. Let bygones be bygones. Hari ni plak, ana ada la terjumpa adik-adik kat kolej. Waneq (btol ka eja?), Syahira, Hidayah, Wani & Iswandy, Namida dan Yasmin. Hari ni pelajar Islam kolej ada gotong-royong kat surau, untuk pameran pasal Palestin, kalau ana tak silap la.

Bila ana pegi kolej, at least terubat juga la rindu ana ngan Surau Al-Hidayah. Surau ni special sangat-sangat. Banyak sangat kenangan kat surau ni. Tempat paling bermakna bagi ana kat kolej. Pelbagai kenangan yang tercipta dan dicipta kat surau al-Hidayah. =)


Surau al-Hidayah pada tahun 2005 ^_^

Selain aktiviti-aktiviti yang ana dah ceritakan kat atas ni, ada juga la aktiviti lain yang akan ana lakukan sepanjang cuti ni. Tapi, biar Allah & ana je la yang tahu. Hehe. Oklah. Lain kali ana update blog ni lagi, insya-Allah.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Sunday, January 11, 2009

Bilakan damai?

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni, ana nak kongsikan satu video dan lirik lagu. Lagu Hafiz Hamidun yang berjudul Bilakan Damai. Hayatilah lirik lagu ni. Fahamilah perasaan saudara-saudara kita yang terus menjadi mangsa peperangan.

Hafiz Hamidun - Bilakan Damai



Mentari menangis di senja memerah
Bumi anbia menjadi padang jarak
Puing-puing runtuhan berserakan
Hanyir darah menyesak dada

Tubuh layu gugur bergelimpangan
Bertindih dalam kubur tanpa bernisan
Di hujung sana berjuta kelaparan
Di dera wabak yang menyiksakan

Anak kecil bertanyakan bimbang
Mengapa lena ibu terlalu panjang?
Wajahnya mencerminkan kedukaan
Bilakah pula ayah akan pulang?

Dia yang tak mengerti apa
Menjadi mangsa
Suara tangis syair sendu
Menghiris kalbu

Bilakan berhenti kekejaman?
Bilakan terhapus penindasan?

Kemana hilangnya kemanusiaan?
Sampai bila bersilih penderitaan?
Bila pula kan muncul kedamaian?

Soalan yang masih tiada jawapan

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Friday, January 9, 2009

Tegurlah dengan cara berhikmah

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji hanyalah milik Allah SWT yang memberikan kita peluang untuk terus hidup sebagai hamba-Nya di dunia yang fana ini. Syukur ke hadrat Ilahi yang masih memberikan ana peluang untuk mencoretkan sesuatu di blog ni.

Alhamdulillah, artikel pertama Palestin dah siap. Tapi, belum diedarkan. InsyaAllah, artikel tu akan diedarkan dalam masa terdekat ni. Dan insyaAllah, artikel Palestin yang seterusnya akan ana siapkan secepat mungkin. Ni sekadar berkongsi aktiviti ana waktu cuti je. Hehe.

Ok. Dalam hidup ni, kata-kata kita memainkan pelbagai peranan. Dengan kata-kata, kita boleh menasihati orang. Dengan kata-kata, kita boleh memarahi orang. Dengan kata-kata, kita boleh menggembirakan orang. Dan dengan kata-kata juga, kita mampu menyakitkan hati orang, sama ada secara sengaja atau tidak. Banyak kan fungsi kata-kata ni?

Untuk menasihati orang lain, untuk memperbetulkan kesilapan orang lain, kita perlu la menyusun kata-kata dengan teliti agar orang yang mendengar nasihat kita boleh memahami dan menerima nasihat tersebut. Kita haruslah menasihati orang lain dengan cara berhikmah. Ada banyak cara sebenarnya nak nasihatkan orang. Bukan melalui kata-kata sahaja, malah melalui perbuatan pun kita boleh menasihati orang lain secara tidak langsung.

Dalam dunia ni, terdapat pelbagai ragam manusia. Kepelbagaian kerenah manusia ini la yang membuatkan setiap individu itu unik. Hmm. So, mesti la cara untuk menasihati setiap individu adalah berbeza.

Ada individu yang boleh ditegur dengan menggunakan sindiran dan cara yang kasar. Ada individu yang tak kisah andai kesalahannya ditegur dan diperbetulkan di hadapan khalayak ramai. Dan ada juga individu yang prefer agar kesilapannya ditegur secara personal, berseorangan atau face-to-face.

Kita perlu ingat tujuan kita memberikan teguran kepada orang lain. Kita menasihati seseorang individu untuk memperbetulkan kesalahannya agar dia sedar lantas memperbaiki kelemahannya. Teguran tu bukan ditujukan kepada orang yang ditegur sahaja, malah sepatutnya menjadi peringatan buat orang yang menegur, iaitu diri kita sendiri, untuk muhasabah diri kita.

Seandainya teguran yang kita berikan tu tak diterima, bersabarlah. Anggap itu sebagai ujian daripada Allah SWT untuk menguji kesabaran dan kesungguhan kita. Jangan terlalu mudah berputus asa. Teruskan menegur dan mencegah kemungkaran, biarpun orang lain bosan mendengar kata-kata kita. Kita harus jalankan kewajipan kita sebaiknya.

Daripada Abu Said al-Khudri r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda,
"Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu, hendaklah mengubah dengan lidah, sekiranya tidak mampu, hendaklah dia mengubah dengan hati dan itu adalah selemah-lemah iman."
(Hadith Riwayat Muslim)


Dan kalau nasihat yang kita berikan menyebabkan individu yang ditegur berubah ke arah yang lebih baik, jangan pula kita rasa kita yang telah berjaya mengubah orang itu. Sesungguhnya, hidayah itu milik Allah SWT. Hanya Allah SWT sahaja yang berhak menentukan arah tuju hidup hamba-Nya, sama ada kebenaran atau kesesatan. Oleh itu, ucapkanlah syukur hanya kepada Allah SWT.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Tuesday, January 6, 2009

Puisi Palestin

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni, ana nak kongsikan sebuah puisi dedikasi khas buat para mujahidin di Palestin & umat Islam di seluruh dunia yang masih tidak mengambil berat isu ini.

Sahabatku,
Sebelum aku meneruskan kataku,
Izinkanlah aku berbicara denganmu
menerusi kata-kata ini.

Sahabatku,
sedarkah engkau
penderitaan rakyat Palestin?
Sedarkah engkau
saudara kita sedang ditindas?
Sedarkah engkau
mereka sedang diseksa oleh musuh-musuh Allah?


Sahabatku,
Terbitkah rasa simpati di hatimu?
Timbulkah rasa benci terhadap musuh-musuh Allah?
Atau mungkinkah engkau sedang lena?
Mungkin engkau terleka dengan nikmat
keamanan negara kita.
Mungkin jua kau hanya melihat
penderitaan saudara kita
dengan pandangan kosong.

Sahabatku,
lihatlah penderitaan saudara kita!
Gunakanlah mata hatimu,
Agar kau bisa memahami
perasaan mereka saat ini.


Sahabatku,
bangkitlah dari lenamu yang panjang itu.
Bukalah mata hatimu seluas-luasnya.
Lihatlah sahabatku,
Saudara kita di Palestin sedang menangis,
Mereka sedang menderita!
Sedangkan kita...
Kita langsung tak terasa apa-apa.

Sahabatku,
Tidakkah engkau sedar
bahawa agama kita sedang terancam?
Tidak terbakarkah amarahmu melihat
musuh-musuh Allah itu
terus menerus menyeksa saudara kita?
Tidak timbulkah semangatmu
untuk mempertahankan agama Islam?


Sahabatku,
Sampai bila harus kita biarkan sahaja
saudara kita terus menderita?
Sampai bila harus kita biarkan
Yahudi laknatullah
memijak-mijak agama kita?
Sampai bila?

Bangkitlah sahabatku!
Palestin bukan sekadar masalah rakyatnya.
Bahkan Palestin adalah masalah ummah.
Teruskanlah perjuanganmu
wahai saudaraku!
Teruskan perjuanganmu
demi menegakkan ad-Deen tercinta.


Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Monday, January 5, 2009

Kenangan

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang masih mengizinkan kita untuk terus hidup di bumi ni. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang memberikan ana peluang untuk terus mencoretkan sesuatu di blog ni.

Hmm. Hari ni hari pertama persekolahan, setelah cuti yang agak panjang. Mungkin kat tempat-tempat lain, kelmarin merupakan hari pertama persekolahan. Tapi, ana nak cerita pasal kat sini, bukan kat tempat lain. Hehe. Ana nak bercakap pasal kenangan semasa kat sekolah dulu. Kenangan kat sekolah menengah la ek? Tapi, ana tak cerita secara detail la apa yang berlaku selama 5 tahun kat sekolah menengah. Kalau nak cerita secara detail, sampai esok pun takkan habis cerita.



Ok. Lima tahun lepas, pada tahun 2004, ana menjejakkan kaki di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri sebagai pelajar tingkatan 1. Ana masih ingat lagi, sebelum menjadi pelajar kolej, ana rasa nak tolak je tawaran belajar kat kolej tu. Apahal? Sebab ana tak nak masuk kelas aliran agama. Kalau belajar kat kelas aliran agama, maknanya mesti belajar Bahasa Arab. Satu lagi sebab ana nak tolak tawaran tu, sebab ana takde kawan yang sama sekolah rendah dengan ana masa tu.

Tapi, setelah dipujuk (dan dengan rasa agak terpaksa) ana pun ambik keputusan untuk sekolah kat situ. Kat situ, ana jumpa ramai kawan baru. Dan selama ana belajar kat kolej, pelbagai pengalaman yang ana dapat. Pengalaman yang membuatkan ana berubah. Dari seorang budak yang entah apa-apa, ana menjadi macam apa yang ana jadi sekarang ni. Haha.

Segala teguran ustaz-ustaz dan cikgu-cikgu, ana terima sebaiknya. Walaupun mungkin semasa ditegur tu, ana kecik hati. Tapi lepas tu, ana fikir sedalam-dalamnya segala apa yang mereka tegur. Sebab ana tahu, apa yang mereka tegur adalah kelemahan ana. Dan ana tahu kelemahan-kelemahan tersebut perlu dibaiki agar ana menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Dan nasihat daripada sahabat-sahabat pun ana terima sebaiknya. Bila orang nasihatkan ana, mungkin ana akan kecik hati. Tapi, lepas tu, ana akan fikir baik-baik. Sebab ana tahu, bila seseorang nasihatkan kita, ertinya dia sayangkan kita dan nakkan kita berubah menjadi lebih baik.

Tiga tahun pertama kat kolej (Form 1 - Form 3), ana belajar dalam kelas Gigih. Belajar bahasa arab. So, mungkin sebab tu la ana menggunakan perkataan 'ana' dalam blog ni. Bukannya 'saya','aku' ataupun 'kamek'. Sekadar mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari. Kalau ada yang tanya apahal words lain tak guna bahasa arab, jawapannya, sebab ana tak pandai sangat bahasa arab ni. Hehe.



Bila ana masuk tingkatan 4 pada tahun 2007, ana belajar dalam kelas 4 Tekun. Dan tahun lepas pulak, ana belajar dalam kelas 5 Cekal. So, ana bukan nak cerita pasal kelas ana. Ana just nak kongsi serba sedikit kenangan ana kat kolej. Pengalaman sebelum masuk kolej mengajar ana bahawa apa yang kita inginkan tak semestinya baik untuk kita dan apa yang kita tak suka, tak semestinya buruk untuk kita. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.

Allah berfirman yang bermaksud:
"...Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
(Surah al-Baqarah, ayat 216)

Dan ana juga belajar untuk cuba menguruskan masa ana. Supaya setiap urusan berjalan dengan lancar. Supaya segala tanggungjawab terpikul dengan sebaiknya. Sesungguhnya masa itu seperti pedang. Kalau kita tidak memotong masa, masa akan memotong kita.

So, banyak sebenarnya pengalaman yang ana dapat semasa belajar kat kolej. Pengalaman yang berguna. Pesanan buat adik-adik yang masih belajar kat kolej, gunakan masa kalian di kolej untuk mengutip sebanyak mungkin pengalaman yang berharga.

Hmm. Banyak lagi pengalaman yang ana nak kongsikan, tapi, lain kali jelah. Hehe. Sekarang ni walaupun ana dah tak belajar kat kolej lagi, ana dan sahabat-sahabat ana sedang berusaha untuk menyedarkan adik-adik kat kolej supaya mereka bangga dengan Islam. Ana dan sahabat-sahabat ana nak melihat Islam kembali tertegak di dunia, khususnya di bumi kolej. InsyaAllah.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Friday, January 2, 2009

Coretan; bermanfaat atau tak?

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang masih mengizinkan kita untuk hidup di dunia ini. Syukur sekali lagi kerana ana masih berpeluang untuk mencoretkan sesuatu di blog ni dengan ilham kurniaan Allah.

Ok. Coretan kali ni, ana nak kongsi apa yang ana rasa je. Ana tak tahu la kalau ada orang lain yang sependapat dengan ana.

Dalam previous post ana, ana ada tulis bahawa ana ada pelbagai topik yang boleh ana kongsikan kat blog ni. Tapi, ana tak mampu nak kongsikan idea ana tu.

Apahal? Sebab kekangan masa? Ngeh. Bukan. Ana tak update blog ni selalu bukan sebab tak cukup masa. Ana rasa ana tersangat la free sekarang ni, lepas habis SPM.

Masa untuk update blog memang ada. Idea untuk update blog pun memang ada. Habis tu, pahal pulak ana tak update selalu? Sebab ana malas? Mungkin la, sikit-sikit. Ahah.

Sebenarnya, setiap kali ana nak update blog, akan timbul perasaan risau dalam hati ana. Ana bimbang kalau ada antara kalian yang tak faham apa yang ana coretkan. Ana takut jika ada antara kalian yang salah faham atau silap tafsir apa yang ana sampaikan. Dan ana paling risau sekali seandainya coretan ana, setiap patah perkataan yang ana coretkan dalam blog ni, tak bermakna dan tak memberi sebarang manfaat kepada kalian. Ana risau seandainya coretan ana tak mampu menyentuh hati insan-insan yang membacanya.

Hmm. Entah la. Mungkin ana terlalu membesar-besarkan perkara yang remeh-temeh ni. Tapi, secara jujurnya, ni apa yang ana rasa. Kadang-kadang, ana rasa susah sangat nak meluahkan idea ana kat blog ni. Sebab ana takut tulisan ana tak memberi sebarang kesan, kepada diri ana sendiri dan pembaca.

Sampaikan kadang-kadang ana tak tahu nak letak tajuk apa untuk post ana! Ahah. Yalah, tajuk ni memainkan peranan yang penting tau? Kalau tajuk menarik, baru orang nak baca. Kalau tajuk pun tak best, orang dah boleh agak yang tulisan kita tu membosankan. Hehe. Ni daripada pengalaman ana sendiri la.

Apa-apa pun, kalau ada apa-apa kesilapan dalam coretan ana, yang dah sedia ada atau yang akan datang, ana mintak maaf. Kalau ada salah silap tu, tegurlah. InsyaAllah, ana boleh terima teguran kalian. Dan kalau coretan ana menyinggung hati sesiapa, ana mintak maaf sekali lagi. Ana cuma insan biasa. Ana pun hamba Allah, sama seperti kalian. Ana tak terlepas daripada melakukan kesilapan.

Ok. So, insyaAllah, lepas ni, ana try update blog ni sekerap mungkin. Ahah. Tapi, kalau update selalu sangat, nanti orang boring pulak baca coretan ana kan? Hehe.

Sekarang ni, ana tengah agak busy baca buku 'Apa itu Islam?'. Buku yang dibeli menggunakan duit sidang al-haqq! Ahah.



Sambil baca buku ni, ana kena siapkan artikel pasal Palestin. Lepas tu, kena buat artikel lagi. *Sapa suruh volunteer hari ya? Ahah* Lepas habis segala artikel yang perlu ana siapkan ni, baru ana update blog sekerap mungkin ek? Hehe.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi