Friday, January 9, 2009

Tegurlah dengan cara berhikmah

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji hanyalah milik Allah SWT yang memberikan kita peluang untuk terus hidup sebagai hamba-Nya di dunia yang fana ini. Syukur ke hadrat Ilahi yang masih memberikan ana peluang untuk mencoretkan sesuatu di blog ni.

Alhamdulillah, artikel pertama Palestin dah siap. Tapi, belum diedarkan. InsyaAllah, artikel tu akan diedarkan dalam masa terdekat ni. Dan insyaAllah, artikel Palestin yang seterusnya akan ana siapkan secepat mungkin. Ni sekadar berkongsi aktiviti ana waktu cuti je. Hehe.

Ok. Dalam hidup ni, kata-kata kita memainkan pelbagai peranan. Dengan kata-kata, kita boleh menasihati orang. Dengan kata-kata, kita boleh memarahi orang. Dengan kata-kata, kita boleh menggembirakan orang. Dan dengan kata-kata juga, kita mampu menyakitkan hati orang, sama ada secara sengaja atau tidak. Banyak kan fungsi kata-kata ni?

Untuk menasihati orang lain, untuk memperbetulkan kesilapan orang lain, kita perlu la menyusun kata-kata dengan teliti agar orang yang mendengar nasihat kita boleh memahami dan menerima nasihat tersebut. Kita haruslah menasihati orang lain dengan cara berhikmah. Ada banyak cara sebenarnya nak nasihatkan orang. Bukan melalui kata-kata sahaja, malah melalui perbuatan pun kita boleh menasihati orang lain secara tidak langsung.

Dalam dunia ni, terdapat pelbagai ragam manusia. Kepelbagaian kerenah manusia ini la yang membuatkan setiap individu itu unik. Hmm. So, mesti la cara untuk menasihati setiap individu adalah berbeza.

Ada individu yang boleh ditegur dengan menggunakan sindiran dan cara yang kasar. Ada individu yang tak kisah andai kesalahannya ditegur dan diperbetulkan di hadapan khalayak ramai. Dan ada juga individu yang prefer agar kesilapannya ditegur secara personal, berseorangan atau face-to-face.

Kita perlu ingat tujuan kita memberikan teguran kepada orang lain. Kita menasihati seseorang individu untuk memperbetulkan kesalahannya agar dia sedar lantas memperbaiki kelemahannya. Teguran tu bukan ditujukan kepada orang yang ditegur sahaja, malah sepatutnya menjadi peringatan buat orang yang menegur, iaitu diri kita sendiri, untuk muhasabah diri kita.

Seandainya teguran yang kita berikan tu tak diterima, bersabarlah. Anggap itu sebagai ujian daripada Allah SWT untuk menguji kesabaran dan kesungguhan kita. Jangan terlalu mudah berputus asa. Teruskan menegur dan mencegah kemungkaran, biarpun orang lain bosan mendengar kata-kata kita. Kita harus jalankan kewajipan kita sebaiknya.

Daripada Abu Said al-Khudri r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda,
"Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu, hendaklah mengubah dengan lidah, sekiranya tidak mampu, hendaklah dia mengubah dengan hati dan itu adalah selemah-lemah iman."
(Hadith Riwayat Muslim)


Dan kalau nasihat yang kita berikan menyebabkan individu yang ditegur berubah ke arah yang lebih baik, jangan pula kita rasa kita yang telah berjaya mengubah orang itu. Sesungguhnya, hidayah itu milik Allah SWT. Hanya Allah SWT sahaja yang berhak menentukan arah tuju hidup hamba-Nya, sama ada kebenaran atau kesesatan. Oleh itu, ucapkanlah syukur hanya kepada Allah SWT.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

No comments: