Monday, January 5, 2009

Kenangan

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang masih mengizinkan kita untuk terus hidup di bumi ni. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang memberikan ana peluang untuk terus mencoretkan sesuatu di blog ni.

Hmm. Hari ni hari pertama persekolahan, setelah cuti yang agak panjang. Mungkin kat tempat-tempat lain, kelmarin merupakan hari pertama persekolahan. Tapi, ana nak cerita pasal kat sini, bukan kat tempat lain. Hehe. Ana nak bercakap pasal kenangan semasa kat sekolah dulu. Kenangan kat sekolah menengah la ek? Tapi, ana tak cerita secara detail la apa yang berlaku selama 5 tahun kat sekolah menengah. Kalau nak cerita secara detail, sampai esok pun takkan habis cerita.



Ok. Lima tahun lepas, pada tahun 2004, ana menjejakkan kaki di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri sebagai pelajar tingkatan 1. Ana masih ingat lagi, sebelum menjadi pelajar kolej, ana rasa nak tolak je tawaran belajar kat kolej tu. Apahal? Sebab ana tak nak masuk kelas aliran agama. Kalau belajar kat kelas aliran agama, maknanya mesti belajar Bahasa Arab. Satu lagi sebab ana nak tolak tawaran tu, sebab ana takde kawan yang sama sekolah rendah dengan ana masa tu.

Tapi, setelah dipujuk (dan dengan rasa agak terpaksa) ana pun ambik keputusan untuk sekolah kat situ. Kat situ, ana jumpa ramai kawan baru. Dan selama ana belajar kat kolej, pelbagai pengalaman yang ana dapat. Pengalaman yang membuatkan ana berubah. Dari seorang budak yang entah apa-apa, ana menjadi macam apa yang ana jadi sekarang ni. Haha.

Segala teguran ustaz-ustaz dan cikgu-cikgu, ana terima sebaiknya. Walaupun mungkin semasa ditegur tu, ana kecik hati. Tapi lepas tu, ana fikir sedalam-dalamnya segala apa yang mereka tegur. Sebab ana tahu, apa yang mereka tegur adalah kelemahan ana. Dan ana tahu kelemahan-kelemahan tersebut perlu dibaiki agar ana menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Dan nasihat daripada sahabat-sahabat pun ana terima sebaiknya. Bila orang nasihatkan ana, mungkin ana akan kecik hati. Tapi, lepas tu, ana akan fikir baik-baik. Sebab ana tahu, bila seseorang nasihatkan kita, ertinya dia sayangkan kita dan nakkan kita berubah menjadi lebih baik.

Tiga tahun pertama kat kolej (Form 1 - Form 3), ana belajar dalam kelas Gigih. Belajar bahasa arab. So, mungkin sebab tu la ana menggunakan perkataan 'ana' dalam blog ni. Bukannya 'saya','aku' ataupun 'kamek'. Sekadar mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari. Kalau ada yang tanya apahal words lain tak guna bahasa arab, jawapannya, sebab ana tak pandai sangat bahasa arab ni. Hehe.



Bila ana masuk tingkatan 4 pada tahun 2007, ana belajar dalam kelas 4 Tekun. Dan tahun lepas pulak, ana belajar dalam kelas 5 Cekal. So, ana bukan nak cerita pasal kelas ana. Ana just nak kongsi serba sedikit kenangan ana kat kolej. Pengalaman sebelum masuk kolej mengajar ana bahawa apa yang kita inginkan tak semestinya baik untuk kita dan apa yang kita tak suka, tak semestinya buruk untuk kita. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.

Allah berfirman yang bermaksud:
"...Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
(Surah al-Baqarah, ayat 216)

Dan ana juga belajar untuk cuba menguruskan masa ana. Supaya setiap urusan berjalan dengan lancar. Supaya segala tanggungjawab terpikul dengan sebaiknya. Sesungguhnya masa itu seperti pedang. Kalau kita tidak memotong masa, masa akan memotong kita.

So, banyak sebenarnya pengalaman yang ana dapat semasa belajar kat kolej. Pengalaman yang berguna. Pesanan buat adik-adik yang masih belajar kat kolej, gunakan masa kalian di kolej untuk mengutip sebanyak mungkin pengalaman yang berharga.

Hmm. Banyak lagi pengalaman yang ana nak kongsikan, tapi, lain kali jelah. Hehe. Sekarang ni walaupun ana dah tak belajar kat kolej lagi, ana dan sahabat-sahabat ana sedang berusaha untuk menyedarkan adik-adik kat kolej supaya mereka bangga dengan Islam. Ana dan sahabat-sahabat ana nak melihat Islam kembali tertegak di dunia, khususnya di bumi kolej. InsyaAllah.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

1 comment:

myfikrah said...

Salam

Setuju. Sememangnya, Allah jak yang tauk pa terbaik kei kta. ;)

Pernah ada pengalaman lebey kurang kdk ya juak, mcm ada certain2 benda, mula2 mmg x suka, tapi mashaAllah, outcome nya mmg ya lah yang terbaik utk kta, insyaAllah.

Alhamdulillah n tahniah atas usaha ktkorg keeping in touch ngan adik2 kat kolej. Smoga kesinambungan yang ktkorg buat dolok diteruskan. ameen. especially usrah, dan lain2 juak.

(^_^)